30Marketing.com Meragukan..


Saya telah menerima email dari seorang peserta program 30Marketing.com ini yang meminta pendapat saya tentangnya. Beliau telah melaburkan meleburkan RM1350 dalam program ini. Saya sendiri tak tahu apakah sebenarnya yang dijual oleh mereka ini. Sebelum ini pada laman web mereka ada dinyatakan bagaimana pembayaran komisen dilakukan.

Sekarang dah takde dah. Dulu ada juga shoutbox diluar dimana ramai peserta yang mula kondem penganjur benda ni. Terlalu banyak yang meragukan dan disembunyikan. Apatah lagi apabila mereka tetiba telah menukar laman web dan meyembunyikan plan pemasaran mereka.

Sebelum ini kalo tak silap saya, mereka akan memberikan komisen RM170 setelah 2 orang ahli berbayar memasuki sistem mereka. Ia ala sistem piramid, ada 5 orang. Apabila Orang baru masuk, seorang akan dikeluarkan dari senarai. Tetapi setelah 2 orang masuk barulah dibayar komisen.

Saya kurang faham sistem mereka ini. Apatah lagi mereka banyak menyembunyikan tentang apa yang mereka jual. Tetapi pada terma mereka ada menyatakan ini:

30marketing

Bayaran yang dikenakan adalah pelbagai. Rasanya paling kurang ialah RM250. Itulah yang dinyatakan pada laman web mereka sebelum ini. Jika peserta tidak berpuas hati, tiada refund. Entah ebook apa yang mereka jual.

Memang banyak keraguan, tetapi ramai jugak yang masuk. Mungkin kurang ilmu dan pendedahan.Nasihat saya, elakkan menyertai program yang meragukan. Kalo tak, tak pasal pasal duit anda lebur.. Nak cari duit bukan senang, tapi senang je nak abis/hilang akibat kesilapan kita sendiri.

Kat internet ada banyak sangat dah program menipu.. jangan biarkan diri anda tertipu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 7

  1. abdfatah May 2, 2009
  2. tajul May 11, 2009
  3. Lan June 11, 2009
  4. Lan June 11, 2009
  5. Lan June 13, 2009
  6. dzulstylo July 27, 2009
  7. Adam August 3, 2009

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.