JutawanKlik – Anda Tak Kaya Dengan Hanya Sekadar Klik Iklan
Ini adalah salah satu daripada program skim cepat kaya yang makin hangit hangat sekarang ini. Berlambak iklan diorang kat Berita Harian. Mereka sanggup melaburkan RM150 seminggu semata mata untuk menarik orang baru untuk menjadi mangsa mereka.
Malah testimoni juga telah direka malah bukti pendapatan daripada testimoni telah dicilok daripada laman web seorang ahli forum WangCyber. Saya tengok memang sama. Sah ia telah dikutip untuk menguatkan testimoni skim cepat kaya ini.
Boleh ke klik iklan jadi jutawan? Merapu betul. Takde sape pengiklan yang sanggup bayar untuk klik iklan mereka. Kalo dalam Google Adsense, dah lama kena ban sebab klik sendiri atau mengalakkan klik pada iklan. Ini adalah kerana setiap klik dibayar pengiklan.
Target atau sasaran utama pengiklan adalah sales atau jualan. Jika pelawat hanya sekadar klik iklan dan mereka terpaksa membayarnya. Ia adalah sesuatu yang merugikan mereka. Matlamat akhir adalah untuk membuat untung, jadi rugi pulak.
Jadi jutawan dengan klik iklan je memang takkan kaya apatah lagi jadi jutawan. Saya akui adalah progran pay per click kat dunia ni. Tetapi mereka membayar $0.001 bagi setiap klik. Rasanya anda menghabiskan masa 10 tahun baru dapat $1. Tu kira dah kaya dah tu. Jutawan dah kalo dalam rupiah.
Menurut laman web berkenaan, satu klik dibayar 10sen. Siapa yang akan bayar? Yang international? Bersepah scammer Paid Per Click. Kat dalam statistik memang nampak la. Bila nak bayar. Langsung takde. Begitu juga program Paid To Read Email atau PTR ni.
Taktik lain yang scammer gunakan ialah Paid To Surf. Kesimpulannya Paid Per Click, Paid To Read, Paid To Surf kebanyakannya adalah scam.
Elakkan daripada tertipu daripada program sedemikian. Jangan bazirkan masa dan tenaga anda. Masa itu emas. Bil internet & elektrik pun kena bayar. Bukannya makin kaya tetapi makin kayap.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN, SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.
NAMUN,PIHAK KAMI AKAN LULUSKAN SEMUA KOMEN MEREKA YANG DIHANTAR.
SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK SHAMSURIYADI.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM
Luah rasa hati anda dengan komen dibawah.Jangan lupa untuk subcribe agar anda menerima artikel terbaru dari blog ini.Masukkan email anda di borang dibawah:
Comments
Betul tu Sham, program yang hangit macam tu dah menular. sampaikan kenalan rapat saya pun tanya betul ke tak betul program macam nih. Saya sendiri pun dah malas nak tengok list iklan teks kat bahagian bawah tu!
Rentikanla..Jangan leburkan modal permulaan RM 100 tu untuk program yang macam tu. Memang langsung tak berbaloi. RM 100 tu dah boleh beli pelbagai produk yang lebih baik dan dah boleh jana pendapatan sampingan secara online….
bukan 100 dah… rm250 kalo sekali invest untuk iklan text seminggu…
4 minggu untuk sebulan… dah jadi rm600 + rm100
total rm700
mmm…jutawanclick…
sah penipu…
sengal betul …
klik sendiri plak tu…
nie sapa tokey dia nie…
kasi debat sikit..
btull…serius..btull..penipu jutawan klik..aku dh terkena..tertarik dengan iklan..aku harap korang jgnla masuk..punya ssh nk mampus nk dpt duit tu..burn aku punya RM100..tension giler la..aku try klik PC lain pn xdpt..pnipu besaq..aku xhalalkan la duit tu..aku punya promote giler nak cari duit..apa kejadahnya..3hari baru 2 kupang dapat..mmg aku bengang giler..kita ban sama2 jutawanklik..makan duit haram..duit haram..
aku ada pasang niat nak join, tapi selepas aku buat carian google, aku dapat banyak komen negetif. jadi aku pun ambil keputusan tidak join.
aku mengucapkan terima kasih kepada yang telah memberi pandangan
p/s – selidik dahulu sesuatu perkara sebelum bertindak
Salam,
Jutawanklik tu betul.Idea sama dengan Google Ad.Cuma mereka save money dengan tidak iklankan di Google. Google PPC mahu US1.00 per click. Kalau diteliti syarat-syaratnya :- diri sendiri tidak bolih klik.Sama macam google add.
Pendapatan mereka adalah dari ahli seumur hidup iaitu
RM100 – RM90( ahli dapat)= RM90.
Jika 1 hari ada ahli baru sebanyak 10000 orang.
Pendapatan mereka = 10000*90 =RM 900,000
Iklan untuk dapatkan 10000 orang.
