Saya rasa terpanggil untuk review tentang program yang diiklan besar besar dalam Harian Metro ini. Sebagai seorang SMS Biz consultant, saya kesiankan mereka yang menyertai program berkenaan. Buktinya ada luahan peserta program ini :
Salam,
I ni dah join LLM yang MIRSB buat tapi semacam tak puas hati, apa tah lagi I ni buta IT. I pergi teknikal kelas-kelas yang dia orang buat dan banyak benda yang I blur. Last sekali dia orang keluarkan MOU. Tapi naik sain untuk yang I tak dapat sepenuhnya dan Agreement MIRSB yang I tak tengok so buat apa I nak sain. Tapi hati berbelah bagi samada nak teruskan atau tidak tapi I dah bayar penuh!!! Pening….. I am not interested nak jadi agen mereka apatah lagi presenter…. kelas tak habis boleh buat topik lain…. ada semacam yang tak kena….Sumber: WC
Ini adalah antara pengalaman mereka yang terlibat. Saya tak dedahkan lagi mereka yang melaburkan RM100K untuk program ini. Mereka sepatutnya lebih telus dalam pemasaran mereka. Mereka tidak sepatutnya merahsiakan risiko dalam perniagaan sms ini. Apa yang mereka jual bukan sahaja sms tetapi pelbagai aplikasi dimana ia mempunyai banyak tanda tanya…
Saya huraikan satu per satu…
Monsun
Anda boleh layari http://www.monsun-biz.com/ .Anda boleh lihat sendiri laman web tersebut? Adakah ia menepati keperluan e-commerce? Agen mereka mengatakan ia berkonsepkan landlord…Saya tak pasti apa yang dimaksudkan landlord dalam program monsun ni. Untuk invest RM50K untuk menjadi “tuan tanah maya” adalah sesuatu yang kurang bijak saya kira. Baik beli tanah betul.Ada geran & nilai tanah akan meningkat dari masa ke semasa. Memang dalam business internet ada konsep Virtual Real Estate, tetapi bukan macam yang mereka tawarkan. Satu web kongsi ramai ramai.
Apa yang dimaksudkan Virtual Real Estate ialah membina laman web yang bernilai tinggi seperti Google, Yahoo, Baidu, Myspace, Youtube dan sebagainya. Itulah yang dikatakan virtual real estate.Membangunkan laman web yang bernilai tinggi sebagaimana hartanah yang sebenar….
Update:Satu site dikongsi ramai ramai…ia tidak sesuai. Jika MIRSB membina sorang satu & tolong bangunkan perniagaan mereka. Itu cara yang sebetulnya. RM50K sepatutnya cukup untuk itu semua.
Callcenter
Ia adalah sama dengan mana konsep perniagaan sms. Saya terlibat dalam bidang ini. Bagi saya ia adalah sesuatu yang bagus untuk educate orang tentang potensi perniagaan sms. Cuma harganya la yang agak mahal untuk memulakan perniagaan sms. Sedangkan usahawan masih perlu beli iklan dan sebagainya. Untuk mendapatkan teknologi SMS sepatutnya tidak terlalu mahal agar tidak membebankan usahawan. Untuk dapatkan aplikasi SMS,harga dibawah RM1000 adalah sesuai. Itu yang akan membantu para usahawan.
Tetapi pihak berkenaan perlu la mengajar dan melatih usahawan tentang sistem, potensi, risiko dan cabaran dalam perniagaan sms. Mereka tidak sepatutnya berahsia. Bisnes sms tidak semuanya indah. Terdapat banyak kelemahan yang perlu usahawan hadapi..karenah telco, payment lambat,server down, statistik bercanggah dan sebagainya. Mereka sepatutnya mendedahkan semua perkara itu. Jangan hanya fikir untuk jual sistem sahaja. Ia akan merosakkan nama baik perniagaan sms.
Kita sepatutnya bersikap telus. Tidak perlu rahsiakan benda sedemikian. Ia adalah untuk membolehkan mereka yang ingin terlibat dalam perniagaan sms berfikir dan menilai terlebih dahulu. Jadi mereka tidak berasa tertipu jika membeli sistem berkenaan.
Payment Gateway 2020
Nama dah lawa dah.Cuma ia hanya indah nama dari rupa. Anda boleh melihat http://www.gateway2020.com/ .Ia merupakan satu laman web yang tak siap!. Apa ni?…Jual produk tak siap.. Siapkan dahulu sistem sebelum jual. Buat pengetahuan semua, pembangunan Payment Gateway sangat berisiko dan memerlukan teknologi yang tinggi. Jika maklumat pelanggan seperti nombor kad kredit dan sebagainya ia membawa masalah yang sangat besar.
