Lagi tentang skim cepat kaya. Kali ini dalam bentuk koperasi. Dalam Utusan hari ini, 3 koperasi iaitu KOTAQWA,KUMB dan BIRR. Rasanya ramai juga yang terkena kali ni kerana jumlah pelaburan daripada koperasi berkenaan berjumlah lebih dari RM80 juta. Ni artikel utusan:
PUTRAJAYA 17 Dis. – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Bank Negara menyerbu secara serentak tiga buah koperasi masing-masing satu di Kelantan dan dua lagi di Kuala Lumpur semalam setelah dikenal pasti menjalankan kegiatan pelaburan bercirikan skim cepat kaya.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, tiga koperasi itu adalah Koperasi Taqwa Malaysia Berhad (KOTAQWA) yang berpusat di Kelantan serta Koperasi Usahawan Malaysia Berhad (KUMB) dan Koperasi Birr Berhad (Birr).
Menurutnya, ketiga-tiga koperasi yang beroperasi sejak 2006 itu mempunyai nilai pelaburan berjumlah kira-kira RM80 juta.
Serentak itu, kata beliau, akaun dan aset milik ketiga-tiga koperasi itu dibekukan untuk siasatan lanjut. – Utusan.
Peserta mereka adalah orang Melayu. Tak habis habis menyusahkan orang ramai untuk mengandung membuncitkan perut mereka. Ahli mengharapkan koperasi berkenaan menjalankan perniagaan dengan jujur. Akhirnya harapkan pagar, pagar makan padi.
Harap kerajaan akan terus membanteras skim cepat kaya yang mengunakan pelbagai topeng seperti MLM, Koperasi, ICT dan sebagainya. Ia menjadikan kita semakin miskin. Aset mereka dibekukan. Pasti duit pelabur tidak dapat la. Ada juga yang mengunakan agama untuk menarik minat pelabur.
Mereka sanggup mengunakan agama semata mata untuk menarik pelabur. Mereka hanya fikir senang kat dunia je kot. memang lahanat betul la. Jika anda meragukan tentang operasi koperasi atau syarikat tentu terutama yang mengambil wang anda dan menawarkan pulangan pada jumlah tertentu. Laporkan pada polis, KDNHEP atau pihak yang berkenaan.

Incoming search terms:
- I usahawan global berhad penipu
- iugb malaysia
- iugb melaka
- koperasi iugb
- skim cepat kaya 2016
- iugb penipu
- i usahawan global berhad(iugb)
lord
AKTA JUALAN LANSUNG tak LAKU,tapi demi memuaskan NAFSU KETAMAKKAN yg RAKUS, AKTA KUTU 1971 pula nak diguna pakai?GILA BABI!!!!!!!!!!!!!!!!!
lord
setakat ni blm ada lg rasanya paserta skim ini ditipu,sumbangan ditak dibayar atau sebagainya.belum ada satu pun laporan penipuan.sama seperti saham internet dahulu.kerajaan MENG ANJING KAN BANK NEGARA supaya mengambil tindakkan.tapi malangnya BNM tiada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap PERNIAGAAN PERSISIR PANTAI,Kuasa SECURITY Commissioner pula dikerah untuk menutup semua laman web yg terlibat dengan pelaburan saham internet.
sama keadaannya sekarang.kerajaan cuba tutup semua skim sumbangan melalui wang pos ini dgn AKTA JUALAN LANSUNG tetapi,skim atau syarikat terlibat bukan tertakluk bwh AJL kerana mereka bukan syarikat jualan lansung dan sama sekali tidak menjual produk.maka AKTA KUTU 1971 pula dikorek balik di zaman 2010 ni.
2 cerita berlainnan tapi sebab dan puncanya puncanya hanya 1!!!
tamak haloba dan rakus serta politik kotor.SAHAM PERMODALAN MALAYSIA BERHAD ini termasuklah ank2 syarikatnya ASN ASB ASW AMANAH DIDIK dsb jatuh merudum disebabkan ramai pelabur2 MISKIN yang beralih arah melabur di syarikat skim cepat kaya (kononnya). Mana tidaknya,orang gila sekalipun tahu akan nilai pulangan@ faedah saham PNB hanya 7.2 % setahun (yang tertinggi setakat ni) jika nak dibandingkan dengan skim2 lain yang menjanjikan pulangan melebihi 200% dalam masa siku tahun.maka,ramai yang beralih arah.
