Facebook Akan Ditutup Pada Mac Ini?

Sekarang ni berita yang paling hangat tentang Facebook. Bagi saya ia hanya hoax atau tipu je. Terdapat banyak syarikat besar ingin memilih Facebook termasuk lah Google. Ianya tidak akan ditutup. Jika Google mengambil alih Facebook, Google akan menjadi gergasi yang sukar dicabar mungkin untuk beberapa ratus tahun lagi.

Saya melihat hanya Facebook sahaja yang boleh menyaingi Google pada sekarang. Tidak ada syarikat lain yang mampu melawan dominasi Google. Jika dilihat dari statistik Alexa. Facebook berada di tempat pertama di kebanyakan negara termasuklah Malaysia. Tempat kedua adalah Google, ketiga Youtube dan laman web lain selepas itu. Blogger iaitu salah satu daripada perkhidmatan Google turut berada pada kedudukan Top 10 laman web paling dilawati di dunia.

Jadi tidak mungkin ia akan ditutup. Andainya ia ditutup sekalipun, ia akan diambil alih oleh syarikat lain yang berminat untuk memiliki Facebook. Malah beberapa minggu lepas terdapat pelaburan baru bernilai berbilion ringgit dilaburkan kepada Facebook.

Kebanyakan cerita tentang Facebook akan ditutup hanya dibincangkan di blog2 bukan daripada surat khabar utama yang boleh dipercayai sumbernya. Apa yang benar benar akan ditutup pada 15 Mac ini adalah Yahoo Video. Mungkin ia untuk mengurangkan kos pengurusan kerana sukar untuk mereka melawan Youtube dari segi pelawat bagi laman web berkonsepkan video sharing.

Teruskan berFB.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.