Jumlah iklan perlu dibayar(contoh)= 1000000 klik
= 1000000* 0.1
= RM100,000
Untung mereka jika perkara diatas berlaku = RM800,000
Rugi jika bayar klik lebih banyak dari orang jadi ahli
Yg jadi Ahli
1) Kena bayar membership RM100.00
2) Dapat affiliate Id untuk iklankan jutawanklik
3) modal iklan dibayar oleh ahli kecuali iklan percuma
4) Panduan iklan dan tunjuk ajar diberikan oleh mereka
5) Ahli akan untung gile bila dapat klik banyak dari orang
ramai yg baca iklan dan klik pada item#2. Kalau 1 juta
klik 1 bulan = RM100,000. Tak payah risau orang ramai
jadi ahli atau pun tidak. Kena tolak modal iklan berbayar
seperti iklan di Google Ad, Berita Harian, Harakah,
atau sebagainya.
6) Ahli dapat bonus RM10 jika ada ahli lain jadi ahli pada
item#2.Kalau 10,000 orang sebulan = 10000*10 = RM100,000
Apa-apa pun kena kerja kuat untuk lancarkan promosi iklan.
Begitulah kata pujangga Raja Web Malaysia : 10 % buat web iklan , 90% promosi iklan. He he he he he
Masih banyak yang mengelirukan. Saya still tak nampak benefit kepada pengiklan yang mengiklan. For sure orang klik just untuk dapatkan komisen klik.
boleh dikatakan value untuk pengiklan yang sangat sedikit. Kalo saya la, saya takkan iklan kat sana sebab apa yang saya nak ialah kualiti klik, bukan click hunter yang nak komisen dari klik.
Apa yang penting bagi pengiklan ialah sales.Setiap sen bernilai.kalo ia tidak berkualiti, buat apa nak iklan.
konsep macam ni akan terkubur bila dah takde pengiklan. Bila ni terjadi, anda akan buang masa je.Mungkin ada yang dapat balik modal tapi yang baru join.
Lagi lagi la penganjur perlu bayar ahli.Kalo tiada pengiklan, tiada la dana nak bayar korang semua.
lagi satu figure tu, nampak sangat just angan angan kosong. sejuta klik sebulan dapat rm100,000. Nampak sangat sedang bermimpi disiang hari.Takdenya duit semudah itu brader.
Yang promote kat berita harian tu,berharap ada orang yang join dapat la rm10 kerana merekrut mangsa baru. Kalo takde orang join, rugi sesaje je.
Apa pun all the best. Jangan sampai dah terhantuk baru nak tergadah.
akulah salah sorang mangsa klik. aku x faham apekejadah di terangkan pada aku. peh sekarang pulak lesen dia pulak dh mampus. jangankan seposen habuk pun aku xdapat. jd korang jaga2lah jangan sampai tertipu dengan manusia durjana ini. aku dh banyak berabis apa yang aku dapat?????????????
tak tipulah, jutawanklik bayar sy rm300 lbh dlm masa kureng 5 hari sy join. apanya penipu lak. korang ja annggp diri korang tue btl dn selalu mnyalahkn usaha org lain.
uds,
leh bagi bukti?
Bagi saya, kalo tak berani dedah identiti bukan leh percaya sangat. Mungkin admin@mereka yang terlibat yang bagi komen.
Saya tak pernah cakap jutawanklik tipu ke tak…cuma model perniagaannya takkan bertahan lama. Sebab berdasarkan pemerhatian saya kat sistem yang ada sekarang ni. Lagipun ia lebih mengkayakan penganjur dan boleh dimanipulasi.
randomizor pun dah ada balik kat Malaysia ni sedangkan ia adalah satu sistem yang sangat boleh dimanipulasi oleh admin dia. Banyak di spam ke email saya baru ni. Mungkin saya akan tulis kot nanti.
Saya pada mulanya memang tidak percaya benda-benda macam nie.Sebab dalam dunia yang fana ini bukan mudah untuk dapatkan duit. Tetapi atas dasar ingin mencuba saya cuba mana tau kot kot dapat duit pakai online. Dalam masa yang sama terdetik pula dalam hati mereka mungkin penipu. Namun jika mereka menipu sekali pun saya cuma kerugian RM100 sahaja.Berbanding mereka yang makan duit tersebut mungkin dah beratus ribu akan tidak tenang sepanjang dunia dan akhirat. Sekurang-kurangnya saya menjadi mangsa kezaliman yang akan menyebabkan doa saya tidak ada hijab dengan Allah SWT.
kepala otak dia laa,aku dah lebur duit dengan jutawan klik nie!!! hampeehh satu sen pong x dapat minta no. akaun konon cehh dasar menipu zaman IT , aku nak aje potong 23 kerat tidak pong letak bomb biar hancur ……
Gua dah join jutawanklik ni … dari pandangan wa, takde yg salahnya sistem ni. Bagi yg tak ikut betul2 arahan yg diajar, mmg la rasa susah & menyusahkan pastu nak salahkan sistem. Wa byk gunakan ilmu2 masa dgn Vemma (how to advertise, how to build up list, how to market our product/ system/ service). Kalau nak duit lebih, kena la sanggup keluar duit sebagai modal.. takkan nak guna air liur jer. Dah bayar rm100 pastu duduk sesaja.. sengal tu brader! Advertise la guna duit sket.. spend masa cari list baru.. mula2 mmg nampak lambat.. tapi dah lama2 nanti dapat la pulang modal & untung..
Takyah berangan sampai dapat berpuluh ribu.. angan2 mat jenin tu.. Angan2 (cita2) mat drift mcm gua ni setakat dapat tambahan income seribu dua sebulan pun dah Alhamdulillah… Boleh gua tukar sport rim baru..
