Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Scam Alert
103 Skim Yang Dilarang Oleh Bank Negara Malaysia
Scam Alert

103 Skim Yang Dilarang Oleh Bank Negara Malaysia

sham 177 Comments

Senarai terbaru 103 124 Skim Yang dilarang oleh BNM

Bagi mereka yang nak tambah duit, nak melabur dan sebagainya. Anda perlu ambil tahu tentang perkara ini. Bank Negara telah mengeluarkan 103 senarai syarikat dan skim yang tidak sah dan meragukan. Ada diantara skim ini agak aktif di media sosial seperti Facebook.

Anda boleh download dan tengok senarai ini di

http://www.bnm.gov.my/documents/2013/250913_FCA_bm.pdf

Update Nov 2013: Kini terdapat 124 skim yang tersenarai.

Ini adalah senarai yang dikeluarkan pada tahun ini iaitu 2013. Terdapat beberapa syarikat telahpun diambil tindakan dan didakwa di mahkamah. Dalam pos saya tentang skim tidak sah sebelum ini pun ramai yang bertanya beberapa skim antaranya ialah Kelab Kebajikan dan Sosial Tun Teja atau YDS. Skim ini menawarkan pelaburan dalam pengeluaran minyak gaharu.Mungkin siasatan BNM, ia meragukan dan mendapatkan deposit daripada orang ramai secara tidak sah dan tanpa kebenaran.

Skim Yang Dilarang Bank Negara Malaysia

Selain itu ada banyak lagi skim yang melibatkan pelaburan seperti pelaburan emas, perak, forex dan sebagainya. Itulah kebanyakanya skim yang disenaraikan di dalam senarai tersebut. Ini adalah senarai syarikat dan skim yang telah dikenal pasti sehingga 2 Mei 2013.

1 . Globalcash
2.  1Gold.com.my (www.1gold.com.my)
3.  Ace Global Sales & Services
4.  Al-Saliha Worlwide Sdn. Bhd
5. Amazing Yields Sdn Bhd
6.  APS Asia Plantation Sdn Bhd (www.asianplantations.com)
7.  AU Niaga Sdn. Bhd.
8.  AU79 International
9.  Build Rich Mining Group Bhd (www.buildrich.us)
10.  Bumi Klasik Warisan Enterprise
11.  CGF Fine Metal Sdn Bhd
12.  CTK Network (http://CTK2U.com)
13.  Dana Haji Jasman
14.  Danatama Millennium Sdn Bhd P
15.  Degold Empire S/B P
16. Dgreat Network (http://info.simplebisnes.com)
17.  DNA Profile Sdn. Bhd
18.  Dynamic Wira Marketing Sdn Bhd
19. Eagle Aeronautics (M) Sdn Bhd
20. East Cape Mining Corp
21. Energetic Gateway Sdn Bhd
22. Epic Palms Bhd (http://epicpalmsberhad.com)
23. Extra Capital Programme (http://extracapitalprogram.com)
24. Ezey Marketing
25. E-Qirad Sdn Bhd
26. FA Markets
27. FE Brands (M) S/B
28. Flexsy Enterprise & Barrilorne Corp
29. FNZ Capital Limited (www.intelfx.com)
30. Future Trade Indojaya Sdn Bhd (http://ftindojaya.blogspot.com) (www.ftindojaya.com)
31. Gain FX Capital S/B (www.gainfxcapital.org)
32. Gan Patt Services A
33. GGF Golden House Sdn Bhd
34. Global Creation Trading
35. Global Peace Loving Family (www.globalpeacelf.com)
36. Global Venture Financing (http://globalventurefinancing.com)
37. Gorgeous Chain Sdn. Bhd.
38. Great Access Sdn. Bhd.
39. Green Buck Resources Sdn Bhd
40. Greenmillion Agrosolution Enterprise (http://greenmillionagrisolution.blogspot.com)
41. Harvest Reliance Consultancy Sdn Bhd
42. Hexa Commerce Sdn Bhd
43. Honest Group Ltd
44. Iconhill Holding Sdn Bhd
45. IGC Diamond
46. Instaforex
47. Isothree Gold Sdn. Bhd.
48. Jalatama Management Sdn Bhd (www.jalatama.com)
49. Jazlaan Enterprise
50. JM Communications & Technology Sdn Bhd
51. JMI Global Aktiviti
52. JTGold
53. Kelab Kebajikan dan Sosial Tun Teja Malaysia (http://yds2u.com)
54 .Kris Plus Enterprise
55. Lestari2U (www.lestari2u.com)
56. Liberty Reserve (www.libertyreserve.com)
57. Life Time Holidays Sdn. Bhd.
58 .LocalAdClick (http://localadclick.net)
59. LS Gold Bullion Sdn Bhd
60. Mari Wholesale (M) S/B
61. Mega Dynasty S/B
62. Megaherbs Bioextreme
63 .Nexgain Malaysia Sdn Bhd
64. OLTA Capital Management Inc.
65. One AutoCash (www.clubautocash.com) (www.1autocash.com)
66. Pancar Mayang Sdn. Bhd.
67. Pars Pay Sdn. Bhd
68. Preferred Credentials Sdn Bhd
69. Premier Ventures Gold
70. Prestige Dairy Farm (M) Berhad
71. Program 10 Bulan Forex Trading
72. Program I-Rich
73. Projek Duit 2012
74 .Provisio Multimedia
75. Real Ingenious S/B (www.worldfocus.com)
76. RGCX Trading Corp (http://www.goldrgcx.com/richman8) (www.rapidgcx.com)
77. RMMUDAH.COM
78. Rowther Technologies MSC Sdn Bhd
79. Royal Gold Sdn Bhd (http://royalgolds.com)
80. Royale Team Groups (www.royaleteaminfo.blogspot.com)
81 .RS Capital Holdings Bhd
82. Sera Land Management & Enterprise
83. SGFM Trading Sdn Bhd
84. Slimberry Extreme Team (http://zatslimberry.blogspot.com) (slimberryxtreme.com)
85. Speedline (www.speedline-inc.com)
86. Sri Perkasa Emas Trading
87. Suliz Pearl Mines
88. Swiss Capital Venture
89. Syarikat GECS Ltd
90. Syarikat Sri Alam
91. Tabung Dana Ehsan
92. The Gold Guarantee
93. Titan Group Sdn. Bhd
94. TukarGold.net (www.tukargold.net)
95. Ultimate Power Profits (www.ultimatepowerprofits.yolasite.com)
96. Urustabil Sdn Bhd
97. VC Gold Sdn. Bhd.
98. Virgin Gold Mining Corporation (www.vgmc.com)
99. WSL Merchants Pte Ltd (www.worldshopperslink.com) (www.click4dollar.com)
100. XOC7
101. YDS Corporate Line Sdn Bhd (http://yds2u.com)
102. YDS Holding Groups Bhd (http://yds2u.com)
103. Zeta Capital Management

Ini adalah antara senarai syarikat yang meragukan dan menganjurkan skim yang tidak sah. Jika tidak berpuas hati, boleh rujuk pihak Bank Negara Malaysia. Senarai ini adalah senarai yang dikeluarkan oleh Bank Negara sendiri.

