Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Umum
Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
Umum

Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda

sham No Comments

Perintah Kawalan Pergerakan kini di fasa kedua. Jumlah kes baru masih tinggi. Malah pada hari ini, masih ada lebih 200 kes baru dilaporkan. Ada kemungkinan besar, PKP ini akan dipanjangkan lagi jika masih belum berjaya mengawal rantaian penularan Wabak Covid 19 ini. Ramai keluarga mula terputus makanan terutamanya golongan B40. Bagaimana peranan masjid ketika ini?

Bagaimanakah keadaan ahli kariah mereka? Ada yang sudah terputus bekalan makanan berikutan PKP diteruskan sehingga sekarang? Inilah peranan yang perlu dimainkan oleh AJK Masjid dengan mengunakan dana sumbangan orang ramai ketika keadaan masih aman.

Masihkan kita ingat kisah Nabi Yusuf AS? Itulah teladan yang Allah tunjukkan. Gunakan duit yang dikumpul semasa senang ketika zaman susah.

Rata-rata masjid berbangga dengan kutipan sedekah dan derma orang ramai sehingga ada mencecah ratusan ribu ringgit di dalam akaun bank. Buat apa duit itu terus disimpan jika tidak digunakan untuk kebajikan ahli kariah mereka?

Inilah Masa Untuk Masjid Mengeluarkan Simpanan Untuk Kebajikan Ahli Kariah

Duit sumbangan orang ramai bukan untuk disimpan. Orang ramai bersedekah agar mereka mendapat pahala daripadanya. Apa yang terjadi duit berkenaan hanya di simpan untuk keseronokan dan kebanggaan AJK Masjid bahawa mereka pandai “mencari” dan “menyimpan” duit masjid. Itu adalah sumbangan orang ramai terutamanya ahli kariah Masjid sendiri.

peranan masjid

Alhamdillah AJK Masjid tempat saya ada edarkan bantuan makanan untuh ahli kariah

Simpan Duit Takut Tak Boleh Bayar Bil Air dan Elektrik

Tidak pernah didengari Elektrik dan Air  masjid dipotong kerana tidak mampu membayar bil. Pasti anda insan pemurah akan sentiasa menyumbang untuk saham akhirat mereka. Alangkah baiknya wang yang disimpan sekian lama digunakan untuk membeli barangan keperluan seperti beras, telur, gula, kicap dan sebagainya untuk diberikan kepada ahli kariah yang sudah kehabisan makanan.

Mereka tidak perlu mengemis meminta bantuan pada pihak lain. Walhal ada organisasi tempatan yang boleh membantu. Usah kedekut di saat krisis ini. Pasti Allah akan gantikannya apabila keadaaan kembali pulih. Mereka yang menerima bantuan daripada Masjid ini pasti akan mengisi kembali tabung-tabung masjid ini kerana mereka tahu apabila mereka susah, tabung itulah yang akan digunakan untuk membantu mereka.

Pahala mereka yang bersedekah juga berlimpah ruah. Dimurahkan lagi rezeki mereka dengan amalan bersedekah mereka.

Jangan Sampai Gereja Pula Yang Menghulurkan Bantuan Kepada Ahli Kariah Sendiri

Isu ini sangat sensitif. Ramai yang akan kepanasan. Sedangkan Masjid ada banyak duit untuk membantu kariah mereka. Dibiarkan kariah mereka mengemis sehingga ada yang memohon bantuan kepada Gereja kerana sudah putus asa dengan birokrasi Masjid di tempat sendiri.

Di suruhnya kariah memohon dengan baitulmal. Sedangkan masjid boleh keluarkan dana untuk kebajikan ahli kariah mereka. Inilah perlu diperkemaskan. Sekurang kurangnya ahli kariah ada makanan untuk dimakan.

Keadaan kini cukup terdesak. Saya pasti setiap kariah kini ada group Whatsapp (kampung saya ada beberapa group). Jadi bertanya lah khabar ahli kariah sendiri. Jika ada yang terputus makanan, keluarkan duit masjid untuk membeli keperluan penting ahli kariah.

