Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Scam Alert
Senarai Scam Alert Bank Negara Malaysia 18 Mei 2017
Scam Alert

Senarai Scam Alert Bank Negara Malaysia 18 Mei 2017

sham 2 Comments

Senarai Scam Alert Bank Negara Malaysia telah diterbitkan lagi. Kini ia sudah berjumlah 300 skim yang sudah terkubur dan ada yang sedang nazak. Anda boleh rujuka link BNM ini. Ini merupakan pengumuman kedua dalam bulan Mei 2017. Jadi tim analisis Bank Negara Malaysia semakin pantas membuat siasatan mereka dan menerbitkan senarai baru dengan lebih cepat.

scam alert bank negara malaysia

Senarai Scam Alert Bank Negara Terkini

Dalam senarai kali ini menyenaraikan 9 syarikat terbaru yang dikesan menawarkan pelaburan tidak sah dan menyalahi undang-undang negara Malaysia. Berikut adalah 9 syarikat yang “bertuah” berkenaan.

  1. BC Academy Sdn Bhd
  2. BC Bullion Sdn Bhd
  3. Itradex
  4. Marco Robinson Sdn Bhd
  5. Jihadfarisha Ventures
  6. A.A.M Global Corporation Sdn Bhd
  7. Crowd Care Sdn Bhd
  8. Berkat FD Sdn Bhd
  9. Richway Global Venture

Saya juga terkejut sebab kali ini 2 pengumuman dilakukan oleh BNM berkenaan consumer alert pada bulan ini. Jadi dengan cara ini, syarikat penipu boleh dibendung dan dihalang menipu lebih ramai mangsa. Jika tidak, kerugian mencecah jutaan malah ada mencecah berbilion ringgit.

Richway Global melibatkan kerugian mencecah RM1.2 Billion. Kalaulah skim sebegini dapat dihalang dengan cepat, ia tidak akan merebak sehingga mencapai sebegitu besar. Inilah masalah sebenar. Namun, melihat senarai baru dikeluarkan dengan pantas pada bulan ini, saya yakin untuk siasatan BNM semakin aktif dan juga semakin produktif.

Ia satu berita baik untuk pengguna seperti kita. Sudah banyak wang kita melebur kepada skim yang merapu. Yang kaya ialah penganjur skim berkenaan. Yang pastinya sudah memindahkan wang hasil penipuan mereka ke akaun luar negara yang sukar untuk dikesan.

Jika ditangkap sekalipun, mereka keluar penjara dengan duit berjuta ringgit. Mangsa, menanggis sahaja di tepi katil sebab duit mereka takkan kembali lagi. Sekian sahaja senarai scam alert bank negara malaysia untuk kali ini. Jika ada lagi senarai baru, saya akan kemaskini untuk anda mendapat info terbaru.

Mohon share artikel ini ya.

Semoga ia memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain disekitar anda.

Artikel Berkaitan
  • Senarai Scam Alert Bank Negara 11 May 2017
    Senarai scam alert bank negara telah diumumkan lagi. Mohon jangan terkejut sebab ia sudah dijangka. ...
  • 77 Syarikat Pelaburan Tidak Sah – BNM
    Bank Negara Malaysia mengeluarkan  senarai 77  syarikat yang menawarkan pelaburan yang tidak sah d...
  • Scam Alert: Maybank Phising Email (Critical-Problem)
    Hari ini terdapat satu lagi email phising yang kononya daripada Maybank2u. Memang semakin galak "Nig...
  • Koperasi Dinar Dirham Diserbu RM18.2 Juta Disita
  • Scam Alert: CIMB Phising Email Lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 250
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:aam global corporation bc academy bc bullion berkat fd crowd care itradex jihadfarishan ventures marco robinson pelaburan menipu richway global venture senarai pelaburan penipu

Related Articles

Nampaknya scammer semakin kreatif. Mereka mengunakan nama GLC Malaysia yang …

Penipuan Emel Mengunakan Nama Telekom Malaysia

Program skim cepat kaya Dana Haji Jasman kini kembali aktif. …

Dana Haji Jasman Kini Aktif Kembali

2 Comments

  1. Shafique

    Assalamualaikum

    Kami dari Syarikat GETTHISS, dengan berbesar hati menjemput pihak Tuan selaku admin blog ini untuk bersama2 hadir memeriahkan GETTHISS Fiesta kami yang akan berlansung tidak lama lagi di MiTC Melaka dengan kerjasama Kementerian2 dan Badan2 Kerajaan berkaitan dengan Keusahawanan sebagai Rakan2 Strategik syarikat GETTHISS untuk Karnival tersebut.
    GETTHISS Fiesta akan turut dihadiri oleh media2 utama untuk memberikan liputan menyeluruh karnival tersebut.
    Antara agenda utama yang disediakan adalah tapak2 perniagaan bagi Usahawan IKS untuk mempromosikan perniagaan mereka.
    Semoga dengan kehadiran pihak Tuan sebagai Blogger dan Online Entrepreneur yang banyak berjasa kepada pembangunan Ekonomi Digital Negara, akan memeriahkan lagi GETTHISS Fiesta.

    We look forward for your favorable reply untuk bersama2 dengan semua Kementerian2, Badan2 Kerajaan dan media memeriahkan GETTHISS Fiesta.

    Terima kasih.

  2. sham

    Pendapat saya tentang sistem resellerGetthiss adalah sama selagi ia tidak diubah. Maaf Saya tak berminat untuk hadir. Anda boleh menjemput mana mana blogger yang menyokong usaha syarikat tuan lakukan. Pelik untuk menjemput pembangkang ke majlis anda.hehehe. All the best! 🙂

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2022 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

26 Orang Ditahan Kerana Penipuan SMS

Rasanya akan berkurang skit kot lepas ni sms menang cabutan bertuah Power Root, …

Skim Cepat Kaya Guna Nama Islam Di Perak

Saya belum mendapat sebarang maklumat tentang perkara ni.Saya akan menulis tenta…

Fatwa Hukum Pelaburan Mecca Fund Global

Pihak Fatwa Kebangsaan telah menasihatkan mereka yang ingin menyertai skim berke…