Ada diantara skim diatas pernah saya review sebelum ini seperti skim VGMC, Speedline, Megaextreme  dan banyak lagi. Elakkan daripadanya. Ada banyak cara lain untuk anda menambah pendapatan. Jangat tertipu dengan skim-skim yang meragukan.

Artikel Berkaitan
  • Senarai Scam Alert Bank Negara 11 May 2017
    Senarai scam alert bank negara telah diumumkan lagi. Mohon jangan terkejut sebab ia sudah dijangka. ...
  • 77 Syarikat Pelaburan Tidak Sah – BNM
    Bank Negara Malaysia mengeluarkan  senarai 77  syarikat yang menawarkan pelaburan yang tidak sah d...
  • Wanted Oleh Bank Negara Malaysia
    Dalam utusan hari ada beberapa orang yang dikehendaki oleh Bank Negara Malaysia yang terlibat dalam ...
  • Senarai Scam Alert Bank Negara Malaysia 18 Mei 2017
  • Dana Haji Jasman Kini Aktif Kembali
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • highway group resources penipu
  • highway group
  • getthiss tipu
  • highway group resources
  • getthiss penipu
  • skim cepat kaya terbaru
  • dna global penipu
  • dana haji jasman
  • getthiss
  • dana hj jasman
Post Views: 1,406
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:pelaburan haram skim haram skim meragukan skim tidak sah oleh bank negara

Related Articles

26 Orang Ditahan Kerana Penipuan SMS
Rasanya akan berkurang skit kot lepas ni sms menang cabutan …

26 Orang Ditahan Kerana Penipuan SMS

Taktik Penipuan dan Jenayah Menerusi Facebook Yang Perlu Anda Tahu
Ini merupakan sambungan kepada post saya sebelum ni tentang Taktik …

Taktik Penipuan dan Jenayah Menerusi Facebook Yang Perlu Anda Tahu

177 Comments

  1. Mohdali Bin Ramli

    Apa tindakan bnm pada kelab tun teja?

  2. Fadzli b Mat Noor

    apa status dana penipu ummah ni?apa tindakkan bnm terhadap dana hj jasman?

  3. sham

    Dah tutup dana hj jasman tu… pendakwaan saya tak pasti.

  4. aishah adam

    org msia ni bila terhantok baru terngadah..

  5. Ismail Majid

    Ade info pasal RJB Empire tak ? Menggunakan platform akademi perintis usahawan malaysia.
    Adakah syarikat ni berbentuk sperti MLM atau sesuatu yang tidak sah.

  6. mattapa

    akademi perintis usahawan malaysia(APUM), asalnya dahulu ialah program usahawan mentor mentee anjuran rakan4biz di bawah gerakan belia 4B.

    setahu saya APUM ini dapat sokongan dari badan kerajaan dan bukan kerajaan seperti KBS, MBS, MITI, PPIM dan DPIM.

    dan APUM juga ada kerjasama dengan DPIM.

  7. Fadily Z

    Jadi Akademi Perintis Usahawan Malaysia (APUM) ni bukan skim yang tidak sah? Syarikat yang boleh dipercayai? Tolong ye. Saya perlu jawapan yang jujur dan bernas.

  8. im

    siapa tahu nexus fx?
    mnjadi bualan ramai sekarang..

  9. bongkar

    Kalau itu tak betul, ini tak betul.. jadi apa yg betul sangat…
    mohon pihak berwajib siasat
    syarikat yg kini tumbuh bagai cendawan dan syarikat yg dah lama buat pelaburan secara senyap , menburi mata pengguna dengan adanya produk.. namun di sebaliknya menjanjikan meuntungan dan pulangan yg entah bila boleh dapat…
    1) unico – ada produk.. tapi menjanjikan pulangan yg tak pasti..letak je modal contoh 4000 dpt pulangan 15k.. tapi bila?( ikut keuntungan syarikat, katanya)
    2) my1m1 – cerita sama , ada pulangan yg tak pasti
    3) GWC – cerita sama, ada pulang yg tak pasti
    4) Mface – pelaburan, mcm ufund juga ada split, kenapa masih berjalan lancar?
    * Kalau semua syarikat malaysia 100% salah dan tak betul.. mohon pihak berkuasa selidik dan kaji betul2 plan pemasaran sesuatu syarikat samanada selamat diperdagangkan atau tidak, kalau boleh umumkan di semua media sosial kewujudan syarikat MLM yg betul2 selamat untuk disertai bagi meringgankan beban rakyat.
    MOHON PIHAK BERKUASA DAN BERWAJIB SEMAK DENGAN TELITI SEBELUM MELULUSKAN SESUATU PERNIAGAAN. Jagan nak luluskan sijil perniagaan tu tutup mata sebelah… harus prihatin dgn kami rakyat yg diperbodoh oleh syarikat MLM yg baru operasi setahun dua dah tutup dgn alasan tidak dibenarkan beroperasi…plz .. plz .. ambil tindakan..

  10. Luke Pereira

    Bagaimana dengan Highway Global Resources ???

  11. Remy

    Yea btul… bagaimana dgn highway global.. yang akhir2 ini mnjadi bualan hebat disebabkn keuntungan pelaburan yg brlipat ganda oleh mereka yang melabur..

  12. sham

    sudah ada ada post pasal highway group resources.

