Syifa di Al Kuliyyah TV3


Tadi saya ada tengok AL Kuliyyah di TV3 tentang perubatan islam,isu makhluk halus dan juga ilmu hitam. Diorg buat live mcmana orang kena sampuk dek jin. Ustaz yang berubat tu memang pro, sempat berubatkan orang sambil ditemuramah pada masa yang sama.

Apa yang saya nak gelak skit ialah reaksi ustaz jemputan dan juga ustaz pengerusi majlis. Diorang nampak mcm terkejut skit bila tengok reaksi orang kena rasuk ini. Nampak sangat perbezaan ilmu diantara mereka. Ustaz teori dan jugak ustaz praktikal dalam perubatan islam.

Ada sambungannya pada jumaat ini dan yang pastinya saya akan menontonnya. Saya pernah menulis tentang bahawa saya pun pernah mengalami masalah ilmu hitam ini. Ia semakin menjejaskan kesihatan saya sebenarnya. Sebab itulah saya kadang kadang tak sihat.Insyallah 15hb ni saya akan bertemu doktor pakar dada untuk cek badan. Kalo diorang masih cakap takde apa apa masalah kesihatan mcm dulu jugak. Saya stay dengan perubatan islam la.

Apa yang saya tengok tadi dalam Al Kuliyyah memang perkara yang menarik. Anda kena tonton jika tidak bekerja pada hari jumaat la. Pukul 5 petang di TV3. Ia sambungan episod kedua sebab atas permintaan ramai. Berubat orang kena rasuk secara live, takde sunting pape dah. Memang hebat la. Banyak benda yang saya dapat dari program tadi tu.

Syabas buat TV3 dan krew Al Kulliyyah. Saya tak pasti samada diorang ada masukkan rakaman tadi kat laman web TV3.com.my atau tidak. Rasanya tak kot. Kalo rancangan hiburan,diorang letak la. Rancangan agama tak letak. huhuhu.

Tak sabar nak tengok minggu depan. 🙂

Update: jika ingin maklumat lanjut tentang  cawangan DarulSyifa’. Layari http://www.darussyifa.org/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 6

  1. fifasal May 4, 2008
  2. titan May 4, 2008
  3. salam May 10, 2008
  4. hanif May 18, 2008
  5. sham May 19, 2008
  6. mama auni January 3, 2011

Leave a Reply

error: Content is protected !!