Polisi demi polisi baru dibuat oleh Google untuk mengawal pelanggan mereka. Yang terbaru bermula pada pertengahan November lepas Google dah mula ban/tutup akaun ramai pengiklan Google Adwords. Polisi terbaru Google memang tidak menyebelahi mereka yang terlibat dalam Affiliate Marketing.
Malah salah satu akaun saya telah kena ban. Menurut mereka yang kena ban di forum Digitalpoint, mereka dah cuma bermacam cara untuk membuka kembali akaun Google Adwords termasuk mengunakan alamat,IP, no kad kredit, nama dan email berlainan. Namun tetap tak berjaya. Google masih dapat mengesan mereka walaupun ada yang bertindak format komputer mereka.
Ini menunjukkan Google sangat serius untuk ban orang dan menunjukkan teknologi Google semakin maju bagi mengesan mereka yang telah diban daripada perkhidmatan mereka. Jika sebelum ni hanya peserta Google Adsense sahaja yang diban. Tetapi kali ni, pengiklan Google Adwords juga tidak terkecuali untuk diban buat selama lamanya.
Apa yang menyebabkan Google ban akaun Google Adwords?
*Sites that charge users or collect personal information in exchange for a product that is never delivered
* Sites that charge for “free” software
* Sites that trick users into paying for fake or poor-quality content
* Sites that charge users for information that makes unrealistic promises of financial or personal gain
* Sites that install malware software on a visitor’s computer
Apa yang dimaksudkan oleh Google ialah:
- Laman web yang mengumpul maklumat peribadi seperti email,nama bagi mendapatkan sesuatu produk/bonus. Secara mudahnya, ia adalah squeeze page yang bertujuan untuk mengumpul email orang bagi tujuan email marketing. Seperti yang sedia maklum, kebanyakan IM bergantung kepada list mereka. Jika Google tak benarkan kita mengumpul list, macamana nak buat? Langkah ini memang bagus untuk menghalang scammers tetapi kesannya akan turut dirasai oleh usahawan internet yang benar benar buat bisnes.
- Laman web yang menawarkan perisian percuma. Nasihat saya ialah jangan promosikan produk yang berasaskan free trial menerusi Google Adwords. Salah satu daripada income saya ialah komisen daripada jualan perisian dari Clickbank. Saya banyak menfokuskan pada perisian yang menawarkan free trial kerana pengguna boleh mencuba terlebih dahulu sebelum membelinya. Mungkin ini adalah salah satu sebab akaun Adwords saya diban.
- Jangan promote laman web yang buruk dan tidak profesional di Google Adwords. Dulu staff Google akan semak secara rawak. Kini staff Google menyemak semua laman web secara manually agar ia menepati apa yang Google mahukan. Google ingin pastikan semua pengiklan mereka mempunyai laman web yang bagus dan profesional. Laman yang web yang menipu juga akan diban.
- Jangan promote produk buat duit di internet menerusi Google Adwords. Ia adalah polisi terbaru Google bagi melumpuhkan Skim Cepat Kaya dalam sistem mereka. Jadi laman web yang menawarkan penambahan pendapatan atau dengan kata lain “buat duit” berkemungkinan untuk diban. Mereka mungkin tidak akan terus diban. Namun secara berperingkat ia akan “dibersihkan” dari sistem Google Adwords. Nampaknya akan berkurangan la iklan pasal buat duit di internet lepas ni. Mungkin ada ramai yang komplen tentang banyak produk crap/sampah yang menipu pembeli di internet. Affiliate marketer memang banyak terkena tempias polisi baru ni.
- Laman web yang mempunyai mempunyai malware. Kebanyakan perisian antivirus hari ini mempunyai fungsi website scanning dimana mereka akan scan laman web yang terdapat/ tersenarai di enjin carian dan klasifikasikan laman web berkenaan selamat atau tidak.
Dibawah adalah perkhidmatan website scanning yang ditawarkan oleh AVG iaitu antivirus yang saya gunakan untuk laptop saya.
Laman web selamat
Kebanyakan perisian antivirus lain juga menawarkan perkhidmatan yang sama. Jika terdapat malware atau perisian merbahaya pada laman web berkenaan, perisian antivirus akan memberi amaran agar tidak memasuki laman web berkenaan. Jika laman web dikesan mengandungi malware dan iklan di Google Adwords, anda berkemungkinan akan diban. Kadang kadang kita tidak perasan, pastikan laman web anda bebas dari Malware, Spyware atau perisian yang membahaya.
Saya akan tangguhkan proses kemaskini Panduan Adwords bagi mengatasi masalah ini. Saya pada awalnya bercadang untuk melancarkan versi terbaru Panduan Adwords pada bulan ini. Disebabkan adanya masalah ini, saya tangguhkan ke tahun hadapan bagi mencari penyelesaian dan juga panduan untuk mengelakkan daripada diban daripada Google Adwords.
Kebanyakan dari kita tak membaca terma dan menyebabkan kita tak tahu ada polisi tertentu yang mungkin menyebabkan akaun kita diban. Jadi Panduan Adword versi terbaru nanti akan disentuh perkara ini jugak. Saya memohon maaf diatas kelewatan untuk mengemaskini versi terbaru Panduan Adwords ini.
Elakkan daripada mengiklan laman web yang mempunyai kaitan dengan 5 perkara diatas.

