Ketika saya ke RHB Bank untuk clearkan cek Clickbank. Pengawai bank ada terangkan skim Pinjaman Pelaburan ASB kepada saya. Saya telah ambil kertas tersebut dan buat sedikit pengiraan terhadap tawaran yang mereka buat. Kepada mereka yang berminat untuk membuat pinjaman ASB. Saya harap anda boleh menilai dulu kajian kes yang saya buat ini.
Saya sokong pelaburan sebegini kerana ia dijamin oleh kerajaan dan juga dilakukan oleh pihak yang berautoriti tentang pelaburan. Elakkan daripada pelaburan internet dan juga pelaburan yang tidak diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia. Sekarang terlalu banyak pelaburan yang menipu wang orang ramai antaranya pelaburan internet, cacing dan banyak lagi.
Ini adalah kadar yang ditawarkan oleh RHB Bank. Saya dapati ia agak menarik dan menguntungkan. Saya telah membuat pengiraan pulangan dalam masa 20 tahun dan juga berdasarkan pinjaman yang dilakukan. Tawaran untuk membayar hanya interest dalam masa 3 tahun juga nampak agak menarik dan menguntungkan.
Ini adalah keuntungan bagi 3 tahun pertama jika dianggap dividen ASB adalah 7% setahun.
Keuntungan yang diperolehi setelah ditolak ansuran bulanan selama 3 tahun dan dividen ASB selama 3 tahun. Keuntungan yang diperoleh anda boleh lihat pada ruangan untung.
Bagi pendapatan yang diperoleh dalam masa 20 tahun iaitu kadar maksimum pembayaran pinjaman ini pula adalah seperti dibawah:
Dengan pinjaman RM30,000 dan dibayar selama 20 tahun, wang anda akan berganda lebih 3 kali ganda iaitu RM116,090.53. Anda boleh lihat jadual diatas. Baris yang dihighlight dengan warna kuning adalah tahun yang ditawarkan oleh RHB Bank kepada mereka yang membuat pinjaman ASB dengan mereka.
Berapa pulak yang perlu kita bayar? Jangan risau. Saya pun telah membuat pengiraan juga tentang jumlah sebenar yang perlu anda bayar dalam masa 20 tahun. Anda boleh rujuk rajah dibawah:
Daripada semua jadual diatas kita boleh rumuskan:
Pinjaman RM30,000 dan dibayar selama 20 Tahun:
Pinjaman yang perlu dibayar: RM47,424.00
Jumlah Akhir ASB: RM116,090.53
Keuntungan : RM68666.53
Jadi anda boleh tengok sekarang berapakah keuntungan yang akan diperolehi dalam masa 20 tahun akan datang dengan pinjaman RM30,000 sekarang ni. Ia hampir 3 kali ganda daripada pelaburan yang anda buat dengan kuasa ” compound of interest”. Lagi awal anda melabur, lebih banyak keuntungan yang akan anda perolehi. Jumlah pengiraan ini tidak termasuk bonus. Ia adalah berdasarkan dividen semata mata.
Biarpun ia lambat. Keuntungan yang bakal anda perolehi adalah dijamin. Jangan sesekali terpengaruh untuk melabur didalam apa apa skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap dan tinggi dalam masa yang singkat. Ia berkemungkinan adalah satu penipuan. Ia telah banyak kali terjadi. Jangan mengikuti langkah mereka yang pernah tertipu. Jadikan apa yang berlaku kepada mereka yang terkena dengan penipuan dengan pelaburan sebagai teladan kepada kita.
Jika mereka yang tertanya tanya samada pinjaman ASB menguntungan siapa? Bank atau kita.. dalam kes pinjaman RHB Bank ini. Kita yang untung!
Saya akan buat satu lagi kajian kes berkenaan pinjaman ASB Maybank pulak selepas ini. Saya dah pun mendapatkan kertas penerangan tentang ASB Loan dari Maybank ni. Adakah ia menguntungkan peminjam atau menguntungan bank? Tunggu dalam post yang akan datang ye.
p/s: Anda boleh rujuk perbincangan yang agak panjang tetang pelaburan ASB di Pakdi.my. Saya bukan pakar kewangan, tulisan yang dibuat adalah berdasarkan pemahaman saya sahaja & tidak boleh dijadikan nasihat kewangan. Terdapat banyak pro & contra tentang pinjaman ASB.
Incoming search terms:
- asb loan rhb
- pinjaman asb rhb
- asb rhb
- rhb asb loan
- loan asb rhb
- pelaburan asb rhb
- pelaburan asb
- asb rhb bank
- pinjaman asb
- rhb asb
sah90
menarik ni…:)
Puan Jenn
Terima kasih kepada tuan yg sudi berkongsi maklumat penting nie. Saya baru bercadang hendak membuat pelaburan ASB dgn RHB. Tapi sebelum tu, saya juga menunggu maklumat ASB kat Maybank juga. Kalau ada info nya kongsi ler sekali lagi.
sham
kadar pinjaman mungkin meningkat sebab BLR dah naik.Puan Jenn, nanti saya tulis pasal loan ASB Maybank pulak.
Muaz Hadi
maybank punya tenure sampai 25 tahun. sy tgu entry pasal maybank pulak. huhuu. tgh berkira2 nak tambah akaun asb guna asb loan gak. selalin rhb n maybank, cimb pun ada tawar benda yg sama juga. kalau boleh buat satu case study comparison 3 bank ni superb.
p/s link pakdi tu dah tak ada, blog dia ada problem n skrg start dari zero, sayang juga tak ada back-up
sham
nanti saya sambung buat compare tu.pening kira kat excel. Yang rhb senang skit kira.
Puan Jenn
Terima kasih di atas kesudian anda reply semua comment di sini. Tadi saya baru tolong hantar jiran buat pinjaman asb di rhb bank memang betul BLR dah naik (5.80%). Jiran saya tu ambil 100k bayar 20 tahun. 3 tahun pertama bayar RM408 setiap bulan. Pada tahun ke empat bayaran sebanyak RM719 sebulan. Pihak bank cadangkan, selepas tiga tahun boleh tamatkan pinjaman ini tanpa apa-apa caj. Pada pandangan En Sham yang mana lebih baik teruskan bayar sehingga 5 tahun atau stop selepas 3 tahun.
bohari
pada saya loan asb maybnnk pun ok sbb boleh pjm 25 th.klu dah nak pencen boleh guna nama anak baskup gaji bapa.tapi anak msti 18 th ke atas.
ain
macam mana klau saya nk buat pnjaman utk 5thun sje, keuntungan d kira mcm mana
prof
camni lah nak senang paham sama ada untung atau tidak…
tapi kena paham istilah matematik sikit..
anggap simpanan asb dengan cara simpan sendiri bulan-bulan mewakili graf exponential
manakala pinjam dari bank mewakili graf garis lurus macam y=x.
anggap ianya akan bersilang pada satu titik ‘z’
titik z itu menunjukkan keadaan dimana jumlah wang yang ada di dalam akaun asb adalah sama sama ada disimpan sendiri atau pinjam bank.
senang cerita….
kalu nak untung labur asb guna pinjaman bank..nilai pinjaman hendaklah kurang daripada nilai z
ini bermakna lagi lama korang pinjam lagi kurang untung dan lagi lama ianya akan merugikan…
betul… aku renung dalam-dalam jadual tersebut aku nampak dah….
sham
Saya setuju dengan prof,
lebih pendek pinjaman, lebih menguntungkan sebab kurang interest yang perlu dibayar. Cuma jumlahnya agak tinggi & mungkin tak mampu dibyr mereka yang berpendapatan rendah.
kalau diikutkan konsep pelaburan Warren Buffet. Beliau galakkan pelaburan mengunakan wang sendiri. Bukan pinjaman! Ia adalah untuk mengelakan diri daripada terjebak dengan hutang yang banyak.
Lagi bagus jika dapat simpan secara konsisten setiap bulan.
jymy
terima kasih atas maklumat yang anda kongsi dalam blog ini, saya ada membuat pinjaman ASB RM50K dengan Maybank bermula dari tahun 2008, bayaran bulanan RM359. Pertama kali saya membuat bayaran pada 1 April 2008. Sehingga awal tahun 2010 dividen yg saya dapat amat memuaskan. Apa yang menjadi persolaan disini ialah “Payment in advance” yang tertera pada Maybank2U tiap kali saya melihat baki pinjaman yang perlu saya bayar dan sekarang jumlah itu mencecah RM468. Adakah saya perlu membuat pembayaran tambahan (Payment in advance) keatas pinjaman yang telah saya buat?
sham
jymy,
yang ni saya tak suka pasal Maybank ni, diorang tak telus. Diorang suka naikkan kadar tanpa persetujuan peminjam. Dalam ETIQA pun sama, tetiba je bayaran bulanan naik.
nasihat saya, sila rujuk kat cawangan maybank yang berdekatan. mohon penjelasan daripada mereka. tanya ada ia mengaruhi jumlah pinjaman anda kelak. sekarang baru 2 tahun pinjaman dah naik tetiba.
apatah lagi BLR baru je naik kpd 5.8%. OPR pun baru je naik kali kedua. Lepas ni BLR pun akan naik lagi la. BLR mempengaruhi kadar interest bank/pinjaman.
En.Jymy elok rujuk Maybank mohon penjelasan mereka.
jymy
Terima kasih atas nasihat anda Sham, nampaknya saya perlu mendapatkan penjelasan dari pihak berwajib. Adakah bank-bank lain juga sewenang-wenangnya menaikkan kadar seperti yang dipraktiskan oleh Maybank?
sham
setakat ni tak pernah lagi dengar bank lain buat macam tu. Dapatkan penjelasan dari Maybank terlebih dahulu. Mungkin diorang ada sebab sebab tertentu buat macam tu.
azman
pendapat sy pinjaman asb menguntungkan kita,hanya tahun per 1 kita keluarkan modal, tahun ke2, bayaran bulanan akan dibayar dr duit dividen yg dapat tu..jd siapa untung??