Ia juga memerlukan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia!. Apa yang saya lihat mereka langsung tiada kelulusan bank negara. Ini adalah kerana untuk mengutip wang atau menerima wang kita tertakluk kepada undang undang. Bukan sekadar hentam je.
Isu lain pula tentang payment gateway ialah keselamatan. Bukan just sekadar letak logo McAfee mengatakan laman web kita selamat. Ia perlu dipantau oleh pakar dalam keselamatan rangkaian seperti VeriSign yang memantau Maybank2u, Cimb dan semua bank yang mempunyai sistem internet banking. Itu baru lah betul.Anda boleh lihat laman web bank bank berkenaan,pasti ada lambang VeriSign.Ini adalah kerana mereka memantau keselamatan laman web kewangan dari seluruh dunia.
Orang membayar beribu ringgit untuk Payment Gateway.Jadi sediakan la yang elok dan selamat. Payment gateway adalah melibatkan kewangan.Jangan nak main main.
Update: Mereka gunakan Payment Gateway Mobile88 punye. Jadi tak perlu develop from scratch.Persoalannya pembeli kena buat integration sendiri atau MIRSB tolong buatkan?Ia sangat teknikal.
P.S: Diorang still kena wat website elok skit. Ia mengambarkan sesuatu produk & pertikaikan nanti.
BossMailer
Ia adalah satu perisian untuk spamming. Tidak dapat dinafikan lagi. Kita lihat dahulu apakah yang dimaksudkan “spam”. Mengikut WikiPedia spam adalah:
Spamming is the abuse of electronic messaging systems to indiscriminately send unsolicited bulk messages. While the most widely recognized form of spam is e-mail spam, the term is applied to similar abuses in other media: instant messaging spam, Usenet newsgroup spam, Web search engine spam, spam in blogs, wiki spam, mobile phone messaging spam, Internet forum spam and junk fax transmissions.
Spamming remains economically viable because advertisers have no operating costs beyond the management of their mailing lists, and it is difficult to hold senders accountable for their mass mailings. Because the barrier to entry is so low, spammers are numerous, and the volume of unsolicited mail has become very high. The costs, such as lost productivity and fraud, are borne by the public and by Internet service providers, which have been forced to add extra capacity to cope with the deluge. Spamming is widely reviled, and has been the subject of legislation in many jurisdictions.[citation needed]
Jadi apa apa sahaja email yang dihantar untuk tujuan mempromosi pape tanpa persetujuan pemilik email adalah spam. Penggunaan software untuk menghantar email secara “mass” atau banyak dalam satu masa adalah spam. Itu adalah hakikat yang tiada siapa yang boleh nafikan. Itu adalah fakta.
Update: Ia tetap spam walaupun ada yang mengatakan mereka akan hantar email untuk penerima email subcribe dahulu. Mass email kepada orang tidak dikenali tetap spam.
Yang menariknya agen MIRSB menerangkan mcm ni…
Bossmailer – program yang membolehkan pengguna mengambil e-mail dari web2 lain dan send mass e-mail. setiap penghantar e-mail dikenakan caj rm0.10 caj tersebut akan dibayar pada hotmail/yahoo/gmail supaya tidak termasuk dalam spam, dan sekiranya pemilik e-mail tidak berminat boleh block mail tersebut. So, tidak salah di sisi undang2.
Sumber: WC
Siap ada caj pulak dan dibayar kepada hotmail/yahoo/gmail agar membenarkan email mereka ke inbox. Ia jelas menipu. Syarikat berkenaan (Microsoft,Yahoo & Google) sangat mengambil serius tentang spam. Boleh pulak mereka dakwa mereka menyogok syarikat gergasi berkenaan dengan 10sen untuk membenarkan spam.
Siap boleh cakap lagi, ” Sekiranya pemilik e-mail tidak berminat boleh block mail tersebut. So, tidak salah di sisi undang2.”. Siapa cakap tak salah? Dah langgar privacy orang.Boleh pulak cakap tak bersalah. Di US, spam boleh disaman kerana melanggar privacy. Semua ada hak. Jangan fikir nak untung je dengan promote “something” kat semua orang. Bukan semua orang suka..
Saya berharap ada daripada agen/pengawai terlibat dapat menerangkan isu ini semua. Ini adalah kerana ia akan merencatkan perkembangan perniagaan sms dan juga internet. Saya terlibat dalam kedua dua bidang ini. Jadi saya agak risau bak kata pepatah “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.
Harap ia dapat membantu para usahawan melayu khususnya dalam perniagaan sms dan juga internet. Pastikan anda mengkaji terlebih dahulu sebelum invest apa apa…
Harap MIRSB baiki kelemahan..jika perlu ditarik balik,tarik balik seperti bossmailer tu..Ia akan menimbulkan isu besar pada masa akan datang.