Adios!
sya dah menyertai pelbagai skim dan pernah mengalami kerugian sehingga us5,000 bukan sedikit. Apabila dsebut skim yg mengayakan cepat dan mudah, anda harus berwaspada x ada jaminan langsung. Harus ingat bahawa kalupun anda mendapat wang x bermakna ia akan kekal selamanya. Skim seperti ini akan berjalan selagi ada pelanggan baru mendaftar…tu kalau ada. Wang yg anda labur itu sebenarnya akan dibahagi-bahagikan kepada pelanggan2 secara sedikit-sedikit 10sen. Sesiapa yg duluan mendaftar yang dapat pulangan awal, sekiranya pelanggan dah xada halalkan wang anda. Klu kerajaan sekat, kelabukan mata wang anda. Klu penaja tu balik neraka kita halalkan wang derma kita semoga dicucuri rahmat keatasnya….fikir masak-masak. Skim ini local aje….jadi skim ini kurang pelanggan..habis rakyat yg faham b. melayu habislah pulangan
apa yang susah sangat kalau anda selesa dengan hidup anda sekarang teruskan sahaja hidup anda. buat apa nak kacau org. yang dah masuk teruskan sahaja buat.jangan putus asa ade rezeki anda. nak bagi tahu nie 1 IP bermaksud 1pc/note book jadi boleh klik sekali sahaja bagi 1pc/notebook. yang pergi klik banyak kali tu buat apa sengal betul ikut arahan yang diberi insyaallah berhasil:-(jutawanklik menerima IP Seluruh dunia)
contoh tak ikut arahan dan memalukan diri sendiri:-
1)btull…serius..btull..penipu jutawan klik..aku dh terkena..tertarik dengan iklan..aku harap korang jgnla masuk..punya ssh nk mampus nk dpt duit tu..burn aku punya RM100..tension giler la..aku try klik PC lain pn xdpt..pnipu besaq..aku xhalalkan la duit tu..aku punya promote giler nak cari duit..apa kejadahnya..3hari baru 2 kupang dapat..mmg aku bengang giler..kita ban sama2 jutawanklik..makan duit haram..duit haram..
salam pada semua,
saya nak bagitau pada semua.. bahawa saya telah tertipu dengan program klik jutawanklik ni. RM100 telah ditransfer ke akaun. sudah beberapa email telah di hantar tetapi satu pun tidak direply. kepada mereka2 yg belum join, diharapkan JANGAN TERPEDAYA DENGAN PROGRAM http://www.jutawanklik.com. IANYA SATU PROGRAM SCAM YANG MENIPU ORANG. SAYA PERCAYA DAH BERAPA RAMAI LAGI YANG MENJADI MANGSA SELAIN SANA DILUAR SANA. YANG SAYA SEDIH, WEB WEB SEBEGINI DAPAT LAGI BERTAHAN SAMPAI SEKARANG. SAYA BERHARAP,PIHAK PIHAK YANG BERKAITAN,SILA BUAT SESUATU. PROGRAM JUTAWANKLIK NI BERSELINDUNG DISEBALIK NAMA SYARIKAT SCHEMATA MULTIMEDIA.
SEKIRANYA PIHAK PIHAK YANG TERLIBAT DLM SKIM JUTAWANKLIK NI TERBACA CORETAN INI, SAYA TIDAK AKAN MENGHALALKAN SATU SEN PUN DUIT YG TELAH SAYA TRANSFER ITU. INGAT!!! BUAT BAIK DIBALAS BAIK, BUAT JAHAT TUNGGU LAH AKIBATNYA NANTI!!! KORANG TAKKAN TERLEPAS!!!
SALAM SEMUA….
AKU NI DH DKT 2 BULAN JOIN JUTAWANKLIK@HAMPEH NI. AKU IKUT UNDANG2 DIORG LA SUPAYA AKAUN AKU X KENA BLOK. AKU PROMOSI SAMPAI LA DAPAT RM 120. TP SMPAI ARI NI X BAYAR2 LG. AKU PUN X TAK TAU APA MASALAHNYA. MAYBE INI MUNGKIN SEKADAR MONEY GAME JE. WALAUPUN AKU NI TERDIRI DARI ORG YG X BERAPA ADA DUIT, TP KALO KENA TIPU, 10 SEN PUN AKU BENGANG. KEPADA KWN2 YG BLOM JOIN @ TERINGIN NK JOIN, AKU RASA X PAYAH LA. BAIK LA CARI BIZ YG BTOL2 CLEAR N TELUS. XDE JALAN MUDAH NK JADI JUTAWAN. KALO X CAYA TANYA LA ORG2 YG DAH JADI JUTAWAN TU. TANYA KT DIORG, CM NER DIORG LEH JADI JUTAWAN. YG PASTINYA BUKAN DGN JOIN JUTAWANKLIK@HAMPEH.. SALAM
SAYA YG MENURUT PERINTAH,
ALBARENG,
B.P AMIRUL DANIEL HOLDINGS SDN. BHD.
Saya dah cuba ingatkan dari dulu lagi, namun ada jugak yang jadi kipas susah mati jutawanklik ni. Jadikan ini sebagai pengajaran. kalo mereka yang teringin nak buat duit kat internet dengan klik klik ni, lupakan lah. Ada banyak cara lain yang selamat & terbukti.