Abe Mat
Pada tahun 1996 saya pernah membuat pinjaman sebayak rm 80,000 selama 20 tahun.Masa gawat interst naik mencanak. Saya terpaksa jual balk selepas meminjam selama 3 tahun. saya rugi rm 13,000. Serik dah nak pinjam.
sham
Sebab tu, saya galakkan untuk melabur dengan duit sendiri. Tapi ada pro and cons la kalau pinjaman ASB ni. BLR dah naik jadi 6.0-6.5% dah kat kebanyakan bank. Jadi kadar interest pun tinggi jugak la.
hamizee
Salam..
Saya tertarik dengn artikel yang saya baca tentang ikan arowana. Ringkasnya, sebenarnya saya pun berminat untuk melabur dalam program tersebut. Sebelum itu, saya memang ada rasa sedikit keraguan tentang program yang dijalankan. walaupun ia nampak bersistematik, namun masih ada kelemahan dalam program tersebut yang saya tak tahu.
Soalan saya,
1. bagaimana saudara tahu mengenai adanya “penipuan” dalam program ini?
2. ikut pada kenyataan yang telah saudara berikan, berapa ramaikah yang telah “terkena” dalam program ini?
3. Bagaimana program ini boleh bertahan sekiranya ramai yang telah tertipu?
Saya bertanya bertanyakan soalan di atas kerana saya antara bakal pelabur yang berminat menyertai program ini. Saya cukup berhati-hati dalam setiap wang ringgit yang akan saya keluarkan.
sham
hamizee,
saya tahu dari kenyataan Tuan Haji Zulkifly, bekas Ketua Cawangan KPDNKK Taiping. Pihak mereka sedang memantau benda ni.
Jumlah yang tertipu dia tak nyatakan, menurut beliau ada kolam dah tutup. Most kolam arowana di Perak terutama di Taiping area bukit merah.
Sekarang dah ada yang buka di daerah lain. Terbaru saya tengok di Manong, cukup besar kawasan kolam dia.
Tak semua tipu. Tapi kena hati hati la. Kena buat kajian mendalam dan buat lawatan dulu ke kolam mereka. Tengok biz diorang samada kukuh atau tak.
stail
asb untung tp tiap bulan
epyz
saya ada mbuat rhb loan..50k..mengapa bayaran bulanan yang perlu saya bayar setiap bulan berbeza2.malah jumlahnya sentiasa meningkat..
epy
salam..saya ada membuat pinjaman asb di rhb bank.50k.yang menjadi masalah disini..bayaran bulanan yang perlu saya bayar sentiasa meningkat dan berbeza setiap bulan.
sham
epy, loan bergantung kepada BLR yang diumumkan BNM. Kalau naik, naik jugak la interest bulanan. Menurut RHB, 3 tahun pertama kita just bayar interest. Lepas 3 tahun baru kena bayar full asuran dan interest.
ida
salam..
sy ingin tahu ttg plburn d asb.. slam nie sy simpan duit kat asb bg2 saja..klu blh sy mau duit yg simpan itu d simpan dlm btuk plburn, tapi sy xbrapa faham mcm mana prosesnya..
ida
salam..
bagaimana caranya mbuat pinjaman dan plaburan???
Aboi
x payah melabur kalau duit x ada…ASB loan hanya merugikan peminjam.
BLR rate akan sentiasa naik dan x menentu. buat saving sendiri lagi untung, disiplinkan diri anda untuk masuk kan duit ke ASB monthly,lama2 jd bukit jgk…itu la cara terbaik…kalau nak buat loan jgk, cari la loan yg fixed rate dan tidak melebihi dividend ASB 7%. hidup ni x perlu kaya, yg penting hati hepi……bila dah rasa duit lebih dlm saving ASB, keluarkan la dividend untuk pelaburan kecil – kecilan. sekadar pendapat untuk di kongsi.
pinjaman asb
jika ada sesiapa yang berminat untuk membuat pinjaman pelaburan asb, sila email ke sales.easyrhb@gmail.com
Farhanna
asb loan rhb tmbh overdraft rhb..br untung
amad
saya dah masuk asb loan..dieorg buat promosi di post office..sy masuk rm40k..kalau ikut jadual, 3thn pertama, rm 155 je…bln pertama sy kene byr cume rm131.84.. tp bln kedua, dh jadi rm195…so, pelik kan..xsame mcm yg promosi…bile pergi check kat bank,baru tahu, untuk 3thn pertama, jumlah bayaran bulanan tertakluk kepada BLR semase tolak 1…so, ape yg dlm table tu(rm155 selama 3 thn) mcm tipu jek..
sham
loan biasanya berdasarkan BLR yang diumumkan oleh bank negara. Kalau dia cakap interest 3% atas BLR. Maknanya kalau BLR =5, jadi interest adalah 8%. Jadual tu hanya untuk menarik orang untuk ambik loan & memudahkan pengiraan.
Pelaburan terbaik adalah guna duit sendiri. Tapi kena konsisten la simpan duit dalam ASB tu. Hasilnya memang la lambat skit. Tapi ia mengelakkan diri kita dr tercebak dengan permainan kewangan yang tak menentu.
joe-easy-rhb
Salam semua,
Saya wakil dari Easy RHB
Nikmati perolehan dividen secara MAKSIMUM dengan membuat Pinjaman Pelaburan ASB dengan EASY RHB..
5 tahun pertama CUMA BAYAR FAEDAH SAHAJA!! CAJ TERENDAH BERBANDING BANK-BANK LAIN!!!
Sila ke blog saya http://easybyrhb.blogspot.com atau hubungi 010-9684021 (Joe) untuk penerangan lanjut mengenai EASY RHB LOAN
azri
tq sham atas pendedahan anda 2…sy mmg tgh tggu modal ni nak buat loan RM200,000..sy nak buat 3thn je…
joe-easy-rhb
xda ruginya melabur di ASB dengan kaedah pinjaman ASB, terutamanya dengan Easy ASB Loan..
sebenarnya, modal yang kita keluarkan adalah pada tahun pertama sahaja.. tahun berikutnya, x payah keluarkan wang sendiri lagi, biar dividen yang tolong bayarkan.. akhirnya, dapat RM100.000.00 25 tahun akan datang.. senangkan??
ayuh call/sms/misscall saya 010-9684021 atau jumpa saya di outlet EASY RHB di stesen LRT Taman Jaya(depan Amcorp Mall, Petaling Jaya) untuk maklumat lanjut mengenai EASY ASB Loan
white hunter
salam… nak tanya bank maner yg paling sesuai utk pinjaman asb ngan kadar interest yg plg rndah?
sham
interest bergantung kepada BLR yang diumumkan kerajaan. Jadi ia berubah ubah. Apa yang ditawarkan oleh RHB agak menarik jugak.
vina
blh tanya kalu mau amil asb loan yg 20 thn, tapi sda hbis bayar sblm masanya blh ambil itu duit sda kah?
sham
kalau nak cepatkan pembayaran, kena berunding dengan bank dulu la. Ada sesetengah bank mengenakan denda jika menyelesaikan hutang lebih awal. Sebabnya diorang rugi sebab tak leh caj interest.
Lynda
Hi..
Skrg ni RHBEasy ade menawarkan 5 thn utk byr faedah shj..
Lg untung utk 5thn pertama..dividen byk..untung pun byk
Sesiapa berminat bole dtg ke outlet kami di Equine Park, Jusco mall. Kita buka setiap hari 10pagi-10mlm.
Utk makluman lanjut: 012-9530083
ani
salam,
bg yg dok kat ampang, lau nk tau lbh lanjut mengenai pinjaman asb by rhb nie, dtg ler ke aotlet kami di taman dagang ampang, bersebelahan dengan lrt ampang, sebaris dengan kedai perabot CAVENZI,,
papehal, bley kol 019-2795561
along
salam 1 mlysia nk tnya ckit loan asb ngan rhb ni limit smpai 100k aje ye bleh buat?
sori br nk join,hihi..
nita
saya baru buat loan ASB RHB EASY PAYMENT dlm bulan 7 thn 2010. saya ambil dlm 50 ribu, setiap bulan (bln 8- bln 12, 2010) byaran hanya RM226 dngan FAEDAH 5 TAHUN pertama. Masuk thun 2011 bln 1,saya ada kemaskini buku ASB, dapatan RM loan ASB RHB EASY PAYMENT (bln8-bln12 2010)ialh RMI550, itupun dah d tolak dengn KPA 1.0% setahun, KPA semasa 6.30% sthun,KPA munkin jga berubah pda msa cetakkan. Pada blan 3,2011 saya pi blik tmpt rhb esay payment sya tmbah lagi LOAN ASB dlm 80rbu. (80rbu+50rbu= 130rbu) 1 bln saya akn byar rm585 blum masuk insuran. utk n memang beban la sikit, masuk thn 2012 saya akan keluarkan blik dlm RM4000, dividen asb buat pusigan blik bayaran loan asb dapat la cover sikit bayarn akan datang.
nita
yang saya teruja buat LOAN ASB RHB EASY PAYMENT ni, yang kita byar blik pun dapat, dividen pun dapat RM sdikit sebanyak.yang d tolaknya bayaran tertntu aje. nak d katkan dapat le selesaikan hutang hutang sedia ada dgn LOAN ASB RHB EASY PAYMENT setiap tiap tahun. Ada bajet saya upkan lagi LOAN ASB saya 200,000 faedah 5 tahun pertama dgan bayaran bulanan RM900, 1 bln. dnagn duit dividen yng masih ada. APA PENDAPAT ANDA SSEMUAAA….???
nita
INGATTT… tawaran LOAN ASB, di mana mana bank tidak sama dengan jadual penbayaran blik LOAN ASB. masing masing ada punya citarasa tersndiri. sesiapa yang g shopping TESCO dan MYDIN MITC MELAKA, di situ terdapat EASY RHB PAYMENT.
