Dah lama saya tak review laman web yang meragukan. Hari ini saya akan teruskan mendedahkan laman web yang meragukan. Saya kategorikan laman web kali ini adalah berbentuk skim cepat kaya. Ia telah dispam ke email saya. Malah owner laman web KuasaRM.com ini telah mengeksploitasi mereka yang promosikan laman web tersebut.
Laman web tersebut dipenuhi oleh iklan Google Adsense. Malah ia juga menyalahi terma dan syarat Google Adsense apabila mereka meletakkan ayat yang misguide orang untuk klik iklan adsense mereka.
Tak salah untuk letak iklan adsense. Tetapi jangan sesekali letakkan ayat yang mendorong orang untuk klik iklan tersebut. Dalam kes KuasaRM ni, mereka letakkan senarai ebook yang diberikan dalam sistem mereka dan meletakkan ayat Download Percuma di Bawah yang merujuk kepada iklan adsense.
Bagi mereka yang yang tak perasan akan klik iklan adsense tersebut untuk download ebook percuma sedangkan ia bukanlah ebook percuma. Ia akan merugikan pengiklan kerana orang klik untuk dapatkan ebook percuma bukan betul betul berminat dengan iklan tersebut. Ia meniaya pengiklan.
Saya juga sebagai pengiklan Google Adwords mempunyai target tertentu bagi setiap sen yang dibelanjakan seperti sales,lead dan sebagainya. Jika adanya orang seperti mereka, ia merupakan satu peniayaan kepada pengiklan. Hasil dari Google Adsense tu pun boleh jadi kepada haram.
Saya pelik kenapa orang malaysia suka kepada program sedemikian…Asalkan dapat duit, mereka percaya & join walaupun ada diantaranya boleh dikategorikan sebagai haram.
Cadangan saya, owner KuasaRM tu perlu buang ayat “download percuma dibawah” tu. Jangan misleading orang untuk klik iklan adsense. Silap hari bulan kena ban sebab klik dayang dari kawasan/sama atau terlalu banyak klik. Mereka juga perlu serius dalam menangani ahli yang melakukan spam.
nuwa
Semakin hari semakin byk scammer yg muncul dengan pelbagai tektik utk hasilkan wang segera.. Mungkin keadaan ekonomi sekarang yg memaksa keadaan ini berlaku.. Huhuhu.. sodih2..mesti dh ramai yg tertipu nie…
Suriya
takde pun ayat seperti di atas.
ikut die la bro. org yg klik pun berpontensi untuk beli produk gak. lebih baik dari cakap kencang tapi ebook sampah/ciplak buat ape gak.
sori bro takut terasa.
sham
Misleading orang untuk klik adalah perkara lain. Sebab tu la dalam terma Google Adsense, ia adalah dilarang sebab ia tidak mendorong orang untuk bertindak seperti yang pengiklan mahukan.
Admin kuasarm boleh remove ayat yang mendorong orang untuk klik bagi mendapatkan ebook percuma. Letak adsense tak salah tapi letak ayat ” Sila download dari link dibawah” tu adalah salah.
Kalo diorang nak letak adsense seluruh page pun takpe. tapi jangan letak ayat yang mendorong orang untuk klik.
Satu lagi, diorang kena masukkan polisi no spam kepada affiliate diorang. Makin menjadi jadi plak spam kat email orang.
riqzmie
salam sham akak ada han/tar pertanyaan kat sham tadi tapi tak pasti sham dapat ke tak?kalo tak dapat leh kasi tau akak tak?
thank ye
sham
tak dapat pun kak..
Aswill
Pendedahan berani lah bro….berani kerana benar…..
ikhlas bro…Revolusi Usahawan….
aswill
Pendedahan berani lah bro.cayalah
berani kerana benar
troy
asslmkm semua…saya ingin bkongsi 1 email shingga hari ini membuatkan saya begitu ragu2..d harap kepada expert2 kt luar sana bleh bagi pandangan…3 hari lepas, sy dikejtkn dgn 1 email drpda yahoo yg mgatakan ID@email sy telah memenangi cbutan bertuah loteri yang bernilai hampir RM6 Juta..pergh..terkejut do..pastu company yg jadi incas 4 delivery duit tue meminta saya memaskkn 0.3 % drpda jumlah keseluruhan award untuk memproses check kononye skrg berada di bank swift…so better if me iggy this email or someone can help me??pliz..
sham
Ia adalah scam.Ia adalah satu teknik nigerian scammer.Anda boleh cari artikel saya tentang nigerian scammer ni kat kategori scam alert.
Dy
Bro….btul ke kuasaRM tu haram??? Nsib saya bca blog bro… saya td de daptar kuasaRM tu..tp saya xbyar lg…plan nk g byar jap g…tp klo haram takmo la say…mkn duit haram…..