Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Umum
Bagaimana Saya Membuat RM1700 dalam Masa 7 Hari Tanpa Produk
Umum

Bagaimana Saya Membuat RM1700 dalam Masa 7 Hari Tanpa Produk

sham 2 Comments

Cabaran Affiliate Tips Ptd telah berakhir semalam. Sememangnya persaingan untuk mendapat Top 10 sangat sengit. Malah saya sendiri terkeluar daripada senarai Top 10 dengan kekurangan 1 jualan sahaja. Cabaran kali ini boleh dikatakan telah memecahkan rekod jualan produk ebook di Malaysia apabila jualannya melebihi RM150,ooo dalam masa 8 hari sahaja.

Saya menyertai cabaran ini sehari selepas ia dilancarkan. Ia adalah kerana saya baru kehilangan cahaya mata kedua apabila isteri saya mengalami keguguran sehari sebelum cabaran bermula. Ketika itu saya hanya cipta iklan di Google Adwords dan tinggalkan sahaja.

Saya meletakkan bajet kos pengiklanan yang akan saya gunakan ialah RM150. Kos sebenar yang saya gunakan adalah RM71.39. Jualan yang berjaya saya hasilkan ialah RM1705. Jadi untung bersih yang saya perolehi ialah RM1633.61 yang diperoleh dalam masa seminggu.

Keputusan Cabaran Affiliate Tips Ptd

Keputusan Cabaran Affiliate Tips Ptd

Dalam kempen tahun ini, saya dapati ramai daripada pelanggan Ebook Seni Adwords mengunakan strategi yang sama dan menghasilkan banyak jualan dengan kos yang rendah. Bagi mereka yang nak buat duit tahun dengan Tips Ptd, kena buat persediaan daripada sekarang.

Top Affiliate kali dilakukan oleh seorang Pro Blogger JobsMalaysia yang mendapat komisen lebih dari RM10,000 dan mendapat hadiah tambahan iaitu IPAD 2. Cabaran kali ini memang agak sengit sebab lebih ramai affiliate yang berjaya membuat jualan iaitu 104 orang dan 18 daripadanya komisen 4 angka.

Malah kedudukan tanga ke 6 ke 12 mempunyai jualan yang hampir sama. Yang berbeza ialah jumlah komisen kerana terdapat 4 pakej produk. Jadi terdapat 4 jenis komisen yang ditawarkan.

Bagaimana saya melakukannya?

Saya gunakan teknik yang saya terangkan dalam Ebook Seni Adwords. Ia adalah satu panduan pemasaran affiliate dengan mengunakan Google Adwords sebagai sumber trafik segera. Kenapa Google Adwords bukan Facebook? Facebook orang mengunakannya untuk bersosial. Google pula orang gunakan untuk mencari maklumat.

Jadi Google lebih sesuai untuk mendapatkan jumlah pelawat atau trafik segera ke laman web affiliate atau landing page.

Tahun ini juga saya tidak mengunakan kaedah pemasaran emel. Saya langsung tidak menyentuh list kerjaya yang saya kumpul.

Dalam kempen Adwords kali ini, saya hanya mengunakan buying keyword yang saya kenalpasti pada tahun lepas. Keywordnya saya rahsiakan untuk digunakan pada kempen pada tahun hadapan pula.

Strategi Direct Linking

Dalam cabaran kali ini, saya masih mengunakan strategi direct linking untuk kempen Tips Ptd. Ini adalah kerana persaingan yang sedikit. Namun, pada akhir kempen semakin ramai affiliate lain mengunakan kaedah ini menyebabkan nilai bidaan meningkat mendadak. Ia menyebabkan saya terpaksa meningkatkan sedikit nilai bidaan keyword yang saya gunakan.

Kelebihan teknik direct linking:

  • Anda tidak perlu mengunakan atau membina landing page. Gunakan sahaja laman web asal.
  • Jimat masa.
  • Mudah

Kelemahannya pula:

  • Nilai bidaan akan meningkat apabila semakin ramai yang mengunakan kaedah ini.
  • Iklan tidak akan keluar kerana URL yang sama, hanya  satu iklan pada setiap masa dengan url tersebut

Teknik ini tidak sesuai digunakan jika terlalu ramai yang mengunakan kaedah ini. Jika ini berlaku, anda perlu bertukar kepada teknik landing page. Malah saya dapati ada affiliate yang mengunakan kaedah domain cloaking berFRAME mengunakan perkhidmatan dot TK (.tk).

Ia sesuai untuk melepasi kesesakan yang berlaku akibat penggunaan direct linking. Jadi anda boleh mendapat klik yang lebih banyak dan stabil mengunakan kaedah ini. Tetapi pastikan jangan mengunakan cloaking yang akan mengubah nama domain kepada nama domain yang lain. Iklan anda mungkin akan dibatalkan dan mungkin akan memberi kesan kepada akaun Google Adwords anda.

Saya tidak sempat untuk buat apa apa kerana  agak sibuk. Saya gunakan sahaja teknik direct linking sepanjang cabaran ini. Hasilnya 2 hari terakhir, jualan merudum dan dipintas disaat akhir daripada senarai Top 10.

Artikel Berkaitan
  • Salam Aidilfitri Daripada Shamsuriyadi Dan Keluarga
    Salam Aidilfitri buat pembaca blog Shamsuriyadi.com dan rakan rakan yang mengenali saya ni. Tidak ki...
  • Panduan Perniagaan Produk Fizikal Secara Online
    Shuth iaitu pemilik WangCyber.com telah melancarkan ebook pertama beliau dari genre perniagaan inter...
  • Download Lubuk Rahsia Dropship Najib Asaddok, Jom Meniaga di Ebay
    Kalau anda ingin cari link download produk Lubuk Rahsia Dropship secara percuma, lupakan sahaja niat...
  • Buat Duit Amazon Secara Malas
  • Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan Internet?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 13
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:cabaran affiliate tips ptd tip ptd tips ptd

Related Articles

Santai: Mat Salleh Menyanyi Loghat Kelate
Post santai kali ini. Ia adalah satu video yang diperolehi …

Santai: Mat Salleh Menyanyi Loghat Kelate

formula tarik duit
21 Formula Tarik Duit Dari Bank Ghaib Tajuk ebook ini …

21 Formula Tarik Duit Dari Bank Ghaib

2 Comments

  1. soleh

    Ada tips mengenai “buying keywords” untuk kami sebagai pembaca laman anda ini? -smile-

  2. sham

    nanti saya buat satu post pasal buying keyword..

  3. Pingback: Rekod Terbaru RM150,000 Dalam Masa 8 Hari

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata

Recent Comments

  • sham on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Nor on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Shah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Yusri on Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books
  • sham on Contact

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) 10 September 2011

Rasanya sudah ramai calon-calon untuk peperiksaan kemasukan Pegawai Tadbir dan D…

Tips Dan Soalan Exam PTD

Bagi mereka yang menerima surat panggilan menghadiri Peperiksaan Kemasukan Pegaw…

exam online ptd

Panduan Exam Online PTD

Pada tahun 2015, exam online ptd ini tidak dilaksanakan berikutan pembekuan peng…