  13. Ahmad

    Bagaimana dgn FX United, forex ,setiap bulan janji return 12-18%??? Terima kasih

  14. sham

    Ahmad- kalau menawarkan pulangan tetap macam tu.. jauhkan diri dan jangan terlibat.

  15. rohana robiah ariffin

    bagaimana dgn highway rich???? tq

  16. sham

    sama dengan highway group..

  17. none

    mcm mana dengan morgaggecapitals (mgcfx) pulak ye?

  18. along

    Mohon pnjelasan..bgaimne pula dgn hgway group? Adakh syarikat ini sah @ trlibat jgk dgn pnipuan?

  19. Rafizan

    Assalamualaikum,
    Boleh saya tau berkenaan kongsi makan dan juga Arba.

  20. hamdan

    macamana dgn MGCFOREX BWH SYKT CT CAPITAL INCORPRATION

  21. jai

    Assalmualaikum mohon penjelasan highway rich network adakah ini juga satu penipuan….

  22. Ramzan

    APUM tu betul2 sah ke??? Mohon pencerahan segera!!!

  23. yuli

    Assalamualaikum, bagaimana dengan RGH Agro adakah ianya juga tidak patuh syariah/ haram? Syarikat ini memberi keuntungan atau hibbah dalam cili dan kambing susu. Syarikat mempunyai tanah yang disewa dalam tempoh tertentu di Jerantut Pahang, bagi tanaman cili dan ternakan kambing susu. Syarikat menyediakan surat perjanjian untuk tempoh setahun mendpt keuntungan. Pemodal membayar modal dalam lot2 yang tertentu. Contoh: 1 lot cili RM60.00. Keuntungan/ hibbah diberikan setiap bulan selama 11 bulan antara 20-30% sebulan. Bulan yg ke 12 akan mendapat pulangan modal sebyk 80%. Pemodal juga akan mendpt insentif sebyk 15% jika memperkenalkan pemodal baru yang berminat menjadi pemodal dan insentif hanya diberikan sekali sahaja. Pemodal boleh melawat ladang/ tapak.

  24. Sue

    Knp rmai yg dpt dwit yea..highway group la..mgkn ade yg mnggunakan nme syarikat tula kot

  25. Ustaz Hasan

    BNM pelahap makan riba’ kalian tak kisah…orang main kutu buat kebajikan untuk sara hidup korang terpekik…bertaqwalah kpd Allah! Jauhi riba’ dan banyakkan sedekah! Inilah jalan yg lurus!

  26. sham

    Saya tak tahu samada ini ustaz atau tak. Tuan faham apa itu main kutu?

    Main Kutu – main 10 orang bayar rm100..tiap bulan dalam rm900 sekali dapat dalam masa 10 bulan.. Ini betul-betul simpanan.

    skim cepat kaya main rm350, dapat rm100 tiap tiap bulan.. pencen katanya. Walhal ia menepati konsep gharar dalam riba iaitu menjanjikan pulangan tetap dan menjamin pulangan modal.

    Itu beza main kutu dengan skim cepat kaya.. Saya ulang balik komen ustaz tu… Tertaqwalah kepada ALLAH, Jauhi Riba’ dan banyakkan sedekah! 🙂

  27. Asmah

    Bgmana dengan waw kononnya wang amanah warisan.

  28. sham

    Jauhkan diri. Nampak gaya macam rebranding Skim Haji Jasman. Guna nama kononnya melibatkan raja melayu.

  29. ipin

    salam tuan, amat positif jawapan tuan. skrg saya dah terlibat dgn GWC . Bisnes berasaskan reload topup semua telco termasuk indonesia dengan keuntungan 10%. Perlu maintenance sebulan usd20 untuk guna sistem dan keuntungan tidak tetap. mohon pencerahan adakah company mcmni leh ke laut jugakkk (bahasa kampung)

  30. sham

    Belum mengkaji lagi. Namun kriteria utama:

    1. Kena ada produk tapi still kena berhati hati ia tetap boleh dimanipulasi
    2. Elakkan yang menjanjikan pulangan tetap dan tak masuk akal

  31. iamwahid

    Syarat2 utama menjadi syarikat pelaburan yang sah di Malaysia…
    1. Syarikat mesti Berhad bukannya Sendiri Berhad
    2. Skim pelaburan mempunyai Prospektus (Perihal pelaburan yang dijalankan)
    3. Trustee (Organisasi yang bertanggungjawab menjaga wang pelabur)

    Perkara ini adalah asas dalam syarikat pelaburan. Sekiranya perkara ini tiada baik elakkan sebelum melebur duit anda…

  32. mal letop

    encik admin mcm mana dengan akademi perintis atau rjb sdn berhad. ade pemantauan x?

  33. bentayan

    update senarai terbaru plssss !!!

  34. bentayan

    Mymi1 International
    MI1 GLOBAL SDN. BHD.
    ???????
    B-7-8, Block B, 8th Floor Menara KIP, No.1 Jalan Sri Utara, Off Jalan Ipoh, 68100 Kuala Lumpur, Malaysia.

    A) pakej rm21.000
    register je dpt rm600
    setiap 10 hari dpt rm900
    dpt rm900 sampai 70x
    B) pakej rm11,500
    register dpt rm300
    setiap 10 hari dpt rm450
    dpt rm450 sampai 65x
    C) pakej rm4,445
    register dpt rm200
    setiap 10 hari dpt rm150
    dpt rm150 sampai 60x
    D) pakej rm1,120
    register dpt rm60
    setiap hari 10 hari dpt rm37.50
    dpt rm37.50 sampai 60x
    E) pakej rm420
    register dpt rm30
    setiap 10 hari dpt rm15
    dpt rm15 sampai 50x

    sy di pelawa oleh mber utk menyertai skim ni ….mohon share maklumat

  35. Pina

    Blh sy tahu yg makkahislamicthai tu mcm mn pula ….

  36. sham

    Elakkan.

  37. kyra

    Boleh ulas tentang kongsimakan berhad?

  38. Kuda kepang

    Cpo pe citer

  39. Kuda kepang

    CPO trading pelaburan minyak sawit??

    Boleh caya ker?

  40. sham

    cpotrading elakkan.. Suruhanjaya sekuriti dah masukkan dalam senarai diorang.

  41. Mfby1991

    fxunited masih lg bergiat aktif dlm marketing forex.. BNM x amek tindakan ke? terbuka je semua event mereka dalam malaysia ni..

