Sejak dua menjak ini barangan keperluan semakin meroket. Yang paling jelas, beras. Ada sampai RM40-50 lebih sekampit bergantung kepada jenama. Beras tempatan pula semakin pupus. Sedangkan Malaysia mengeluarkan 60% beras sendiri. Mana hilang beras tempatan?
Kerajaan kena cari mana hilangnya beras tempatan. Ke dok pakat tukar guni jadi beras import belaka. Beras putih dah level beras wangi/istimewa dah sekarang ni kalau ikut harga dulu.
Kredit: Lazada
Alasan paling kuat ialah India, pengeluar 40% beras dunia menghentikan eksport bagi memenuhi keperluar dalam negara mereka sendiri. Malaysia terkebil kebil la. Memang terasa banyak. Nak makan luar dulu kena tengok harga dulu. Masalahnya ada kedai tak letak harga pulak.. Jem..huhuhu
Barang Mahaldahni
Barang mahaldahni adalah antara katakunci yang digunakan oleh sesetengah rakyat bagi memerlu kerajaan yang dilihat akan perlahan dalam usaha mengawal kenaikan harga barang. Daripada kacamata saya, kerajaan sendiri buntu sebab pendapatan negara terhad. Nak kawal kena duit adik abang kakak sekalian. Sebab di Malaysia, kawalan harga dalam bentuk subsidi. Kerajaan dah pow habis dah PETRONAS. Sekarang cari jalan nak tambah pendapatan dalam bentuk cukai termasukkan memperkenalkan semula ABC GST.
Famous dulu tu lagu ABC GST tu. Saya siap download dalam phone. Ada lagi rasanya external hardisk saya. Selain itu kerajaan juga nak mengenakan cukai untuk golongan T20. Malah cukai keuntungan bagi pelaburan saham dan ekuiti juga akan diperkenalkan. Sebelum ini, cukai ini tak kenakan sebab dah ada cukai dikenakan bagi setiap transaksi jual beli saham termasuklah dalam futures.
Jadi kalau korang untuk jual beli saham. Kena cukai lagi. Saya lupa nama cukai tu. Kerajaan Mahaldahni ops Madani sekarang semakin terdesak. Rakyat juga semakin sesak. Semua kos meningkat tidak kira pengguna ataupun peniaga. Simpanan pun makin susut. Lebih teruk defisit dan terpaksa berhutang.
Jadi apa yang boleh kita buat sebagai rakyat biasa atau marhain ni?
Dalam hidup sehari hari kita ni ada 2 perkara penting iaitu keperluan dan kemahuan. Bab keperluan tu kena hadap jugak tak kira apa pun. Tapi yang kemahuan tu, boleh dipotong atau ekjas. Ini antara boleh kita buat ekjasmen kata orang putih.
- Telefon – tak perlu kerap sangat tukar telefon bimbit. Jangan setiap kali keluar model baru, tukar baru. Barai poket nanti..
- Bil telefon – tukar je pakej yang sesuai dengan keperluan kita. Saya still dengan prepaid je, Beli data sikit kalau nak guna kat luar. Kat rumah dah ada wifi. Call pun guna whatsapp je. Sebab line telefon kat kampung ni teruk sikit. Kalau WA, clear.
- TV berbayar – ada orang ingat benda ni keperluan walhal ini semuanya mengarut. Ulang benda sama je semua tu. Boleh je tengok tv free myfreeview tu. Saya buka kaki tengok tv. Netflix langan kejap kejap je kalau ada series best. One piece live action tu ke. Saya marathon tengok sehari..hahaha. Lain tu, tak layan sangat.
- Penapis air/udara – ini lifesytle je. Tak mati aih kalau minum air rebus dalam cerek. Air alkali ke apa pun semua tu kemahuan belaka. Yang penting kena masak dulu air sebelum minum. Sama juga penapis udara. tilam semua bagai. Takkan nak tidur dan bernafas pun nak kena bayar? Kan ada bulu hidung nak tapis..hahaha. Agen je yang seronok kalau hangpa langgan semua tu. Masyuk komisen depa.
- Kereta – kalau dah ada tanda awal masalah kewangan tu. Jangan duk beli kereta mahai mahai. Ikut kemampuan la. Ukur baju di badan
isterieh sendiri .Ok je pakai kereta buatan nasional. Geng H mesti marah aku nanti ni..hahaha
Itu antara benda yang biasa yang senang kita ekjas. Kalau ekjas tu, dah save banyak dah tu. Nak tak nak je.
Lain apa lagi yang boleh kita buat sempena kempen Barang Mahaldahni?
Kempen pula dah ye. Seperti biasa la zaman pasca pandemik akan berlaku kemelesetan ekonomi. Itu berdasarkan sejarah pandemik sebelum ini. Bukan covid je sebelum ni. Ada banyak lagi wabak melanda dunia zaman dulu. Spanish flu, taun dan banyak lagi.
Ramai yang bersedia ni. Kerajaan perpaduan sekarang pun takde lagi formula. Honeymoon agaknya. Sebab saya tengok, tiada lagi apa apa langkah untuk merangsang pemulihan ekonomi. Ekonomi pulih, kesan kemelesetan ekonomi akan kurang terasa. Yang paling penting sekarang, perkasa keterjaminan makanan. Yang penting ada makanan atas meja rakyat.
Kalau asyik berpolitik sepanjang masa macamana nak atasi. Berpolitik time PRN, PRU dah la. Buat keje masing-masing. Paling penting bekerja sama tanpa kira fahaman politik. Boleh je sebenarnya. Masalahnya ada yang salahguna kuasa untuk menekan pembangkang.
Rakyat dah muak dah sebenarnya. Kita berbalik kepada topik asal nak buat apa. Kita usahakan sahaja selagi halal.
- Jual Barang – jual la apa yang boleh dijual. Jual la kat platform luar negara. Ada je demand barang malaysia ni. Ebay ke, shopify ke. Ada banyak platform. Jadi ilmu. Youtube pun ada banyak tutorial. Nak tak nak je nak belajar.
- Affiliate – ada lagi ke orang nak beli.?Banyak je orang beli. Boleh try macam Shopee, Amazon, Clickbank semua tu. Seperti biasa belajar dan buat. Kalau belajar tak buat, tak kemana bang.
- Media Sosial – sekarang medsos seperti FB,X,Tiktok,Youtube ada program profit sharing daripada iklan mereka. Tiktok tu macam gift la. Google pun ada menerusi Adsense. Kena rajin la buat video. Kalau buat satu dua video dah putus semangat. Tak leh buat apa la.
Ini antara benda yang boleh buat part time. Nak tak nak je. Kalau rajin, insya allah akan ada jalan nanti. Selain tu banyakkan la berdoa. Yang penting usaha dulu.
Orait. Jumpa lagi dalam artikel lain.