Mangsa Nigerian Scammer


Dalam Kosmo hari ni ada lagi rakyat Malaysia yang tertipu dengan taktik nigerian scammer.

KUALA TERENGGANU – Sikap tamak seorang pesara untuk mendapat sebahagian wang AS$5.7 juta (RM18.9 juta) yang ditawarkan seorang kenalan di Internet menyebabkan dia kehilangan wang persaraan sebanyak RM124,340.

Kejadian bermula selepas pesara berusia 55 tahun dari Simpang Tok Ku dekat sini itu menerima e-mel dari seorang gadis bernama Catherine Khalifa pada Disember lalu yang memberitahu kononnya dia sedang dipenjarakan di Senegal.

Kosmo

Memang agak menyedihkan apabila tengok orang kita rugi ratusan ribu kerana tertipu dengan ayat manis daripada scammer. Dah banyak sangat email macam tu, ingatkan orang dah aware. Rupanya tidak. Saya akan tingkatkan usaha untuk mendidik orang ramai daripada tertipu dengan penipuan internet.

Insyaallah saya akan menulis buku berkenaan dengan internet scam ini. Diharap ia boleh memberi kesan yang lebih baik pada masa akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!