Saya baru terbaca mengenai jutawanklik ni dan dah pun ambil akaun diaorang nak masukkan rm 100 kat akaun diaorang coz nak cuba gak wat duit…memang ada yang dah buat berjaya, ada yang dah buat pokai…itu pun bila dah terbaca kat ruangan forum ni…tapi, mcm ada betulnya ler, dia mcm sistem tajaan org ke org lain dan macam main kutu gak…kesimpulannya, rasanya macam ok dan macam tak ok. Boleh gitu??
hmmm…lebih baik main kutu ngan kawan2 rapat xpun kawan2 ofis…cukup bulan dapat duit byk terus…
itu utk kes2 sesape yg susah nak simpan duit..
besyukur dgn rezeki yg ada….simpan duit kt asb pun masyuk gak..tp lambat la…
lumpah manusia..nak cepat kaya….tp lupa dgn apa yg ada ni pun dah lebih dari cukup…muasabah la diri masing2…Amiinn…Peace!!!!hehehe
awat tak report polis?saya rasa pihak polis akan menhubungi pihak yg sewajarnya untuk sekat web tersebut.Lagi pun pemegang akaun CIMB yrtsebut mungkin boleh disiasat. Saya cuma hendak tekankan disini bahawa kalau kita klik diri sendiri memang tak akan dikira…coz ramai member sy ingat masuk lepas tu klik diri sendiri..tapi sebenarnya link kita perlu diklik oleh orang dari ip yg lain..
baru nak jion td tp bila dah baca komen2 yg menyedarkan ni baru la ku tersedar dari khayalannnn menjelma….
bro sham, kalau betul la ada program yang macam ni tp boleh di percayai. emel2 la kat gua eh.tq
rasanya takde kot sebab model biz mcam tu susah nak bertahan. pada awal boleh la bayar orang, dah lama lama terus tak bayar.
apa komen bro tentang http://www.hyprobulksms.net/
sham: saya dah remove link affiliate tu.Nak tanya atau nak promote?
Setahu saya hyperbulksms tu jual sistem sms blaster/broadcast. Cuma cara diorang ala MLM skit. Setakat ni diorang ok, takde masalah. Tiada lagi laporan yang negatif diterima kat saya.
buat korang yang dh kene tipu oleh jutawanklik, gua suggest pegi ke http://www.skmm.gov.my/, klik kat aduan SKMM. tu pun kalo korang dh nyampah sgt kt jutawanklik. korang bising2 kt sini tak guna. gua sebenarnye ada cara nk kasi bankrap site ni walaupun diorang tak kasi pakai traffic exchange, autosurf, manual surf dgn bots tp memandangkan ada duit orang yang kene zalim ada kat situ gua pikir tak payahlah. sblum nak masuk program/pelaburan ni gua suggest korang pegi http://www.scam.com. kat situ mcm2 scam ada dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. cau cin cau
Ait… muncul balik progrem macam ni? Dulu dah ada yang SEJIBIK… STUDIO TRAFFIC (dan gak rakan2 yg sewaktu dengannya… E.g. 12-daily pro etc.)
Saya rasa mmg confirm, jutawanklik ni adalah ponzi/pyramid punya skim. dan macam studio traffic jugak, lambat laun tuan ampunya akan lari
kalau tak silap saya, ada terbaca komen kat atas… yg kata pendapatan dapat dari caruman ahli? Tu dah konpom maksudnya ponzi. Jadi, mmg elok dijauhkan
Salaam aleykom
member saya baru je bank in duit kat jutawan klik,mula2 x minta pun slip bank in 2 cuma minta no resit je…bila dah bagi dia minta scan resit hantar kan resit 2 ke email mereka.dah hntar x dapat attach plak,konon nya x terang.bila saya tengok dia nak gelak juga…………dua2 bodoh! sorang bodoh kena tipu,sorang lagi bodoh rabun.slip bank in yg terang 2 dia kata x terang….PENIPU
Aku ada try program 10dollarswonder. OK gak. Daripada labur RM100 lebih baik masuk yg ni. Boleh pusing modal/repurchase smpi dapat USD50 sehari. Cubalah masuk http://p——–
sham: sini bukan tempat nak promote affiliate pape.Saya terpaksa remove link tu ye.
ermmmmmm aku pun mangsa penipuan internet program2 cepat kaya ni..huaaa aku tak halal duit yg aku bt modal tu
Di sbbkan jutawanklik nie bisnes burger aku hampir bangkrap gara2 web haram tuh…
yang kayanya beberapa kerat saja,yang habis melaburnya berjuta-juta.
Takda perkara yang mudah di dalam dunia ini untuk menghasilkan duit itupun kena bekerja keras.
berapa banyak iklan & promosi sudah buat..tp hasilnya hampeh.
JGN TERPEDAYA DENGAN IKLAN & AYAT KENCANG MEREKA!!!