NURULL
jika saya pekerja sukarelawan ,makan elaun tiap bulan..boleh kah saya buat pinjaman ?
sham
bergantung pada bank. Biasanya diorang nak income yang kukuh. bergantung pada berapakah elaun yang diterima tersebut.
nita
salam… say surirmhtangga pun blh buat LOAN ASB.Janji tiap2 bln cukup utk membayar loan asb. masa saya mohon utk buat loan asb, pegawai bank easy masukkan data pekerjaan sendiri. NAK HIDUP,katakan. LULUS jugak LOAN ASB.
amad
mana boleh pinjam buat melabur..islam haram kan.
kalau xpecaya baca sendiri kat ustaz zaharudin.
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=224&Itemid=63
sham
kalau pinjaman konvensional adalah adalah haram. Yang ni ada fatwa berkenaan hal ni. Kalau guna pinjaman islam, jika tak silap harus. Kena rujuk ustaz. Saya tak pasti sangat yang tu.
nita
kalau mcm tuuu, knp kerajaan luluskan pinjaman/ pelabuaran? knp isu pinjaman d bangkitkan dalm blog blog. sdangkan bank berlumba utk menarik rakyat malaysia buat pinjaman/ pelaburan.PINJAMAN KONVENSIONAL atau PINJAMAN ISLAM tetap ada mana mana bank. soal halal, haram, harus..dlam isu pinjaman, mungkin dari dulu kerajaan tdk MENGGALAKKAN orang islam buat pinjaman/ pelaburan klu kerajaan katakan HARAM…tapi orng islam yang memerlukan duit sanggup g pajak gadai konvensional!!! yang dah lama bertapak. jawab sikit..
arel
ASB loan MBB the best,
1) bayar murah
2)rate murah
3)boleh jual bila2 masa jika nk pkai duit(xde penalty charge)
4)mengikut syariah (hanya maybank je follow syariah,xcaya g servay)
5)blh sampai 25thn, so byr murah
6)pinjaman senang, xkeja pun xpe
7)senang lulus plak tu (fotostat ic n asb passbook)
8)bayaran mudah (arahan tetap, m2u, mobile banking) xpayah spend masa or duit untuk g bank
9)ada insurance yg murah dr rakan2 bank yg lain (xpyh beli insuaran nyawa)
10)Yang paling penting..anda mendapat khidmat nasihat terbaik dari sy, xpyh susah2 g bank, contact je sy, sy bw bank dtg jmpa anda..
0133614426
-melabur la untuk masa depan anda-
arel
Hmmm..ramai yg xtahu konsep islamic n convensional loan..dia bkn pd nama je..tp cara dia n konsep yg dia pkai..sy nk explain pn memg panjang..nk sy cita kan contact sy :
0133614426
shahril_arel85@yahoo.com
khidmat yg percuma, jgn malu2 jika nk tahu..
afdah
Cepat2 jangan tunggu lagi terjamin .. ada cara lagi masyukkk. Dengan beli emas..pajak di arrahnu, kemudian buat loan. bayar loan dengan duit emas. lagi berganda2 keuntungan anda. tapi jangan lupa bayar zakat. salam al-fallah.
sham
betul…banyak cara untuk manipulasi teknik kewangan. Cuma kena buat analisis skit. Sekarang harga emas dah mencecah RM1700 untuk 10g. Masa tsunami kat jepun, harga emas sekitar RM1400++. Semakin naik sekarang ni. Pelaburan emas dan perak adalah pelaburan terbaik. Malah disarankan oleh Rasulullah.
anis
hmm…sy br je terjebak dgn asb.br dua kali wat payment.masa promotion kena byr sebulan rm450.tp bila kuar srt byrn rm499 plk…kat situ dh x sdp hati…kuar pulak dlm paper majlis fatwa kata asb haram…aaarghh!!!!! nk tutup kena penalti 3% aaarrghh…! bila mntk nasihat bank halal haram atas niat.BODOH!!!! mana ada org mnm arak niat buat baik arak tu jadi halal…aaarrrgh!!! ssiapa yang belum terlibat ngan loan asb pk2 kn la….
ahmoi
to anis, bagi saya apa yang menyebabkan ASB tu haram adalah dari mana sumber wang anda dapat untuk melabur, itu la yang menjadi status ASB tu haram / tidak, bila kita yakin wang tersebut bukan dari sumber haram, selebihnya berserah pada Allah, adalah lebih baik anda teruskan kalau dah rumit bila nak behenti ASB ni. Anda kena buat banyak research sendiri. Tak boleh bergantung pada satu2 pihak shj.
Fahmi
Salam sdr. sham,,,,
Actually apa yg sdr explain tu mmg betul dr segi Matematik tapi salah dari segi ekonomi… sbb tu lah pakar2 ekonomi telah berpesan melalui ” the golden rule of investment” … jangan sesekali membuat pinjaman bagi melabur….
1st- kita kena masukkan kadar inflasi dalam setiap pelaburan – RM60k pulangan mungkin agak besar pada tahun 2011, tetapi cuba fikirkan brp nilai RM60K pada tahun 2031 . Mungkin nilainya hanya RM10k pada masa kini. Jadi berbaloi tak kita menunggu 20 thn utk dpt nilai tersebut.
2nd- Dgn menyimpan duit sendiri secara sistematik, xkira didalam ASB mahupn Unit trust, Cthnya – RM500 sebulan….menjadi RM6000 setahun x nilai faedah (8.75%)
dan kita mendapat keuntungan yang mutlak sebanyak RM525 tanpa perlu membayar kadar faedah kepada mana institusi kewangan spt RHB mahupn Maybank.Dgn menyimpan secara sistematik, sdr akan mendapat jumlah pulangan melebihi RM60K kurang dari 10thn berbanding 20 tahun spt yg sdr cadangkn .
3rd – Saya ambik contoh dr Jadual sdr…. utk pinjaman RM60K sdr. perlu bayar secara paksaan RM747 sebulan bagi tempoh 11tahun untuk mendapatkan jumlah pulangan RM60K+%kadar faedah 1thn . Sekiranya Kadar Pinjaman Asas “BLR” melebihi kadar faedah pulangan maka sdr akan mengalami kerugian…. Sepanjang tempoh 2006~2010(refer website PNB), Kadar dividen + bonus ASB tidak pernah melebihi 9%… manakala kadar BLR(refer website Bank Negara) kini meningkat dari 2006~2011 (jun)….. pada 2006 ia sekitar 4.85% dan kini pada jun 2011 ia telah mencecah 6.54%…. Margin keuntungan sdr. ketika ini berada pada 2.46% setahun…. tapi ini tak bermakna ia akan BLR tidak akan meningkat…. apa akan terjadi dgn margin keuntungan sdr?????
4th- simple calculation “please bare in mind”, jika kadar inflasi semakin meningkat = nilai RM semakin mengecil… Jika pertumbuhan dalam negara semakin berkembang pesat = nilai BLR akan terus meningkat…. What will happen to your money in the next 20 yrs? Adakah sdr mahu terus rugi????
sham
Saya tulis memang berdasarkan pengiraan matematik sahaja. Kes sebenar mengikut keadaan semasa, ekonomi,inflasi dan juga polisi kerajaan sebagai pengawal badang pelaburan untuk ASB. Memang golden rules of investment, jangan buat loan untuk pelaburan. Tapi ada pro and cons jugak, bagi sesetengah pelaburan memerlukan pinjaman.Contohnya terbaik dalam pelaburan hartanah.. Beli masa murah & jual apabila harga dah meningkat. Ia memerlukan pinjaman.
Kalau ikut Robert T Kurosaki, pinjaman ada 2 jenis iaitu hutang baik dan juga hutang jahat. Yang baik ialah boleh membawa pulangan dan hutang jahat yang menjadi liabiliti kepada kewangan individu.
Dalam kes ASB, lebih baik gunakan duit sendiri secara konsisten dimasukkan ke dalam akaun ASB. Pulangan lebih tinggi dan tidak dikenakan interest oleh bank.Ianya untung bersih. Jika boleh buat autodebit lagi bagus untuk ASB. Berbeza dengan kaedah pinjaman yang akan dikenakan interest dan ianya berubah mengikut kadar yang ditetapkan oleh bank negara.
Samada untuk buat pinjaman atau tidak, ia terpulang kepada individu sebab ia mempunyai risiko tertentu seperti peningkatan interest,inflasi dan sebagainya. Kadar keuntungan yang ditetapkan PNB bagi ASB juga tidak tetap dan bergantung kepada keuntungan yang mereka perolehi. Dalam jadual, saya guna anggaran purata sahaja.
