Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Scam Alert
Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional
Scam Alert

Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

sham No Comments

Penipu tidak pernah melupakan mangsanya. Sekarang sudah heboh apabil ada pihak cuba mengelirukan orang ramai dengan cubaan mendapatkan data perbankan. Penipuan Bantuan Prihatin Nasional ini satu perkara yang serius. Walau bagaimanapun, ia masih selamat kerana ada TAC yang melindungi duit anda di dalam bank. Mereka tak boleh transfer jika tiada nombor TAC perbankan.

Pastikan JANGAN berikan nombor kad dan 3 nombor kat belakang kad. Jika itu, memang anda akan akan kehilangan sebab fungsi Visa dan Mastercard memang mengunakan nombor kad. Jadi jaga nombor kad berkenaan. Sebab itulah kalau anda kehilangan kad, pastikan anda batalkan kad berkenaan sebab orang boleh guna mengunakan kemudahan berkenaan.

penipuan bantuan prihatin nasional

Apa yang perlu anda buat jika menerima SMS sedemikian

Apa yang perlu anda buat ialah abaikan atau boleh report sebagai spam. Anda juga boleh abaikan je. Jangan respon memberikan data perbankan anda.

Sistem Pendaftaran Bantuan Prihatin Nasional

Setelah 2 hari dibuka untuk pendaftaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) pihak LHDNM yang menguruskan pendaftaran ini terpaksa tutup sementara sistem pendaftaran berikutan ia terlalu perlahan. Ia berikutan terlalu banyak workload kepada sistem apabila perlu recall data daripada database JPN. Untuk maklumat anak-anak, hanya perlu No.IC, maklumat tentang nama, umur akan diambil daripada database JPN.

Ini yang akan menyebabkan bebanan melampau kepad sistem. Itu sedikit sebanyak sebab saya pun pernah develop sistem sesuatu masa dahulu sebab saya merupakan seorang graduan IT. Bagi saya, fungsi berkenaan tidak perlu untuk masa yang terdesak seperti sekarang. BPN perlu dilepaskan dalam masa 1 bulan. Ia bukan masa untuk eksperimen. Cukup untuk benarkan pengguna masukkan data tanpa perlu buat pengesahan atau recall data anak-anak pemohon. Memadai untuk recall rekod pemohon dan pasangan mereka.

Mungkin ini yang perlu diubah skit dalam sistem tu. Ia akan mengurangkan beban pada sistem apabila kurang recall data daripada server lain. Kalau ada tu, memang canggih la sebab boleh utilize maklumat yang ada.

Kembali kepada topik berkenaan penipuan Bantuan Prihatin Nasional ini.

Jaga Maklumat Peribadi Anda

Dimasa yang genting ini, ada pihak cuba menangguh di air yang keruh dengan mengumpul data peribadi. Anda perlu menjaga data peribadi anda dengan sebaik mungkin. Laporkan kepada SKMM jika merasakan ada perkara yang meragunkan.

Rasanya pihak SKMM pun dah alert tentang hal ini dah sudah diwar-warkan di laman web Sebenarnya.my . 

Stay at home. Jangan diri masing-masing. Jaga keluarga anda. Pastikan rumah anda selamat kerana di waktu terdesak sebegini juga kebarangkalian untuk berlaku jenayah juga tinggi seperti kecurian dan rompakan kerana orang terdesak. Apatah lagi geng geng penagih dadah, yang mula tak keruan.

Baca: Ringkasan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin

Jadi sentiasa kunci rumah anda ketika berada di rumah. Sememangnya kita semua berada di rumah kerana PKP. Terus berdoa agar negara kita berjaya melalui tempoh yang penting ini dan covid 19 boleh dikawal penyebarannya di dalam negara.

Artikel Berkaitan
  • Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
    Hari ini telah bermula pendaftaran untuk Bantuan Prihatin Nasional atau BPN yang diumumkan oleh Perd...
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
    Perintah Kawalan Pergerakan kini di fasa kedua. Jumlah kes baru masih tinggi. Malah pada hari ini, m...
  • Ringkasan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Terbaik Dalam Sejarah
    Petang tadi PM Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang tel...
  • Taktik Penipuan dan Jenayah Menerusi Facebook Yang Perlu Anda Tahu
  • Forum Support Pelanggan Shamsuriyadi.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 89
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:bantuan prihatin nasional penipuan bantuan prihatin nasional scammer bantuan prihatin nasional

Related Articles

Skim Abunur ini sebenarnya telah dimasukkan ke dalam watchlist Bank …

Skim Abunur Memperguna Rumah Anak Yatim

Laman Web VGMC
Setelah mendapat pelbagai respon dan komen sebelum ini, saya mengambil …

Skim Virgin Gold Mining Corporation (VGMC)

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Shahira Sulwani on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • zue on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kos Membersihkan Kebun
  • Azani on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

bantuan prihatin nasional

Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Hari ini telah bermula pendaftaran untuk Bantuan Prihatin Nasional atau BPN yang…