disebabkan PNB juga milik kerajaan,maka ramailah pula pak2 menteri yang kontang poketnya bila saham PNB semakin merudum disebabkan pelabur2 MISKIN beralih arah melabur luar daripada PNB sendiri.maka dengan itu,mereka dibantu wartawan (yg belum tentu cukup bagus amalannya dan pengetahuannya) mula mencipta propaganda untuk memporak perandakan skim2 luar ni.
kenapa?supaya pelabur miskin hilang arah dan kembali kepada PNB.maka,berisi semulalah poket pak pak menteri itu tadi.
jika kita menoleh kembali pada kes pengharaman SAHAM INTERNET.berapa ramai pelabur2 @ peserta yang telah BERSUMPAH LAKHNAT untuk membalas dendam pada kerajaan dengan mengundi pembangkang.maka hasilnya lumayan.5 negeri berjaya ditawan.
harap2 lepas pengharaman skim2 wang pos ni,hanya 5 negeri milik BN.
Izwan Robotys
Kepada Encik Lord: Cakap disebalik topeng tidak berguna. Munculkanlah diri tuan, buat artikel dan keluarkan kenyataan di akhbar. Setakat mengaum kepada bukit namun menyorok dibalik rimbun hutan siapa pun tidak ambil peduli.
Be a gentlemen: give us your identity. If not, then may God bless you.
ps: … Lord … pppffftT!!!!
Lord
kepada encik robot. Bro,sepertimana tuan katakan mengaum kepada bukit.jika kenyataan dikeluarkan dalam BBC atau Al Jazerra sekalipun,sia2 saja jika ini merupakan tindakan yang dibelakangi oleh kerajaan.
pihak akhbar hanya tahu menyalak tetapi mana buktinya? jika benar laporan mereka,buktikan surat laporan polis yang dibuat mana2 individu yang menjadi mangsa penipuang syarikat e-kutu,sumbangan wang pos atau yang seangkatan dengannya. Jika keratan akhbar yang mereka tulis hendak dijadikan bahan bukti di mahkamah,rasanya mereka akan ditendang macam anjing oleh hakim. PERKARA ATAU BERITA YANG BELUM PASTI,TIDAK SAHIH ATAU SEKADAR DENGAR CAKAP DIANGGAP PALSU.
mereka laporkan SSM MENYERBU tetapi pernahkah akhbar melaporkan semula yang pihak SSM tidak dapat mengesan sebarang pelanggaran undang2 oleh mana2 syarikat yang mereka siasat? ada mereka umumkan semula yang SSM membenarkan syarikat yang dibenarkan meneruskan operasi.Jika di ruangan ralat pun tiada laporan tersebut,apatah lagi untuk meminta maaf kepada syarikat yang mereka fitnah. WHR contohnya. SSM “masuk siasat” jam 2 petang 29/04/2010 dan turun dari pejabat WHR jam 8 malam dengan hanya berkata “boleh diteruskan” tetapi pada 30/04/2010 UTUSAN dan KOSMO melaporkan SSM menyerbu WHR dan KARISMA KRISTAL. rendah sangatkah tahap pendidikan para wartawan media tersebut sehinggakan tidak dapat memikirkan istilah lain selain MENYERBU? SERBUAN hanya dibuat setelah ada bukti2 kukuh syarikat tersebut secara terang2 melanggar undang2.
Setelah melaporkan perkara tersebut,adakah wartawan2 itu mengambil atau merakamkan kenyataan pegawai SSM yang terbabit menjalankan operasi pemantauan di syarikat yang disyaki melanggar undang2? Jika ada,tolong saudara beritahu saya dan saya akan cari kenyataan tersebut.
MUNGKIN SAUDARA TIDAK PERNAH AMBIL TAHU.sehingga sekarang,daripada lebih 13 syarikat hanya 1 syarikat yang di arahkan berhenti operasi serta merta (IPOH). TAWOON diarahkan berhenti beroperasi sehingga siasatan selesai dan sekarang telahpun beroperasi semula. WHR & KRISTAL KARISMA boleh beroperasi semula pada hari yang sama siasatan dijalankan.
saudara mungkin bukan seorang pengkaji atau pemerhati.mungkin bagi saudara,segala apa yang dilaporkan media massa arus perdana itulah bulat2 saudara terima.
kita toleh sejenak kebelakang. pernah saudara terbaca tentang kerajaan malaysia hampir2 disaman oleh 6 orang pelancong dari jepun gara2 keceluparan media massa arus perdana sehingga memaksa NAJIB sendiri mengeluarkan kenyataan agar wartawan mengeluarkan kenyataan yang lebih berwibawa?
