Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Scam Alert
Skim Venus FX Terkubur, Kerugian lebih RM80 Juta
Scam Alert

Skim Venus FX Terkubur, Kerugian lebih RM80 Juta

sham No Comments

Semakin banyak pula skim berteraskan Forex sekarang ini. Yang terbaru ialah Venus FX dimana kerugian yang mangsa lebih daripada RM80 juta ringgit. Satu jumlah yang sangat besar. Lebih 20,000 mangsa telah direkodkan. Sangat ramai. Pastinya ramai yang bergolok bergadai untuk menyertai skim ini.

Kuala Lumpur: Enam dalang utama syarikat pelaburan forex VenusFX yang menjanjikan pembayaran keuntungan harian ditahan selepas memperdaya 23,259 individu membabitkan kerugian RM80 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima sebanyak 408 laporan polis berhubung skim pelaburan forex berkenaan.

Katanya, hasil siasatan mendapati syarikat berkenaan memperdaya semua mangsa untuk membuat pelaburan antara RM2,000 hingga RM40,000 kepada syarikat forex yang tidak wujud.

“Satu Operasi Ops Nuri 3/17, dilancarkan semalam, untuk membanteras kegiatan penipuan pelaburan ini di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.

“Hasil serbuan, seramai enam individu berjaya ditahan terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita berusia l28 hingga 38 tahun,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, semua suspek ditahan reman selama 21 hari untuk siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta pencegahan Jenayah 1959 Pindaan 2014 (Akta 297).

Selain itu katanya, polis turut merampas komputer riba, 10 telefon bimbit, 10 keping kad ATM dan lima kenderaan pelbagai jenis bernilai RM750,000. – Metro

Laman web untuk skim ini juga telah diremove. Dengan penahanan antara dalang-dalang utama skim ini, kes mungkin akan selesai. Namun, duit hasil penipuan pastinya sudah dipindahkan ke tempat lain seperti akaun bank luar negara yang sukar dikesan oleh pihak berkuasa.

venus fx

Skim ini dilancarkan pada 30 Januari 2016. Ia mula bermasalah dan tidak membayar pada bulan Oktober 2016. Pada bulan Mac 2017, tangkapan mula dilakukan bagi menahan semua dalang yang terlibat di dalam skim ini. Terlajak perahu boleh undur, terlajak join skim cepat kaya. Menangislah dibucu katil. 😛

Biarkan pihak polis melakukan siasatat. Duit yang join pastinya sudah tak dapat balik. Bertabahlah. Besar juga yuran kebodohan yang kena bayar tu. Tapi jangan ulangi lagi kebodohan yang sama dengan menyertai skim lain pula. Jangan jadi bodoh berganda-ganda. Tamat sudah kisat Venus Fx.

Ada banyak lagi skim baru akan timbul disaat ekonomi semakin lembab.

Artikel Berkaitan
  • Tiga (3) Koperasi Skim Cepat Kaya Diserbu
    Lagi tentang skim cepat kaya. Kali ini dalam bentuk koperasi. Dalam Utusan hari ini, 3 koperasi iait...
  • Skim Tender Baju Celoreng Tentera
    Hari ini dalang penipuan berkenaan skim tender baju celoreng telah ditangkap oleh pihak polis dan m...
  • Program JutawanKlik dan RezekiKlik Sudah Terkubur
    Jutawanklik terkubur Suatu masa dahulu saya ada menulis berkenaan JutawanKlik.com . Ia satu nasihat...
  • Senarai Scam Alert Bank Negara Malaysia 18 Mei 2017
  • Penganjur Skim Mekah Islamik Hotel Cabut Lari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 6,073
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:skim venus fx venus fx venusfx

Related Articles

Senarai scam alert bank negara telah diumumkan lagi. Mohon jangan …

Senarai Scam Alert Bank Negara 11 May 2017

Pelajar Nigeria dipenjara tipu e-mel
Pada akhbar harian Metro, akhirnya seorang pelajar dari Nigeria dipenjara …

Pelajar Nigeria dipenjara tipu e-mel

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Scam Alert:Taktik Maybank2u Phising Email

Semakin hari semakin banyak pulak email phising email ni. Ini adalah yang terbar…

Pelajar Nigeria dipenjara tipu e-mel

Pada akhbar harian Metro, akhirnya seorang pelajar dari Nigeria dipenjara 16 bul…

CPOTrading.com atau CrudePalmOilTrading.com Kini Disiasat

Pada awal dulu ia dinamakan CPOTrading.com yang menawarkan pelaburan yang kononn…