Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Perniagaan
Idea Bisnes Untuk Raya, Bulan Ramadhan Hampir Tiba
Perniagaan

Idea Bisnes Untuk Raya, Bulan Ramadhan Hampir Tiba

sham 1 Comment

Raya Hampir Tiba Lagi

Rasanya tidak lama lagi mula la iklan raya kat TV. Biasanya sebulan sebelum puasa sudah mula iklan berkenaan hari raya akan berkumandang di kaca TV. Sebab? Sudah pastinya sasarannya ialah ketika bulan Ramadhan. Itulah bulan kebanyakan orang Melayu akan berbelanja besar untuk beraya. Malah ada yang sanggup buat loan untuk beraya. Gilo ko apo!!

Bulan Ramadhan juga menjadi bulan rezeki kepada ramai orang. Ketika itu, pasti ramai yang mula berniaga. Yang tidak pernah berniaga akan cuba berniaga. Yang tidak pernah buat kuih, akan mula buat kueh untuk berniaga. Bazar ramadhan juga akan penuh dengan ramai orang yang nak mencari juadah berbuka.

Memang itulah yang berlaku setiap tahun. Kita semua yang berada di Malaysia memang akan melakukan perkara yang sama setiap tahun. Sebulan sebelum puasa, maka inilah masanya untuk mencari dan menentukan apakah bisnes yang nak buat pada bulan Ramadhan nanti.

Dah Ada Idea Bisnes Untuk Raya Ini?

Bisnes Pakaian

Inilah bisnes yang paling masyuk rasanya. Sebulan sebelum atau mula ramadhan orang dah mula mencari baju raya. Yang berkeluarga lagi banyak berbelanja. Sudah pasti 3,4 pasang sudah pasti. Kedai jahit pun akan tutup order sebab terlalu banyak order. Untuk bisnes baju ada 2 cara yang boleh bermula iaitu beli & jual balik dan dropship.

Bagi yang beli harga borong & jual – ini satu model yang memerlukan modal yang tinggi. Namun jangan risau sebab pakaian bukanlah produk yang mudah rosak. Tiada expired date. Cuma yang perlu diambilkira ialah trend semasa.

Dropship – kos sangat rendah. Sesuai untuk mereka yang menjual di FB atau blog kerana tidak perlu simpan stok. Hanya pamerkan gambar baju berkenaan. Antaranya yang hot sekarang ini ialah busana muslimah, abaya, baju kurung, tudung, pakaian kanak-kanak dan banyak lagi.

Bisnes Kuih Raya

Raya tak lengkap tanpa kuih raya. Kini kebanyakan orang sibuk bekerja, tidak ada masa lagi untuk buat kuih raya sendiri. Ini satu peluang buat mereka yang nak cari duit lebih. Anda boleh cari mereka yang menghasilkan kuih raya, minta sampel atau katalog mereka. Mula promosi kat rakan-rakan, ambil pre-order daripada mereka. Bila sampai masanya, order kat orang buat kuih raya, hantar kat orang pre order dan kutip duit.

Bagi mereka yang suka buat kuih pula, cari agen jualan. Anda boleh menjual lebih banyak kuih raya berbanding anda menjualnya sendiri. Bisnes dengan orang bisnes (B2B) lebih mudah dan duit pun lebih mudah dapat. Biasanya peniaga kuih raya akan order dan buat bayaran terus. Jadi anda tidak perlu risau samada kuih anda habis atau tidak. 🙂

Kesimpulannya, boleh jual kuih orang atau buat kuih sendiri.

Pihak kami di EBook Media Publishing ada menerbitkan 2 CD belajar buat biskut iaitu biskut bajet untuk raya dan juga biskut drop untuk kudap-kudap bila-bila masa. Boleh layari:

1. http://www.buatbiskut.com
2. http://www.biskutpenyet.com

Kalau nak belajar, boleh dapatkan CD berkenaan. Ia berbentuk Video ya.  🙂

 

Artikel Berkaitan
  • Cari Duit dan Keredhaan Ketika Bulan Ramadhan
    Bulan ramadhan sememangnya ditunggu tunggu oleh sesetengah orang. Inilah masanya mereka menjadi peni...
  • 10 Cara Cari Duit Raya
    Sedar atau tidak, sudah seminggu kita berpuasa.Pasti ramai yang berkira kira bagaimana untuk menamba...
  • Trajedi Pasar Ramadhan
    Saya baru je balik dari pasar ramadhan kat Simpang, Taiping. Hujan lebat sungguh tadi.Saya datang ma...
  • Feedburner bermasalah ke?
  • Selamat Menyambut Ramadhan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • bisnes bulan puasa
  • bisnes bulan ramadhan
Post Views: 4,696
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:bisnes raya contoh bisnes raya idea bisnes raya

Related Articles

Apakah Nasib Usahawan Sekarang?
Apabila PM mengumumkan kenaikan minyak secara mengejut baru baru ini. …

Apakah Nasib Usahawan Sekarang?

Apa Yang Membuatkan Orang Diiktiraf Sebagai Pakar?
Seperti yang dijanjikan, saya akan kongsikan apa yang saya sempat …

Apa Yang Membuatkan Orang Diiktiraf Sebagai Pakar?

One Response

  1. MOhd

    Betul tu tuan. Kalau fulltime, bukak bazar ramadhan pon masyukkk.. Cume penat lah, yang paling mudah pd sy adalah dropship sperti cadangan tuan juga, perlu tahu tips & teknik dari yang lebih berpengalaman confirm Hari..Hari..Hari rayaaaaaaaaa.

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Produk Hangat Yang Pasti Terjual Untuk Mereka Baru Meniaga Di Internet

Masih tercari-cari produk untuk di jual di internet? Oklah. Ini adalah daripada …

SMS adalah best effort service!

SMS atau Short message system adalah best effort service. Ia adalah sebagaimana …

Sekitar Seminar JomSeminar

Dari pagi hingga ke petang,saya berada di Hotel Armada PJ bagi menghadiri Semina…