Kalau ditanya samada buat loan atau tidak? Better guna duit sendiri kalau mampu untuk konsisten menyimpan. Sebab jika sebut pinjaman sahaja, pastinya yang untung adalah bank.
shidi
Aku ni bukan pakar kewangan…aku cuma nak bagi pendapat sikit, apa yang sdr fahmi cakap tu betul “elok melabur asb guna duit sendiri”, itu kalau ada duit sendiri la…so kalau x dak apa salahnya hutang ‘loan ASB’, walaupun 20thn hanya dpt RM200,000 yg dah susut nilai, klu x buat, apa pun x dpt..btul x…klu korang kira-kira betul2 selama 20thn tu sebenarnya korang x byr apa-apa pun, cuma tahun pertama sahaja…caranya ialah guna kembali dividen yg dpt tu untuk byr loan, jd x keluar apa2 pun (cuma 1thn sahaja)…berbeza dgn pakai duit sendiri, klu simpan ada, klu x simpan x dak…pasal kadar berubah ‘interest’ tu x dak masalah amik yg fixed…so dah bleh bajet setiap bulan…so anda bleh pilih la yg mana terbaik….1. simpan duit sendiri selama mana yg anda mampu atau 2. buat loan ASB, byr 1 thn saja lps tu roling duit dividen…klu aku la aku pilih yg kedua la sbb aku x dak duit nk simpan selama 20thn tu…at least ada la jgk 200k utk 20thn akan dtg…dgn modal sthn saja…pk2 kan lah yer
sham
Ini kelebihan loan ASB pulak. Lagi satu sekarang ada 2 kaedah loan ASB, iaitu konvensional dan juga Islamik. Maybank menawarkan islamik. RHB hanya konvensional je jika tak silap saya sekarang ni. Bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang kukuh tetapi kurang bersemangat nak menyimpan, boleh ambik loan. Sebab ia akan “lebih” bersemangat sebab kena bayar.
Bagi pendapatan kurang stabil tu, saya tak galakkan sebab jika tak mampu bayar. Silap hari bulan boleh kena blacklist.Ini lagi susah..Ini yang jadi isu besar ni.Bila pendapatan kurang stabil,dengan komitmen kena bayar loan.Mereka akan terasa terbeban. Jadi kena sediakan pelan, sebaik mungkin agar tidak membebankan diri untuk membayar loan.
Ya. Bila sebut loan, memang bank yang akan untung. Tapi tidak bermakna kita rugi. Ada juga yang untungnya. Ia akan jadi rugi kalau tetiba PNB bayar deviden kurang dari 5%. Setakat puratanya 7% ke atas. Ada lagi yang untung peminjam loan ASB. Lagipun ASB adalah terbuka kepada bumiputra sahaja. Takde sangat persaingan. kalau terbuka rasanya bangsa cina akan berebut beli ASB ni.
Yang penting, ukur baju dibadan sendiri. Kalau mampu untuk membayar komitmen loan ASB, teruskan. Jika tidak, simpan skit-skit dalam ASB. Jangan sampai terjerat dengan hutang.
Fahmi
Salam…
Saya amat setuju dgn statement sdr. shidi bahawa option 2 yg sdr nyatakan mmg menguntungkan…sbb bayar secara paksa untuk thn pertama then gunakan dividen utk buat payment utk tahun2 yang berikut nya… tapi kita kena selalu igt, dlm setiap investment tentunya ada risk… oleh itu kita kena calculate risk jugak sblm melabur…
cth;
1. kita pinjam RM100k utk ASB loan & kadar dividen ASB maintain di atas paras 6~9% sehingga 20 tahun akan datang then Alhamdulillah kita x akan menghadapi apa2 masalah bayaran bulanan sbb kita bleh guna dividen bagi buat bayaran utk tahun2 berikutnya . Jika dividen ASB jatuh di bawah kadar 6% setahun then kita terpaksa guna duit poket sendiri bg membayar installment bulanan tersebut.
2.(Minta maaf) Nauzubillah minta di jauhkan, jika kita mati atau hilang upaya kekal then kita tak perlu bayar lagi installment sbb dh di insurankan tetapi jika kita kehilangan kerja atau hilang mata pencarian atau separa cacat, kita masih lagi perlu membayar installment bulanan (jika dividen dibawah paras 6%). Jika kita gagal membuat bayaran bulanan then kita akan didenda 1% untk lapse penalti.
3. Jika kadar BLR melebihi kadar dividen ASB, then jumlah tahun pinjaman akan dilanjutkan… contohnya, 100k kita kena bayar ansuran selama 25tahun… oleh kerana BLR melebihi dividen ASB untuk sesuatu jangka masa tertentu… jadi tempoh bayaran sdr. akan dilanjutkn dari 25 ke 30thn.
4. Liquidity- kita kena tunggu smpai 20tahun akan datang untuk tempoh matang loan berkenaan bagi menikmati saving yg kita buat pada hari ini. Sedangkan matlamat utama saving adalah untuk menampung keperluan kita di saat kita amat memerlukan duit. Jika apa2 musibah yg memerlukan RM$$$$, kita terpaksa mencari alternatif lain sedangkan matlamat menyimpan adalah untuk menolong kita di saat kita kecemasan & amat2 memerlukan RM$$$$….
cuba kita renung2kan sejenak… jika kita fikir ada byk lagi risiko yg boleh kita calculate seblm membuat pinjaman bagi tujuan melabur.
encikazuwan
cuba bandingkan untuk loan period dgn simpanan konsisten selama loan period itu.
BLR berubah-rubah pun kena ambil kira.
wani
nak tanya kalau sy wat dalam masa 25 taun,tapi katakanlah sy nak berhenti selepas 3 taun,bila saya akan dapat duit yang setakat sy simpan slama 3 taun?
garbage
salam…
sy ingin bertanye….sekiranya mmbuat pinjaman dgn tempoh yg singkat adakah adakah itu lebih menguntungkn dn kurang resikonya…. let say 50k untk 5 tahun…
sham
Pinjaman lebih singkat, lebih rendah interestnya dan lebih rendah risikonya.
shah
salam..sy x de pengalaman langsung pasal pelaburan asb ni..umur sy baru 22tahun .tp sy berminat nk melabur cuma x taw cara mane paling selamat…tujuan utama sy adalah untuk pbelanjaan kwen dan selebihnya untuk mase dpn..sy cadang nk amk 30ribu untuk 25 tahun..adakah ia untung ataupon rugi??dan ckup 5 tahun sy nk ambil dividen untuk belanja kawen..adakah ia wajar??ataupun x payah usik langsung dividen??bagaimana pula dgn BLR??sy kurang fhm dgn apa itu istilah BLR..boleh tlg jelas kn??adakah BLR boleh membuatkn kite rugi sbb ia meningkat stiap tahun??pada pendapat anda yg arif,bank manakah yg patut sy pilih???dan adakah bank menawarkn kadar faedah fixed rates??sy harap anda dpt membantu sy..terima kasih..
hagu
salam..saya nak tanya…mcm saya ni ade buat asb..tapi skarang saya x mampu da nak byr..so,bank da bagi msg yg saya akan di blacklist kan..so,macam mana ye..saya memang betol2 x mampu nak teruskan lagi..boleh x saya bukak akaun bank lain?maksudnya kalau saya bukak akaun bank lain,kena tolak x duit simpanan saya nanti?mintak tolong jasa baik balas dekat emel saya ye
sham
hagu ke bank dan berbincang dengan bank. Cari penyelesaian terbaik seperti kurangkan jumlah bayaran bulanan dan lanjutkan tempoh bayaran. Ia boleh dibincang. Bank nak duit mereka balik je. Kadang2 mereka boleh mempertimbangkannya.
kaixa
salam semua nak tanye..tgk skunk nie makin ramai yg membuat loan asb..ade gak yg wat simpan pd unit trust.let say public bank la.boleh sy tahu mane yg lagi ok dan stabil untuk dah selamat untuk jangka masa panjang..sebb kita semua tahu ekonmi tak menentu dan automatik kadar BLR tak stabill.. .harap2 otai2 dapat memberikan penjelasan..thanxxx
myvitrd
Salam tn. tanah,
Saya ada pengalaman dengan ASB ni sejak tahun 2004, saya mula2 meminjam untuk pelaburan sebanyak RM20k je.. sebab masa tu mampu bayar sebulan dalam 151 sebulan selama 15 tahun..
Apa yg saya buat adalah saya modalkan bayar untuk tempoh setahun je selepas tu saya bayar tahun berikutnya guna dividen yg dperolehi.. so far masih ada baki dari dividen tu untuk bayar setahun pinjaman tu.
Masuk tahun 2009 saya telah terminate akaun pinjaman tu sebab saya nak tambah pelaburan baru sebanyak RM50k atas sebab masa tu ada offer (BLR – 3.0)
Apa yang berlaku dengan pelaburan saya selama ini dengan pinjaman 30 K tu adalah bank telah memulangkan semula baki bayaran bulanan yang saya buat sebelum ini setelah menolak berapa baki pnjaman yang tinggal.. dan baki yang di pulangkan tu saya telah gunakan untuk bayar setahun pinjaman 50K.
Kiranya sampai sekarang saya tak keluarkan duit sesen poh untuk bayar pinjaman tu.. dengan kaedah bayaran dibuat guna Dividen.
Jangan risau andai suatu hari kita tidak mampu untuk membayar balik pinjaman tu.. kita boleh ke Bank untuk terminate pinjaman tu.. dan SIJIL ASB akan ditebus semula.. dan sekiranya ada baki pinjaman akan dipulang semula kepada kita..
Yang penting takda rugi pon.. Terserah pada individu.. macam saya memang susah nak komitment simpan duit bulanan.. dengan cara pinjaman macam ni.. baru ada komitment untuk bayar..
Itu pengalaman saya..
calculate
SANGAT SETUJU dengan saudara “Fahmi”….
“jangan sesekali membuat pinjaman untuk melabur”
buktinyer,.. kita tgk sifir mudah matematik…
KAEDAH 1…
Pinjaman “30,000” bagi tempoh 20 TAHUN
Jumlah Bayaran RM 47,424.00
Jumlah akhir ASB RM 116,090.53
Keuntungan RM 68,666.53
Hakikatnya,…
RM 116,090.53 Baki akhir ASB jika tiada pengeluaran Dividen
(Klau tiap2 tahun keluar dividen utk rolling ansuran,
jwpnnya baki akhir tetap RM30,000 wlaupun stelah 20 tahun)
klau boleh maintain byar RM116 bg 3 thun pertama
& RM212 bg 17 thun berikutnya.. dan juga
tidak membuat pengeluaran Dividen setiap tahun..
klau camtu, lebih baik…
KAEDAH 2…
simpan tetap RM116 bg 3 thun pertama
& RM212 bg 17 thun berikutnya..
dan jika tidak membuat pengeluaran Dividen… baki terakhir ASB adalah RM99,075.21
(keuntungan berdasarkan pulangan minimum 7% setahun)
so, mana yg untung…???
