Scam Alert: Ambank Phising Email

Sekarang scammer & phiser semakin canggih dalam penipuan mereka. Nampaknya software email blaster pun semakin canggih untuk mengelakkan daripada dikesan oleh orang kebiasaan.

Email sender juga daripada domain ambg.com.my.

Saya pohon agar tidak ada yang tertipu dengan email sebegini walaupun nampak macam betul dari domain Ambank sendiri. Ia sebenarnya bukan daripada AMBANk tetapi daripada scammer yang cuba mencari mangsa. Perisian spamming sekarang ini membenarkan kita mengunakan sebarang email sebagai email sender walaupun ia tidak wujud.

Tetapi anda boleh lihat URL laman web yang diberikan oleh scammer tersebut.

Ia jelas bukan daripada Ambank!

Jadi kalau nak guna domain .GOV.MY pun boleh. Jadi jangan tertipu. Nasib baik takde yang ambil kesempatan tempoh “Banci” sekarang ini untuk teknik phising. Mungkin sebab “banci” dalam bahasa Indonesia adalah mak nyah atau bapok atau lelaki lembut. Jadi mereka tak biasa guna perkataan banci.

Phising di Malaysia didalangi oleh warga afrika dan juga indonesia sebagaimana penipuan sms yang semakin berleluasa sekarang ni. Malah ada yang agak nekad dengan menelefon mangsa. Bukan lagi hanya sekadar sms seperti sebelum ini. Mungkin ramai yang dah sedar akan teknik penipuan mereka tu.

Jadi mereka mengubah taktik kepada membuat panggilan yang kononnya menang peraduan pape yang dibuat di Malaysia terutamanya Peraduan Jutawan Power Root.

Saya berharap anda semua berhati hati ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comment 1

  1. muhamad nornizam August 4, 2010

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.