Dalam satu group perbincangan IM di Facebook. Ada yang merasakan sudah bosan dengan perniagaan internet. Ia mungkin berlaku disebabkan beberapa faktor dan sebab. Antaranya tidak fokus, masalah keluarga, tiada motivasi, tiada duit dan sebagainya.
Bisnes ada untung dan rugi
Dalam perniagaan tidak semua perniagaan akan memberikan keuntungan. Saya sendiri mempunyai banyak bisnes yang gagal. Malah ada yang rugi agak besar. Namun, sebagai langkah pencegahan awal. Saya biasanya menetapkan bajet tertentu yang boleh saya invest bagi setiap projek. Dan ia dikira perbelanjaan hangus jika dimulakan. Jadi saya tidak berasa ralat jika ia mengalami kerugian. Sebabnya jika ia gagal, ia tidak akan mempengaruhi projek saya yang lain.
Tingkatkan Simpanan
Jika anda ingin memulakan perniagaan internet secara part time, pastikan anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menghadapi saat kecemasan. Jangan gunakan dana kecemasan kecuali ia sangat diperlukan seperti soal hidup dan mati jika tidak mengunakan dana kecemasan ini. Jangan gunakan dana kecemasan untuk shopping baju baru ke apa.
Mempunyai Matlamat
Sebelum memulakan apa apa bisnes. Tetapkan matlamat anda. Berapakah income yang anda ingin anda capai. Ia bukan sesuatu kerja yang mudah. Banyak cabaran yang mungkin anda hadapi. Jangan mengalah dengan mudah. Anda hanya akan gagal apabila anda mengalah. Itulah kata kata pakar motivasi Dr.Azizan.
Cari Pengecaj Motivasi
Anda perlu cajkan motivasi anda dari masa ke semasa. Jika saya, saya jadikan isteri dan anak anak sebagai sumber pengecaj motivasi. Jika belum berkahwin, anda boleh jadikan ibu bapa anda sebagai satu sumber inspirasi untuk berubah. Setkan dalam minda agar dapat membahagiakan mereka.
Baca dan Hayati Kisah Kejayaan Orang Lain
Anda perlu membaca kisah kisah kejayaan mereka yang telah berjaya. Anda bukan hanya perlu membaca malah menghayati bagaimana mereka melakukannya. Kejayaan tidak datang bergolek. Mereka yang berjaya telah berusaha bersungguh sungguh tanpa penat dan lelah untuk mencapai apa yang mereka dapat sekarang ini. Jadikan mereka sebagai sumber inpirasi. Jika boleh, jadi sahabat mereka untuk belajar. Bukan untuk membodek ye.
Mula Part Time Dahulu
Ada sesetengah orang sangat bersemangat untuk menceburi bidang perniagaan internet sehinggakan terus berhenti kerja. Sedangkan ketika itu tiada sumber pendapatan lain untuk diri dan keluarga. Bagaimana untuk survive dengan keadaan sedemikian. Anda boleh mulakan secara part time terlebih dahulu. Apabila pendapatan anda sudah stabil. Bolehlah untuk mempertimbangkan untuk berhenti kerja dan melakukannya secara sepenuh masa.
Perancangan
Setiap perniagaan perlukan peracangan. Anda perlu tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya. Jangan sampai anda sesat setelah mencapai sesuatu matlamat. Sediakan satu SOP atau Standard Of Procedure untuk mencapai matlamat anda. Anda gagal merancang sebenarnya merancang untuk gagal.
Jangan Putus Asa
Inilah yang paling penting. Anda agak gagal apabila anda berputus asa. Kebanyakan mereka yang berjaya pada hari ini hasil daripada kedegilan mereka untuk menempuh segala dugaan yang melanda.
Selamat maju kaya dan selamat berpuasa.

kerja kosong
Perkataan bosan atau malas berkait rapat dengan kejayaan. Semakin bosan atau malas semakin susah nak berjaya..