-sham
Comments
Powered by Facebook Comments










{ 269 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
salam..saya dh kena tpu kat MiRSB..dorang pembohong besar..saya rugi lebih RM20K..
Aku dah habis RM 5000. Habuk pun tarak. Memang betoi-betoi penipu profesional. Akan ku tuntut di padang Masyar nanti. Amin ya Robbil Alamin.
huh…..
aku buang duit jek buat bossmailer ngan mobiweb…
software dia asik kena hacked…
pendek kata,baik simpan duit tu wat beli sport rims…
mirsb pukimak…
curik duit aku rm1000..
makan duit haram…
elok korg mampus eksiden kene langgar lori babi….
saya baca komen dari mula sampai habis. apa dh jadi skang?? apa cite??
Dah kena sita dah company tu.. tapi diorang bergerak dengan company lain.. OBL WORLD.. leh tengok iklan diorang kecil dah kat metro..
fuh..penat gak aku baca dari awal…rasanya ko patut letak balik komen2 yang amat menyokong Monsunbiz tu kat post..quote kan..
then terangkan plak apa jadi skang ni ngan Monsunbiz…hehehe..hot ni..mesti depa takleh cakap apanya..hehe..
tercapai ke matlamat nak jadi cam Ebay,Lelong?dah bape taun dah ni kan?…
I-gomobile tu mcm tak leh nak pakai dan sgt menipu… habis duit aku RM50000. Tambah lagi buat iklan untuk pertandingan dan hadiah yang dibeli untuk pemenang… aku kerugian RM65000. Kalau boleh, adakah sesiapa boleh mengambil tindakan perundangan terhadap MIRSB ini?? Tolonglah.. mereka ini perlu diberi pengajaran.
bnyknya terluka kena tipu. mcm mane saya nak hubungi yg terluka untuk bersemuka dgn si zubir ni
sayer pun dah joint product baru ni… memula was was sebab namer pn nora… bajek memang minah monsun .biz… tp member beria promote joint lah gak…
ok nak citer sikit dari segi komisen ok… dia bayar… cuma ketelusan memang ada kelompongan…
saya joint stokis… rm 2000 n ambik stok dalam 5 kotak
satu kotak rm 500 magic water ni..
ada dah jual 3 kotak..
tp masalahnya kelompongannya… komisen yang kiter beli kali pertama dia tak bayar…
ejen bawah kita beli… baru kita dapat komisenya.kat sini kelomponganya…. alasannnya… dia nak tgk kiter bleh jual ker tak….
satu kotak komisennya rm 167.000
di bayar mingguan sistem algorithm
setiap ejen bawah kita jual… kita dapt separuh keuntungan sehingga 15 level…
contohnya en raju ejen bawah saya jual… kali ke 2, dia dpt rm 167 dan saya rm 88
kalu ada yang melontarkan pandangan saya terima…
laman web magic water http://www.86.my agak kurang membantu…
kepada mereka yg tertipu
ni alamat mak mertua dr zubir yahya yg penipu tu
AK9 Jalan Tioman 1
Taman Setapak
53000 K.Lumpur
Jangan biarkan penipu ni di luar sana
BERTINDAK SEKARANG
Daripada komen stokismagic water, ia macam MLM. Sebab ada level-level. Saya ingat ada komisen jualan je.Tapi macam tak adil skit,bila ada usaha yang kita buat tapi tak dapat komisen.Jualan kedua baru dibayar. Mungkin nak cover bayar sampai 15 level. Diorang dah ada lesen AJL? Kalo takde, memang mencari nahas lagi.Silap silap boleh kena tutup @ sita. Tapi kena ada aduan dari peserta dulu baru ada tindakan.
Kes dengan MIRSB menyebabkan mereka yang dah tau akan menjauhkan diri daripada biz ni. Kalo orang yang tak tahu apa apa lagi mungkin akan join la.
Entah la, macam tak tahan lama je biz ni. Tapi harap tak la.
Salam semua yang sedang menipu dan yang telah kena tipu. Aku tak de kena tipu oleh MIRSB. Tetapi aku kenal siapa kah di sebalik MIRSB. Macam mana aku kenal? Anggaplah aku pengkhianat kepada puak-puak nie. Kalau sesiapa nak pergi tetak parang, silakan.
Sekarang nie dia org tengah bergerak di bawah skim DINARRESEVE. Yes. satu skim baru, kulit baru, tapi cerita dan isi lama.