  42. wan

    As salam…macam mana dengan solar bond capital sdn bhd…roi dia dari 30% hingga 40% sebulan…ceo company nya…adalah orang yang sama dengan ceo company yang statusnya kena winding up…apa pendapat tuan…boleh invest ker…

  43. zemmy abdhemid

    mcmana dgn instaforex tuan sy kena tipu tuan

  44. zemmy abdhemid

    sy nk tau instaforex apa penipuan nya

  45. sham

    Dah tau merapu dan tak logik dek akal..nak invest lagi?

  46. sham

    Aktiviti tak dilesenkan tak silap saya. Ia syarikat broker forex sebenarnya.

  47. Mohd Munzir Yusof

    Salam…
    Kawan saya approach saya utk melabur di solar bond… saya buat search sykt ni dikendalikan oleh solar bond capital sdn bhd.
    Modal dia 10k usd = rm 42k. Return 40% sebulan…
    Hebat ni… saya cek kat bnm tak ada…

    Boleh tak admin sahkan?

  48. sham

    Di US, memang terdapat syarikat yang menawarkan pulangan buat mereka yang menyertai program mereka iaitu solar city. Namun di Malaysia, saya tak pasti sebab laman web mereka terhad untuk ahli sahaja. Saya tak pasti bagaimana ia berjalan kerana masih kekurangan maklumat.

  49. Mustazar alwi

    Mcm mane dgn arba cwc??

  50. wan

    As salam…di US..mereka yang melabur dgn solarcity…roi dia tak sampai 5% setahun tapi dgn solar bon capital yang mendakwa melabur dgn solarcity di US…company ni boleh bagi roi hingga 40% sebulan…persoalannya kat mana mereka ambil duit untuk bagi pulangan yang besar ini….

  51. sham

    Lesen AJL CWC ARBA sudah ditarik balik oleh KPDNKK.

  52. Malique

    Beli sendiri solar pun tk dpt 40% sebulan. Ini kan pulak masuk duit kat skim. Menipu je tu. 40% sebulan tu keuntungan fix yg dijanjikan. Haram.
    Baik tokey tu pegi buat loan RM10 juta jalan bisnes sendiri. Interest bank tak sampai 10% setahun. 40% sebulan tu.. Setahun dpt dekat 500%. Pakcik kayap.

  53. Amir

    Seputeh resources .???

  54. Amir

    Pada 28 dec 2015..remiser nya telah d tahan pihak polis…blh rujuk pada akhbar….taip gambar mohd liza azmie di google search..tq

  55. desari

    boleh ulas program kongsi makan.

  56. Mohd

    Dok perati solarbond capital. Ada sesiapa tau further details psl investment scheme ni? Amat mragukan dgn fixed return.

  57. Yusri

    Fixed return tu HARAM hukumnya…kalau sah pun tp HARAM…. jauhkan diri, awasi hati,ALLA dok perati…

  58. husni

    Saudara shamsuriyadi takde info ke pasal kongsimakan.habis satu kampung saya dah join bendalah ni.

  59. jehan

    Kongsi makan Berhad…. bole percaya ke tuan?
    tlong bg pencerahan… trima kasih

  60. alpi

    Saya pun nak tau pasal kongsi makan

  61. Cuak

    Ramai mintak review kongsi makan berhad .. sila komen sikit tuan…
    lagi satu skim terbaru usahawan ecommerce beezmall ?? komen tuan

  62. confuse

    cofuse
    Kongsi Makan Berhad (Melaka) telah di serbu oleh pihak berkuasa pada 23/5/16.
    Apa cerite?…

  63. Roy

    Sedikit perkongsian, KongsiMakan Berhad . Sudah membuat memorendum bersama unit pemerkasaan bumiputera, membayar GST pd kerajaan dan dalam prosess mendapat kelulusan syariah oleh timb mufti selangor. Syarikat pertama yang membantu bumiputera. Sila dapatkan penjelasan dari pihak syarikat insyallah anda dapat jawapan. Segala syarat utk mendapat lesen dari kpdnkk sudah di beri. Masih tunggu jawapan kalau x silap. Boleh kaji selidik telipon pihak2 bertangungjawab untuk mendapat penjelasan. Objektif mereka adalah untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi bumiputera dan membantu perniagaan bumiputera dalam menjual produk2 mereka mengikut syarat2 yang sah. Pelan pemasaran di jaga oleh axia global dan pengiraan bonus ditunjuk bagaimana terhasilnya bonus, kemana modal yg dibayar digunakan ,bagaimana duit itu dilaburkan dan dari mana ahli dapat produk.
    Cari jawapan di tempat yg betul, telipon SSM, KPDNKK, BNM
    Ini yang sy tahu allahualam… Sekadar berkongsi. Jika salah betulkan sy.

  64. mohd

    Fx united mcm mana?

  65. sham

    fx united scam

  66. ahmad

    saya dah join kongsimakan. setakat ni dah balik modal.

  67. ahmad

    macamnan dengan mecca fund?

  68. sham

    saya ada tulis 2 artikel pasal mecca fund tu.

  69. Dinar

    Kongsi Makan, labur RM1700, dapat pulangan berganda.
    Boleh percaya ke? Setakat ni takda issue apa2 mengenainya. Teringin juga nak masuk Kongsi Makan
    Terima Kasih Tuan.

  70. pok

    salam tuan.. minta maklumat tentang syarikat AXIA GLOBAL VENTURE SDN BHD?

  71. yg bertanya

    assalamualaikum tuan sham,mcmana tuan tau fx united tu scam yer?tuan
    dh buat research yer?

  72. yg bertanya

    dan blh kah tuan senaraikan pelaburan yg selamat untuk kami sertai?

  73. sham

    yang bertanya.. Pihak berkuasa New Zealand dah keluar amaran tentang FX United. Rasanya BNM akan ambil langkah sama tak lama lagi.

  74. fm92

    stil tk dpr jwpn tentang kongsi makan aka axia hlobal ventura. ap komen tuan?

  75. sham

    kongsimakan sudah hampir menyontot. Ada dengar yang tak dapat duit “bonus”.

  76. Hazmi

    Salam tuan, ada pape comment untuk I usahawan global berhad (IUGB)?