AKU TKKAN HALALKAN DUIT INI!
mereka jutawan dengan sumber duit yang HARAM…
MEREKA MENIPU -confirm!!!
email kat sya kalau betul bende ni taawon dan kristal karisma. . . . . jutawan klik betul atau tidak saya nak join 28 ni beri yg benar . . . . tolong email kan sy grandzamx@yahoo.com
wah….aku baru berkira2 nk join benda alah hampa debat ni…..agak logik la comment2 dari kawan2 cyber ni…
nasib ada pak cik google ni…
kalu x melayang 100 aku
Saya baru berjinak-jinak dengan internet ni ketika menjumpai JUTAWANKLIK…tanpa fikir panjang terus join..sehingga kini da 6 bulan aku join Jutawanklik..dalam masa tersebut da 8 kali aku terima PEMBAYARAN daripada JUTAWANKLIK..
yang penting adalah ikut peraturan..Jangan klik link sendiri..Di bawah ini adalah screen shot bukti pembayaran drpd Jutawanklik yang terbaru
LIHAT BUKTI PEMBAYARAN DIBAWAH..
PERHATIKAN;
1.nama syarikat- SCHEMATA MULTIMEDIA
2.TARIKH PEMBAYARAN- 3 MARCH 2010
3..JUMLAH PEMBAYARAN
4.NOTIFICATION DARIPADA CIMB..
OK..Lain-lainnya anda nilai sendiri..saya cuma beri bukti, selama saya join progrm ni..saya tidak pernah tahu tentang perkembangan apa-apa forum seperti ini..sebab sibuk dengan bisnes lain..
OK..KLIK UNTUK LIHAT GAMBAR( GAMBAR INI ADALAH SEKADAR BUKTI,DAN BUKAN TUJUAN PROMOSI)
http://www.facebook.com/photo.php?pid=151945&l=e472ad771a&id=100000252752315
Salaam Jojo
Betul… mmg akan ada duit pada peringkat ni. Tapi since awak sendiri baru berjinak dalam dunia buat duit di Internet… mungkin sesetengah benda awak kurang clear (saya tak bermaksud merendahkan pemikiran awak, just nak bagi nasihat based on pengalaman)
Jutawanklik, modus operandi dia sama dengan salah satu autosurf yang dah ‘hilang-kan’ diri dari dunia klik-klik iklan ni. Nama dia Studio Traffic. Ada jugak kompeni2 lain macam 12DailyPro dan jugak beberapa yg lain, saya pon dah tak ingat (dalam sekitar 2003-2005 gitu kot).
Cara dia orang beroperasi ialah:
1) BAgi tau kat ahli dan bakal2 ahli yang dia orang dapat duit dari ‘pengiklan2′…
2) Kita dapat duit based on klik yg kita buat (1%) sehari…
3) Dan selalunya, mungkin dalam mailing list yang dia orang ujudkan (ataupun juga a dedicated forum), dia orang akan bagi tau tentang masa depan kompeni yg sangat2 cerah sebb ini lah cara terbaru utk buat duit online!!!
Perkara kedua ialah bukti2 mendapat duit.
1) Betul, mmg ramai yang akan post bukti2, macam awak… dapat RM10,000 dalam sebulan, tunjuk chek yg bakal di-bank in, tunjukkan nombor pendaftaran syarikat….
* Semua tu mmg nampak macam best, tapi kalau kita tengok sesuatu syarikat tu berdaftar pon, tak semestinya ianya telus. Banyak cara utk mendaftarkan syarikat… cth macam guna nama orang lain ke, ataupun gunakan helah2 sana sini ke…. in the end, bila dah terbungkus (ataupun diisytiharkan ‘scam’, pengasas2 sebenar akan hilang macam tu saja… perlu diingat, diaorang ni bijak… bijaak sangat nak buat duit walau apa pon caranya. STUDIO TRAFFIC macam ni gak la dulu… John Horan (pengasas utama syarikat ni, last2 sekali lenyap camtu je…. tu pon kalau betul laa nama dia John Horan… ntah2 ke Mat Haron. hehehehe)
2. Bukti2 duit ni juga, adalah cara utk sesuatu syarikat utk menarik lebih ramai ahli baru… yg kurang berpengalaman dan kurang faham mengenai skim PONZI ataupun PYRAMID. Bile tengok berjota2 orang buleh dapat… ramai akan tertarik dan join. Pada masa yg sama, orang2 yg join tu dah mula dikaburi oleh potensi uwang yg bakal mereka dapat generate…. ni bukan nak burukkan sapa2 yg join… saya sendiri pernah join, dan faham sangat perasaan tu. Kalau tak join rugi pulak… betui dok?
Last sekali, sy just nak suruh sapa2 yg nak join,,, fikir bebetul 2 perkara:
1. Mana dia orang dapat duit utk bayar ahli2 punya ‘komisen’. 1% sebulan tu banyak tuuuuu. Kalau betul benda ni TELUS, dan mmg bisnes model of the future… kenapa orang2 kaya malaysia (yg sememangnya tak bosan2 utk menjadi makin kaya) join benda ni? Cth2 macam Irfan Khairi (yg mmg buat duit thru Internet), Milan DOshi, Azizi Ali… dan tak lupa jugak orang2 macam Donald Trump, George Soros, Warren Buffet dan Peter Lynch…. asal dia orang tak join kalau betul benda ni leh kasik pulangan yg berkali2 ganda lumayan? Mereka2 ni invest dalam benda2 yg return dia JAUH LEBIH RENDAH dari 30% SEBULAN (Jutawanklik 30% sebulan tu… gilos nye return, tak masuk dek akal!!!)… mereka2 ni invest dalam stock market dan properties… yang mmg kalau dapat 15-20% pon dah dah kira durian runtuh maut maut nyeee!!!
