Saya baru sahaja menerima satu lagi email phising email. Email phising biasanya nampak macam betul tapi sebenarnya ia adalah phising yang dilakukan oleh scammer. Anda boleh lihat di bawah:
Jika anda nak kenal email phising,biasanya pada link ia menunjukkan kepada link laman web orang lain.Dalam kes ini, ia ke laman web russellbibby.com

Email Scam CIMB
Harap anda tidak tertipu.Jangan sesekali klik link di email. Jika boleh, terus delete email tersebut. Bank tidak akan email kepada anda untuk kemaskini akaun. Anda akan diberikan surat rasmi untuk ke bank berdekatan jika betul akaun anda bermasalah.
Jika anda ingin login akaun bank, pastikan anda tulis secara manual url bank seperti Maybank2u.com.my, rhbbank.com.my, bankislam.com.my, bankrakyat.com.my, cimbclicks.com.my dan sebagainya. Jangan sesekali klik link yang disertakan dalam email terutamanya yang kononnya email daripada bank terlibat.

MohdHafizKamal
Tq Sham sy sbg org yg kurang mahir mengenai internet harus lg berhati-hati. Jika ada lg tip2 utk mengenal SCAM silalah bgtahu ok. TQ