Panduan Temuduga KPLI SR j-Qaf 2011-2012
Update 2012: Ia dikenali sebagai DPLI SR J-QAF pada tahun ini. Temuduga akan berlangsung pada 19-22hb November 2012. Layari http://www.kplij-qaf.com/hop.php?ref=offers
Temuduga KPLI SR J-QAF akan diadakan pada 12hb sehingga 16hb Disember 2011. Ia mungkin melibatkan hampir 10,000 calon dari seluruh Malaysia. Cabaran cukup sengit! Bayangkan calon terpaksa bersaing dengan begitu ramai calon bagi menjadi seorang guru J-Qaf yang bakal ditempatkan di seluruh Malaysia.
Lebih 10,000 Orang Calon Temuduga KPLI SR J-QAF
Bagaimana untuk anda bersaing? Ia satu temuduga yang bakal memilih mereka yang benar-benar power dalam untuk mengisi kekosongan tempat yang mungkin hanya beberapa ratus orang diperlukan untuk menghadiri kursus KPLI ini. Tanpa persediaan yang rapi, ramai mungkin akan gagal dalam temuduga ini.
Tips Temuduga KPLI SR J-QAF
Bagi menghadapi temuduga KPLI ini, saya nak kongsikan beberapa tips yang mungkin akan membantu anda dalam membuat persediaan temuduga ini.
- Bersedia Awal
Anda perlu melakukan persediaan awal bagi menghadapi temuduga ini. Anda perlu tahu tentang isu semasa tentang apa yang berlaku dalam negara kita ini. Ia lebih kepada pengetahuan umum dengan perkara persekitaran. Daripada pemerhatian saya dalam kebanyakan temuduga kerajaan, soalan berkenaan polisi kerajaan banyak ditanya seperti berkenaan 1Malaysia dan juga isu pendidikan pada masa sekarang. - Menyediakan Resume Power
Resume adalah persembahan diri anda. Ia mengandungi segala maklumat asas tentang diri anda dari sejarah pendidikan, keputusan peperiksaaan,pengalaman kerja dan pelbagai lagi maklumat yang akan membantu penemuduga menilai diri anda. Anda hanya perlu sediakan resume dalam 2,3 muka surat sahaja. Ia berbeza dengan CV dimana ia lebih lengkap dan panjang. - Praktis
Anda juga perlu berlatih untuk bercakap dengan tegas dan tidak tergagap-gagap. Jawab dengan spontan dan menyakinkan. Jika tidak, yakin ia menyukarkan anda diterima sebagai calon KPLI SR J-Qaf kali ini. - Jangan Gugup
Ia adalah masalah terbesar. Ada calon terlalu gugup sehingga tidak dapat berkata apa apa apabila ditanya oleh penemuduga. Anda perlu belajar untuk relax. Jika anda berasa gugup, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan lahan untuk menenangkan diri. Instifar dalam hati banyak ketika itu. - Sediakan Fail Sijil Mengikut Susunan
Anda perlu masukkan sijil sijil anda mengikut susunan. Bermula dengan Salinan IC, kemudian salinan ijazah dan keputusan peperikasaan yang lain mengikut yang tertinggi terlebih dahulu. Kemudian barulah masukkan sijil-sijil sokongan lain. - Datang Awal ke Tempat Temuduga
Jalan terlewat sampai ke tempat temuduga. Datang awal juga dapat membantu anda meredakan ketengangan dan membolehkan anda beramah mesra dengan calon lain. Ia secara tidak langsung dapat menenang diri anda sebelum masuk ke bilik temuduga. - Solat Hajat Pada Malam Sebelum Temuduga
Saya sarankan anda melakukan solat hajat pada malam sebelum temuduga. Mohon pada Allah agar dipermudahkan urusan anda untuk menjadi seorang pendidik anak bangsa. - Rehat Yang Cukup
Pastikan anda tidur awal dan mendapatkan rehat yang cukup. Ia akan membuatkan badan anda bertenaga ketika temuduga nanti. Sebab itulah saya sarankan anda membuat persediaan awal. Jangan buat persediaan secara last minute. Pada malam sebelum temuduga, anda sepatutnya mendapatkan rehat yang cukup selepas berhempas pulas membuat persediaan beberapa hari sebelum itu.
Itu adalah antara tip tip penting sebelum anda menghadapi temuduga KPLI SR J-QAF ini. Ia merupakan satu acara yang mencabar buat diri anda.
Berita Baik Untuk Calon Temuduga KPLI SR J-QAF 2011
Bagi membantu calon-calon temuduga KPLI SR J-QAF, beberapa rakan rakan saya telah membuat panduan khusus bagi membantu dalam temuduga ini. Mereka adalah antara pakar dalam membantu ramai calon temuduga jawatan kerajaan dalam banyak temuduga sejak beberapa tahun lepas.
Panduan TEMUDUGA KPLI J-QAF
Anda juga akan didedahkan dengan soalan dan jawapan yang lazim ditanya dalam temuduga KPLI SR J-QAF sebelum ini. Ia sangat membantu calon untuk lebih tersusun dalam membuat persediaan dalam temuduga nanti. Ia mengandungi 4 modul utama iaitu Pengenalan, Kerjaya Guru,Komponen Temuduga KPLI SR J-QAF dan Modul Persediaan Menghadapi Temuduga KPLI SR J-QAF.
Ia mula boleh diperolehi bermula 5hb Disember ini.Iaitu 3 hari daripada sekarang. Anda boleh dapatkannya menerusi laman web Panduan Temuduga KPLI-SR J-QAF.
Dengan pengalaman mereka ini, saya pasti ia akan membantu anda dalam temuduga nanti.
Incoming search terms:
- soalan temuduga jqaf
- susunan fail temuduga