2. Logik akal kena mau guna jugak. Masa saya join Studio Traffic dulu, mmg ada rasa macam kompeni ni tak betul. I mean, camne dia orang leh generate banyak sangat income, walhal advertisement2 yg dia tunjuk, mmg cam hampeh? Banyak yg tunjuk advertisement ahli2 studiotraffic sendiri (homepage2 para ahli) dan jugak advertisement2 tipu (screenshot/screen capture website2 lain…).
* Lepas tu pulak… tujuan utama ahli ialah semata2 nak lengkapkan/cukupkan kuota surfing website utk sehari…. ada ke ahli yang bebetul sibuk nak pi tekan mana2 iklan yg dipaparkan? (Sbb mmg iklan2 tu, ahli je nampak, betui tak?). Niat ahli mmg jauh sekali dari tu… niat ahli ialah semata2 nak cukupkan kuota surf, supaya dapat 1% sehari tu… so cuba kita fikirkan… betul ke cara pengiklanan macam ni? Efektif ke? Ada ke orang yg klik? Kalau ada pon yg klik, boleh ke ia generate pembelian (mmg jauh panggang dari apa pada pendapat saya)
Jadi, utk Jojo… saya faham perasaan awak
MMg nampak macamleh generate income. TApi Jutawanklik ni mmg nampak sangat macam PONZI (Dah le kena bayar RM100 nak join. At least STudiotraffic dulu, dan autosurf2 yg lain kasik option utk free account. Cuma dia orang lagik pandai, dia orang tau, manusia tamak,,, so mmg ramai la yg upgrade ke paid account supaya 1% tu naik lagik tinggi).
Kesompolannya lah… mmg Jojo akan dapat $$$ sekarang. Tapi duit tu, adalah hasil daripada ‘yuran pendaftaran’ RM100 tu. Nanti at one point, bila orang2 yg join dah kurang (yg insyaAllaah akan berlaku punya), ataupun yg join mmg dah takde… maka duit yg masuk akan berhenti, dan kompeni akan mula bagi alasan2 pelik yg tak masuk dek akal… dan last sekali… lesap dari pandangan dunia
Jadik, at least cuba kaji dulu, macam mana nak buat duit bebetul kat Internet. Kalau benda tu TOO GOOD TO BE TRUE (Terlau hebat utk dipercayai)… jadi mmg betul la… tak buleh nak dipercayai
Oraits. Slamaaat
HAnya pendapat saya dari penglaman.
Salaam
Saya tengok, ramai yang rasa selesa dengan menerima duit komisyen daripada caruman ahli yang lain.
Ini adalah salah dan kalau betul2 dikaji, saya rasa boleh jatuh haram (sy tak jatuhkan hukum, agak2 aje)
Sebab apa, macam kata Sang Trox, duit2 ni semua dari caruman ahli. Dan komisyen juga dari carumah ahli. Clear2 ponzi ataupun pyramid (utk fahami skim pyramid, jgn pikir sangat pasal bentuk pyramid. hehehe. Cuba google kalau kurang faham). Ponzi scheme adalah tidak dibenarkan serata dunia.
Duit dapat dari ahli2… lambat laun ahli habis, orang yg masuk lambat dan harapkan jutaan ringgit, akan hangus camtu je. So ada pihak yg akan terkena… jadik, model bisnis macam ni mmg tak betul.
Macam Sang Trox kata jugak, bukti tak menunjukkan syarikat atau cara perniagaan (bagi saya ini bukan berniaga, tapi penipuan) tu betul. BUkti tu hanya utk mengkaburi bakal2 ahli yg akan datang. Kompeni penipu mana2 pon buleh bagi duit kat sapa sapa… dan boleh tunjuk dia orang mmg ada duit utk dibagi (utk masa ni je la tapi). Jadi, jangan lah kita menilai program tu dari bukti dapat duit semata mata.
Tengok bisnis model, masuk akal ke tak. Kalau terlalu simple, tapi buleh generate banyak duit, nampak sangat la mmg tipuk… tipah tertipuk bang…
Mungkin sapa2 yg nak join, booleh la kaji dulu pasal autosruf ni. bila dah faham betul2 (utk faham betul2, mmg kena clear-kan minda dari niat nak buat duit juta juta), saya yakin, anda tidak akan sertai.
ni lagi satu adik beradik jutawan klik http://www.dapatwang.com/. tepuk dada tanya iman, jangan tanya selera pasal selera manusia ni lebih buas daripada selera haiwan hahehihohu….
Banyak sgt bisnes yang dipromosikan dalam intrnet skg..tp xtahu mne satu bisnes yg betul2 menjanjikan pendapatan lumayan..bagi seorang beginner mmg susah..terpksa join yg klik2 tu..tu yg paling snang kot..
OrangMelayuKita,
aku rasa agak senang nak identify mana satu bisnes betul mana satu tak.