Aku pernah jumpa nora dan sebenarnya nora hanyalah patung yang digerakkan oleh tali-tali. Dibelakang MIRSB, emobile, magicwater, Dinarreseve (baru launch hari tu kat legend) ialah seorang lelaki bernama DATO’ (betul ke dato’) Zubir Yahya. Tu pun betul ke nama dia. Gambar dia ada dalam website ni yang tertulis nama “shahril”. Tu bukan shahril. tu “dato” zubir nie.
Nak carik dia org, senang je. Pergi dekat the Mall kat bawah tu. Alamat dia pun aku ada… tipu la lagi wahai kawanku… jgn ingat kat dunia ni ko boleh lari…
Anyhow kawan-kawan, berhati-hatilah. Dalam hidup nie jangan tamak dan tak ada perkataan boleh jadi kaya dengan sekelip mata tanpa usaha. Nak kaya merompak pun kena usaha. Anyhow, selamat berjaya pada 2010 ini…
Sham! Thank you for this!
Satu lagi aku lupa mention (just incase dato zubir atau konco2 dia baca), aku dah ada semua document2 tentang perniagaan2 ko org nie. Tunggu masa je nak antar ke polis bukit aman bahagian commercial crime…. tunggu je la kat situ…
Kalau nak selamat baik start bisnes yang 100% kita control kita punya bisnes…jual produk sendiri (fizikal @ digital), affiliate local & international(clickbank,CJ,paydotcom,etc), Adsense, CPA (neveblueads, linkshare, etc), ebay,amazon. Hu.hu..hu..
Sudah hampir dua tahun sejak sham mulakan forum ni..kini, segala yang hak & batil telah kita nampak jelas..Memang hebat iklan Bossmailer kat Metro tu dulu..aku pun “terangsang” nak jadi kaya secepat itu..tapi Alhamdulillah, ALLAH campakkan dalan hati aku rasa keraguan..Apatah lagi bila tengok wajah besar Puan Nora kat dalam iklan tu agak tak yakin aku nak percayakan wanita macam tu..Semoga mereka2 yang telah tertipu tu dikuatkan semangat & hati mereka untuk tabah & sabar dalam menghadapi ujian ini..memang aku simpati dengan mereka2 yang dah terkorban sampai berpuluh-puluh ribu tapi akhirnya tak dapat apa2..aku buat hypro pun baru RM500 je, tapi Hypernet resources memang ikhlas lah nak bantu orang Melayu dengan bagi aku 100% komisyen bila aku berjaya jual produk bulk SMS diorang tu..takdelah cakap tak serupa bikin macam MIRSB ni..Apa2 pun aku doakan semua sahabat2 yang telah tertipu tu agar ALLAH kurniakan anda semua rezeki yang banyak untuk pada masa2 akan datang,InsyaALLAH dengan izin-NYA..Semoga apa yang korang usahakan selepas ini berjaya dan boleh cover balik kerugian pada masa sekarang ni..Wassalam.
Salam, Terima Kasih pd Shamsuriyadi.com utk blog yg hebat, padat dgn segala info ttg bisnes Online Internet ni. Syabbasss bette!
Perghhhhh naik julin bijik mata membaca semua komen2. Nasib saya x terjebak walau pun dlm hati teringin juga nak mencuba bisnes2 camni, tp syukur spt kata Hadi, ALLAH campakkan dlm hati keraguan. Alhamdulillah.
Dinarreserve?? org yg sama ke? alhamdulillah nasib baik x terjebak.Itu ari kluar kat TV3, so saya pun mencari maklumat ttg Dinarreserve ni, lalu end up dgn this blog!!
Konklusinya…. terima kasih pd semua yg tlah bg maklumat.panduan,pengalaman etc…sangat berharga utk org yg kurang berilmu mcm saya ni.
utk tuan punya blog, Saudara Sham, teruskan menulis artikel2 yg berguna lagi berilmu utk di sampaikan..
moga tuhan saja yg membalas segala baik budi saudara dlm berkongsi maklumat.
T.Kasih.
salam semua..
mmg hot topik ni..aku dulu penah attend mobile income nye program kt JB. Pastu aku masuk la…pastu siap labur rm2000 dpt sistem apa2 tah website la sms la aku pun dh tk igt..tp mmg lebur camtu le duit tu , tak blk modal..pastu makin lama , makin ramai yg suarakan rasa tak puas ati dgn MIRSB ni.
SO far mcm Hadi cakap, aku buat Hyprobulksms mmg menjadi.modal sekali je , komisyen 100%. Payment pun cantek company bayar rm300K-rm400K seminggu without fail. alhamdu’lillah..
betul tu aku pun setuju ngan hadi,memang hyprobulksms mantop,company bayar 100%,memang berbaloi-baloi,apa pun usaha kena ada
← Previous Comments
{ 27 trackbacks }