Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Scam Alert
Skim M Face Diserbu RM209 Juta Dibekukan
Scam Alert

Skim M Face Diserbu RM209 Juta Dibekukan

sham 3 Comments

Sejak 2 menjak ni skim M Face antara skim besar yang terkubur. Bukan calang-calang skim sebab mereka siap buat taman perumahan lagi. Taman MBI di Kulim, Kedah. Sebelum tu ada artis yang kaitkan dengan skim ini iaitu AC Mizal. Mereka juga ada Mall mereka sendiri. Berikut adalah keratan berita:

PENGASAS skim pelaburan Kelab MFace berusia 50-an ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di rumah di Taman MBI, Kulim, Kedah pagi semalam.

Operasi Ops Token II pada 6.30 pagi itu membabitkan sepasukan anggota dan pegawai Pasukan Tindakan Khas Bahagian Penguatkuasa, KPDNKK Putrajaya bersama-sama Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata,operasi itu membabitkan satu premis kediaman di Sungai Dua, Butterworth dan dua premis kediaman mewah di Taman MBI, Kulim, Kedah.

Beliau berkata, operasi itu susulan tindakan ke atas skim Kelab MFace pada 29 Mei lalu di Lembah Kelang dan M Mall, Pulau Pinang dan hasil risikan dan makluman awam sejak lebih sebulan lalu, ketiga-tiga premis yang disyaki menjadi transit penyimpanan wang tunai diperiksa.

Katanya, dalam pemeriksaan di premis pertama di Sg Dua, Butterworth, pihaknya menyita wang tunai RM280,000 dan menyita RM187,612 serta pelbagai mata wang asing bernilai RM218,000 di sebuah rumah di Taman MBI Desaku, Kulim termasuk tiga kereta mewah iaitu Jaguar, Range Rover dan Velfire.

“Pihak KPDNKK turut membuat membekukan ke atas empat akaun suspek sebanyak RM30 juta dan kini ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

“Sehingga kini jumlah pembekuan ke atas akaun yang terbabit dalam skim berkenaan adalah 98 akaun membabitkan 49 akaun syarikat dan 49 lagi akaun individu berjumlah RM209 juta,” katanya pada sidang media di Bank Negara Malaysia (BNM) negeri di sini, hari ini.

sumber: harian metro

Sekarang mereka yang terlibat dengan skim ini, pihak berkuasa boleh bertindak membekukan akaun yang terlibat apabila mereka membuat “traceback” transaksi yang berlaku. Jadi jika ia masih berada di dalam Malaysia, akaun berkenaan boleh dibekukan. Tak leh lari kemana pun. Kecuali ia dipindahkan ke akaun yang sukar dikesan di kepulauan pasifik.

Skim ini M face ini menawarkan pelaburan dengan pulangan yang tetap. Malah ahli mereka boleh membeli belah di mall mereka dengan percuma.

Sekarang semua tengah terganga. Pengasasnya juga telah ditangkap. Duit dah disita. Apa lagi nak buat. Pengasasnya M Face ini pernah ditangkap dan dipenjarakan kerana membuat skim cepat kaya sebelum ini. Lepas tu buat balik. Memang tak serik. Mungkin sebab seronok dengan orang Malaysia yang mudah sangat kena tipu. Easy money bagi mereka nak dapatkan mangsa di Malaysia.

m face

Skim menawarkan pakej pelaburan serendah RM340 sehinggalah RM17,000.  Bagi yang plan nak beraya dengan duit daripada skim ini, boleh lupakan sahaja sebab semua akaun terlibat sudah dibekukan. Jadi boleh menangis dibucu katil sekarang.. 😛

Yang terkena atau belum terkena, semoga beringat. Walaupun skim nampak kukuh dengan ada taman perumahan, ada pasaraya yang mana ahli boleh beli barang percuma dengan point. Ia tidak bermakna ia bagus. Jika ada skim yang menawarkan pulangan tetap dan tidak masuk akal. Jauhkan diri. Awal nampak okay, bila pihak berkuasa mengambil tindakan. Semuanya akan berakhir.

Tiada lagi angan-angan indah sebelum ini. Jadi berhati hati jika nak gandakan duit anda. Cari saluran yang betul dan invest dengan ilmu. Belajar trade saham ke.. banyak cara boleh gandakan wang anda. Jangan cari skim cepat kaya. Hampa je nanti.

Artikel Berkaitan
  • Tiga (3) Koperasi Skim Cepat Kaya Diserbu
    Lagi tentang skim cepat kaya. Kali ini dalam bentuk koperasi. Dalam Utusan hari ini, 3 koperasi iait...
  • Dana Haji Jasman Kini Aktif Kembali
    Program skim cepat kaya Dana Haji Jasman kini kembali aktif. Malah bekas mangsanya kini kembali dide...
  • Koperasi Dinar Dirham Diserbu RM18.2 Juta Disita
    Berikutan penulisan saya pada Februari 2017 berkenaan skim Dinar Dirham, ramai juga penyokong DD ini...
  • Mawi Nak Kawin,Sponsor Berjuta
  • Pengarah Syarikat Noradz Travel & Services Sdn. Bhd dipenjara dan didenda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 471
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:m face m face scam m face tipu mface mface scam mface tipu skim mface

Related Articles

Hati Hati Dengan Cimb Phising Email
Biasanya saya dapat banyak phising email dari maybank. Hari ini …

Hati Hati Dengan Cimb Phising Email

Masih tak jelas bagaimana bentuk skim piramid? Kat malaysia ni …

Scam Alert: Skim Piramid Online JutaRM.com

3 Comments

  1. ahmadyani

    Tapi tertanya-tanya juga…kenapa ya? Bila sudah berjuta-juta terkumpul baharu kerajaan bertindak. Mahu kumpul bukti dulu? Kenapa tidak sejak awal kerajaan beri amaran yang skim ini mungkin bermasalah atau sebagainya.

  2. sham

    Actually dah banyak panduan dan amaran diberikan. Kadang2 susah nak ambik tindakan awal sebab mereka nampak macam buat bisnes yang betul walhal ada skim cepat kaya disebalik itu. Tapi saya tengok BNM semakin pro aktif sekarang ni.

  3. SITI NOR AFIQAH BT ABDUL NASIR

    Salam admin nk tanya, kalau bisness yang melibatkan melombong bitcoin tu pulak macam mane? Sebagai contoh BITCLUB.. ada yang promote di FB, Blog. Apa pandangan admin sebelum ramai yang terjebak

    Terima kasih Admin

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • AZURA AHMAD on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • MOHD ROZIE BIN MASRIKIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Scam Alert: Penipuan Menerusi Facebook

Facebook merupakan satu trend terbaru kepada ramai orang hari ini untuk berkomun…

Penipuan Emel Mengunakan Nama Telekom Malaysia

Nampaknya scammer semakin kreatif. Mereka mengunakan nama GLC Malaysia yang kono…

Menteri Pun Dapat SMS Penipuan Coca Cola

Bila baca berita harian hari saya tergelak apabila Menteri KPDNKK sendiri dapat …