  77. alan

    MFACE bagaimana pula? Masih berjalan dan publisiti meluas. Tapi pulangannya agak tak masuk akal.

  78. zayid

    Kongsimakan pun scam gak ke??

  79. sham

    Kalau tak masuk akal tu…tak lama masuk longkang la.

  80. sham

    dah kena serbu BNM dah pun kongsimakan.. sedang menyontot sekarang ni. 😛

  81. muhamad

    koperasi iubgb macam mane tuan?

  82. Zaid

    Salam tuan..minta beri pendapat ttg i usahawan global berhad (iugb) adakah boleh di percayai??terima kasih tuan

  83. Julreez

    Saya nak minta pencerahan tentang pelaburan mface,ada siapa-siapa yg tahu atau yang pasti bahawa mface adalah pelaburan skim cepat kaya

  84. sham

    lari jauh jauh julreez..

  85. Syed said

    Apa pandangan tuan mengenai bitkingdom atau bitcoin 1% per day

  86. sham

    Tuan Syed Said…bila menjanjikan pulangan tetap. Ia adalah riba.

  87. Wahid

    Ada maklumat ttg Koperasi Pelaburan Amanah Berhad yg melantik Bank Rakyat sbg agen collection? Betul atau tipu juga

  88. sham

    Bank rakyat adalah agen. – http://www.mstar.com.my/niaga/2016/05/10/bank-rakyat-kapb/

  89. Linda

    Salam,
    Bagaimana pula dengan
    Mymi1 International
    MI1 GLOBAL SDN. BHD.

    B-7-8, Block B, 8th Floor Menara KIP, No.1 Jalan Sri Utara, Off Jalan Ipoh, 68100 Kuala Lumpur, Malaysia.
    A) pakej rm21.000
    register je dpt rm600
    setiap 10 hari dpt rm900
    dpt rm900 sampai 70x
    B) pakej rm11,500
    register dpt rm300
    setiap 10 hari dpt rm450
    dpt rm450 sampai 65x
    C) pakej rm4,445
    register dpt rm200
    setiap 10 hari dpt rm150
    dpt rm150 sampai 60x
    D) pakej rm1,120
    register dpt rm60
    setiap hari 10 hari dpt rm37.50
    dpt rm37.50 sampai 60x
    E) pakej rm420
    register dpt rm30
    setiap 10 hari dpt rm15
    dpt rm15 sampai 50x
    sy di pelawa oleh rakan utk menyertai skim ni ….mohon share maklumat

  90. JUSOH BIN DOLLAH

    En Sham
    Saya ingin tahu tentang Pertubuhan Kebajikan Komuniti Malaysia (PKKM) yang mengadakan 4 Pelan Simpanan dan menjajikan Keuntungan Simpanan Setiap Bulan 6% – 10%
    Syarikat yang menjalankan urusan ini ialah PDK RESOURCES SDN BHD (1116026-U)
    Adakah ini sah atau penipu.

  91. Yang sellu ditipu

    Tuan sy mohon pencerahan tentng eurotech sdn bhd…di terajui oleh seorg professor di unimas sarawk …ia tentng perlaburn forex stu lot rm4900 setiap bulan pulangan 6 hingga 20% tidak tetap pulangn bulanan.

  92. Abdul Fatah

    Assalamualaikum Abang sham.. maaf mengganggu, saya nak tahu dengan lebih lanjut pasal syarikat rjb empire group ni.. boleh terangkan secara terperinci tak?.. mohon pencerahan

  93. shukr

    Salam..nk tau (Reseller geminis getthiss.) boleh prcaya ke?? Terima kasih..

  94. sham

    High risk. Senangnya bagi duit rm4900 kat orang..

  95. naimah

    salam..nak tanya macam mana dengan beezmall ye?adakah selamat?

  96. ZZ

    Salam Sham,
    1) Apa bukti smpi ckp kongsimakan sudah hampir menyontot?
    2) Sham ahli KM ke?
    3) Dh berapa lama KM x byr BONUS kat ahli? Setahu saya tiap2 hari RM3 juta Bonus dibyr kpd ahli.

  97. sham

    Tak pasti dengan beezmall macamana konsepnya. Dengarnya diorang bagi duit yang join kelas diorang tapi tak pasti pula berapa yang kena bayar nanti. 😛

  98. sham

    ZZZZZZZ?? 🙂 tunggu masa je. Ahli? Macam dah selalu dengar dalam skim yang dah menyontot sebelum ni. Pelaburan menawarkan pulangan tetap adalah riba. Suka ke tak.. hukum tetap sama.

  99. peter

    iugb macam mana tuan?

  100. Gemasthy

    Getthiss macam mana tuan

  101. Kesian suami masih percaya ..

    Tuan.makankongsi..terbalikan ….mcm mana pula skg ni…sb ada bbc yang kononnya nak beli lot ahli dengan harga yg murah tetapi bila da buat surat semua utk tukar nma trus senyap..dari bulan 6 hga skg kelaut da bonus …btul ke syarikat ni telah di senarai itamkan…atau mereka guna nma syarikat lain n publish nma syarikat lain utk berlindung

  102. rohaizad anif jad saw

    tuan klau public gold smpan emas ad riba jugak ke? tolng xtahu tuan

  103. sham

    Kalau beli emas dapat emas tidak tertunda. Takde riba. Contoh riba dalam urusniaga emas, bayar sekarang.. hujung bulan baru dapat emas. Itu riba kerana transaksinya tertangguh. Hal sama dengan item ribawi lain seperti perak,gandum,kurma,garam dan barli. Item ini tidak boleh tertangguh urusniaganya. Matawang juga ulamak kini kategorikan sebagai item ribawi.

  104. awang

    Assalammualaukum saya dari brunei darussalam ingin bertanya getthis apa komen tuan adakah bagus atau tidak halal atau haram dibenarkn atau tidak dibenarkan begitu juga yang terbaru ni tell a friend nama syarikat tu sf group dari thailand bangkok tolong jelas tuan harap maff jika ada perkataan tersilap bahasa

  105. HAZIM

    asssalammualikum en.sham.. saya ingin bertanya mengenai IUGB PROMIXTURE SDN BHD.. UNTUK MASUK PELABURAN PAKEJ RM2550 DAN SETIAP BULAN AKAN DAPAT PULANGAN RM500… Dari penerangan yang sy dapat beliau mengatakan ini sebagai pelaburan.. adakah boleh dipercayai?

