Mengajar Nilai Wang kepada Anak Anak

Saya tertarik dengan post Tuan Irfan Jani di blog beliau tentang kanak kanak yang mengunakan wang tabung untuk membeli buku di Booth PTS ketika Pesta Buku KL 2010. Saya berharap dapat menerapkan konsep yang sama kepada anak anak saya. Saya ucapkan tahniah kepada ibu bapa anak anak ini kerana berjaya membuka minda anak anak mereka untuk menabung dan berusaha untuk mendapatkan apa yang diinginkan.

Anak- anak adalah harapan bangsa. Anak anak patut diajar untuk berusaha sendiri bagi mendapatkan apa yang mereka mahukan. Ia adalah satu situasi yang menarik untuk diketengahkan. Saya cukup kagum dengan semangat dua orang anak muda ini membeli buku dengan mengunakan wang tabung mereka.

Walaupun nampak berterabur dengan syiling syiling, ia bukanlah satu yang pelik kerana duit itu adalah hasil usaha mereka untuk menabung setiap hari daripada duit saku.

Melihat kesungguhan mereka untuk mencari ilmu, ia menaikan semangat saya untuk mengasah minat yang sama kepada anak anak saya kelak. Ibu bapa mereka tidak memanjakan mereka dengan memberikan apa yang mereka mahukan walaupun ianya untuk buku. Mereka berusaha untuk mendapatkannya.

Anda bagaimana?NakĀ  Belikan anak buku atau mengajar mereka untuk berdikari?

Saya pastikan mereka akan menjadi seorang yang berjaya kelak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.