Jika anda perasan, sekarang ini pengiklanan internet semakin ketinggalan. Dengan pelbagai mobile gadget baru seperti Ipad, Ipad 2, Galaxy Tab, Blackberry dan pelbagai gaget mobil yang boleh melayari internet. Ia membuka peluang baru kepada pengiklan untuk menceburi bidang pengiklanan Mobile.
Pada bulan lepas, Google baru sahaja melancarkan Adsense for Mobile di 15 buah negara termasuk Malaysia.Antara negara lain yang terlibat ini ialah Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Czech Republic, Hong Kong, Indonesia, Mexico, New Zealand, Nigeria, Philippines, Slovenia, Thailand, dan Turkey. Sebelum ini ia telahpun berkembang maju di negara seperti Amerika Syarikat, Canada,UK dan banyak negara maju lain. Ini membuka peluang untuk rakyat Malaysia untuk turut serta dalam perkembangan dunia pengiklanan di internet menerusi mobile gadget.
Mungkin inilah kelebihan apabila Google membuka pejabat mereka di Malaysia. Ia memberikan ruang kepada advertiser dan syarikat daripada Malaysia untuk turut serta dengan perkembangan teknologi ini. Pastinya ia akan membuka ruang untuk pembangunan aplikasi lain seperti aplikasi untuk Adroid dan juga Iphone yang mempunyai permintaan yang tinggi di seluruh dunia.
Browser di gajet mobile berlainan dengan komputer. Ia lebih kecil dan ringan. Dengan ada Adsense for Mobile ini, Adsense publisher boleh menambah peluang untuk menceduk sedikit daripad kek besar dalam pengiklanan mobil yang sedang berkembang. Pastikan laman web atau blog anda boleh dilayari dengan mengunakan browser mini yang dikhas untuk gajet mobile seperti telefon bimbit canggih (smartphone) dan komputer tablet.
Jika anda mengunakan wordpress terdapat plugin yang memboleh laman blog anda dilayari menerusi smartphone dan juga komputer tablet yang semakin mendapat sambutan. Manusia hari ini semakin meminati teknologi ini. Mungkin suatu hari nanti, komputer dan laptop yang kita ada sekarang akan menjadi lapok dan tidak relevan dengan adanya komputer tablet yang lebih canggih dan boleh digunakan dimana sahaja.
Anda boleh seach di internet untuk mencari plugin ini.
Bersediakah anda untuk rock the world? Saya tengok shuth telah menghasilkan perisian untuk Wangcyber mengunakan teknologi Android. Manakala Ammar Zahar pula mensasarkan untuk mempunyai aplikasi Iphone beliau sendiri pada tahun ini.
Saya? Sedang belajar teknologi baru ini. Dah lama tinggal dunia programming. Dah berkarat dah semua. Memang lupa langsung. Kena study dari awal jika saya ingin bangunkan aplikasi mobile saya sendiri. Mungkin saya akan buat jugak nanti.