Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Scam Alert
Skim Cepat Kaya Guna Nama Islam Di Perak
Scam Alert

Skim Cepat Kaya Guna Nama Islam Di Perak

sham 2 Comments

Saya belum mendapat sebarang maklumat tentang perkara ni.Saya akan menulis tentangnya setelah mendapat maklumat lanjut tentang skim ini.

IPOH: Sebuah syarikat di sini dikesan menjalankan skim cepat kaya menggunakan nama “Islam” yang beroperasi aktif di Perak sejak Januari lalu dengan mensasarkan pelajar institusi pengajian tinggi.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perak, Mokhtar Sulaiman, berkata syarikat yang dipercayai beroperasi dari sebuah pejabat di sini menjalankan aktiviti berkenaan melalui kaedah wang pos.

“Beberapa peserta telah membuat laporan selepas menyedari mereka ditipu. Pengasas skim itu sangat bijak kerana menggunakan agama Islam dalam pelaburannya bagi menarik perhatian,” katanya selepas merasmikan Seminar Cabaran Pengguna Di Pasaran peringkat negeri Perak di sini, hari ini. Mokhtar berkata, siasatan awal mendapati antara pelajar yang terjebak telah menggunakan wang pinjaman pendidikan untuk melabur dalam skim itu.

Beliau berkata, siasatan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia sedang dijalankan terhadap syarikat berkenaan.

Setakat ini, katanya, aktiviti itu dipercayai terhad di Perak dan belum menular ke tempat lain. – Bernama

Berita Harian
Pastinya skim cepat kaya ini tak senang duduk sekarang ni. Diharap tiada yang tertipu dengan skim cepat kayap kaya ini terutamanya pelajar pelajar. Nanti anda bukan sahaja tak sempat nak belajar, kayap pula sebab dah kehabisan wang bukannya untuk menambah duit.
Ketika di universiti saya buat perkhidmatan servis komputer dari bilik asrama. Ada banyak perniagaan lain yang boleh diceburi oleh pelajar terutama di institut pengajian tinggi. Anda semua dikurniakan akal yang bijak, tolong jangan terjebak dalam skim cepat kaya.
Buat kajian terlebih dahulu sehabisnya.
Artikel Berkaitan
  • Kenapa Kami Larang Join Skim Cepat Kaya
    "Kenapa nak dengki dengan kami, kami bukannya tak bayar pun. Jangan tulis pasal bisnes kami lagi. As...
  • Penganjur Skim Mekah Islamik Hotel Cabut Lari
    Mekah Islamik Hotel yang kononnya nak membantu orang melayu kini telah terkubur. Penganjur skim ini ...
  • Skim Cepat Kaya: SpeedLineGlobal.com
    Ini adalah skim cepat kaya yang berteraskan trading forex yang dispam ke emel saya sekejap tadi. Nam...
  • Dana Haji Jasman Kini Aktif Kembali
  • CPOTrading.com atau CrudePalmOilTrading.com Kini Disiasat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 3,059
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:skim cepat kaya

Related Articles

Scammer sekarang ni memang sentiasa mencari mangsa dengan cukup kreatif. …

Scam Alert: CIMB Low Rate Transaction Fee

penipuan di fb
Hari ini ada berita tentang tunpasnya satu sendikit menipu menerusi …

Awas Taktik Penipu Mencari Mangsa Di Facebook

2 Comments

  1. NIZAM

    eerrrmm….kita patut elak dari terlibat skim cepat kaya walau apa jua bentuk pun.

    Muhamad Nornizam
    duniacintasejati.blogspot.com

  2. mee

    teruk betul skang … sampai agama dipermain2kan semata2 kerana duit …

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

DUIT: Antara Moral Dan Realiti

Duit pada hari ini menjadi satu keperluan yang sangat meruncing. Tanpa duit, sus…

Kenapa Kami Larang Join Skim Cepat Kaya

“Kenapa nak dengki dengan kami, kami bukannya tak bayar pun. Jangan tulis …

Scam Alert! Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Skim GetThiss

Saya peram artikel tentang Gethiss ini agak lama. Saya nak lihat sejauh mana ia …