KAlau terlalu senang (dengan minimal effort) dapat duit… jauhi la. anda mungkin terkena ataupun mungkin )secara tak tau dan x sengaja) terkenakan orang lain (bila skim tu bungkus…)
takde benda senang dalam dunia ni (kecuali buat kebanyakan benda2 jahat)… :]
Salam. Bertahun-tahun saya tak yakin dengan iklan mencari keuntungan melalui pelbagai skim ini. Tahun ni saya tergerak hati nak ikuti secara live…bukan nak kira untung sangat, tapi nak tenguk riaksi pelayar internet. Apa yang saya dapati adalah para pemberi maklumat tentang skim-skim yang tidak beul ini tidaklah benar-banar ikhlas (bukan semuanya) kerana mereka pula cuba mengajak kita mengikuti program yang mereka terlibat, apakah mereka tak tahu bahawa semua skim/program mencari keuntungan di internet meragukan. Masa iklan kata free, bila dan daftar ada pula syarat kena bayar yang lain dan kena buat itu, ini yang ternyata menyukarkan dan membuang masa. Apapun mungkin ada yang beoleh laba dari program ini…itu nasib mereka. Tapi ingatlah kata orang Giler ” Biar kena tipu tapi kayer rayer, daripada tak pernah kena tipu tapi paper kedaner” . Cuba kita ingat kembali betapa hebatnya Si Lunchai, Mat Jenin, Lebai Malang atau Pak Pandir yang dikenang orang sampai sekarang, adakah kerana kepandaian mereka. (idea ini baru saya kutip dari bakul sampah pagi tadi)
JUTAWAN KLIK.COM ADALAH PENIPU BESAR. KITA SEMUA TAK AKAN JADI JUTAWAN. YANG AKAN JADI JUTAWAN ADALAH PIHAK SYARIKAT ITU SENDIRI
baru seminggu join da kena invalid licen… mmg cibai … pukimak …. haram jadah ….bahalol…punya punya tokey jutawan klik… hendaknye boncet la pewot ko makan hasil nipu… sialllllllllllllllllllllllllll…
Keadaan INVALID LISEN TU ADALAH PERKARA BIASA..CUBA LOG IN SEMULA DAN ANDA AKAN BERJAYA..
SAYA DA BANYAK KALI MENGHADAPI PERKARA TERSEBUT..
salam smuaaa hehehehe
ermmm bagi aku smua skim 2 x betul
baik duit korang beli emas n simpan sampai harga naik
lagi brfaedah…
lagi banyak korg beli lagi banyak korag kaya
x pecaye cubela…
skrg aku da jdi agen jual emas alhamdulilah dgn useha aku sndiri..korg cubela, aku boleh ajar kan
gua hampir2 nak joint jutawanklik ni. nasib baik terbaca forum ni. tq pd sham dan semua kekawan yg bagi info.
salam…,
Hurm, aku dah ter join… nak buat cam ne ni… 110 dah hangus… baru terjumpa program ni… arghhhh… membazir je… baik aku derma je duit tu kat anak yatim…
saya lihat ramai yang berapi-api kutuk sana kutuk sini program yang terdapat dalam pasaran, wal hal… tak sedikit juga mereka yang ni terlibat dengan skim cepat kaya spt abfund, ea index dan yang sewaktu dengannya… adakah sebab terkena program yg disebutkan membuatkan mereka jadi begitu????
saya bersetuju dengan jojo..
syabas…
untuk renungan beginilah…
berniaga sendiri yang asalnya halal pun akan boleh jadi haram jika terlibat dengan menipu pelanggan , sembelih pelanggan dan sebagainya.
yang kata nak derma kepada anak yatim pun jadi tak berkat jika riak.. apatah lagi hanya cakap saje.. adakah benar jika tak terjoin program tu dia nak derma kannya???
so… sebelum join mana mana program, baca dulu t/c.. kaji kebarangkaliannya dan sebagainya.. jika main redah je…itulah jadinya….adiosss
hahaha…saya tergelak baca komen korang..klaka pun ada…tapi yg sedih tu..yg dh join..kena tipu..sebab? kita mudah terpedaya ngan iklan yg xpyh buat keje..just klik dpt duit…tadi pun saya baru tgk satu link dr jutawan klik…baca…memang menarik…rasa gak tergugat tgk income camtu coz saya buat biz portal pengiklanan baru gak lagi…x dpt camtu…fuhhhh!!! tapi saya sempat berfikir la…kalau bisnes x buat keje,just klik je..dpt lumayan…itu xmunasabah…tgk yg berjaya hr ni..mana ada tiba2 berjaya…tu berapa kali jatuh bangun baru berjaya…kita yg masih mengharapkan rezeki dtg bergolek ni la yg senang kena tipu…dulu saya pun nk mcm tu gak…xbuat keje dpt duit..tp sape nk bagi mcm tu kalau kita x usaha???? so saya harap lps ni korang hati2 la…jgn sampai terpedaya…tiada jln singkat nk berjaya,nak kaya…tp kalo korang buat bersungguh-sungguh…korang boleh cepat kaya…saya bersyukur kerana biz yg saya buat skrg ni perlukan usaha…nk berjaya kita ikut cara org berjaya…Wassalam…
salam..
thanks sebab bg info..
cam sedara tadi la..
da tedesak nak duit..
terpikir jgk nk join..
nsb bek x buat lagi..
nape la nk tipu orng ngan cara cm neh..
sian kat orang cam saya neh..
terdesak+nk hasil cepat..
jadi la mangsa.. nasib la masih belum terlambat..
ada sesiapa tahu pasal suliz pearl mines (MA 0122256D)?
boleh sesiapa tolong bantu saya.. mrk ni betul ke tak betul?
terimakasih byk2..
