Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Debat Anuar Ibrahim & Shabery
Berita

Debat Anuar Ibrahim & Shabery

sham 2 Comments

Hari ini menjadi satu fenomena yang ditunggu tunggu iaitu debat diantara menteri penerangan dan penasihat PKR tentang harga minyak. Seronok kalo wat debat ala pemilihan presiden US tu. 2 orang akan berdebat dan menyindir antara satu sama lain.

Harap ada orang yang rekodkan peristiwa bersejarah ini. Memang saya nak harga minyak turun skit. Tapi apakah mekanisma yang sesuai untuk melaksanakannya? Jika hanya bergantung kepada Petronas bagi ia pasti akan membebankan Petronas sendiri sebab Malaysia bukan pengeluar minyak yang besar, hanya picisan sahaja. Malah tak layak untuk join OPEC iaitu persatuan pengeluar minyak dunia.

Hari ini siapa yang menguasai minyak boleh menguasai dunia Sebab itulah Iraq diserang, sebab itulah Afghanistan diserang. Ini adalah kerana kedua dua negara lemah berkenaan mempunyai minyak yang tak diterokai yang masih besar. Rezab telaga minyak mereka masih lagi “dara”.

Sekarang US dah pun menodainya. Jadi lah kacau bilau sekarang. Harap negara kita akan terus aman. Dan debat sedemikian patut diadakan dengan lebih kerap dan masa yang lebih panjang. Masa 1 jam rasanya tidak cukup la. Rasa terlampau sekejap.

Shabery lebih prepare untuk serang peribadi Anuar dalam debat tu dan agak sedikit kecewa kerana saya tidak nampak cadangan yang dibawa oleh Anuar bagi mengatasi masalah kenaikan harga minyak boleh mengatasi masalah harga minyak bagi jangka masa yang panjang. Tetapi saya bersetuju dengan kenaikan harga minyak yang tidak mengejut & berperingkat.

Tapi kalo naik berperingkat pun, pembangkang tetap akan membangkang. :P. Malah jika ditukarkan kerajaan pun. Keputusan tetap sama. Itulah dunia politik. Dunia yang penuh janji dan omong kosong. Tentang shabery yang mengatakan jika tak memerintah boleh la nak bangkang. Apabila dah jadi pemerintah, mau pening kepada untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.Saya rasa ia pun betul jugak.

Buktinya apa yang berlaku kat Perak & Kedah.Saya tak nampak apa apa perubahan lagi yang dibawa. Di Selangor dah ada air free.Tapi tak tau la samada ia hanya untuk seketika sahaja. Masa masih panjang. 5 tahun untuk rakyat menilai apa yang BA boleh lakukan untuk mereka. Jika mereka gagal, PRU 13 akan berlaku lagi perubahan kerajaan.

Dengan keadaaan politik sekarang, saya rasa agak tidak senang. Biz pun slow. Harga barang meningkat. Nak travel pun,sekarang ramai yang dah prefer naik bas berbanding bawa keta. Saya tak tau la berapa nanti abis untuk minyak masa kawin nanti. Dulu habis dalam RM150 untuk sebuah keta, sekarang kena up lagi la 40%. Nasib baik Grik takde tol.. 😛

Apa pendapat anda tentang debat tadi? Adakah anda dapat maklumat yang anda mahukan? Saya masih belum dapat maklumat yang saya mahukan. Cadangan untuk turunkan rezab daripada 40% kepada 20% saya kurang setuju.Ia adalah penampan industri kita. In case Israel & Iran berperang, kita akan merana kerana kekurangan minyak. Untuk long term,memang tak bagus..short term okay la…

Itu adalah sekadar pendapat saya daripada Debat tadi… Kedua duanya profesional. Saya suka debat cara begitu. Kalo pilihanraya kita buat mcm tu kan bagus…:P.Sebab saya tak suka ceramah kerana ia hanya 1 hala.Kita hanya terima input je..Kalo debat,kita boleh tahu pro & cons bagi sesuatu masalah.

Tahniah Agenda Daily & TV9 kerana mengadakan debat berkenaan dan menyiarkan di TV.

Artikel Berkaitan
  • Sumpah Laknat Semakin Menjadi Jadi
    Sejak akhir akhir ni pengunaan sumpah laknak semakin menjadi jadi..Bermula dengan Mohd Saiful bagi k...
  • Segmen Blogger di RTM1
    RTM nak buat segmen khas untuk blogger kat TV..hmm..memang manarik. Harap ia mencakupi semua bidang ...
  • Menteri Penerangan Baru Nak Jumpa Blogger?
    Hohoho.."dah terantuk, baru la tengadah" bak kata orang tua tua.Akhirnya kerajaan baru nak ambil kis...
  • Senarai Kabinet Kerajaan 2013
  • Kenapa disalahkan Blogger?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 954
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:anuar ibrahim debat debat anuar dan shabery shabery

Related Articles

Bila sebut tentang coklat pastinya ramai peminat. Malah saya sendiri …

Panduan Buat Coklat Buatan Tangan

Budak 17 Tahun Dirogol 38 Orang
Budak 17 Tahun Dirogol 38 Orang Rasanya ini kali pertama …

Budak 17 Tahun Dirogol 38 Orang

2 Comments

  1. titan

    entahlah. Tak tau nak kata macam mana. Bende nih effect kepada kuasa membeli bagi orang tempatan. Ini aku pasti..

  2. ezry

    Sy rasa Shabery Chik memalukan sama sekali. Walaupun ada soalan yang dijawab, tetapi lebih kepada menyerang peribadi Anwar.

    Anwar tidak sedikitpun menyentuh peribadi Shabery. Aku sbg org kemaman rasa malu sbb ada ahli parlimen yg ckp mcm budak-budak.

    Sebelum debate, punyalah kecoh suruh Anwar jgn masukkan hal ehwal peribadi dlm debate, alih2, Shabery yg melebih-lebih.

    Lepas tu duk ulang kata Anwar nk rompak duit Petronas walhal Anwar berkali-kali menerangkan bahawa beliau tidak sentuh pun duit Petronas.

    Anwar bagi figure mcm mana dia nk kurangkan harga minyak. Shabery bagi apa?

    Saya pelik org duk tepuk tangan ms Shabery kecam peribadi Anwar. Ini debat harga minyak ke debat hal ehwal peribadi.

    Mmg bodoh org BN

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Shahira Sulwani on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • zue on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kos Membersihkan Kebun
  • Azani on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sumpah Laknat Semakin Menjadi Jadi

Sejak akhir akhir ni pengunaan sumpah laknak semakin menjadi jadi..Bermula denga…

Menteri Penerangan Baru Nak Jumpa Blogger?

Hohoho..”dah terantuk, baru la tengadah” bak kata orang tua tua.Akhi…

Segmen Blogger di RTM1

RTM nak buat segmen khas untuk blogger kat TV..hmm..memang manarik. Harap ia men…