RM 99,075.21 @ RM 68,666.53 …..???
hakikatnya,..
RM116.090.53 = RM 68,666.53 (keuntungan kamu) + RM 47,424.00 (keuntungan bank)…
cuba lihat >>http://www.bicarajutawan.com/forum/t180/
sham
Ini pro and cons tentang pinjaman ASB. Terima kasih tuan calculate.
mat
untg wat lasb..mcm2 teknik ade,,tuan2 dan puan2 leh rujuk kat web carigold…saving investment….n klik himpunan teknik lasb dr ikeda,,
mr er6n
mr/mrs calculate,
Untung 30ribu selepas 20 tahun tu tanpa kita keluarkan duit pun. kita byr tahun pertama je. tahun 2 seterusnye just rolling duit dividen je. Jd untung 30 ribu – bayaran tahun pertama. dptlah dlm 25 katakan. lebih baik dr tak b uat apa2. sbb tak dpt apa-apapun.
Sara
Salam, merujuk kepada komen calculate, saya rasa ada percanggahan. Ini kerana u kira keuntungan loan asb di tolak dgn jumlah yang kita bayar pada tiap2 bulan. tetapi bila untuk kira keuntungan sendiri u tak kira berapa jumlah yang kite simpan di asb. memang kita tak buat loan, tapi kite keluarkan duit kite sendiri, so sama juga dengan kite bayar tiap2 bulan dekat bank. bezanya cume kite bayar kat bank, dan lagi satu kita simpan sendiri. tetapi tetap sama juga. apabila hendak buat pengiraan, u kira pulak kos bayar pada bank. tetapi saving sendiri pun tetap kite keluarkan duit jugak. maaf jika saya salah. tetapi saya dah buat kajian. terima kasih
bob
Encik Fariz adalah seorang usahawan yang berjaya yang memiliki dua premis pejabat tingkat. Beliau mengupah 20 kakitangan untuk membantu beliau pada operasi kerja harian. Beliau berusia 30 tahun pada 2010. Beliau mempunyai sebuah keluarga yang besar dengan 5 orang anak. Kebanyakan kakitangan beliau tahu beliau sebagai jenis orang yang sangat penyayang. Dalam usia 30 tahun, Encik Fariz telah membeli banyak aset seperti rumah, tanah, kedai banyak dan lain-lain. Walau bagaimanapun Encik Fariz graduan seni, menghadapi beberapa masalah yang berkaitan dengan perancangan kewangan. Dia perlu untuk mengupah seorang perunding kewangan untuk membantu beliau dalam perancangan pelaburan terutama untuk kehidupan peribadinya. Dalam 10 tahun, Encik Fariz mahu mempunyai penjimatan untuk setiap anak-anaknya, memiliki lot banglo, dan mempunyai RM200, 000 tunai di dalam akaun peribadinya. Sebagai seorang ahli perniagaan, Encik Fariz mendapat pendapatan yang tidak konsisten setiap bulan, tetapi pendapatan minimum perlu dipertimbangkan untuk memberikan semua komitmen.
TUGAS
Sebagai perunding kewangan yang bekerja dengan salah satu bank komersil, anda akan diberikan tanggungjawab untuk membantu Encik Fariz dalam perancangan kewangan selama sepuluh tahun. Nasihat anda MESTI termasuk keuntungan faedah yang dibayar dan faedah, bayaran bulanan bagi setiap pinjaman yang diambil oleh beliau. Anda boleh memasukkan istilah lain jika anda berfikir ia diperlukan untuk membawa lebih banyak manfaat kepada Encik Fariz.
boleh bantu??
ayil
Want to share something about ASB loan, for me the calculations are very
simple. Based on my experience, I took maybank 80k, RHB 80k. These are
what I’ve been doing for 1 year++.
~ START MAYBANK QUOTE~
Bank: Maybank – Amount Loan : RM80,000.00
20 years tenure / Monthly repayment – RM470.00
RM470 x 12 months (1 year) = RM5,640.00
RM470 x 240 months (20 years) = RM112,800.00
Total Interest: RM32,800.00
Dividend (if let say 8% whole 20 years) :-
Yearly = RM80,000.00 x 8% = RM6,400.00
Total Dividend :-
RM6,400 x 20 years = RM128,000.00
Total Profit (after 20 years) :-
We earned RM15,200.00 and RM80,000.00 inside our ASB.
Result / Conclusion :-
1st year = monthly repayment was painful for me, but after I got the dividend,
I’ve settled all 2nd year re-payment. This method will be continue for the
remaining re-payment for the next 18-19 years.
~ END MAYBANK QUOTE~
~ START RHB QUOTE~
Bank: RHB – Amount Loan : RM80,000.00
20 years tenure / Monthly repayment – RM534.00
RM534 x 12 months (1 year) = RM6,408.00
RM534 x 204 months (17 years) = RM108,936.00
Total Interest: RM28,936.00
Why 17 years only? Haaaaa…. There’s one HUGE different between
RBH vs Maybank, RHB offered me, FIRST 3 YEAR I don’t have to pay
any single cent. Therefore, my yearly interest starts on the 4th year.
Dividend (if let say 8% whole 20 years) :-
See below calculation.
Nice? Think about it, the 1st 3 years you never touch the asb dividend.
1st year: RM80,000.00 + RM6,400.00 = RM86,400.00
2nd year: RM86,400.00 + RM6,912.00 = RM93,312.00
3rd year: RM93,312.00 + RM7,465.00 = RM100,777.00
4th year (when you need to pay RM6,408.00 yearly) : RM100,777 + RM8,062.00
January on the 4th year, you’ll received RM8,062.00 as your yearly dividend.
RM8,062.00 – RM6,408.00 = Earned RM1,654.00
Total Profit (after 17 years) :-
We earned RM28,188.00 and RM100,777.00 inside our ASB. (That’s if you take out the RM1,654.00, if you keep them, the total earning would be in different / greater figure)
Result / Conclusion :-
It’s a very good deal BUT we must be very patient with this plan.
~ START RHB QUOTE~
Btw, I took their service when they did a promotion, hence interest might be
higher/lower than certain people now. Depends on the bank rate on that time.
Age range below 25 years old better go for ASB loan. Less liquidity.
I’m not a good adviser, you may go to the bank to ask for a consultant.
fatris
Salam,
Adakah anda semua yakin bahwa kadar ASB kekal pada paras 7-8% setahun?? Tren telah menunjukkan bahawa dividen yang diberi semakin kecil dari tahun ke tahun. Dalam tahun 1990-2000, kadar dividen adalah antara 10 -14% tetapi kini hanya 7-8% sahaja. Saya yakin dalam dekad akan datang kadar dividen ASB ni akan terus menyusut kepada 5-6% sahaja..ataupun mungkin bawah daripada itu. Ia adalah disebabkan oleh persekitaran ekonomi dan inflasi yang berlaku dewasa ini.
sham
Tiada jaminan ia akan kekal. Jika BLR masih rendah, ia masih lagi menguntungkan semua pelabur saham asb ini. Semuanya bergantung kepada prestasi pelaburan yang diuruskan oleh PNB.
Jika dulu boleh beri 10-14% disebab adanya pelaburan dalam bidang yang bertentangan dengan islam seperti arak dan judi. PNB telahpun menarik balik semua pelaburan dalam bidang itu bagi memastikan ianya patuh syariah.Dan hasilnya adalah halal untuk dinikmati oleh orang Islam.
sholai
ingin bertanya kepada otai2 skalian..saya telah membuat loan 30k di maybank tahun march 2011..kalo menurut dividen+bonus=8.8% sepatutnya mendapat rm 2640 untuk tempoh setahun.
oleh kerana pembayaran mula dbuat ialah bln march, brapakah dan bagaimanakah kiraan yg betul bagi div+bonus bagi pelaburan saya ini?
kalo menurut kiraan saya sendiri: dividen (bagi 10 bulan kerna start bulan march)=(rm30,000*7.65%*10 bulan)/12 bulan=rm1,912.5
bagi bonus pulak,(rm30,000*1.15%*10bulan)/12bulan=rm287.5
so, jumlah div+bonus=1,912.5+287.5=rm2,200( adakah cara kiraan ini betul)
jikalau kiraan ini betul, mengapa bonus asb saya hanya mendapat rm29.71 saja..yang membuat saya lbh bingung pegawai bank maybank ckap pada tahun pertama loan asb pihak pnb hanya memberi 10% dari nilai bonus ke dalam akaun saya.nilai bonus akan diagihkan 20% thn kdua,30% thn ke-3 dan sterusnya..brmksud thn ptama 90%=rm257.79 dipotong phk pnb..adakah ini benar dan mengapa tidak tertera dlm agreement dan tidak diberi tahu oleh phak bank sblum mengambil loan..diharap pihak tuan yg lbh arif dpt jelaskan.
jack
tq, nak tahu asb halal ke haram, tengok you tube, banyak ulasan dari pakar,
sham
Adik dan kakak saya menerima dividen Rm1700++. Mereka juga start loan pada bulan mac 2011. Pelik jugak jadi macam tu. Adik dan kakak saya ambil loan dari RHB.
sholai
mksudnya adik dan kakak sham pun berada di posisi yg sama lh ni..hmm..pelik juga..kalo ikt kiraan bonus sbnar kami spatutnya dapat rm2200 kalo loan start bulan march tahun lpas.nampak gaya dari explaination pgawai bank(maybank) tersebut btul2 mbuka mata bakal2 org yg nak mlabur melalui pnjamann bank.renung2 kn ..
sham
adik dan kakak saya menerima RM1700+ dividen pada tahun pertama. Mereka buat loan RM30,000.
sham
rasanya pengiraan lebih kurang macam ni la..
dividen = 8%
30,000 x 0.08 =200
jika bermula pada 1 mac, ia kan kira sebagai 9 bulan. Kalau selepas 1 mac, 1 april baru dikira sebagai bulan pelaburan. Jadi
dapat 8 bulan jela.