Peranan Masjid Sebagai Pusat Kebajikan Masyarakat Kita

Dalam siap Masjid pasti tahu keadaan keluarga dalam kariah mereka. Ada yang hidupnya daif. Utamakan mereka ini. Hulurkan bantuan asas seperti beras, gula, minyak, tepung dan telur. Masyarakat melayu cukup mudah. Mereka boleh hidup jika ada beras, minyak, telur dan kicap. Makan nasi dengan telur berkuah kicap manis. Itupun sudah cukup untuk survive.

Sementara Bantuan kerajaan seperti Bantuan Prihatin Nasional akan diberikan kepada mereka yang layak. Inilah sumbangan yang boleh dilakukan oleh Masjid untuk menjaga kebajikan ahli kariah mereka.

Ia tak susah pun. Peranan AJK Masjid sangat penting.

Inilah masa yang genting untuk ahli kariah kita. Hulurkan bantuan untuk mereka melalui fasa yang sukar ini. Keluarkan sedikit daripada simpanan masjid untuk menyediakan bantuan makanan kecemasan bagi ahli Kariah mereka.

Buat Apa Nak Berbangga Dengan Duit Masjid Yang Banyak

Buat apa nak berbangga dengan simpanan yang banyak? Ahli kariah Masjid anda perlukan bantuan. Jangan sampai pihak lain yang mengambil tanggungjawab anda.

Bertanya khabar ahli kariah samada ada tak yang perlukan bantuan makanan. Keadaan sekarang semakin terdesak. BPN dijangkan akan disalurkan pada hujung April . Bolehkan mereka bertahan sehingga duit bantuan itu masuk?

Updated: Menteri Kewangan baru umumkan BPN akan dibayar bermula 6hb April 2020 secara berperingkat. Ia satu kelegaan yang besar buat rakyat.

AJK Masjid perlu pro aktif untuk dapatkan maklumat ahli sekitar mereka. Mereka yang susah, ahli keluarga besar. Hulurkanlah bantuan walaupun sedikit. Pasti mereka akan hargainya sampai mati.

Sekarang bukan masa untuk berpolitik. Abaikan semua fahaman politik. Survival lebih penting. Jangan dilupa warga Asing yang menjadi kariah ditempat anda. Mereka juga perlukan bantuan disaat ini.

Banyak masjid yang belum ambil tindakan apa apa untuk membantu ahli kariah sedangkan kita dah masuk minggu ketiga PKP. Nak tunggu ada yang kebuluran atau keluar mencuri makanan baru nak ambil tindakan membantu?

Boleh share artikel ini. Boleh buka mata sikit agar pihak AJK Masjid alert tentang keadaan ahli kariah mereka. Tak perlu sayang duit di dalam akaun bank Masjid sebab pasti Allah akan gantikannya nanti apabila keadaan pulih.

Artikel Berkaitan
  • Seminar Harta Intelek dan EDX di UTP
    Isnin lepas saya ada ke UTP bagi menghadiri Seminar Harta Intelek anjuran bersama MyIPO dan UTP di T...
  • HantaVirus Meragut 1 Nyawa Di China Cetus Panik Baru
    Selepas wabak coronavirus kini hantavirus menyerang. Kini sudah mencatatkan 1 kematian di China. Vir...
  • Pengalaman Berubat di Darulshifa
    Minggu lepas saya ke rumah Ustaz Ismail, seorang perawat di Darul Shifa Kuala Kangsar. Beliau juga m...
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 51
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 1,276
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Tags:bantuan dari masjid bantuan kecemasan masjid bantuan makanan masjid bantuan masjid duit masjid masjid

Related Articles

Apa khabar buat pembaca blog ini. Topik kali ini adalah …

Pentingnya Mailing List & Berapa Yang Saya Ada..

Rahsia Buat Duit Di Amazon Dibongkar! Baca dan Aplikasikannya…
Assalamualaikum WBT. Bermula Julai lepas, saya update perkembangan eksperimen buat …

Rahsia Buat Duit Di Amazon Dibongkar! Baca dan Aplikasikannya…

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Misteri Tarikh Lahir

Tahukah anda bahawa anda boleh menganalisa tarikh lahir anda? Anda boleh mengeta…

Tips Memulakan Sesuatu Perniagaan

Tips memulakan sesuatu bisnes ini saya pelajari daripada nota bisnes Puan Ainon,…

membuat air soya

Membuat Air Soya Yang Sedap Cukup Mudah dan Senang

Sekarang semua orang dalam mood berpuasa. Bazar ramadhan penuh dengan orang rama…