Ikan Arowana atau kelisa merupakan antara ikan peliharaan yang paling mahal. Terutamanya Kelisa Emas yang boleh mencecah puluhan ribu malah ada yang sampai ratusan ribu. Gilo ko beli ikan puluhan ribu ringgit. :p
Tapi itulah hakikatnya. Ia mungkin disebabkan ada kepercayaan ikan arowana boleh membawa tuah kepada tuannya. Macam flower horn jugak kalau ada banyak merah kat badan ikan tu. Sekarang ni muncul pulak satu pelaburan baru dengan menjadikan ikan arowana sebagai bahan pelaburan.
Bagaimana ia beroperasi?
Penganjur skim ini akan buka pelaburan untuk membeli induk ikan Arowana dengan harga RM5000 hingga RM20,000 seekor. Penganjur akan “tolong” bela ikan tersebut sehingga ikan tersebut bertelur & menetaskan anak. Biasanya induk Arowana hanya bertelur sekitar 20 biji telur je setiap kali. Bila ia mengawan, telur ikan arowana akan ditelan oleh Arowana Jantan dan membesarkan anak ikan tersebut di dalam perutnya.
Bila dah besar skit, baru lah anak ikan tersebut keluar dari mulut “bapa” arowana dan berdikari sendiri. Jika ada sebarang bahaya, bapa arowana akan memberi amaran & anak ikan akan masuk kembali dalam mulutnya sehingga keadaan selamat. Setiap ekor anak ikan ini akan dibeli semula oleh penganjur pada harga RM900 seekor. Jadi jika kesemua anak ikan tersebut hidup, pelabur akan menerima RM900 x 20 atau bersamaan dengan RM18,000 setiap kali ikan tersebut bertelur/beranak pinak.
Ikan Arowana bertelur setahun sekali. Jadi tahun pertama pelabur dapat la RM18,000. Pada tahun kedua pula pun sama sehinggalah ikan tersebut mati. Nampak lumayan bukan?
Betapa hebatnya industri ikan arowana, menyebabkan ramai orang Melayu jual tanah untuk dijadikan kolam arowana di Bukit Merah & Taiping. Cerita betul ni! Kalau orang sana tahu la kot. Dalam majalah 3, rasanya pernah keluar pasal industri ikan arowana di Bukit Merah ni.
Bagaimana penipuan berlaku?
Ikan arowana hanya berteluar sekitar 20 biji je. Disebabkan semua urusan membela diuruskan oleh Penganjur. Mereka boleh kata, 10 biji je bertelur sedangkan 20 biji telur. Pelabur mana tahu bukan? 10 biji tu, Penganjur tibai. Pelabur bukan tahu pun bukan? Semuanya diuruskan oleh panganjur. Pelabur hanya tunggu duit je.
Kadar kematian ikan arowana sangat rendah kerana ia membesar di dalam perut arowana jantan. Ia hanya keluar bila dan cukup kuat untuk berdikari sendiri.
Bukan tu je. Ada banyak lagi cara yang boleh penganjur cakap seperti induk yang anda beli mati (walaupun tidak mati) dan sebagainya menyebabkan wang pelaburan hangus.
Jika ada orang yang ingin menawarkan pelaburan sebegini, elakkan sahaja. Simpan duit tu dalam ASB atau Tabung Haji sampai ia beranak pinak juga.Ia lebih selamat walaupun lambat kaya. Sekurang kurangnya wang anda selamat daripad melaburkan duit pada pelaburan Arowana yang belum tentu berjaya.
Malah pelaburan sebegini dilarang agama islam.
Incoming search terms:
- arowana2u
- www arowana2u com
- arowana2u penipu
- contoh perjanjian pelaburan
- contoh surat perjanjian pelaburan
rohaizad
Fuhhh… nice one!
Keep it up Sham!
sham
info ni aku dapat dari KPDNKK. Diorang dah kenakan tindakan. Tapi pasti akan ada lagi lepas ni.
knightblogger
erk..macam ni pun ada gak ye sham..adeh..ikan oh ikan..
Azli
salam…..ader beberapa maklumat yang salah yang telah diberikan oleh sedara tu.
1. Ada terdapat beberapa pengusaha kolam arowana ini akan menggantikan ikan yang mati….maksudnya kalau induk ikan kita mati, maka ia akan digantikan oleh penganjur. Saya dulu pun terbantut utk menyertai skim ini kerana induk yg mati tidak diganti, maksud tanggung sendiri, tetapi setelah ada gerenti gantian jika induk ikan mati, maka saya kembali bersemangat utk membuat pelaburan.