8 x 200 = rm1600
tambah skit bonus, dapatla rm1700 lebih..macam tu la diorang kira lebih kurang.
shah reza
antara pelaburan emas Ar Rahnu dengan pelaburan ASB 200k, mana lebih baik ya?thanks.
sham
ar rahnu bukan pelaburan tetapi pajak gadai islam. Kita gadaikan emas kita untuk dapatkan duit. tempoh gadainya biasanya 6 bulan.
al
mcam mana nak bawak keluar duit pinjaman asb rhb kite tu td ek? cam sy ade tick kat rm10k tu.. de sape2 leh tlong?? terima kasih…
elly izwan
al, duit loan asb tu hanya boleh bawa keluar bila dh habis bayar loan, selagi tak habis bayar kita hanya boleh bawa keluar dividen asb je (itu pun kalau nk la)…
Saya buat loan asb dengan RHB 5 Tahun lepas utk 10k (itu je yg saya mampu) dan alhamdulillah bulan ni last payment yang saya buat. Insya allah plan nak sambung lagi, dlm 30k tp tak nak lama2…
elly izwan
sham, pengiraan awak tu mmg betul, kes tu pernah jadi pada saya dan untuk kepastian saya ada tanya officer rhb untuk confirm kan….
aisha
sy ad wat loan dgn cimb 55k dgn byaran rm344 setiap bulan.sy stat wat loan buln july 2010 n bcdang nk keluarkan awal thun 2013..sy ad bertanya dgn pihak bank berapa jumlah bayaran yg sy dpt..tp penjelasan pegawai tu kurg memuaskan..die ckp sy akn dkenakan penalti lbih kurg dkat 2k n sy cuma bole dpt blek duit sy dlm 1400 je..btul ke?abes yg selama 2thun lbih sy byr 344 tiap2 bulan..ke mane pg duit 2?sy x bole dapat balik ke?knape jmlah yg sy bole dpt cuma 1400 je??huu..plz bg pnjelasan..sy perlukan duit 2..
sham
masa buat loan, kena baca terma dan perjanjian betul2. Simpan sendiri berbeza dengan loan. Jika simpan sendiri, kita ada kuasa penuh terhadap duit berkenaan. Jika dengan loan, kita diberikan sijil asb dimana sijil dipegang oleh bank. Ia akan diserahkan kepada kita setelah pinjaman selesai.
Sama juga dengan takaful, tahun pertama jika anda membatalkan polisi.Anda tidak akan dapat apa apa. Jika tahun kedua, dapat 25% je. Tahun ketiga 50%.
Jika ingin buat pelaburan, gunakan duit sendiri lebih baik berbanding loan. Kelemahannya ialah komitmen kita untuk menyimpan agak kurang.
Org kampung
Kalau ada budget lebih baik loan sampai maksimum RM200k utk tempoh 20 thn. Kalau dpt dividen & bonus 8% dapat la RM16K setahun. Kemudian biar je beranak pinak dan jgn usik sampai 20 tahun. Cuba anda bayangkan berapa banyak income dari ASB yang akan anda dapat. Contoh penggiraan dibawah :
Tahun 1 dpt la RM16K ( anggap D & B = 8% ) iaitu bersamaan dgn RM216,000.00
Tahun 2 dpt la RM216K x 8% = RM17,280.00
Tahun 3 dpt la RM233,280.00 x 8% = RM18,662.40
Tahun 3 dpt la RM251,942.40 x 8% = RM20,155.39
Tahun 4 dpt la RM272,097.79 x 8% = RM21,767.82
Tahun 5 dpt la RM293,865.61 x 8% = RM 23,509.24
Tahun 6 dpt la RM317,374.85 x 8% = RM25,389.98
Tahun 7 dpt la RM342,764.83 x 8% = RM27,421.18
Tahun 8 dpt la RM370,186.01 x 8% = RM29,614.88
Tahun 9 dpt la RM399,800.89 x 8% = RM31,984.07
Tahun 10 dpt la RM431,784.96 x 8% = RM34,542.79
Keseluruhannya berjumlah RM466,327.75 dalam masa hanya 10 tahun sahaja dan belum kira sampai 20 tahun.
Itu anda boleh kira sendiri. Andai kata bayaran bulanan LOAN ASB RM1,250.00 x 12 x 20thn = RM300,000.00
Keuntungan anda RM466,327.75 – RM300,000.00 = RM166,327.75
Keuntungan bersih RM166,327.75
Itu belum dikira lagi untuk 10 tahun akan datang kerana pinjaman kita adalah untuk tempoh 20 tahun. Anggap (CONTOH SAHAJA) saja untuk tempoh 10 kemudian kita juga dpt RM466,327.75
Maka pendapatan kita dlm 20 tahun ialah RM466,327.75 + 166,327.75 + RM200,000.00 ( pinjaman yg dah matang ) = RM832,655.50
WOW ! Banyaknye, sungguh tak sangka kan ?
Betul ke or saya yang silap buat kira-kira ni sebab matematik sy memang fail dulu hehehe…
Perkiraan di atas hanya anggaran sahaja dan sbg panduan dan rujukan.
Kalau penggiraan saya silap tolong perbetulkan. Apa yang saya tahu kita hanya dibenarkan menyimpan hanya RM200K untuk kali pertama dan tidak boleh menambah nilai simpanan kita. Tetapi kita boleh mendapat keuntungan dari dividen dan bonus yg diterima setiap tahun dan biarkan ia beranak pinak sehingga sejuta or unlimited. Bayangkan kalau dah sampai sejuta …?
RM1,000.000.00 x 8% = RM80,000.00 setahun.
Renung-renungkanlah.
Sekian terima kasih daun keladi, ada masa jumpa lagi.
Kalau ada silap dan salah tolong maafkan keran kita sama-sama belajar di sini.
Org kampung
Ops ! tersilap sikit kat penggiran diatas iaitu jumlah loan dan tahun. Pembetulan pinjaman bulanan RM1250.00 x 12 x 25 tahun = RM375,000.00 jumlah loan yang kita perlu bayar kpd institusi kewangan X.
Maka keuntungannya :
RM466,327.75 – RM375,000.00 = RM91,327.75
Maka pendapatan kita dlm 20 tahun ialah RM466,327.75 + 91,327.75 + RM200,000.00 ( pinjaman yg dah matang ) = RM757,655.50
UNTUNG BERSIH RM757,655.50 dalam masa 20 tahun.
Ok, sekian terima kasih.
Org kampung
Lantoi
Apa yg penting buat asb loan mesti islamic loan. bukan cam RHB dan CIMB setakat ini masih conventional. hanya Maybank saje yg ader LASBi . saya buat dah 2 tahun dulu pada usia 37 tahun . walau pun dah lama LASB dah ader tapi sebab dulu(kalau tak silap) sebelum tahun 2009 semua LASB adelah conventional yg berteraskan riba. so walaupun aku tahu untung tapi apakan daya perintah Allah lebih layak utk dituruti dari menagih keuntungan dunia. SO bila ader LASBi aku henjut 100k untuk diri sendiri(sebab tak buat 200k kerana dah ader asb duit sendiri 100K), henjut 200k guna nama ister, pastu pinjam nama anak sedara 1ook lagi, yg aku punye aku bayar bulan-bulan , yg 300k lagitu rolling dividen…… So nak buat atau pun tidak terpulang sendiri punya tanggungjawablah . target aku umur 50 tahun insya Allah ader sejuta duit asb belum kira KWSP lagi. so aritua sok boleh jln-jln tengok cucu dah tak menyusahkan anak2, mati esok anak-anak merasa apa yg ayahnya tinggalkan semoga itu jadi amal jariah diakhirat kelah. Insya Allah
Jiggoi
Lantoi…..x Kira mna2 bnk pn……conventional ke Islamic ke……mesti ade perjanjian mase sain latter offer……so Islam tuh mudah……bila ade perjanjian…Dan persetujuan di antara kedua dua pihak jdknye perjanjian tuh halal……maksudnye ade Akkad kt situ……just logical la…….ermmmm lg satu klu da ade simpan suit bebyk……..jgn lupe lak bayo zakat simpanan & zakat Harte………k…..tuh just pendapat saye jerk………
sya
salam pun x beraper dlam kira2..kurang jelas..tp sya difahamkan asb loan nie mmg bagus..cuma sya x reti nk kira…saya buat pelaburan 30,000 dalm 25 tahun..join pada 1/11/2011—boleh x sesiapa yg baik hati tolong kira kan utk saya bulanan sya bayar rm189.16
harap bantuan pada yg sudi..
ema
saya pun x brapa nk puas hati pasal asb…dividen dah btol tp bonus byak sangat kurangnye….kenapa ye??
sham
Dividen bergantung kepada tarik masuk duit… kalau masuk pada 1hb januari. Boleh dapat full dividen. Kalau tak, ia akan berkurangan. Contohnya kita masuk pada bulan Julai, jadi ia hanya dikira bermula Ogos sahaja dividen akan diberikan.