kisahnya tentang BLACK METAL.Dek kerana laporan membabi buta wartawan2 dungu tersebut,polis menyerbu gig (mini konsert) yang diadakan di putra palace pada tahun 2006.hasilnya,seramai 265 orang terpaksa mencangkung lebih dari 6 jam di balai polis brickfield termasuklah 6 pelancong tadi yang hanya lalu melintasi kawasan gig tersebut.semuanya polis sapu rata tanpa soalselidik. malangnya daripada ujian saringan air kencing,daripada 265 orang yang di bawa ke balai,tiada seorang pun ‘sangkut’ dadah dan hanya 6 orang terlibat dengan alkohol.
akibat dari keceluparan wartawan dan keterlanjuran polis,6 pelancong tadi mahu menyaman kerajaan malaysia namun dibatalkan disaat saat akhir.
sebenarnya pada tahun 1999/2000 telahpun heboh seantero tanah melayu tentang kepincangan BLACK METAL dan kemungkinan juga saudara tidak lansing perasan akan kegilaan wartawan dalam menilis berita.ada berita bertajuk BUDAK BLACK METAL ANTI PEREMPUAN,amat menyedihkan dalam mukasurat yang sama terdapat pula berita bertajuk REMAJA BLACK METAL SEWAL 12 TAHUN TERLIBAT SEKS BEBAS. di mana letaknya akal mereka meletakkan sesuatu yang kontra dalam mukasurat yang sama? ANTI PEREMPUAN & SEKS BEBAS??????? Malah ada pula artikel tentang PINK METAL. kononnya lagu BLACK METAL DIMAINKAN SEMASA TARIAN BUIH ADALAH PINK METAL? NAK MAMPOS MAIN LAGU BLACK METAL DALAM TAB MANDI DAN BERMANDIKAN BUIH?????? Elok2 orang head banging di atas stage,si mamat PINK METAL tu bersepai isi kepala terhentak di lantai kerana tergelincir. DIMANA LOJIKNYA BERITA2 YANG DISAMPAIKAN???????? PENGASAS BLACK METAL DI MALAYSIA PULA BERUSIA 19 TAHUN (pada tahun 1999),BUTA DAN BERASAL DARI SG PETANI?????? BLACK METAL TELAHPUN WUJUD DI MALAYSIA PADA TAHUN 1972 di mana ianya dibawa masuk oleh MIE RAMBUT semasa beliau belajar di UK. Jika dibuat perbandingan antara fakta sebenar dan dakyah METRO,UTUSAN etc..berapa kali si mamat yang berusia 19 tahun tersebut perlu mati dan hidup semula untuk mengasaskan black metal di malaysia pada tahun 1972? SAUDARA FIKIRLAH!!!XPERLULAH SAMPAI SAYA SCAN DAN SERTAKAN KERATAN2 AKHBAR YANG MASIH SAYA SIMPAN DARI TAHUN 1990 SEHINGGA SEKARANG SEMATA2 UNTUK BUKTIKAN KEBENARAN.
masyarakat masih lagi ‘naif’ tentang industri KEWARTAWANAN. Mereka percaya kepada setiap cerita dan propaganda yang digembar-gemburkan media. Mereka percaya bahawa media lebih betul berbanding ORANG KENA LAPOR. Mereka tidak pernah mengkaji kesahihan atau kebenaran sesuatu perkara. Bagi mereka, apa yang media gembar-gemburkan itulah yang benar. Media kata BLACK METAL minum darah kambing, maka minum darah kambinglah BLACK METAL. Hatta jika media kata BLACK METAL boleh terbang pun mereka pasti percaya. Kuasa media kuat kerana ‘gergasi-gergasi’ ini kebanyakan dibaca oleh ‘hardcore readers’ fanatik lagi naïf.
TETAPI SEBENARNYA,APA YANG DILAPORKAN TU TIADA MEMBERIKAN APA2 MAKNA KEPADA INDIVIDU YANG TELAHPUN MERASA AKAN NIKMAT MENYERTAI PROGRAM YANG DILAPORKAN MEDIA KONONNYA HARAM,MELANGGAR PERATURAN ATAU MENYALAHI UNDANG2.YANG KECOH TU ADALAH MEREKA2 YANG IRIHATI DAN BERHASAT DENGKI MELIHAT ORANG LAIN MELEBIHI MEREKA.
Lord
kepada saudara admin sila check laman sesawang ni sblm keluarkan apa2 kenyataan.
http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/03_action.htm