2. Semasa proses bukak mulut(istilah kutip hasil) pelabur akan di telefon dan di ajak dtg bersama untuk menyaksikan proses buka mulut induk jantan dan untuk pengetahuan tuan, pelabur akan menyatakan tarikh yang mana dia boleh hadir, mengikut kelapangan pelabur, bukan ikut pengusaha projek. So penipuan dlm jumlah tuaian anak ikan tidak benar sama sekali. Kerana pelabur hadir semasa proses buka mulut dibuat iaitu dua bulan sekali.
3. Mengenai jumlah anak ikan yang disimpan di dalam mulut induk jantan. Paling sedikit yang saya pernah dgr ialah sebanyak 40 ekor anak. Jumlah kematian anak ikan yang dikeluarkan adalah kecil. Ini bergantung kepada tempoh anak ikan berada di dalam mulut induk jantan, kerana induk jantan akan di’pujuk’ mengeluarkan anak yg berada dalam mulutnya setiap 2 bulan.jika seandainya telur yang di ramkan oleh induk jantan di dalam mulutnya baru, maka peratus kematian ian adalah sedikit tinggi, tapi ini semua diatasi oleh kaedah teknologi yang digunakan oleh syarikat terbabit. anak ikan yang masih ber ‘yolk'(kantung makanan bawah badan anak ikan)akan di pelihara di dalam akuarium dan dijaga dgn rapi macam kat wad icu.
4. Pelaburan sebegini tidak diharamkan oleh islam. sama la seperti kita buat kolam ikan dan breed anak anak ikan. anak ikan akan dijual. dan semua kerja dilakukan oleh org/pekerja kita.sama la jugak pelaburan ni. penganjur tu lebih kurang mcm pekerja kita la. kalau tuan buat projek kambing, adakah tuan jaga sendiri. semestinya ada pekerja yang akan jaga bukan.tuan beli kambing, bagi org lain jaga.hasil jualan anak kambing dibahagi dua. sama la dgn arowana nih.
5. Selain dari itu terdapat surat perjanjian yang perlu ditandatangani oleh penganjur dan pelabur semasa persetujuan utk membuat pelaburan dicapai. baca dgn teliti surat perjanjian tu.
maklumat ni saya dpt dari kengkawan yg dah setahun lebih melabur dlm projek ni.
harap faham yer.
sham
Azli,
Terima kasih atas feedback anda.
Ada syarikat yang betul-betul. Saya tak nafikannya. Tapi akan ada sedikit masa nanti ada yang akan mengambil kesempatan untuk dapat duit segera dengan menipu. Apa yang saya nyatakan adalah maklumat daripada KPDNKK. Mereka dah alert pasal benda ni & memantaunya sebab dah banyak kes sebelum ni pasal kontrak farming dan juga pelaburan penternakan tidak kira ketam,lembu,kambing,ikan kelisa,cacing, lintah dan sebagainya.
mereka juga ada surat penjanjian & ada hitam putih dalam kes penipuan pelaburan penternakan sebelum ni.Malah ada yang diuruskan oleh keperasi pun ada. Walau apapun, sentiasa hati kalau nak melabur sebab kerana duit ramai yang rambang mata.
Induk Arowana tak diternak di dalam akuarium tetapi dalam kolam tanah atau atas tanah. Bagus juga kalau diorang ganti kalau induk mati.
Ternakan arowana memang menarik sebenarnya.
azizi
Salam,
Saya berminat untuk invest dlm industri kelisa nie. Sedang dlm proses mengkaji pro & cons,
@Azli, boleh bagitau syarikat @ farm tue?
thanks,
sham
Saya takde maklumat sangat pasal arowana2u.com. Jadi tak nak komen pape kecuali ada maklumat baru.
kat area rumah saya ni pun orang ternak arowana, jadi saya tahu la potensi macamana arowana ni. Cuma saya kurang setuju dengan konsep pelaburan yang menjanjilkan pulangan tetap. Kalau pulangan tetap, ia adalah haram dalam islam. Tapi kalau berdasarkan keuntungan syarikat, okay la.
lagi satu je saya nak ingatkan, arowana adalah ikan ekslusif. Bukan semua orang yang mampu beli kalau harga ribuan ringgit. kalau ia tidak terjual, sedialah untuk rugi. Kalau syarikat yang dah janji pulangan tetap tu. bersedialah untuk menerima kunjungan daripada KPDNKK,Polis dan Bank Negara.
