Ini adalah skim cepat kaya yang berteraskan trading forex yang dispam ke emel saya sekejap tadi. Nampaknya susah betul skim cepat kaya nak berkubur. Kini pelbagai skim baru timbul dan tengelam. Nama berubah, modus operandinya tetap sama. Yang ini pula namanya speedlineglobal.com.
Daripada laman web rekrut skim ini, mereka mendakwa mereka boleh memberikan bonus 1%-3% sehari selama 100 hari kepada mereka yang melabur. Ia jelas satu skim pelaburan yang haram dan bertentangan dengan undang-undang Malaysia. Ia juga haram di dalam Islam.
Saya menyatakan skim ini adalah skim cepat kaya disebab oleh:
1. Pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tetap adalah haram. Malah mereka yang mempromosikan skim cepat kaya boleh didenda sebanyak RM1 juta jika didapati bersalah.
2. Forex sendiri adalah salah satu daripada transaksi yang diharamkan dalam Islam. Sila rujuk artikel Ustaz Zaharuddin tentang hukum Forex dan Melabur dalam Forex.
3. Tindakan laman web ini mencari rekrut dan mengambil wang untuk tujuan pelaburan adalah salah disisi undang undang. Untuk mengambil deposit, mereka perlu mempunyai lesen (BAFIA) yang dikeluarkan daripada Bank Negara Malaysia. Syarikat atau individu tidak boleh mengambil deposit pelaburan tanpa lesen. Ia akan dikira pengubahan wang haram jika dikesan.
4. Mereka menawarkan level-level downline seperti syarikat Multi Level Marketing. Ia juga memerlukan lesen AJL.
5. Daripada cara mereka beroperasi, ia seolah olah skim PONZI dimana duit pelabur baru akan digunakan untuk membayar pelabur lama. Ia akan terhenti apabila tiada pelabur baru yang masuk.
6. Lesen pendaftaran Syarikat tidak boleh dijadikan bukti mereka menjalan perniagaan yang beretika. Malah ia boleh dipalsukan seperti yang berlaku pada SSM dimana mereka mendaftar syarikat dengan mengunakan alamat palsu.
7. Forex merupakan satu perdagangan yang mempunyai risiko yang sangat tinggi. Pasti ada untung dan rugi. Jadi syarikat tidak boleh menjanjikan keuntungan sepanjang masa sedangkan mereka juga berisiko untuk rugi.
8. Program sebegini cenderung kepada perkara yang diharamkan dalam Islam. Mencari rezeki yang halal adalah satu kewajiban kepada semua orang Islam. Walaupun ia membayar apa seperti yang didakwa, ia cenderung kepada hasil yang Haram sebab ia bersumberkan perdagangan Forex yang diharamkan dalam Islam.
Ia ada antara ulasan boleh saya berikan. Ia bukan untuk menutup peluang mereka yang ingin menambah duit di zaman yang penuh pancaroba ini. Masih ada banyak sumber rezeki yang Halal yang boleh dilakukan. Ia mungkin tidak lumayan, sekurang kurangnya ia halal dan bebas daripada unsur riba di dalamnya.
Satu nasihat daripada saya… Bukan Senang Nak Senang, Bukan Susah Nak Susah.
Sebenarnya tidak perlu mengkaji secara mendalam, andainya ada unsur gharar atau riba dalam transaksi perniagaan mereka.Ia boleh dielakkan kerana hasilnya mungkin adalah HARAM.
Pemilik laman web ini pasti dalam pemerhatian pihak berkuasa.
P/S: JIka pemilik skim ini ada bukti mereka mempunyai lesen daripada BANK NEGARA Malaysia untuk mengutif wang untuk pelaburan. Saya akan remove post ini. Saya juga akan emelkan kepada pihak bank negara untuk tindakan lanjut tentang laman web ini.

Incoming search terms:
- pelaburan yds
Gerobok
Apa yang anda tahu tentang forex sebelum anda mengatakan forex itu haram?
Majlis Fatwa Kebangsaan pun belum ada apa2 declaration tentang forex ini haram,dan anda telah mengatakan ianya Haram??
Berapa ramai orang islam yang sudah bergelar BILLIONAIRE hasil daripada FOREX?
Anda sudah jumpa?kalau anda belum jumpa,teruskan pencarian anda.Ianya tidak jauh,di Malaysia ni sahaja.
Speedline ni membawa nama BUSUK tentang Forex.
sham
Rujuk keputusan Muzakarah Jakim tentang Forex.
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/993-muzakarah-jakim-berkenaan-hukum-forex-trading.html
JimieRay
Terimakasih tuan Sham atas pendedahan begini. Bagi saya senang saja, kalau ada unsur-unsur yang meragukan lebih baik lari jauh-jauh. 🙂
teruna desa
Slam…
Harus diketahui apa istilah Skim Cepat Kaya.
Jika pulanan daripada trading forex, kenapa dikatakan ini skim cepat kaya yg membayar keuntungan daripada hasil kutipan.
Kenapa speedline menawarkan skim ini ? Ianya adalah peluang kepada mereka yg tak tahu trading forex tetapi masih mahun keuntungan. Untuk gerenti untung trading forex, seseorang itu haru mempunyai dana yang besar.. baru untung besar dan tidak akan kena Margin Call.
Kawan saya adalah forex trader officer RHB dan mengakui keuntungan bulanan sekitar 30%. Tapi beliau tak berani utk berdagang forex dgn wang yg sedikit kerana takut Margin Call. Lagipun jika sykt speedline ni tak betul, takkan dia ada syarikat broker forex iaitu speed-tader sepertimana FXDD, FXCM, Marketiva dsb ??
-Bab daftar SC, BNM dsb tu tak perlu… ini bisnes online dan tiada sempadan Semua syarikat forex xde pun daftar dgn badan2 ni sume…. bab BAFIA tu pun sama. Mana ada kita kutip duit, semua pelabur bayar sendiri dgn PayPal atau Liberty Reserve… tiada istilah kutip duit bro !! Ada faham sistem online ker ??
AJL ?? Lagi la lawak… ramai yg join Hai-O semuanya mampus dan tanggung hutang bank RM42,000.000… ada kejaan bg gantirugi ke sbb join sykt yg ada AJL ?? Begitu juga UpTrend ?? Camana nasib ND lalat tu ?? tak tau ker ??
lan86
ni msti blog broker emas fizikal ni huahuhauhau…