  106. Ann

    Apakah getthis satu era kemajuan org melayu utk monopoli rangkaian apps buat masa skrg.adakh getthiss relevan atau saja utk mengaut untung dr org melayu yg mmg kurang ilmu.

  107. Ahli KM

    Salam..
    saya salah seorang ahli KM (Kongsi Makan) KM dh lme x byr bonus seperti yang dijanjikan kepada ahlinya..
    saya hny pernah dpt 150 shj.. bonus dia xbyr since June 2016 sehingga skrg… sy pun xtau bila akan dpt bonus KM tu..

  108. Ahli KM

    Saya rase x lme lg KM ni akan bungkus jugak mcm program2 yg lain.. Saya akan beri sdikit mse pd KM or leader sy sblm sy amk tindakan selanjutnye untuk buat laporan polis

  109. tokrene

    Hazim ada melabur di IUGB ke? Tapi kenapa susah nak cari maklumat iugb ni ye? mcm company tu tak wujud

  110. mek

    tuan,sy check kt laman web us,, https://www.sec.gov/ ,pergi kat carian mi1, ternyata ada dalam laman web u.s itu, genting berhad, facebook, honda dan beberapa syarikat gergasi lain pun ada di dalam lamam sesawang US ini..sy juga membuat carian di dalam portal rasmi lpkpm, juga Mi1 ini berdaftar di bawah lembaha ini..so saya minta pendapat dr tuan,adakah relevan untuk saya menyertai program mymi 1 berhad ini?

  111. astini

    tuan…boleh tau ttg IUGB x….ok ke x pelaburannya

  112. Maria

    Assalam tuan.. sy ingin tahu lebih lanjut berkenaan Getthiss. Samada pelaburan itu benar atau tidak.. Sudah terlalu ramai org yg menyertai nya..

  113. Abbas

    Slm tuan.. Bagaimn dgn yayasan amanah niaga kebangsaan? Ble mnta pendapat tuan?

  114. Jas

    bagaimana pula dgn program kutu yg meletop2 skrg ni mybcworld?mohon pdpt tuan?

  115. Payung

    Assalamualaikum tuan… Bagaimana dgn getthjs dan mymil…. Ramai yg sertainya… Pelaburannya betul ke idok ys.. Tw

  116. sarah

    baru dgr taklimat hampeh drp getthiss…jual apps, tapi tak reti explain pasal apps pun…apps pun hampeh…soft launch dlu la ape la..januari baru nak launch…ape pun takde evidence..semua talk cock jer..tade proof ape2..semua modal air liur shj…tolong jgn terpedaya…
    mi1 pun sama…dah ade member masuk..semua krik krik krik..
    kongsi makan pun member satu sekolah, cikgu gak rekemen masuk 6k..ke laut dah org yg di rekemen tu..semua krik krik krik…better korang simpan dalam tabung haji lagi baik..tak la byk dpt tahunan…tapi tak jugak ke laut…so please korang alert sikit…pape leh roger saya 012-2477503..

  117. Nur

    Assalamualaikum. Thanx sarah ats maklumat getthiss sbb sy tgk mengkaji.. Adik ipar ajk join..

  118. Kamal

    Getthiss mmg mantap pulangan 30% setiap bulan ?

  119. Spider

    Getthiss? Return dia modal+profit.
    Boleh bg pencerahan?

  120. sham

    incoming review pasal getthis ni. dalam penulisan.

  121. reza

    https://www.facebook.com/laxmanagold/..

    yang ni meletup skng ni..tipu jgk ker? hehe

  122. iamcurious

    Waiting for ur review tentang getthiss 🙂

  123. Yazid

    Salam tuan,saya meminta jasa baik tuan untuk mengulas pasal getthis.saya baru dapat tahu saudara saya baru masuk dalam skim ini dengan jumlah wang yang agak banyak.terima kasih tuan sham

  124. Chik sabri

    Saya pun nk tahu lbh lanjut ttg Getthiss,ramai yg mtk join,mintak pencerahan tuan

  125. Yati

    Nk tahu ttg beezmall btl ke x

  126. zalila

    bagaimana dng bitcoin..

  127. Samson

    Salam semua, saya bekas ahli Kongsimakan. Terpengaruh dengan kawan masuk juga tapi takla banyak cuma 2 lot. Bulan 1,2,3 dan 4 dapat le ambik barang yang mahal nak mampus.Masuk bulan ke 5 sepatutnya dapat RM150 tapi tak dapat dapat hinggalah bulan ke 7. Saya mula bising dlm group wasap yg ditubuhkan oleh leader. Kebetulan ada anak sedara di KPDNKK, minta tolong cek status syarikat ni. Rupanya dah ditarik balik lesen AJL dan yang best mereka leader leader ni asyik dok wasap surat kelulusan AJL dari KPDNKK tetapi cuma yg muka depan. Saya gasak tanya tentang muka belakang yg ada tandatangan pegawai KPDNKK tetapi tak dapat dapat sampai dan akhirnya leader saya tu serah kes saya pada seorang Dato yg katanya salah seorang lembaga pengarah. Dari tulisan wasap dia, wah nampak macam mmg nak tolong Melayu tapi dlm hati sape tahukan. So saya berdialog dgn dia hinggalah dia cakap ttg nak modal balik ka. Jadi apa lagi saya pun cakap ya la. So dato tu terus transfer duit dlm masa 2 hari sahaja. Alhamdulillah modal dapat balik. Sebenarnya Kongsimakan tu pelabur yg dibawah nilah yg kongsikan modal tu utk org2 kat atas tu yg buka program program macam ni. Elok kongsi modal tu kat tabung tabung masjid atau jalan kebajikan lain dapat juga bantu yg memerlukan. Janganlah rakus nak jadi kaya tetapi tak juga kaya kaya. Pengalaman lalu mendewasakan saya.