xsangka….syukur alhamdulillah saya blom join lg jutawanklik nie….ade niat dlm hati nk join, nk tambah duit poket kerana pekerjaan part time saya ni gajinya x berapa memberangsangkan….tolak hutang piutang, tinggal berapa je dr duit gaji saya tu….
terima kasih bnyk2 kepada yg memberitahu pasal penipuan jutawanklik ini….xsemua orang, berani seperti anda….
terima kasih….
aku pengguna, WOT: safe browsing tool (niat elok btukar masalah)
..sungguh aq xsangka.. citernya bgini mgkin sdah terlalu bosan takleh masuk/dsekat, aq komen pada admin jutawanklik sbb apa susah nak masok.. tau apa jawab admin.. “intenet kamu lembab..”
jawapan takde fakta kukuh lgsung.. dan aq minta selesaikan pekara ini secepat mgkin.. dituduh pula aq cuba ugut.! apa ke jadahnya pulak.. ugut apa? kerana tidak snang dgn kerenah aq supaya cepatperbaiki masalah ini.. dibatalkan pulak akaun aku.. syarikat apa mcmnie.. -so fikir2lah..
http://www.mywot.com/ / cuba check website: jutawanklik.com
alhamdilillah..aku belum join lagi..ape pun selalulah beringat-ingat..yg berniat nak menipu tu..senang nk cite kt dunia ni..kt akhirat sok..bukankah bende2 tu semue nk kene jwp..
memang penipu besar jutawanklik ni. aku harap2 satu hari nanti semua penipu2 jutawanklik ni kene rompak.. biar miskin pape. akaun aku boleh login 2-3 kali jer. lepas tu kate wrong username. memang celake.
salam.. penemuan baru..!!
cuba pergi kat laman nie tengok lesen dan komen jutawanklik… apakah status mereka ini.. (adakah islam??) http://jutawanklik.zendesk.com/entries/211166-lesen-perniagaan-diperbaharui perhatikan ayat ini [Adalah disampaikan bahawa lesen operasi perniagaan program Jutawanklik® dibawah kelolaan syarikat Schemata Multimedia (PG0202546D) adalah diperkenankan oleh Kerajaan Malaysia untuk terus menyambung perkhidmatan sehingga tahun 2015 tahun Hadhrat 'Isa ibnu Maryam Al-Maseh a.s]
Memang bagus dengan pendedahan yang saudara Sham tulis, kalau tidak sehingga hari ini mungkin lebih ramai mangsa-mangsa baru.
(adakah ia nya diterajui oleh orang islam..??) http://jutawanklik.zendesk.com/entries/211166-lesen-perniagaan-diperbaharui
syarikat Schemata Multimedia (PG0202546D) adalah diperkenankan oleh Kerajaan Malaysia untuk terus menyambung perkhidmatan sehingga tahun 2015 tahun Hadhrat
= Isa ibnu Maryam Al-Maseh a.s (nabi Isa)..??
SSM bukan jaminan sesuatu syarikat akan terus bertahan atau diperkenankan oleh kerajaan Malaysia. Sebab SSM tak cek pun maklumat pendaftaran tu betul atau tak. Saya dah tanya benda ni. SSM tak buat verification pun alamat atau premis berkenaan wujud atau tak. Apa yang diorang nak, bisnes mesti didaftarkan.
Nak tau leh bertahan ke tak atau diperkenan atau tak…tunggu akta baru pada oktober nanti. Yang pasti, KPDNKK akan dikerah untuk menutup penganjur skim piramid & skim cepat kaya di internet.
Tengok jela nanti perkembangan semasa.
askum smua.. aku rasa dalam perkara ini tak perlu kita salahkan sesiapa. sepatutnya kita perlu berfikir bahawa masih banyak lagi peluang dan jalan untuk meningkatkan taraf hidup sekali gus untuk menjana pendapatan. bukan kah Allah SWT telah mengurniakan nikmat yang tidak ternilainya di alam ini untuk kita gunakan/manipulasikan kepada sumber untuk mendapatkan wang. caranya terpulang lah kepada kebijaksanaan masing-masing. Allah telah kurniakan akal fikiran supaya berfikir sebelum melakukan sesuatu sama ada dalam mencari rezeki atau melakukan sesuatu yang lain.
ini semua ulang tayang….click dapat income tu blogstarz dah buat..bukan click tu sebenarnya yang bagi income,btul sgt,setakad click je bape sgt le dpt…duit ahli baru yang join tu la yang di pusing2 bagi komisen kat orang atas.. genuine business apa ke namanya ni?piramid le tu kan…tokay no 1 kebas semua…tak caye?
JUTAWANKLIK tu penipu ker rupanya,ptg td aku dh g kt cimb nak bank in duit rm100 kat SCHEMATA MULTIMEDIA no akaun 016010000080100,tp xleh bank in sbb aku slh salin no akaun,no akuan yg tul 16010000080100 x ada kosong di depannya.kalu x dh tentu hangus duit aku,iklan dia wt aku terpedaya,maklumla perlukan duit.bila aku baca komen2 kat atas ni br aku tau jutawan klik penipu.kalu x aku pun kena tipu!!
Salam.Saya baru baca tentang jutawanklik nie.tapi tak la mudah saya nak terus join…yg peliknya,ramai kata kena tipu tapi tak wat ape2 aduan ke kat balai polis?





betul ke saya macam tak percaya je