Dean
ASB loan adalah cara terbaik buat budak2 muda yg mcm saya yg suka enjoy and every end of month terfikir2 mana perginya duit aku? ASB juga berjaya mendisiplinkan diri supaya menyimpan utk hari tua( beringat) untung ka rugi itu mungkin harus difikirkan. Namun, ASB memang untung jugalah, sbbnya kita ada dua cara…sama ada guna dividen untuk rolling ataupun gunanya untuk membeli emas, pajak dekat arahhnu dan buat lagi loan…hurmmm banyak cara nak untung…dan kita harus berani…risiko? mmg ada dimana2 jadi lah generasi yg berani…menghadapi risiko tetapi pada masa yg sama bijak dalam mengatur kewangan …tidak perlu hebat dlm pengiraan cuma tau basic saja( +/- x) hebatkan?! tepok dada tanya selera…
tak suka loan
ramainya pakar memberi pendapatan pendapatan .
yang penting sedekah, zakat dan wakaf jangan lupa.
pergi haji guna duit yang halal dan dari pelaburan yang disahkan halal oleh syariah.
semuga berjaya hidup dunia dan akhirat.
Iqbal Naim
Sy mmbuat loan asb melalui easy rhb dgn byran rm203 sbln loan 50k selama 25thn. iaitu byar duit faedah faedah dahulu selama 5thn…sekiranya sy terminate loan tersebut.adakah sy mndpt blk jumlah yg sy sudah byr…
sham
kalau ada lebihan, bank akan pulangkan duit tuan. Bank akan tolak dulu bahagian diorang lepas settlekan dengan pnb.. kalau ada lebihan, ia akan diberikan kepada peminjam. Selain memang dah dapat dividen daripada ASB.
jude jerry
tak mampuh bayar
baru 2 tahun aduhhhhhhh muplis @blacklist
ain
Salam, sy jg ada mbuat asb loan dgn easy rhb pd thun 2013 dan
Pd thun ni sy rasa beban n x mmpu lg nk teruskan pmbyrn. Sy nekad
Nk batalkan asb loan tu selepas setahun komited byr bulan2..hu5
Lebih baik sy batalkan cepat2 skrg dpd nama sy di blacklisted dn
Bank pun asik call n htr sms selagi x byr which i rasa annoyed sgt. Tpi
Sy x tau cara nk batalkan dn adakah sy akn dikenakan penalty or otr
Charges..anyone pls..
sham
ada penalti kalau kurang daripada 3 tahun.
aaron aziz
sham .. saya punya masalah sama dgn ain .. ada kah nama saya akan di blacklist kan ? .. kalau penalti tu kira berapa ? .. ada cara lain tak nak settle kan ? .. ada kah saya perlu pergi ke bank untuk bincang ? .. sebab saya dah tak bayar selama 3 bulan .. ada tunggakan hampir 1k .
atan fasrul
Utk pengetahuan skim yg dipaparkan open admin sudah TIADA dgn makna RHB tidak lg menawarkan skim tersebut. Utk keterangan lanjut sila hubungi sy.. 012.2839432 atan fasrul.. (call/sms/watsapp)
atan fasrul
Salam.. saya adalah salah sorang pakar dalam skim pelaburan ASB. Boleh hubugi saya di talian 012.2839432 utk temujanji.. call / sms / watsaap ..
mira
askum, sya nk tnye klo sya dh sthun. dvdend dh mskkan. klo sya kluarkn saving n msukkn. bnyk ke dvdend akn xdpt. tlong bg pnjlasaan dkt sya
sham
Dividen bergantung kepada pengumuman oleh SPNB pada disember setiap tahun. Biasanya dalam 8% sejak kebelakangan ini.
min
salam, saya nak tanya mcm mana kita nak tau balance pinjaman yang kita perlu bayar yew andai kata nak bayar habis.. after bayar tue kita akn dapat sejumlah duit yang kita pinjam ke? sebab saya ada buat pinjaman start 2008, cuma 10ribu sahaja.. jadi andai kata saya telah habis bayar 10ribu dalam masa ditetapkan , bagaimana prosedur selepasnya? mohon penjelasan tuan.
eikin
saya bru 5bln bt pinjaman asb RM30,000.00 .. bleh x wang pinjaman 2 dikeluarkan
sham
Pinjaman ASB tersenarai di dalam rekod CCRIS Bank Negara. Jika ingin membuat pinjaman kedua, pihak bank akan menilai kemampuan membayar balik berdasarkan pendapatan yang ada.
Untuk kepastian, mohon ke bank untuk dapatkan kepastian baki pinjaman dan tempoh masa. Jika pinjaman telah berakhir, pihak bank akan memindah milik sijil ASB berkenaan kepada peminjam. Tuan MIN akan menerima sijil ASB berjumlah RM10,000 apabila pinjaman selesai. Semua dividen dimasukkan terus ke akaun ASB. Pihak bank akan memegang sijil ASB sebagai cagaran pinjaman berkenaan. Jika sudah selesai, ia akan diserahkan kepada peminjam.
LARA
ekin..loan asb utk dpt dividen kn…tggu bln 1 dptlh dividen…bleh keluarkn
arman
saya rasa simpan dan labur guna duit sndiri…xdpt simpan byk simpan sikit…waspada…semua kt sni bknnya xleh mlabur duit sndiri tetapi nk untung byk..biasala…tp kne igt korner kt mna pon skali yg pasti untung adalah institusi tersebut..terpulang pd anda…xde istilah mampu or x, smpai perlu loan..at the end of the month kne byr jgk installment..boleh istikamah dlm myimpan…sekdar pndapat sndiri
sham
guna duit sendiri tu pun betul. Kalau ikut petua pelaburan warren buffet, mcm tu la. Cuma apa terjadi kalau kita meninggal (minta dijauhkan), tabungan akan terhenti. jika dengan pinjaman, ada takaful yang akan covers. Jadi family akan dapat duit pelaburan tu secara penuh.
Tapi guna duit sendiri tu memang betul. Tak terikat dengan hutang.
ahmad firdaus
Pada saya..ABS loan nie untuk orang ada lebihan duit…itu kita kata orang banyak duit dia akan generate more money..tk sesuai untuk yang cukup2 sahaja…overall saya cakap ASB loan adalah menguntungkan kerana.
Untuk 200krm..modal setahun sekitar 13k dengan sekali modal..
isu BLR…jikalau BLR naik sekali pun setiap tahun max rm70 sebulan kalau setahun rm1000..kalu loan 25 tahun tambahan 25krm + principal 13k tahun pertama…jadi kalau ikut modal hanya 38krm untuk keuntungan 200k..kita anggap dgn inflasi selepas 25tahun nilai 200k tu dah jadi 100k…jadi still lagi untung 100krm tambah 38krm….walaupun tk banyak…duit tetap duit yaaa…sape nak bagi….sy kira lumsum je..tk kira detail…
mohd shah
saya nak tanya,saya ada buat loan asb dengan maybank tetapi saya ada tunggakan 3 bulan,adakah sijil saya akan dijual dan dividen masih dapat lagi ke,saya nak sambung balik loan tu…adakah saya akan di kenakan penalti….buntuuuuu
arif
Saya rasa guna duit sendiri lebih baik sebab bank ade hidden charge..lebih2 lagi bila nak tutup acc asb(asb)…contoh bayar interst sahaja 4% setahun pada bank dan kita hanya dapat untung hanya 3% tak termasuk hidden charge waktu nak tutup acc hutang tersebut.
jadi rugi sebenarnya. mana2x bank pun sama cuba kena baca agreement betul2
yan
Belajar teknik dari tn Ikeda di carigold terutama page 1 sampai 10…Himpunan teknik loan ASB…insyaallah anda akan celik..
mas
Sy ada buat loan rhb sbyk 50k utk tmpoh 20thn. Monthly 311.70. Bcadang nk rolling dividen shj n stop bila dh sampai 3 tahun. Ada keuntungan tak? Dan boleh tk sy keluarkn semua dividen termasuk apa yg saya dh bayar slma 3 thn ni. Ada penalti?
mr.m
Den dulu buat loan ASB rm50k selamo 25 tahun, bulanan rm310… tanpa ambik dividen + bonus setiap tahun (kenkadang ado kuarkan skit skit idupkan rotek keto n moto).. tahun ke 8 dapek rm38,000++ bayar full settlement rm35,400 kat bank… jumlah yang den bayar loan selamo 8 tahun tu rm31,000.. sekarang den dah dapek CASH rm50,000… campo dividen yang belen bayar fullsettlement tu rm53,000 den masukan dalam asb… dah xpayah bayar bulan laie tahun yang ke9..
.
.
mas–> Kalu rolling dividen sajo pon ado untung… kalau tigo tahun mas dapek la rm5,900++ sobab duit ‘pokok’ yang kito dah bayar bank pulangkan balik..
.
.
Kalau nak donga radio online datang la http://www.muncet.net
Sharifah noorazah
3-4tahun yg lepas saya nak ambil loan personal rhb tapi tak lepas sbb gaji tak cukup n pihak bank rhb suruh saya try asb loan loan asb rm10k lulus.saya tak bayr satu sen pun selama 3-4 thun nie kerana saya nak loan personal.sampai sekarang nama saya masih ada di bank negara.saya tak blh buat loan rumah n kredit card.kenapa masih 4thun rhb tak selesai kn.saya ada buat report di bank negara n pihak rhb.masih tak jawapan.hingga kini saya tak dpt nak beli rumah or kereta.mmg bank rhb penipu.
zairi
zai
Bos,mcm mne skrg,,asb dviden 2015 dh smakin mnurn,,adkah berlaku krugian lpas ni utk 2016,,dgn keadaan ekonomi yg xkkuh utk awl thun 2016,,so,,perlu x kita ttup akaun loan asb?
sham
Tuan, saya bukan ahli nujum untuk meramal. Harapnya PNB tak melabur dalam bidang oil&gas sebab ia sedang mengalami kejatuhan.