  128. Lan

    Yg sya tahu..getthiss nih bukan pelaburan..kita join..kita beli pakej ruangan iklan or tapak iklan..tapak iklan tu ..so kat situ wujud perniaagaan die..dan cmpany share die nyer profit 20 hngga 50% kepda paid member ..rasenyer xsalah kut klu cmpny share die nyer profit…klu kita tengok skng..trend perniagaan skng..bgi
    perkhidmatan free ..tpi collect untung billion2..contoh pling bgus ..facebook..kita guna free..tpi owner kaya gilo..tpi facebook tk bgi aper2 pon income kat kita kan..yg dpat utung
    Adalah pemegang share mase facebook wujud dulu..so klu ade satu cmpany yy buat apss..dan mnjadi peneraju kepada market place seperti mudah .com.lazada.itrivago…die nk share keuntungn die..coz die nye motto thiss company own by people n lead by leader…tq

  129. sham

    boleh bagi details lagi lan..

  130. koim

    cmon la…details lg pls

  131. mohd zaidi shahir

    Salam Tuan Syam,boleh bagi ulasan pasal getthiss,
    syarikat bumiputra.

  132. ummet ozcan

    Di dalam Program Reseller Getthiss terdapat 6 keuntungan PASIF dan 5 keuntungan AKTIF sekiranya anda menjadi PAID MEMBER :-

    ?? 6 jenis keuntungan jika anda PASIF
    1- Posting Point (bernilai RM5 bg 1 Posting Point)
    2- GTO (Getthiss Turn Over) berkonsepkan MUDHARABAH daily dividen 0% – 10% (dibayar setiap hari)
    3- GTC (Getthis Token Community) berkonspekan SPLIT sama seperti sistem eshare yg meningkat setiap hari bukti Onecoin/Bitcoin
    4- Shopping Point (byr semua bil PERCUMA & bole beli brg)
    5- TMI (Token Monthly Incentive) dividen bulanan 3% setiap hujung bulan.
    6- Redemption (konsep seperti bonuslink) bole tebus utk barangan atau melancong

  133. mr

    salam encik SAMSON..sy ahli kmb jugak..boleh contact sy x..nk mintak pertolongan encik..sy pn xdpt modal lg..

  134. mr

    plssss…

  135. ahli kongsimkn yg tertipu

    Salam.. saya juga salah seorang ahli kongsimkn. beli 6 lot plak tu. sumpah menyesal
    sbb tamak n termakan janji manis. sbb yg kenalkn pn kawan baik. so mmg percaya sgt kt dia. sumpah sedit sgt. rm9000 terbang cmtu je. mohon encik SAMSON yg dah berjaya dpt balik modal boleh tlg hubungi sy tak. sgt perlukan bantuan encik. 0102984956

  136. samson

    mr bagi no hp

  137. IRA

    Salam Tn. Bagaimana pula dgn AGR HOLDING BERHAD

  138. sham

    Car trade pulak..macam2 skim.

  139. Riz

    Mohon pencerahan tentang Krubal boleh?

  140. Kapten Herry

    Salam sham..kenapa xajukan jawapan tntang getthiss,,kan sudah ada penerangan di atas2 sana..salah juga ke..nk kata menetapkan keuntgan xde pula..

  141. Kapten Herry

    Saya rasa xsalah lah ape yg getthiss buat,,kita jafi reseller dgn getthiss hanya beli tapak ruangan iklan,keuntgan pula bgntung pada syarikat 0%-10%,,dan baru2 ini juga PM lantik Jetma owner alibaba sbgai penasihat ekonomi digita online kan,,apps getthiss sama saja dgn alibaba.com..menteri2 pon sudah ramai jdi reseller dgn getthiss,dan founder getthiss sendiri pon sudah bersama perdana Menteri sendiri baru2 nie..saya rasa xda lgi biss sebelom ini melibatkan ramai menteri2 dan PM..mustahil lah kalau kata ini pon scam..

  142. liana

    salam en.samson..please pm me……

  143. nak tau pasal getthiss..janji dpt smpai 1.2juta...

    Cuna tgok link ni pasal founder getthiss……

    http://celaghu.blogspot.my/2016/12/pembongkaran-penipuan-getthiss.html?m=1

    Founder dpt pangkat dato seri pahang..ada yg kata beli pangkat….

  144. Wanee

    As Salam
    Sham
    Pernah dengar AKADEMI DIAMOND MALAYSIA?
    Adakah ianya MLM
    Ada Komisen 20% utk introducer
    Ada Imbuhan RM14,000 bila bagi volume
    sekadar bertanya

  145. Heri Kambing Golek

    As’salamua’alaikum,Bagi sesuatu investment/pelaburan,jika menjanjikan pulangan keuntungan yg tinggi dlm masa terdekat,elakkan.Saya pun suka melabur,pengalaman banyak mengajar saya,kini saya melabur dengan institusi kewangan berdaftar.Keuntungan tidak tetap tetapi everage 15-20% setahun dan patuh syariah.

  146. Jusrin

    Asalamualaikum, bagaimana pula dengan pelaburan zenith gold, ‘perniagaan emas, emas memang betul2 pure 99.99 gold dan ada tertulis zenith gold. Modal paling rendah 100usd atau RM380 tidak ikut matawang dunia. Keuntungan tertinggi selepas 400hari dah boleh withdraw. 100hari pun dah boleh withdraw. Sekiranya 100usd yang akan di laburkn hari2 ialah 25USD. Dan selepas 400 hari boleh capai jangkaan 799USD dan dapat emas 1Gram. Boleh percaya ke benda ni, ? Saya nak join sebb saya dapat bukti jelas dari kawan saya tapi saya ragu. Apa pendapat tuan ?

  147. sham

    Lari jauh-jauh, itu semua money game..

  148. Ira

    Terbaru DinarDirham ? Yang ini pun bentuk pelaburan yg berpangkal d china. Pening2

  149. Ira

    Dan katanya pelaburan patuh syariah

  150. farhan

    Tuan mana ada bank negara senarai hitam mface, Mface skrg dah berkembang pesat ..kat badan airasaia pun ada ..dan smpai skrg mface masih wujud dibawah syarikat MBI International malah Mmall Pinang dah berdiri teguh semua ahli club oleh beli pakai O2O.. Tak baik sebar fitnah tau

  151. Zack

    Bila artikel pasal getthiss siap tuan?