milsum
wah, teknologi goole mmg makin power nampaknya….
kena jujur dan xleh ambik ringan dh dia punya TOS tuu..hmmm..
thanks utk artikel ni bro…
mykrk
Terima kasih atas perkongsian ini.
sham
jadi pengiklan pun berisiko sekarang ni ek.hehehe.. Pelik betul la google sekarang.
safian
peh..baru nak order e-book pasal adwords.. memang jahanamlah planning markerting aku pasni… memang malaun tul scammers2 kat internet ni..
sham
safian, teruskan je. Cuma hati hati jangan promote benda yang money related, download & etc. kalo yang biz/ money related tu, kena pastikan testimoni real di laman web.
sutera
Terima kasih atas perkongsian ini. google pun makin strict. Oklah tu.. kurangla ckit orang tertipu ni. kpd pembaca kena hati2 la ye..
asmid
Salam, En. Sham. Nak tanya sikit kalau akaun adwords kita dah kena ban ada tak cara penyelesaiannya? Atau memang selamanya diban ke?
sham
boleh try apply dengan mengunakan alamat dan kad kredit lain. Gunakan komputer yang berlainan jugak.
sham
pastikan laman web yang diiklan tidak menyalahi terma..saya tengok website kedai serbaneka tu ada jual spy camera.. google tak benarkan produk sedemikian kerana risau ia disalah gunakan.
asmid
T.kasih En. Sham. Saya dah kena ban. Tapi bukan sebab jual spy camera. Sebab promosikan produk click bank. Produk tu melanggar syarat2 adwords sebab keterangan laman webnya meragukan. Cth belajar gitar dengan cepat.
Harap en. sham boleh bagi sedikit cara penyelesaian. Saya juga berminat dengan ebook yang terbaru seniadwords tu.
sham
Oh…CB rupanya. Memang Google strick.. Try contact Adwords support minta penjelasan kalau tak puas hati. Diorang jawab walaupun lambat skit. Dalam seni adwords ada terangkan do & don’t pemilihan produk affiliate.
Kalau benda tentang health yang ada miracle-miracle tu. elakkan. Begitu jugak perisian.
Kalau belajar gitar dengan cepat tu… tak pasti. Nanti saya rujuk balik terma diorang incase update lagi. Diorang tak bagitau kalau update terma. Sedar2 kena ban akaun sebab langgar terma.
asmid
Dah! saya dah contact Adwords support dan ini dia ringkasan penjelasannya yang saya terima:
Thank you for your patience. I reviewed your account and found that you were suspended for promoting sites that are violating our Landing page and site quality guidelines, the sites in violation being- http://www.guitarburningspeed.com/?hop=asmid-n (site was found to make unrealistic or inaccurate claims)
http://www.videowebwizard.com/?hop=asmid (site was found to be promoting Unacceptable Business Practices – User Safety specific poor online reputation)
Pening juga kepala. Lepas saya beli e-buku Panduan Adwords tu saya cuba teknik pemasaran adwords memang berkesan. Tapi saya skrg dah tak dapat gunakan teknik tu lagi. Dah kena ban. So ada cara lain tak yang dpt membantu dptkan semula akaun google adwords tu. Harap En. Sham dapat bantu..
sham
Mungkin terlalu melampau hype. sehari dah pandai main gitar. Google rasa ia tak realistik. Tentang video web wizard tu adalah software. Jangan iklan software di Adwords. Dalam seni adwords, saya ada nyatakannya. Sebab saya pun pernah diban sebab software. 😛
Try apply lain, guna la nama isteri ke…adik ke.. mintak diorang daftar kad debit public bank atau mana mana kad debit yang boleh buat transaksi online.
Warray
Memang strick pun google ni…sekali kena banned dia cakap “tiada maaf bagi mu”…saya pun kena lepas tu buka akaun baru guna nama, kad debit wife punya alamat pun tukar….akaun okay tapi tak beriklan lagi ….suspense lah pulak…..sebab ada rakan niaga kena banned sampai 5 kali aduh sadis lah skit sebab dia bukan berniaga menipu.
sham
elakkan daripada guna pc yang sama dengan application tu. kalau tak diorang detect mac address network card tu masa apply. sebab tu, still kena ban.
asmid
Kalau masih ada cara lain tak pe. Nanti saya cuba mcm yang En Sham cadangkan tu. Buat masa ni guna cara pemasaran off line dulu. Nasib baiklah masih ada facebook ads.
sham
FB ads cuma agak mahal berbanding Adwords.
asmid
En. Sham saya rasa ada jalan penyelesaian jika akaun adword kena ban. Caranya dengan GoogleStealth ada menyediakan panduan cara mendapat semula akaun adword yang diban. Cuba baca di:
http://www.googlestealth.com
Tapi saya tak berapa pasti samada ini betul atau tidak. Jika betul, ini berita gembira untuk semua.
Harap En. Sham berikan sedikit penjelasannya…
sham
tak pasti sangat tentang ni.. tak banyak info pasal ni..rasanya google akan ambil tindakan nanti kot site tu sebab menggunakan domain google. kita tengok jela nanti.
scud
klu kite jual barang copyright bleh ke?
atau kite jgn explain terang2 kat adword?
minta pencerahan
sham
copy right macamana? Kalau kita pemegang copy right tak pe. Tapi kalau produk ada trademark seperti nama facebook, google,yahoo, tak boleh. Boleh kena ban akaun tersebut.