Saya telah menulis banyak buku dan ebook. Selain itu saya telah menulis beribu artikel di internet untuk blog-blog yang saya kendalikan sejak 2005. Bagi affiliate Amazon, sebelum ini saya berpendapat ia sangat sukar untuk menjual apatah lagi cookie untuk tracking affiliate hanya bertahan 24 jam sahaja.
Dengan kata lain, hari ini pelawat klik link affiliate tetapi tidak membuat pembelian. Esoknya dia datang balik membuat pembelian, kita tidak mendapat komisen daripada usaha tersebut. Ia sangat susah!
Itu pendapat saya dulu la. Lebih mudah untuk saya menulis untuk buatkan pelawat datang ke blog kemudian klik pada iklan adsense dan meninggal blog saya dengan saya mendapat duit daripada Google Adsense. Ia lebih mudah. Tak perlu pujuk orang untuk beli apa apa. Hanya tawarkan maklumat berguna dan mereka akan meninggalkan blog kita dengan klik pada iklan yang ada diblog.
Tetapi tak kenal maka tak cinta..
Saya mula membuat eksperimen untuk membuat blog tanpa saya perlu menulis atau update blog saya bermula akhir Jun 2012. Dalam masa beberapa hari, jualan daripada Amazon yang saya “sangka” sangat susah sebelum ini. Sebelum ini memang sangat susah untuk mendapat jualan walaupun menulis bagai nak rak. Mungkin ada yang klik iklan amazon saya, tetapa tiada satu pun yang membeli sebelum ini.
Wow! Baru saya tahu… Rupanya Amazon menawarkan komisen yang agak bagus walaupun ianya hanya 4% hingga 10% sahaja. Ia cukup berbezakan dengan produk digital yang menawarkan komisen sehingga 75%. Namun daripada jumlah pelawat, yang menjadi pembeli sangat tinggi jika kena pada caranya.
Dalam masa 4 bulan ini saya bangunkan kira kira 8 blog mengunakan beberapa setting dan teknik. Ada yang gagal terus, ada yang mula memberikan hasil sedikit demi sedikit. Terdapat 4 blog yang memberikan jualan setakat ini. Lagi 4 saya kategorikan sebagai GAGAL.
Ia gagal untuk mengatasi Panda dan Penguin iaitu algoritma enjin carian Google terbaru. Saya belanjakan lebih kurang USD300 untuk membuat ekperimen ini. Ia adalah perancangan untuk mencipta pasif income secara automatik selepas ini. Ia telah membawa jualan lebih kurang USD2000+ dan komisen sebanyak lebih kurang USD126 setakat ini.
Ia adalah pendapatan secara automatik tanpa perlu saya menulis dan mengemaskini blog yang saya bangunkan ini.
Ia adalah keputusan dari Bulan Julai sehingga hari ini. Berminat nak belajar? Atau saya setupkan untuk anda?
hafizi
Assalamualaikum..
terima kasih saudara atas maklumat yang sangat berguna ini..
Saya ada sedikit pertanyaan, kalau kita bina blog cthnya blogspot untuk produk amazon untuk niche tertentu, bolehkah kita copy and paste saja maklumat produk dr amazon dan masukkan dalam blog post. Adakah akan dibanned oleh google.
Berapa saudara tawarkan untuk setup blog amazon?
sham
Boleh guna discription yang amazon bagi tu.. cuma tambah skit ayat sendiri dalam artikel tu.. Saya dapat juga sales daripada blogspot setakat ni dalam 5 buah buku… –>http://pdf-books-download.blogspot.com/
Untuk setup autoblog, saya abis lagi eksprimen.. Saya guna 8 blog, 6 autoblog 2 setup manually.
Tahap Eksperimen saya:
1. dapat sales – done
2. rank top 10 enjin carian – done
3. USD100 sebulan – done
4. Maintain USD100 sebulan.. (dalam proses sekarang – baru dapat usd50+ setakat hari ini.)
Insyallah saya akan buat servis tu… ia termasuk servis SEO sekali. Tapi keyword research dan niche kena decide sendiri la.
hafizi
Terima kasih saudara sham atas maklumbalas, bila nak launch servis nanti, info ya samada melalui email atau blog..
zam
Salam,
Autoblog tu guna plugin aper yer? ada jualan dari autoblog tu?
sham
Saya guna WP RObot. Kebanyakan jualan adalah dari autoblog. Kena pandai setting. Kalau tak,kena ban enjin carian je. Google susah skit nak list kalau guna autoblog. Tapi kalau bing & yahoo, peluang masih ada.. tapi trafiknya tidak sehebat google la.
Azhar
Salam Tuan,
Ada provide servis tak untuk autoblog bagi affiliates Amazon ni. Saya berminat nak bermain dengan Amazon affiliates ini.
sham
insyallah akan buat…januari baru start kot…tak abis eksperimen lagi. Nak buat servis yang betul2 boleh bagi pulangan kat pelanggan.
sabree hussin
Rasa teruja pulak nak cuba pasaran international ni! Tuan punya pendapat la kan, kalau saya guna blogspot dengan custom domain lepas tu fokus pada artikel marketing, ada peluang ke nak buat duit? Atau better saya gunakan wordpress
sham
Tak kisah platform apa. Asalkanya kita boleh utilize sepenuhnya.