Senarai Scam Alert Bank Negara 11 May 2017


Senarai scam alert bank negara telah diumumkan lagi. Mohon jangan terkejut sebab ia sudah dijangka. Pihak Bank Negara kini semakin kerap mengemaskini senarai skim menipu. Berikut adalah senarai yang diumumkan pada 11 May 2017.

  1. MonSpace (M) Sdn Bhd
  2. Water Beaute World Berhad
  3. Efzinitus Capital Pte Ltd

Terdapat 3 syarikat yang terlibat dalam kemaskini. Yang paling terkenal ialah Monspace yang turut mengunakan bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan sebagai pelaris iaitu pengerusi syarikat berkenaan. Sekarang sudah masuk senarai sudah dan tunggu masa untuk terkubur.

Saya menerima banyak juga pertanyaan berkenaan dengan monspace ini. Jadi sekarang sudah terjawab.

Syarikat Water BEaute World Berhad ini pula melibatkan seorang artis.

senarai scam alert bank negara

Dengan keluarnya penyataan ini, maka berakhirlah 3 skim yang agak terkenal di Malaysia ini. Ada lagi senarai yang akan diumumkan oleh pihak Bank Negara sedikit masa lagi. Bukan senang nak senang bang. Kepada yang terkena, bertabah la. Link BNM

Senarai Scam Alert Bank Negara

Ramai rasanya yang  menulis tentang skim sebegini. Jadi ambil masa untuk membuat kajian sedikit agar tidak tertipu apatah lagi syarikat yang tidak diberi lesen untuk menerima deposit dan menawarkan peluang pelaburan. Bila dah terkena baru padan muka.

Kali ini, ada 3 skim yang bakal ditamatkan sedikit demi sedikit. Pastinya pihak berkuasa akan membuka kertas siasatan dan mungkin akan menahan mereka yang terlibat menjadi dalang skim berkenaan. Harap lebih banyak skim yang disenaraikan dengan lebih cepat agar lebih ramai rakyat malaysia diselamatkan.

Next nantikan senarai terbaru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!