Jadi berhati hati kalau nak buat pelaburan.Kaji betul betul terlebih dahulu.Kalau boleh tengok dulu site/kolam ternakan diorang & juga track rekod diorang sebelum ni. Semak juga syarikat berkenaan adalah ia syarikat baru atau lama kat SSM.
Kalau rasa meragukan. Tak perlu invest. Kan jadi PELEBURAN duit pulak nanti. Ingat nak tambah duit, tapi semua duit hilang.
sham
kalau polis boleh tutup website sembarangan, dah lama malaysia-today kena tutup. di malaysia semua broadband provider malaysia ni guna dinamik IP. bukan senang nak trace sebab setiap kali login broadband, IP berlainan akan diassign. banyak proses yang diperlukan kecuali kes melibatkan keselamatan dalam negara baru diberi keutamaan. kalau kes macam rasanya polis just ambik statement je, lepas tu takde tindakan sebab kes menimbun lagi diorang tak selesai.
blogger
macam macam ada..
blogger
perang perang..
hisham
boleh tuan beri nama syarikat yang betul2 menjalankan pojek ini dibawah sistem pawah berdasarkan modal yang minima?tks
rosli
itu tak masuk cerita matrixcash lagi..!! aku boleh bongkar segalanya kalau mahu.
rosli
jangan cabar aku membongkarkan segalanya…aku tak nampak si ramadhan tu kaya pun, apa tak nya.. semua aset iskandar pegang, overiding entah apa2 kepada syarikat iskandar beratus ribu sebulan , server2 pun dia yang control dan pernah dia sendiri delete system blogstarz dekat server berkomplot dengan penyedia server semata-mata nak tutup blogstarz, pendek kata dia dah ambil alih semua asset syarikat blogstarz tagermedia dan ramadhan pernah bagitau yang iskandar pernah minta dia keluar sebagai pengarah syarikat satu ketika dulu (semua ada bukti siap ada recorded voice lagi – komplot dia dengan kawan2 dia), pendek kata iskandar sepatutnya pegang semua liabiliti syarikat dan bertanggung jawab ke atas semua hal ehwal syarikat.(sekarang dah buka arowana2u.com (project juta2) – confirm semua dari duit blogstarz dan jualan aset tagermedia.
Sudah terang lagi bersuluh. Terpulang kepada kawan2 untuk buat penilaian.
azman
salah ke tidak skim ini
haziq
Salam,
Apa yang dikatakan pelaburan ni memang digalakkan. Berniagalah katakan, keuntungan dari perniagaan memang meletup letup jika dibanding simpan pada ASN/Th.
Masalahnya apa kaedah pengambilan deposit yang dibolehkan yang perlu dipenuhi oleh syarikat. Adakah dgn sykt bhd/koperasi atau apa.
Kalau ikut sejarah confirm lambat laun kena rush SSM/BNM
Kesian,… tapi bertuan pelabur haram Swisscash.. dapat pulak balik … iklan penuh paper lagi..
helmi
salam..
Takde update ke pasal arowana ni coz berminat gak tp tak tahu company mana yg ok..
papaain
Bapak arowana tak telan telur masuk perut. Dia eram telur dalam mulut. kalau masuk perut terus hadam. Harap maklum.
sham
hehehe..a’ah. masuk mulut dia..bukan perut.
Risham
Di Bukit merah, Tebuk Panchur terdapat lebih 70 Pengusaha Arowana, x dapat dielakkan ada kemungkinan 1 atau 2 pengusaha yang putar. Tapi x boleh salahkan semua pengusaha. Ramai peserta yang dah jadi jutawan tp modalnya ratus ribu la..Jgn berangan la klu takat modal 5000 nak jd juta,mungkin puluh ribu insyaAllah. Tapi pelaburan ni berbaloi sekira kena tempatnya.
sham
Betul tu Tuan Risham. Kalau kena dengan cara dan tempat. Tak mustahil boleh jadi jutawan ikan arowana.
khairi
Insya-Allah, kalau niat kiter baik Allah akan berikan lebih rezeki kat kiter….sb tu dia suruh bersusah sikit. Aku pun ader joint tapi yg kecil2 la, tak mengharap pun nak kaut untung berjuta2, cume sekadar ingin menamba sikit2 pendapatan bulanan. Tawakal je banyak2, Insya-Allah, Allah tu maha adil dalam mengagih2 kan rezeki kepada hamba2 Nya.
afk
bodoh….arowana jantan mana ade telan telur masuk dlm perut…ia hanya simpan telur dlm mulut je smpai yolk sack tu develop into a larvae state..
lagend07
pada saya ternak arowana ini adalah suatu perniagaan…ape jua perniagaan yang kita nak buat semua perlukan pelaburan…bila melabur akan wujud lah risiko…pada saya orang yang melabur arowana secara pawah ni adalah yang berani tanggung risiko sama ada ia menguntungkan atau merugikan…dan tidak semua pelabur hanya duduk diam serta tunggu pulangan semata…mereka juga perlu pergi lawat kolam, lihat bagaimana pekerja membuat kerja.
