Seminar Harta Intelek dan EDX di UTP


Isnin lepas saya ada ke UTP bagi menghadiri Seminar Harta Intelek anjuran bersama MyIPO dan UTP di Tronoh. Kali pertama sampai kat UTP. Sebelum ni lalu je kat depan, tak pernah masuk ke dalam. Kagum betul tengok library diorang. Buku bertingkat tingkat….hohoho. Lupa plak nak ambik gambar library diorang.

Seminar IP

Saya hanya snap beberapa tempat je di UTP ni. Program ini dilaksanakan bersama EDX 26 atau Engineering Design Exhibition yang ke 26.

Ada la pameran pameran tentang projek student UTP disamping beberapa pertandingan kejuruteraan yang melibatkan sekolah sekolah di Perak.

EDX 26

Kemudian sebelum balik, saya singgah solat di Masjid UTP. Memang cantik masjidnya.

Masjid UTP

Ikan Tepi Masjid

Yang menariknya, ada ikan kap disekitar masjid. Oh lupa plak. Masjid UTP adalah masjid terapung. Ia dibina diatas air iaitu tasik. Kat tepi masjid, ada dibekalkan makanan ikan untuk mereka berikan kepada ikan. Anda boleh sedekah RM1 kat dalam tabung yang disediakan untuk memberikan makan kat ikan kap dan lampam dalam tasik tu.

Ikan kap memang besar. Rasanya ia dah berada dalam tasik berkenaan sejak UTP dibina dan dibuka.

Kandungan seminar harta intelek ni, saya akan kemaskini selepas ini. Sebagai info-prenuer, isu hakcipta menjadi satu kemestian. Bagaimana untuk melindungi karya? Paten? Perlindungan Brand?Undang2 yang terlibat? Akta? Semuanya saya akan kongsikan dalam post yang akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.