Ramai yang masih tertanya tanya apakah hukum sebenar forex secara online. Ada yang kata HARAM dan ada pula yang cakap HARUS. Pihak JAKIM telah mengumpul lebih 2o0 pakar dalam kewangan dan kewangan Islam untuk berbincang dan bermuzakarah mengenai hukum online forex trading.
Bagi mereka yang tidak faham apakah iaitu forex, ia adalah singkatan daripada foreign exhchange atau tukaran wang asing cara atas talian (online). Ia banyak ditawarkan oleh pelbagai platform pada hari ini.
Anda boleh layari laman blog Ustaz Zaharuddin bagi penerangan lebih lanjut tentang hukum online forex ini. Beliau adalaha antara peserta dan pakar yang menyertai muzakarah ini. Diharap mereka yang terlibat jelas dan menerimanya dengan hati yang terbuka keputusan muzakarah ini.
Kesimpulannya ialah online forex adalah HARAM.
Terdapat 2 kumpulan yang membentang kertas kerja untuk muzakarah tersebut iaitu:
Kumpulan Pertama yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Muhammad Bin Som, Dr. Marjan Muhammad, Ust Luqmanul Hakim Hussain, En. Wan Norhaziki Wan Abdul Halim. Mereka merumuskan bahawa:
1. Spot forex yang dijalankan oleh individu melalui platform internet agak berbeza daripada konsep spot forex yang dijalankan di peringkat inter-bank. Dari satu sudut, ia dibuat berdasarkan spot forex dari segi harga lani (value spot), tetapi dari segi penyelesaian ia tidak berlaku berdasarkan T+2. Malah penyelesaian tidak akan berlaku selagi pedagang tidak menutup posisi yang dibukanya.
Namun, dari sudut yang lain, spot forex dilihat lebih mirip kepada forward forex, kerana apabila pedagang membeli sesuatu matawang daripada broker, beliau tidak akan dapat memiliki matawang yang dibelinya. Sebaliknya, pedagang akan menikmatinya setelah beliau menjualnya semula kepada broker pada waktu hadapan. Apa yang membezakan spot forex oleh individu dengan forward forex ialah kadar tukaran matawang masa hadapan adalah tetap iaitu kadar yang dipersetujui pada tarikh transaksi, manakala kadar tukaran matawang dalam spot forex tidak tetap, tetapi berdasarkan turun naik harga pasaran matawang yang didagangkan.
2. Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf sebarang urusniaga matawang asing yang dibuat melalui saluran-saluran yang tidak sah. Malah, terdapat peruntukan perundangan yang jelas berhubung larangan tersebut, iaitu melalui Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1),(2) dan (3) Akta Kawalan Pertukaran
Wang (AKPW) 1953. Mana-mana individu dilarang sama sekali berurus niaga matawang asing, kecuali setelah mendapat kebenaran Pengawal Pertukaran Asing, iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia.3. Berdasarkan beberapa isu syariah yang diketengahkan termasuk isu qard = leverage, riba al-nasi’ah = rollover interest, qabd, menjual matawang yang tiada dalam pegangan (qabd) dan spekulasi yang melibatkan perjudian, ternyata operasi spot forex secara online oleh individu adalah tidak mengikut landasan syarak yang telah digariskan berhubung jualbeli matawang (bay‘ alSarf).”
Kumpulan kedua pula terdiri daripada pengkaji daripada Universiti Utara Malaysia iaitu Prof. Madya Dr Asmadi Mohd Naim, Dr. Hasniza Mohd Taib, Dr. Muhammad Nasri Hussain. Mereka merumuskan bahawa:
Berdasarkan perbincangan di atas, perdagangan forex online adalah tidak dibenarkan oleh Syarak kerana adanya perkara-perkara yang menyalahi Syarak iaitu.
i. Pembelian wang tunai dilakukan secara kredit adalah terang-terangan bertentangan dengan kontrak Sarf dan mengandungi unsur riba.
ii. Sekiranya pembelian kredit itu ditakyifkan sebagai pemberian pinjaman oleh broker, perkara tersebut masih termasuk dalam aktiviti yang dilarangkan oleh Syarak kerana mengandungi unsur mendapat manfaat dari pinjaman, dan larangan mengumpulkan ‘pinjaman’ dan jual-beli’.
iii. Menjual matawang secara menangguhkan penyerahan adalah dilarang oleh Syarak. Syarat qabd dalam majlis tidak wujud di dalam transaksi ini. Keharusan melewatkan penyerahan (qabd) tidak boleh diaplikasi dalam urusniaga ini kerana tidak termasuk di dalam konsep ‘darurat’ bagi transaksi ‘bonafide’.
iv. Urusniaga broker secara online ini mengandungi unsur bay’ al-najsy iaitu peniaga menawarkan harga bukan untuk memiliki matawang sebaliknya untuk memberi faedah kepada penjual melalui kenaikan harga.
v. Urusniaga ini juga mengandungi ihtikar yang dilarang oleh Syarak.
vi. Urusniaga ini juga mengandungi unsur perjudian yang bergantung kepada turun naik harga atau angka.”
Jadi kini telah jelas bahawa hukum forex yang menjadi tanda tanya kebanyakan forex trader. Saya benar-benar berharap tiada yang cuba menghalalkannya lagi. Berdosa besar. Pakar telah menyatakan ianya Haram.Jadi terimalah dengan hati yang tenang dan redha. Kemudian carilah rezeki yang halal. Ia adalah wajib buat umat Islam.
Carilah sumber rezeki yang lain yang terbukti halal dan diredhai Allah. Ini adalah hasil perbincangan pakar agama dan ekonomi Islam dan boleh diterimapakai hasil muzakarah ini.

Incoming search terms:
- hukum vgmc menurut islam
Naziman Azlye
Betul tu. Harap tiada yang cuba menghalalkan yang haram jika tiada hujah yang kuat.
Saya ada juga baca, ada teknik yang patuh syariah buat duit melalui forex ni. Tapi macam 1/100 saja yang patuh syariah.
Sebab itu la saya elakkan buat duit melalui forex, dan belajar buat duit melalui saham. Saya ada juga baca, ada teknik yang tidak patuh syariah, tetapi sekurang-kurangnya, berbeza dengan forex, mungkin 1/100.