Bagi yang menulis blog, sebenarnya terdapat teknik tertuntu yang digunakan untuk menjadikan post yang kita tulis bagus untuk SEO. Ia menjadikan post tersebut mudah untuk tersenarai di enjin carian. Saya ringkaskan sahaja di sini.
- Panjang terbaik setiap artikel adalah 300++ perkataan sahaja. Tak perlu terlalu panjang. Anda bukannya dapat anugerah penulis artikel terpanjang pun.
- Keyword Pada Tajuk – Anda mesti masukkan keyword yang anda target pada tajuk anda.
- Keyword pada permulaan artikel – anda perlu masukkan keyword sasaran anda pada permula artikel anda.
- Ulang 2,3 kali keyword dalam body artikel – ia adalah untuk meningkatkan keyword density bagi keyword sasaran anda.
- Masukkan keyword pada perenggan penutup.
Jadi anda perlu masukkan keyword sasaran anda sebanyak 6 kali dalam artikel yang anda tulis. Kaedah pengulangan ini sebenarnya boleh digunakan dalam penulisan sales letter. Jangan ulan terlalu banyak keyword sasaran kerana dikuatiri Google mengecop anda juba melakukan keyword stuffing iaitu kaedah blackhat untuk mengelirukan enjin carian.
Platform terbaik adalah wordpress kerana pelbagai plugin yang boleh membantu dalam SEO.
Harap anda mendapat manfaat daripada post ini. Saya menulis artikel ini pendek sahaja kerana atas permintaan seseorang yang bertanya tentang perkara ini.

Yakboktam
Thanks tuan shamsuriyadi.info yang sangat berguna