  152. KBD

    Zack.. biasalah letak Melayau di depan….belakngnya Cixx….. siap ada split2…tunggu masa lah ya…

  153. SAIFUL ZAILAN BIN SALLEH

    Maaf admin sy ingin lebih pencerahan mengenai instaforex yg tidak dilesenkan. Apa yang menyebabkan ia tidak dilesenkan?instaforex ni sebenarnya wujud atau tidak?

  154. Syed Kamal

    Salam Tuan. Memandangkan Tuan banyak buat research tentang program pasif income boleh beri pencerahan tentang Gagasan Sinar Ummah Berhad / Letchat / Getthiss. Semua syarikat ini menjual business online platform dan online application for paid members. Boleh terangkan dalam email saya.

  155. sham

    Ia money game. Elakkan..

  156. jumaah tasib

    salam tuan..getthis ni pun penipu yea..sbb ramai keluarga saya yg join saham ni..masing2 berangan nk jadi jutawan..tlg bagi pencerahan

  157. awang

    Asalamualaikum tuan admin saya ingin bertanya adakah sf group dari thailand yg berluasa dimalaysia adakah mereka ni berdaftar dimalaysia dari segi syarikat ,bank ,saham begitu juga dgn getthiss harap mklum saya awang dari brunei darussalam tolong jelas kan

  158. awang

    Assalammualaukum saya dari brunei darussalam ingin bertanya getthis apa komen tuan adakah bagus atau tidak halal atau haram dibenarkn atau tidak dibenarkan begitu juga yang terbaru ni tell a friend nama syarikat tu sf group dari thailand bangkok tolong jelas tuan harap maff jika ada perkataan tersilap bahasa

  159. reefa

    Assalam tuan..nk tahu lbih lanjut mengenai getthis..rmai pulak knalan n sahabat hndai yg pncen2 pun ada join..risau tkut duit kengkawan hangus gitu je..mohon nasihat….

  160. rinda

    Adakah Getthiss berdaftar ? Di bnm ada rekod ?

  161. rinda

    kerana sudah ramai yg mnjadi jutawan setelah menyertai Getthiss , tetapi Bila dilihat Getthiss ini seolah2 ibartkn mcm pelaburan ..Siap beli pakej sehingga 5star ..

  162. Hanis

    sebut pasal getthiss rakan rakan sibuk mahu sertai…Kerana jika dilihat di apps store sistem getthiss bole di download adakah benar syarikat ini..Berdaftar?

  163. sham

    Saya dah tulis satu artikel pasal getthiss. Boleh tengok.

  164. Diana

    Apa pandangan tuan mengenai mamacaptain

  165. suhailah

    tuan tau tak pasal mface?betulkah mface diiktiraf oleh bank negara malaysia?

  166. sham

    tau. BNM tak pernah iktiraf mface.

  167. Syed Kamal

    (Ia money game. Elakkan. ) Takkan ini sahaja jawapan dari pihak Admin. Mana facts and figure nya Tuan Admin. Berilah satu penerangan yg jelas . Kalau nak mendidik kena le ada facts and figure atau any peristiwa yg telah berlaku yg boleh dijadikan panduan. Apa visi dan misi Admin mewujudkan blog ini ?

  168. rosli mansor

    salam tuan admin sy nak tanyer tentang APLIKASI DUIT under ASSET GROWTH SOLUTION ENTERPRISE
    kita hanya bayar and upload dlm handphone and duit akan transfer ke ac kita setiap hari, adakah aplikasi ini wujud dan bleh di percayai mohon pencerah dr tuan

  169. ABD. HALIM B KAMARUDIN

    Asalamualaikum. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Sy minta pihak tuan membuat sedikit kajian tentang M Face. Saya yakin M Face boleh memberikan pulangan yang baik tetapi adakah ia benar-benar patuh syariah. Mohon pencerahan

  170. Fitri

    Assalamualaikum.. saya ingin bertanya tentang koperasi dinar dirham berhad. Adakah ia menjalankan sistem sama iaitu pelaburan dinar dan mendapat hibah setiap bulan?

  171. sham

    ada kat http://www.shamsuriyadi.com/scam-alert/skim-dinar-dirham-global/

  172. joeyrynn

    Assalamualaikum tuan sya ni dah join myr30community bagaimana pendapat tuan tentang program ni boleh ke sya teruskan?

  173. sham

    Kalau main duit je nak tarik orang dengan kata lain head hunting cari ahli. Elakkan sahaja. Orang awal untung la. Orang last ngaga je tak dapat apa apa.

  174. Yati

    Assalam, sy nk tnya myr30 iktiraf atau tidak?

  175. Shmrul

    Assalam….nk tya gak myr30 nie iktiraf kaa tak ehh???

  176. summayah

    sekarang tengah sibuk agen cari investor untuk kenaf venture global sdn bhd dan pemegang pelaburan 3rd party iaitu asia international trust berhad.saya ada tanya agent adakah kebenaran dri BNM untuk ambil deposit dri investor.Agent tersebut jwp utk invest dan wang dideposit kedlm 3rd party sbg trustee tak perlu kebenaran BNM.lgi satu investor akn dpt dividen antara 2-3% tetap ikut jumlah pelaburan.dan dikatakan masih patuh syariah krn keuntungan asal yg diperolehi oleh sykt pelabur adalah tidak tetap,apa pendapat tuan adakah cara bergini mmg dibolehkan?

  177. sham

    Scammer. Jika menawarkan pelaburan dan ambik deposit daripada orang ramai wajib kena ada lesen daripada BNM atau SC. Lagi satu kena tau bisnes apa syarikat tu. Patuh syariah banyak kriteria dia. Bukan sekadar pulangan tidak tetap. Kena tengok juga bisnes apa, transaksi apa, modal dia dari mana (pinjaman islamik atau konvensional) dan sebagainya. Sebab tu, Suruhanjaya Sekuriti(SC) ada pakar yang akan semak benda ni.

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • AZURA AHMAD on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • MOHD ROZIE BIN MASRIKIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Senarai Scam Alert Bank Negara 11 May 2017

Senarai scam alert bank negara telah diumumkan lagi. Mohon jangan terkejut sebab…

Puan Nora Kaki Penipu?

Saya baru sahaja menerima satu lagi email dari Ingo Storm, owner bagi produk Mag…

Laman Web VGMC

Skim Virgin Gold Mining Corporation (VGMC)

Setelah mendapat pelbagai respon dan komen sebelum ini, saya mengambil keputusan…