Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Umum
Sihir, Santau dan Masyarakat Melayu
Umum

Sihir, Santau dan Masyarakat Melayu

sham 1 Comment

Hari ni topik misteri skit ye. Saya sendiri pernah menjadi mangsa santau. Jadi saya tau betapa siksanya apabila terkena santau atau sihir ni. Saya kena dah lama tapi baru je tahu 2 tahun lepas.  Banyak tempat juga saya ikhtiar sebab di Perak memang banyak juga perubatan tradisional ni termasuk juga perubatan Islam.

Pelik jugak. Makin moden makin kuno pemikiran sesetengah golongan yang sanggup berkawan dengan syaitan dan jin untuk menjatuhkan orang lain.Malah bisnes orang Melayu banyak yang lingkup disebabkan amalan sihir.

Jangan terlalu percaya dengan perubatan tradisional ni. Bukan betul sangat pun. Kadang kadang ia menjadi punca amalan sihir atau santau. Masakan tidak, bila badan terasa tidak sihat; p jumpa bomoh. Si bomoh tu pulak cakap ni buatan orang ni. Maka dikatanya si pesaing yang “hantar” sihir. Akibat diapi apikan oleh syaitan, perasaan marah membuak buat. Di sihir pulak pesaing mereka sedangkan si pesaing langsung tidak tahu menahu.

Maka; bersuka rialah syaitan dan jin apabila jerat mereka mengena. Padahal badan memang tidak sihat disebabkan terlalu banyak bekerja. Ajen syaitan iaitu bomoh pula menuangkan petrol ke dalam api kemarahan. Seterusnya terjadilah amalan sihir menyihir sehinggakan semuanya tersungkur.

Santau dan sihir biasanya mengunakan perantaraan jin untuk menjalankan kerja terkutuk ini. Pengunaan makhluk halus ini ada diterangkan dengan jelas di laman Darulshifa’ iaitu berkenaan Makhlus Halus Mengukit Al-Quran dan As-Sunnah. Anda boleh klik link tersebut dan baca.

Jenis Santau

Terdapat 2 jenis santau iaitu:

  1. Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat.
  2. Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap syaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.

    Tanda-tanda Terkena Santau:

    Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:

    • Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
    • Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
    • Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
    • Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.Lenguh seluruh anggota badan.
    • Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
    • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
    • Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
    • Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
    • Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.
    • Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
    • Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.
    • Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.

    Kesan-kesan Santau:

    Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:

    • Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.
    • Hilang daya ingatan.
    • Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.
    • Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.
    • Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.
    • Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.
    • Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.
    • Terjadinya kanser dan ketumbuhan.
    • Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.

    Anda boleh layari laman web Ustaz Suhaimi di Penawar.com untuk maklumat lanjut tentang sihir lain.

    Bagaimana untuk merawat santau?

    Nasihat saya, sila pusat perubatan Islam berdekatan dengan anda. Antaranya ialah Darul Shifa’ yang diasaskan oleh Ustaz Harun Din. Anda boleh layari laman web darulshifa’ untuk mengetahui cawangan Darulshifa’ berdekatan dengan anda. Klik sini.

    Kemudian amalkan ayat ayat pendinding diri dan sering berdoa agar disembuhkan dan dielakkan daripada ia berulang dengan Ayatul Shifa. Walaupun anda tidak terkena sihir atau santau, anda juga boleh amalkan untuk perlindungan diri daripada ganguan syaitan dan jin.

    Artikel Berkaitan
    • Sihir Meter Elektrik Untuk Dapat Elektrik Murah? Duh…
      Setelah kerajaan menaikkan tarif elektrik, ramai orang menjadi alternatif untuk menjimatkan elektrik...
    • Wajar ke dedah kelemahan Melayu?
      Saya tertarik dengan satu artikel di harian metro berkenaan mendedahkan kelemahan melayu bagi memast...
    • Pulau Pinang Tanpa DEB? Komen Saya..
      Dalam Utusan hari ini mengatakan Pulau Pinang tanpa DEB dan Nasib semua bangsa adalah sama di Pulau ...
    • Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
    • Menegur atau Biarkan Sahaja Mereka Hanyut
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Incoming search terms:

    • mimpi makan kaca
    • mimpi ulat gonggok
    • maksud mimpi ulat gonggok
    • mimpi jumpa bomoh
    • mimpi ulat gonggok besar
    • maksud mimpi makan kaca
    • tafsiran mimpi ulat gonggok
    • maksud mimpi jumpa bomoh
    Post Views: 13,419
    Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
    Share
    Tweet
    Email
    Prev Article
    Next Article
    Tags:darulshifa kesan santau perubatan islam santau sihir tanda santau

    Related Articles

    Palestine Will Be Free
    Dah lama saya tak update. Hayati lagu dari Maher Zain …

    Palestine Will Be Free

    Ini adalah buku kedua saya yang akan diterbitkan oleh PTS …

    Buku Kedua: Internet + Produk Digital = DUIT

    One Response

    1. nasiraziz

      Salam terpanggil untuk memberikan sedikit komen berhubung dengan tulisan saudara.Saya orang Melayu.Saya tidak nafikan memang ramai masyarakat “saya” mengamalkan raai yang mengamalkan santau@sihir@ilmu hitam dan lain-lain ilmu “syaitan” yang seangkatan dengan nya.
      Saudara jangan lupa,kedatangan pendatang juga “memeriahkan” lagi aktivi iblis ini.Bukan sedikit orang kita yang sedar tentang kegiatan itu tapi masih lagi makan/minum di kedai mamak.Konon kedai orang Melayu ada santau.Beli barangan yang di jual oleh Pakistan.Beli kat Melayu nanti leceh silap-silap kena santau.
      Mari lah sama-sama kita buka minda kita untuk lihat bahawa semua manusia ini adalah hamba Allah.Tak kira lah Melayu,Cina,India,Kandazan,Indon,Pakistan.Hamba Allah tak kira apa bangsa dan agama pun.Ada yang suka bersekongkol dengan syaitan untuk melakukan sihir untuk tujuan-tujuan tertentu.Bila hari dah di kencing oleh Iblis,jadi lah dia
      pengikut iblis yang taat.Tidak semisti nya MELAYU je.
      SILA LAWAT http://sihirperniagaan.blogspot.com.

    Leave a Reply

    Cancel reply

    Entri Terbaru

    • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
    • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
    • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
    • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
    • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

    Shamsuriyadi.com

    Buat Duit Online
    Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

    Before you go

    You may also be interested in these posts:

    Syifa di Al Kuliyyah TV3

    Tadi saya ada tengok AL Kuliyyah di TV3 tentang perubatan islam,isu makhluk halu…

    Pengalaman Berubat di Darulshifa

    Minggu lepas saya ke rumah Ustaz Ismail, seorang perawat di Darul Shifa Kuala Ka…