* jika ternak arowana secara pawah ini salah, bagaimana pula syrkt berhad yang dah established..mereka juga ada peggangan syer atau saham..perniagaan yang dijalankan adalah pelbagai…setiap syer akan di bayar dividen…bagaimana pula jika syarikat mengalami kerugian…masih ada risiko bukan?…………….yang penting konsep arowana bukan based on network or MLM…ade dwnline masuk, dapat incme…produk tolak tepi………………………………..fikir2kan…maaf jika salah info…….tq
artis
Kalau tak silap sy, tuan cuba nak beritahu, akan ada penipuan di mana, tanpa pengetahuan pelabur, semalam, dia dah kutip anak ikan dari mulut ikan tu. Esoknya, baru dia panggil si pelabur utk menuai hasil… tiba tiba, anak ikan tak ada. So katanya kena tunggu lagi dua bulan..
Tak mustahil penipuan sebegini akan berlaku. Sesuatu yang mahal kosnya (anggaran satu kolam RM200k) tidak semestinya memberi keuntungan dengan kadar segera. Sy tidak melabur, sy mengkaji dan mempertimbangkan antara kerugian dan keuntungan.
Apa yg sy tengok, si Pengusahalah yang semakin kaya raya…sekiranya antara 10 kolam, dia dah curi satu kolam selang sebulan, betapa kayanya dia membuat keuntungan.
Si pelabur, asyik kena tunggu selang dua bulan utk menanti hasil tuaian..sedangkan loan terpaksa ditanggung.
Setiap pandangan perlu diambil kira, sama ada pendapat sendiri atau logik akal fikiran. Sy tak mungkin menggadaikan RM200k semata mendengar keuntungan yg dijanjikan tanpa mengambil kira perkara negatif yang bakal ditanggung.
Pendek kata, bersikap hati hati, bersabar, jangan bersifat nak tamak loba, kerana bukan senang utk menjadi senang….
Terima kasih pada pembuka bicara ni kerana sudi berkongsi ilmu.
sham
betul..itulah isu yang sering melanda program pelaburan arowana ni.
artis
sy ada kawan yang empunya kolam, mengusaha sendiri, kolam beliau berdekatan dengan “I follow” tu la… dari dia, sy dengar memang ada unsur penipuan di mana, tuaian dikutip awal tanpa pengetahuan pelabur. Kemudian utk mengabui mata pelabur, akan dipanggillah si pelabur ni ramai ramai utk menyaksikan hasil tuaian. Antara sepuluh kolam, mungkin pengusaha mencuri satu kolam sahaja, supaya si pelabur yang terkena akan percaya bahawa memang bukan rezeki dia utk dapat hasil tuaian kali ini dan terpaksa tunggu lagi dua bulan. masalahnya, loan tetap akan dibayar juga, jika tidak, interest makin tinggi. Ini jika pelabur duduk berdekatan dengan pengusaha, jika pelabur duduk jauh, hmpppppp, kesian.
abdfatah
menyusahkan orang laa… buat skim double ganda pulak dengan loan.
mereka pastinya akan terperangkap dengan loan.
jika kebetulan biz scam lingkup. loan tetap kena bayar… bayar bayar bayar…
Sahibul Anwar
Salam semua,
Saya nasihatkan semua yang nak melabur dalam industri ternakan ikan arowana supaya;
(1) Faham tentang ikan arowana. Jenis-jenisnya, kehidupan semulajadinya, bagaimana cara bertelur dan pengeraman. Kekerapan bertelur dan sebagainya.
(2) Kalau nak melabur kena kenal pengusahanya dulu. Kalau boleh jumpa face to face. Jangan hanya dengar cakap orang lepas tu terus join.
(3) Selidik modus operandi perniagaan….
