Duit Banyak Bukan Penjamin Kebahagian, Carilah Keredhaan Allah


Ia adalah satu persoalan yang sering menjadi tanda tanya dan perasaan gerun kepada saya. Hari ini semua orang ingin cepat kaya. Asalkan ada peluang, semua akan dibedal. Skim cepat kaya dan pelbagai skim merapu menjadi sasaran demi mencapai matlamat iaitu inginkan duit yang banyak.

Banyak duit boleh menjamin kebahagiaan?

duit banyak Bukan DUIT AKU!!!

Gambar hiasan..Bukan DUIT AKU!!!

Disclaimer: Gambar diatas adalah gambar yang saya ambil daripada skim yang dipromosikan di Facebook. Ia akan di”cilok” oleh orang lain pula selepas ini untuk dijadikan “penyedap” skim cepat kaya.

Kata mereka “Bila aku ada duit banyak, aku boleh tolong orang susah”. Begitulah berapi api mereka bercakap.  Namun, persoalannya apabila duit dah banyak, sebanyak manakah yang digunakan untuk menolong orang susah? Rasanya pastikan banyak duit akan digunakan untuk menaiktaraf kekayaan mereka sendiri. Contohnya, beli banglo, kereta ferari dan sebagainya.

Kekayaan yang ada tidak mampu untuk memberikan kebahagiaan. Apabila duit menguasai diri, akan berlakunya rasuah dan sebagainya untuk mengkayakan diri dengan lebih banyak duit. Kemudian, mereka akan mula mengejar “kuasa”. Maka bermula lah berjinak-jinak dengan politik untuk mengejar kuasa. Bermulah kehidupan orang politik tipu kanan,tipu kiri. Yang penting, kuasa dapat dan duit pun dapat daripada sogokan mereka yang inginkan sesuatu daripada mereka. Inikah kehidupan yang dikehendaki?

HAKIKATNYA DUIT  BANYAK TIDAK MEMBAWA KEBAHAGIAAN!!

Apabila sudah kaya dan banyak duit. Ia akan mengundang rasa takut. Bukan takutkan Allah tetapi takutkan manusia. Takutkan manusia yang mungkin akan merompak harta kekayaan mereka. Mereka mula mengupah bodyguard dan pegawai keselamatan di rumah. Inikah bahagia?

Apabila ada kematian ahli keluarga. Mereka sibuk menguruskan duit-duit mereka yang banyak. Rumah sewa yang banyak. Saudara yang meninggal dunia disebelah pagar rumah pun diabaikan dan tidak diambil tahu. Orang-orang sekitar dan saudara mara akan mula mencemuh. Inikah bahagia?

Apabila mereka meninggal dunia. Anak-anak, isteri-isteri mereka mula saman-menyaman duit mendapatkan harta kekayaan yang ditinggal. Anak saman ibu, ibu saman anak. Akhirnya keluar menjadi kacau bilau. Pastinya tiada lagi doa anak yang soleh sebagai bekalan di alam kubur. Inikah bahagia?

Skim cepat kaya biasanya menindas mereka yang baru masuk. Orang lama menjadi kaya dan orang baru masuk dapat habuk. Pastinya ia adalah satu peniayaan kepada mereka. Duit memang dapat, dosa pun tidak kurang banyak dapat kerana melakukan peniayaan dan memakan harta riba. Semua skim cepat kaya mengunakan kaedah riba. Semua ini adalah satu bala kepada diri sendiri di akhirat kelak. Inikah bahagia?

Carilah Rezeki Yang Halal

Carilah keredhaan Allah. Jauhi sebarang skim cepat kaya yang meniayaan orang lain. Jauhi perkara riba. Ada yang mempertikai kehidupan hari ini yang penuh dengan riba. Ya. Zaman ini pasti semua orang terlibat dengan riba walaupun dengan debu-debu riba. Namun, berusalah untuk menjauhinya. Semoga Allah mengampuni dosa kita. Allah Maha Pengampun.

Bersedekahlah

Bagi mereka yang berniat untuk membantu orang, bersedekah lah kepada mereka yang memerlukan. Sedekah terbaik ialah kepada ahli keluarga yang terdekat yang susah. Kemudian barulah kepada orang lain yang disekitar. Andainya ada saudara mara kita yang dalam kesusahan, bantulah mereka. Ia adalah kerana sedekah itulah yang paling afdal.

Usah leka Mengejar Duit

Jangan terlalu leka dalam mengejar duit. Jangan mengabaikan solat. Solat adalah tiang agama.Tanpa agama jiwa anda akan kosong. Tiada lagi ketenangan jiwa. Bersolatlah pasti jiwa akan tenang.

Katakan Tidak Kepada Skim Cepat Kaya dan Berusahalah untuk mencari Keredhaan Allah dengan menjalankan perniagaan dan pekerjaan dengan jujur dan amanah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • duit banyak
  • duit
  • gambar duit banyak
  • gambar duit
  • banyak duit
  • gambar duit banyak sekali
  • gambar duit malaysia yang banyak
  • duit malaysia
  • gambar duit malaysia banyak
  • foto duit banyak
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 3

  1. sabri69 September 23, 2011
  2. sham September 23, 2011
  3. Md salim bin mohd taib February 10, 2016

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.