Google Adsense di Laman Web Bahasa Malaysia? Buktinya Berita Harian


Saya ada beberapa soalan tentang adakah Google Adsense boleh diletakkan di laman web dalam Bahasa Malaysia? Jawapannya boleh letak adsense di laman web dalam Bahasa Malaysia. Cuma iklannya kadangkala tidak keluar kerana kekurangan advertiser.

Jadi boleh ke pohon akaun Adsense dengan laman web Bahasa Malaysia?

Masih belum boleh. Bahasa Melayu masih dikategorikan sebagai unsupported language bagi program Google Adsense. Anda perlu membina laman web atau blog dalam bahasa Inggeris untuk memohon akaun Adsense. Selapas anda memperoleh akaun Adsense, anda boleh letakkannya di laman web dalam Bahasa Malaysia.

Iklan yang keluar juga bernilai rendah sebab iklan dalam bahasa Malaysia masih murah. Namun, kini ia semakin meningkat naik harga iklan di Google Adwords. Nilai bidaan yang dilakukan menerusi program pengiklanan Google Adwords mempengaruhi pendapatan yang akan anda perolehi menerusi Google Adsense ini. Ianya 68% daripada nilai bidaan yang dilakukan oleh pengiklan Google Adwords.

Organisasi besar seperti NSTP juga menjana pendapatan daripada Google Adsense untuk meningkatkan pendapatan mereka. Nak tengok?

Adsense di Berita Harian

Adsense di Berita Harian

Jika anda perasan, iklan ini ada kalanya keluar dan ada kalanya tidak keluar. Ia bergantung kepada katakunci yang terdapat pada artikel yang diterbitkan di laman Berita Harian Online ini. Jika spider Adsense mengesan katakunci tertentu, sistem Adsense akan menentukan iklan yang bakal keluar akan berkaitan dengan katakunci yang dikesan oleh spider tersebut.

Kita yang akan menentukan kandungan laman web kita. Manakala Google akan menentukan iklan yang akan keluar di laman web kita. Ada kalanya ia adalah iklan yang murah dan ada kalanya ia adalah iklan yang bernilai tinggi. Sebab itulah anda perlu memilih topik atau niche yang menguntungkan agar nilai klik yang akan anda perolehi juga adalah tinggi.

Nak tahu lebih lanjut anda boleh dapatkan Buku saya iaitu Blog + Google Adsense = Duit di kedai buku berdekatan dengan anda.

Susunan iklan di Berita Harian juga berterabur sekarang ini. Pengiklan bayar mahal tetapi iklan mereka dicampakkan ke bawah. Ia langsung tidak strategik dan akan menyebabkan advertiser akan lari nanti. Berita harian dah tak nak jaga pelanggan mereka kah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • google adsense malaysia
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 5

  1. simiey[dot]com January 23, 2012
  2. JR February 5, 2012
  3. sham February 9, 2012
  4. Zuhairi April 13, 2012
  5. sham April 13, 2012

Leave a Reply

error: Content is protected !!