Saya amat berharap dalam keghairahan kami PERSATUAN PENTERNAK AROWANA MALAYSIA UTARA, sedang mengenengahkan industri ternakan arowana Malaysia di mata dunia, ada pulak yang buat spoil dan merosakkan industri engan agenda yang tidak telus… Kalau ada hubungi pihak Persatuan Arowana agar pemantauan dapat dijalankan. Tq ~ “BARANG YANG BAIK KALAU DISALAHGUNA AKAN JADI TAK BAIKLAH IA..” Sahibul Anwar (Setiausaha NMAFA)
sham
Itulah yang sebaiknya.
jack
assalamualaikum….saya hanya nak tanya sesiapa di sini yang ada masukkan ikan arowana untuk diusahakan dalam kolam….
apakah kadar kematian induk-induk arowana tersebut
saya ada masukkan 15 ekor induk…tak sampai sebulan 2 dah mati…seekor lagi kuarantin….mati tanpa sebab…secara semulajadi lah kesimpulannya
nak menangis pun ada….setakat ni stil leh percaya pengusaha tersebut…tapi rasa mcm nak buat autopsy ikan mati nak tau kalau ada penyelewengan atau tidak….
azrul
maaf .boleh tak bagitau mane saya nak dapatkan kursus penternakan ikan kelisa ni….
saya bercadang nak berjinak2 lam penternakan ni.
jd sebagai permulaan saya nak mengambil kursus untuk basic..
kalo ada tlg email saya, azrul_hashim@yahoo.com.my
TQ
amandk_111@yahoo.com
A salam,….
saudara sham saya peserta kolam no:28 golden blue base rahman sidik
bantuan CCTV dekat arowana 2u dah hampir 2 tahun masih belum masuk lagi
janji dari Fairus kata dalam tempoh 8 bulan semasa bayar 10% 2 tahun lepas
nak masuk tapi sampai sekarang tak juga masuk CCTV bagaimana nak pantau.
melaui internet …tq
apek
salam..artis minta maaf ok…ko kalau x melabur jgn pndai2 nk wat kajian…minta maaf semua k..mcm mna pla dgn sign agrement peguam..adakah tipu juga…ada satu syarikat tu bila kita melabur kat dia siap dia keluar kan surat perjanjian,sign agrement peguam dan ada sijil ikan…macam mana pula yg dia orang tunjuk kan surat import eksport..adakah tipu juga…mmg yg melabur puluhan ribu blh untung pluh ribu,tapi x slah klu nk labur kcil2 kan..para nabi dulu berniaga pun kecil2 kn…sikit2 lama2 jdi bkit…x smesti nya nk labur puluh2 ribu..itu yg di nama kan tamak haloba…klau labur 5000 ribu pun,klu dh rezeki dia lipat kli gnda..untung dia la…klu yg tamak nk labur pluh2 ribu,klu nk lingkup2 jga…x smesti nya yg labur pluh ribu ni selalu nya di atas…kadang2 yg labur 5000 tu pun klu nsib dia,dia kat ats…maaf semua..
p/s:kpd tuan ri(pandai2 la)…x semesti nya labur bnyak untung bnyak..berangan x salah…kalau 5000 labur,buat simpanan…juta juga jadi nya…
sham
tak salah nak melabur…cuma dapatkan maklumat berkenaan syarikat berkenaan dulu… boleh ke SSM dulu.
ada agrement pun boleh tipu juga…dah ambik duit, pastu cabut…Ada juga kes sebelum melabur,janji macam2 pulangan. bila dah bagi duit, dibiarkan pelabur terkontang kanting..duit entah kemana…
Yang penting, dapatkan dulu maklumat daripada SSM.
nzm
pengusaha blogstarz yang dah kiut dan pengusaha arowana ada kaitan ko?
Saya tengok nama pengusaha kedua syarikat itu ada perkaitan?
Semoga bertambah kayalah. Kalau nak menipu silakanlah. Lepas di dunia, akhirat belum tentu. Hidup bukannya lama. Nak minta maaf dengan org yang kita tipu memang sukar.Yuran blogstarz kalau tak salah RM168. Berapa juta dia orang dapat. Saya memang tak halal.
Zek
Assalamualaikum… Sejak saya join… Dah lebih setahun ni, hasil tuaian ‘0’.
sham
banyak yang tertipu..sekarang harga arowana pun dah jatuh teruk..sekor boleh dapat ratus-ratus je sekarang. Agaknya orang bela ikan mati, serik bela ikan arowanan dah.. tak pun ikan yang dibela tak mati2..:P
rohani
Assalamulaikum..
Saya pun dah lame joint tapi hasil tuaian asyik Tiada.
Kini saya nak jual balik ikan tu kat mereka tapi mereka dah menghilang pulak.
Nampak nya mereka mencuri ikan saya tu, sedangkan saya masih membayar hutang bank untuk ikan tu..
Jangan berlaku zalim kat orang…