Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Isu Semasa
Sumpah Laknat Semakin Menjadi Jadi
Isu Semasa

Sumpah Laknat Semakin Menjadi Jadi

sham 1 Comment

Sejak akhir akhir ni pengunaan sumpah laknak semakin menjadi jadi..Bermula dengan Mohd Saiful bagi kes liwatnya dengan Anuar Ibrahim. Kemudiannya Najib pun sumpah dia tak kenal Altantuya dan terbaru Tajol Rosli pun sumpah dia tak buat sebarang konspirasi bagi menjatuhkan kerajaan perak.

Sumpah ni seolah olah menjadi alat politik pulak sekarang sedangkan ia sangat merbahaya kerana mereka yang bersumpah akan dilaknat seluruh keturunannya sehingga kiamat. Di zaman nabi ia digunakan untuk menyelesaikan masalah. Kini ia digunakan untuk berkempen & dipolitikkan.

Adakah Anuar Ibrahim akan kalah di Permatang Pauh? Tak jugak rasanya. Ia merupakan kubu kuat PKR. Kes liwat sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pengundi atas pagar. Bagi saya Pilihanraya kecil Permatang Pauh memang sengit, tapi ia kurang cukup untuk memecahkan kubu kuat PKR tu.

Namun, mungkin jugak PKR akan kalah di Permatang Pauh sebabnya sebab kekalahan besar BN pada PRU 12 disebabkan rasa tidak puas hati orang BN sendiri. Mereka nak menghukum pemimpin BN yang terbuai & rasa selamat dengan kuasa yang ada.

Apa yang akan berlaku, kita lihat sahajalah esok apabila Pilihanraya kecil permatang pauh dilangsungkan. Harap tiada trajedi yang tidak diingini berlaku seperti rusuhan, belasah membelasah,kena ketuk FRU dan sebagainya berlaku. Harap pilihanraya berlaku dengan aman dan adil. Orang tak marah bila ia dilaksanakan dengan telus tanpa rasa ragu ragu orang ramai.

Calon BN yang menentang Anuar Ibrahim di Permatang Pauh jugak tidak hebatnya iaitu Arif Shah. Memang cekap berbahasa cina iaitu kantonis & mandarin.Beliau dikatakan 13 tahun di sekolah cina. Susah nak jumpa pemimpin yang boleh bercakap dalam pelbagai bahasa macam tu.  Tak sabar nak tahu keputusan pilihan raya esok.

Bersama kita doakan pilihanraya berjalan lancar dan aman. Tiada insiden yang memilukan pihak yang terlibat. Menang dan kalah adalah adat pilihanraya. Diharap semua dapat menerima keputusan dengan rasional dan akal yang waras.

Kita dah nak sambung Kemerdekaan yang ke 51. Tinggal beberapa hari je lagi. Puasa pun dah dekat. Harap semua dapat bersatu, bukan berpecah belah menjadi orang BN,Orang BA. Adalah lebih baik menjadi Rakyat Malaysia!

Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 51.

Artikel Berkaitan
  • Bagaimana Nak Lindungi Karya Hak Cipta Kita?
    Bagaimana nak melindungi hak cipta kita? Apakah yang dilindungi? Sebenarnya banyak benda yang dic...
  • Tips Memulakan Sesuatu Perniagaan
    Tips memulakan sesuatu bisnes ini saya pelajari daripada nota bisnes Puan Ainon, pengasas PTS. Menur...
  • Pulau Pinang Tanpa DEB? Komen Saya..
    Dalam Utusan hari ini mengatakan Pulau Pinang tanpa DEB dan Nasib semua bangsa adalah sama di Pulau ...
  • Iklan Banner Berita Harian Online Berterabur dan Tidak Profesional
  • Scam Alert:Taktik Maybank2u Phising Email
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 2,559
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:anuar ibrahim arif shah kemerdekaan ke 51 permatang pauh pilhanraya pilihanraya permatang pauh sumpah laknat

Related Articles

robot pengganas
Dalam berita hari ini Amerika menyediakan robot latihan menembak dengan …

Pandangan Barat Tentang Islam: Islam Adalah Pengganas?

Dalam minggu ni, isu cadbury yang produknya yang mempunyai DNA …

Cadbury Haram – Jawab Menteri Pun Macam Haram

One Response

  1. azhar_am

    lama kelamaan ‘sumpah’ hanya menjadi penyedap bicara diamana orang yg bersumpah tidak jadi apa-apa…dan ianya dijadikan bahan jenaka orang bukan islam……

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Debat Anuar Ibrahim & Shabery

Hari ini menjadi satu fenomena yang ditunggu tunggu iaitu debat diantara menteri…

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 51

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 51 kepada semua rakyat Malaysia. Semoga ke…

Tempat Paling Lembab di Malaysia, Ujan je

Saya kini menetap di kawasan paling lembab di Malaysia iaitu Taiping iaitu kawas…