Tips Memulakan Sesuatu Perniagaan


Tips memulakan sesuatu bisnes ini saya pelajari daripada nota bisnes Puan Ainon, pengasas PTS. Menurut beliau Bisnes yang baik adalah bisnes yang mempunyai ciri-ciri di bawah ini:

1. Margin keuntungannya kecil tetapi berpanjangan, macam anak sungai yang terus mengalir sepanjang tahun, tahun demi tahun.

2. Bisnes itu dapat berkembang, macam anak sungai yang semakin jauh semakin banyak airnya, semakin besar lembangnya.

3. Ia dapat mencipta peluang-peluang bisnes baru, seperti sungai yang mempunyai banyak anak-anak sungai, boleh bergabung dengan sungai-sungai lain, semakin lama semakin besar tadahannya.

.

Apabila memilih bisnes apa yang mahu diceburi, jangan pandang duit kecil pada hari ini. Memang, semasa mula-mula dibuka, pada hari ini kita rasa macam tidak berbaloi.

Sebaliknya, pandang masa depan bisnes yang kita ceburi. Apakah bisnes kita itu mempunyai ketiga-tiga ciri di atas itu?

Daripada Ainon Business School (ABS)

Bisnes bukan satu perkara yang boleh diperlekehkan. Ia perlulan perancangan agar anda tidak gagal. Cari bisnes yang sesuai dan mempunyai daya saing yang tinggi. Dan penting sekali, boleh menghasilkan pendapatan yang berterusan dan boleh dikembangkan.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.