Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
MyMi1 Sudah Bermasalah?
Berita

MyMi1 Sudah Bermasalah?

sham 13 Comments

Sebenarnya sudah agak lama saya menerima request untuk menulis review tentang MyMi1 ini. Malah ada kawan yang ajak join pun ada. Saya dengar MyMi1 sedang mengalami masalah. Ahli sudah tak dapat bayar bil dan pulangan bulanan  sudah tergantung .

mymi1

Ini disalin daripada Ahli MyMi1 yang berada dalam group Ponzi Scheme Malaysia hasil lawatannya ke pejabat MyMi1 semalam untuk mendapatkan penjelasan. Pejabat masih beroperasi seperti biasa seperti tiada apa apa yang berlaku.

Sekarang mereka menawarkan bailout atau jalan keluar kepada mereka yang nak keluar dengan potongan 35% daripada nilai pelaburan yang dibuat. Jika masuk dengan RM21,000 hanya akan terima RM13650 sahaja. Bagi yang sabar, boleh tunggu sistem ok . Mereka kata raya cina nanti.. Kita tunggu samada “beraya” ke tak nanti..hehehe

Bagi saya ia petanda jelas, sesuatu skim yang too good to be true akan menutup kedai. Ia kini sudah makan berbulan-bulan untuk proses kemaskini katanya. Sebagai seorang dalam bidang IT, ia sesuatu yang pelik untuk tidak mempunyai back up sistem atau ia sekadar alasan sebelum tutup kedai. Apa yang rasakan, mereka sudah habis duit untuk rolling bayar keuntungan kepada ahli.

Tak sangka pulak cepat betul ia matang. Baru  2 tahun tak silap saya. Namun, ia adalah standard untuk skim cepat kaya untuk matang cepat apabila tiada kemasukan ahli baru. Kita boleh tengok sejarah skim cepat kaya atau ponzi lain akan bermula dengan berita pecah amanah dan sistem bermasalah. Akhirnya penganjur cabut lari. Yang tinggal pelabur atau ahli terkebil-kebil masih tak faham apa yang berlaku.

Bagi meredakan keadaan, mereka akan menawarkan bail out bersama dengan SCARCITY iaitu menakut-nakut ahli dengan hilangnya komisen atau kurangnya modal apabila diterima kelak. Ahli MyMi1 kini sudah tak boleh bayar bil mereka. Awalnya mereka mengatakan program ini untuk membantu penjimatan dan memudahkan ahli membayar bil sekali dengan pendapatan tambahan.

Sekarang sudah berbulan-bulan sistem bermasalah dan sedang dikemaskini. Tak mengamuk ahli yang join. Bil kena bayar sendiri, topup pun tak dapat siap kena beli sendiri. Duit dah keluar banyak.

Pelan Pemasaran MyMi1

Berikut adalah pelan pemasaran yang ditawarkan oleh MyMi1 ini kepada mereka yang menyertai mereka.

mymi1

Daripada gambarajah pelan pemasaran mereka ini, pangkat boleh dibeli dengan duit dan menerima pulangan berdasarkan pangkat berkenaan.

Pulangan yang ditawarkan juga mencecah 280% daripada modal asal yang dikeluarkan bergantung kepada pakej dia. Masyuk tu.. Power bak hang kata orang perelih.

pulangan-mymi1

Rasanya baru satu pusingan dan bermasalah. Berangan jela nak dapat 63K dengan modal 21K. Inilah saya maksudkan too good to be true. Yang masuk pakej kecil tu memang tak terasa. Yang masuk masuk jadi VIP tu, boleh berhuhu jika ia ditutup nanti.

Kita nantikan Februari 2017 nanti.. 🙂

Artikel Berkaitan
  • Scam Alert: CIMB Phising Email Lagi
    Biasanya maybank yang sering menjadi sasaran scammer untuk membuat email phising. Cimb merupakan ban...
  • Feedburner bermasalah ke?
    Saya baru perasan kenapa tiba tiba jumlah sucbriber blog saya dari 321 orang kepada 3 orang.  Pelik...
  • Email Phising Cimb Bank
    Saya baru sahaja menerima satu lagi email phising email. Email phising biasanya nampak macam betul t...
  • Skim Dinar Dirham Global
  • Skim Venus FX Terkubur, Kerugian lebih RM80 Juta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • mymi1 2017
  • mymi1
  • mymi1 bermasalah
  • berita mymi1 2017
  • berita mymi1 terkini
Post Views: 527
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:mymi1 mymi1 bermasalah mymi1 scam

Related Articles

Pihak Fatwa Kebangsaan telah menasihatkan mereka yang ingin menyertai skim …

Fatwa Hukum Pelaburan Mecca Fund Global

Nampaknya mawi dah nak kawin dah. 20 Disember 2008. Pertengahan …

Mawi Nak Kawin,Sponsor Berjuta

13 Comments

  1. rujukan

    nasib x join, dulu ramai yg ajak saya join benda ni

  2. sham

    Duit rolling dah habis.

  3. abdfatah

    tunggu bungkus ikat tepi aje laa… kawan saya ada join… mula2 buka satu akaun… kemudian teruja sangat dapat duit komisen tetiap minggu terus bukak satu akaun lagi… tak tau laa lepas nih lagu mana citernya…

  4. sabree hussin

    Dulu hari-hari dapat emel suh join benda ni. Sekarang dah tak nampak sangat orang promot

  5. ct

    Kesihan. Kpd “tipah tertipu, tipu tertipah”

  6. ilham

    aq ada join bnde ni bukn join sbb nk sngat tpi kwn terlalu memaksa sruh join. last2 aq join tpi ambil rm420 kata nk tengk dulu disbbkn nk jga hati rakan. lpas tu dia add aku dlm group wassap dalm group tu tngok rmai gk ambil pkaj vip ada 10 ada lbih lgi. ada tunjk duit la, kete yg dpt bones la. mcm2 last2 snyap. tak sampi 7 buln join sistem down. buln lepas tnya leader apasal mcm ni senyap lambt gk dia blas kta sibuk di indon. tu pn ramai gk kata leader lri p indon. rakn aq yg sruh join tuhhh rasa malu nak jumpa aq lpas sistem down. bkn aq sorng rakn2 dia lain lgi. tpi bnyi dia ada 3 account vip.

  7. sham

    Ia sudah dimasukkan dalam senarai Bank Negara – http://www.bnm.gov.my/documents/2017/20161122_FCA_EN.pdf

  8. Linda halim

    How about mymi1 in malaysia today.. im linda from INDONESIA.. .. tq

  9. sham

    Di Malaysia sudah terkubur. Tidak lagi membayar bonus yang dijanjikan.

  10. Linda halim

    How about this link.. mi1mall.com thanks

  11. Taufek

    Apecite skim mymi1 ni mcm tergantung jer nk top up ngan bayar bil x boleh .
    Pecite ni tolong bagi penjelasan

  12. sham

    Sudah tutup bisnes.

  13. jeffrey

    Lost RM21,000.00

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2022 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Seminar Harta Intelek dan EDX di UTP

Isnin lepas saya ada ke UTP bagi menghadiri Seminar Harta Intelek anjuran bersam…

Scam Alert: Home Data Entry

Kerja dari rumah menjadi idaman setiap orang. Lebih masa untuk keluarga dan anak…

Scam Alert: Maybank Next Level Security Features

Nampaknya scammer mengunakan taktik email yang baru. Sebelum dah banyak kaedah y…