Apa yang boleh saya cakap, ia adalah risiko pelaburan. Loan asb sekarang perlu tambah dengan GST lagi. Walaupun ia jamin oleh kerajaan. Dividen tetap ada, cuma adakah ia mampu untuk rolling atau berguling ditengah jalan.
km
Salam, saya nk tanya mengenai harga jualan. Jumlah diluluskan rm101971.00. manakala harga jualan pula adalah 246108.65…. boleh terangkan secara detail? Lg 1 Kalau pinjam 20 tahun dan selepas 20 tahun duit akan dimasukkan didalam akaun asb terus? Atau bayaran boleh belanjutan selepas 20 tahun?
delema insan tanpa sijil sekolah
tuan2 puan2 sya nak bertanya
saya pernah buat pinjaman 10ribu asb yang kena bayar bulan2 tu ,tapi saya hanya sempat bayar sebulan je ,selepas tu saya tiba2 saya tak dapat nak membayarnya sebab nya tak ade keje
hairy
assalamkum sy nk bertanya sy ada buat loan 50k dgn maybank so sekarang sy nk terminate tapi untuk tiap² tahun sy ada ambik dividennya berapakah sy akan dapat sekiranya sy terminate atau sy tidak dapat apa² langsung sbbkan sy ada ambik dividen tiap² tahun mntak yg arif untuk beri penjelasan…trima kasih.
sham
Boleh terminate. Boleh ke bank dan isi borang serender kat bank. Jika ada lebihan pembayaran, ia akan dipulangkan dalam akaun ASB. Tapi jika kurang daripada tempoh tertentu seperti RHB 2 tahun, akan kena penalti kerana terminate awal. Jika lebih 2 tahun, tak kena penalti/denda. Maybank jika tak silap 3 tahun. Jika salah mohon perbetulkan.
che mat
sudah2 la nk menipu.. easy rhb bank mmg penipu. untuk pengetahuan semua yg berminat utk melabur dgn easy rhb ni. pikir la masak2. jumlah keuntungan yg mereka pamirkan lbh kurg betul tp dgn syarat anda tidak mengambil duit dividen yg anda dpt. makna nya anda kena byr setiap bulan tanpa mengambil dividen yg anda dpt setiap thn. lg 1, kadar faedah yg dikenakan oleh easy rhb adalah terlalu tinggi berbanding dgn bank2 yg lain. tp modus operandi mereka aku x tau la. samada sama @ x. aku dh melabur selama 3 thn. penerangan pegawai easy mengatakan aku akn dpt dlm 10k jika genap 3 thn. tp malang, pegawai dr RHB bank sendiri ckp aku cuma dpt 3k shj. aku tanya knp sikit sgt jumla nya tu. peg RHB bank ckp, pegawai easy mmg mcm tu, x nk bg maklumat yg sebenar. dh ramai cust yg kena. jd aku pn ckp 3k pn 3k la. aku pn tutup la loan asb dgn easy tu. selepas sebulan penutupan akaun. aku terkejut, aku cuma dpt 1k shj. 2k lg x tau mn hlg. aku dh pergi dkt RHB ptg dt lps solat jumaat. peg RHB bank ckp rekod pembayaran aku cantik n aku sepatutnya dpt 3k. skrg dia pn pening. dia ckp mungkin dia akn byr berperingkat. tp yg pasti aku pn x tau aku blh dpt @ x duit aku balik.
ayuna
Comment Text*
tuan nk bertnya sy ada wat pinjaman 20k loan rhb dan dah 5 tahun lebih..sy dah terminate pihak bank ada pulangkan baki pada sy..nk tnya jualn kita terminate tue adakah kita akn dibyar oleh pihak PNB jgak?? sbb kata pgawai bank ..bank akn bg lebihan baki dan PNB akn byar jagk…btul ke. tak faham sngat.
sham
Kalau ada lebihan, ia akan dimasukkan ke dalam akaun ASB.
adil
nak tanya,saya ada buat asb loan 200k kat cimb.selama 2 tahun saya terminate loan tersebut.ada kah saya akan dapat apa2 bayaran daripada pihak bank?minta penjelasan,tq
sham
Jika ada lebihan, ia akan dimasukkan ke dalam akaun asb tuan setelah urusan penjualan sijil selesai. Itupun jika tiada tungakan dan bergantung kepada nilai semasa saham.
pawie
Salam tuan, saya bercadang nk kumpul deposit rumah dalam masa 5 tahun, masalahnya susah nak menabong kalo ade duit dlm atm, berbaloike saya buat asb loan dalam 20k untuk 5 tahun sahaja.. Lepas 5 tahun keluarkan sebagai deposit
harold
Tak perlu tolak interest rate yang dikenakan oleh baik?
kak ina
Tuan Sham, daripada tarikh kita terminate, berapa lama proses utk pihak bank transfer lebihan ke akaun kita…lepas tu pulak saya mmg bayar untuk jangkamasa setahun, sbb sy tolak dividen tahunan untuk buat payment.
sham
kalau ada lebihan, bank akan masukkan ke dalam akaun ASB tu balik. Rujuk bank untuk tau tempoh masa yang sebenar. Tapi tak lama, mungkin 1 bulan untuk clearkan semua.
Idham
Assalam..bank dah jual sijil saye kerana saye x bayar selama 3 bulan…bank cakap akan semak dan call saye berape saye perlu bayar…tapi sampai sekarang bank tak ade call..kenape ye rase..
sham
Tak perlu bayar apa apa kot. Kalau ada lebihan, ia akan dimasukkan ke dalam akaun ASB.
yat
Askum.sy nk tya. Sya ada buka akaun asb dgn rhb awal tahun 2014..kemudian saya dh behenti bayar kerana mgalami masalah kewangan kemudian pihak bank kol dan mengatakan akaun saya akn di jual dan menyuruh saya ambil dividn yg trakhir..adakah bayaran bulanan yg sya buat sebelum tu akan dapat balik@tidaK
sham
Tuan bayar tu pinjaman. Sijil berkenaan akan dijual jika ada lebihan, tuan akan dapat.
Idham
Rasa2 ade kemungkinan black list x tuan mcm ni? Sebab bank ni tiap kali saya call tiap kali tu jugak la cakap nak call balik.
sham
blacklist macamana? Kalau tak bayar, bank akan jual balik sijil tu Diorang dapat balik duit sebab sijil ASB tu sebagai cagaran bagi pinjaman ASB.
Mohd Nazaruddin
Salam tuan.
Saya mula membuat pinjaman ASB melaui RHB Bank sebanyak RM30000 selama 20 tahun pada Julai 2010. Sekiranya saya terminate atau menjual sijil ASB Loan saya ini adakah saya dikenakan penalti dan saya layak untuk menerima pulangan tunai? Terima kasih.
sham
Biasanya bawah 3 tahun je ada penalti. Bank akan jual balik sijil kalau ada lebihan akan dimasukkan ke dalam akaun ASB.
Zack
Tuan kalau saya buat loan rm10000 utk tempoh 5 thn kt asb..adakah akan rugi bagi saya lps tolak total pinjaman yg saya kna bayar
sham
kena tengok dulu perjanjian pinjaman macamana. Skarang orang dah kurang kat RHB dan buat kat MBB atau CIMB. Maybank je setakat ni tawarkan pinjaman konsep islamik setakat ni.
Zack
Sebab saya tgk berdasarkan jadual tn tnjuk kt atas bpe hasil dgn dividen utk 10k dlm mse 5thn dan bpe jumpah yg saya kna byr dlm tmph tu nmpk mcm rugi drpd smpn sndri kt bank
Zad2828
As’salam Tuan’ Saya mempunyai asb loan under rhb.. Jumlah pinjaman 150K.. Monthly saya kena bayar Rm882.. Saya Baru terima dividend tahun ni.. Dan terlebih bayar.. Setahun hanya Rm10K++ Saya Bayar Rm21,700 Boleh Tak saya Ambil semula’ sejumlah Rm10K dari pembayaran advance payment tu?
sham
Tempoh pembayaran pinjaman akan dipendekkan. Kalau suka bayar terlebih macam tu lebih baik simpan tanpa mengunakan pinjaman. Setahun dapat simpan 20K. Dalam masa 7 tahun dah rm150k dalam tangan.
Nurul Ain
Assamualaikum..sebelum ni sy ad buat pinjaman ASB under Rhb . Dan pada tahun 2016 sy telah buat payoff loan tersebut, then pihak bnk cakap nama akn clear dlm masa 6bulan..tpi baru2 ni (2019) sy ad buat loan rumah, then xlepas sebab still ad record dlm bank tersebut sedangkan sy dh buat payoff 3thun lepas.. Blh bgitau cara2 bagaimana nk clearkan nama untuk memudahkan sy memebuat pinjaman lain. Terima kasih.
sham
payoff? maksudnya habis bayar? Kalau habis bayar, memang boleh claim sijil asb tu. Kalau terminate, biasanya tak lama sebab bank nak duit dia balik.Mereka akan jual balik sijil tu,kalau ada lebihan ia akan dimasukkan ke dalam akaun asb peminjam. Puan nurul boleh ke bank balik tanya status pinjaman berkenaan. Mungkin ada yang terlepas pandang kat mana-mana.
yan
jika asb loan saya under conversional, adakah saya perlu terminate loan tersebut dan menukarkan nya kepada islamic loan.
sham
Boleh tanya bank untuk tukar. Jika perlu terminate, terminate je.
Nor
anak ada buat pinjaman 50k dgn rhb. bercadang untuk terminate sahaja memandangkan dia ingin sambung belajar. jadual pembayaran bermula oktober 2023, telah ke bank berhampiran mengisi borang untuk terminate. dimaklumkan akan ada denda tapi boleh tahu bagaimana cara pengiraan denda berkenaan?
sham
Kalau ada lebihan, bank akan pulangkan dalam akaun. Kalau tak cukup, kena bayar. Biasanya tak banyak sebab ia jenis cagaran sijil ASB. Bank tetap untung.