DUIT: Antara Moral Dan Realiti


Duit pada hari ini menjadi satu keperluan yang sangat meruncing. Tanpa duit, susah untuk seseorang untuk hidup di zaman yang sangat mencabar pada hari ini. Ia adalah satu realiti. Hampir semua benda memerlukan duit termasukkan untuk qada’ hajat di tandas awam.

Itulah kuasa DUIT.

Ia boleh dieksploitasi dengan mudah. Sebab itulah pelbagai skim cepat kaya dan penipuan mudah berkembang di Malaysia. Sebutkan sahaja pelaburan dan penipuan berlaku pada hari ini. Malah baru baru ini, Biro Pengaduan Awam mendedahkan kerugian daripada hasil penipuan dari tahun 2008 sehinggan 2010, ia berjumlah lebih dari RM3 Billion.

Ia satu jumlah yang bukan sedikit. Dengan duit sebanyak itu, ia boleh membina satu bandar baru seperti Putrajaya.. Berpuluh puluh buat sekolah baru dibina dan pelbagai lagi jika duit tersebut dimanfaatkan kepada masyarakat.

Terlalu Ingin Cepat Kaya

Mungkin sikap terlalu teringin cepat kaya. Para penipu mempunyai seribu satu cara untuk menarik mangsa mereka. Mereka boleh mencipta program yang pada awalnya akan membayar duit pelaburan mangsa, kemudian terus menghilangkan diri.

Sistem Ponzi

Konsep daripada taktik penipuan yang diilhamkan oleh Ponzi ini menjadi modul operandi utama skim cepat kaya bertapak di Malaysia malah di dunia sekalipun. Malah bank yang ternama pun boleh tertipu dengan skim sebegini. Cara mudah skim ini beroperasi memang mudah, membayar peserta awal dengan duit keahlian/ pelaburan baru yang diterima.

Mata mudah dikaburi oleh DUIT. Apabila melihat pelabur/peserta awal menerima pulangan daripada pelaburan, ia meningkatkan keyakinan pelabur/peserta baru untuk menyertainya. Semakin ramai pelabur baru, lebih untung penganjur skim ini.

Maka apabila sampai tahap sudah tiada peserta yang menyertainya, penganjur akan menghilangkan diri tanpa dapat dikesan walaupun mereka mendakwa mereka adalah perniagaan/syarikat yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Susahnya Untuk Mengesan Dalang

Dalang skim pelaburan yang menipun ini sukar untuk dikesan kerana mereka akan mengunakan nama pengarah dan alamat palsu. Mereka hanya mengunakan dummy untuk menjadi pengarah syarikat. Apabila mereka telah “cabut” membawa lagi wang pelaburan, siasatan yang dibuat oleh pihak berkuasa mendapat “pengarah syarikat” tidak tahu apa apa tentang syarikat.

Mereka mendakwa didatangi oleh beberapa individu yang menawarkan sejumlah wang setiap bulan jika mereka bersetuju menjadi “pengarah syarikat”. Sekali lagi DUIT memainkan peranannya mengelirukan orang yang memerlukan wang. Akhirnya kes tertunggak dan tidak dapat diselesaikan. Itu belum masuk kes Rasuah untuk menyelesaikan kes. DUIT memainkan peranannya.

Dalang ini akan membuka syarikat baru, mencari “pengarah baru” dan memulakan skim yang lain pula. Menyedihkan apabila ramai orang Melayu yang menjadi mangsa.

Apabila Ada Yang Menegur…

Apabila ada golongan yang menegur tentang risiko pelaburan skim berkenaan. Mereka melenting dengan pelbagai hujah… “Inilah orang melayu dengki, tak nak sokong skim orang Melayu buat. Orang Cina buat dah kaya raya sebab diorang support sesama sendiri. Bila orang Melayu nak maju kalau asyik kondem skim orang melayu buat“. Ada juga yang cuba bersikap positif..”Ala..berilah peluang dulu, manalah tahu boleh bantu mengkayakan orang Islam. Siapa lagi kalau nak sokong kalau bukan orang Islam“.

Itulah antara hujah yang biasa didengar.

Apabila Dah Tertipu…

Nasi sudah menjadi bubur. Tidak apa yang boleh anda buat pada ketika itu. Menangis air mata darah sekalipun tidak akan mengembalikan kerugian yang dialami. Pihak berkuasa  pun tidak mampu berbuat apa apa kerana penyiasatan mereka sudah menghadapi jalan buntu.

Dalang skim akan bergelak sakan kerana mereka kini semakin kaya. Berkereta besar. Berumah besar dan mungkin berbini Besar… Mungkin ada diantara mereka berkata” Padan Muka. Nak cepat kaya sangat. Kan sekarang dah KAYAP”.

Penipuan Baru Dimulakan…

Dengan bermodal duit hasil penipuan sebelum ini. Mereka pun memulakan “projek” baru. Dengan berkereta besar dan segala kemewahan yang ditunjukkan. Sesiapa pun pasti akan “terliur” untuk mengecapi “kejayaan dan kekayaan” yang dinikmati oleh penganjur ini.

Mereka tidak tahu ia adalah hasil daripada penipuan yang dilakukan sebelum ini.

Biarlah Miskin Duit Asalkan Kaya Iman

Banyak skim yang ada di internet diadaptasi daripada Skim Ponzi. Mereka hanya membayar pada awal sahaja. Kemudian mereka akan menghilangkan diri. Malah ada diantara skim ini bertentangan dengan ajaran Islam yang menjadikan hasil daripada program/skim berkenaan menjadi Haram.

Bagi saya, biarlah miskin duit daripada memakan harta yang akan merosakkan generasi akan datang. Mencari yang halal adalah wajib bagi umat Islam. Jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan dan program yang tidak mempunyai produk. Ia hanya bergantung kepada sistem untuk terus hidup. Tanpa ahli baru, skim ini tidak mampu berkembang dengan sendirinya.

Mulakan perniagaan yang halal. Jangan lakukan penipuan. Jujur lah dalam berbisnes. Tidak salah untuk menyertai apa apa program di Internet asalkanya ia tidak menipu dan menepati syarat yang ditetapkan oleh Agama Islam.

Kayakan diri dengan amalan. Banyakkan bersedekah. Semoga hidup kita diberkati  Allah di dunia dan di akhirat.

Satu coretan untuk ingatan pada diri saya dan sahabat sekalian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!