Malaysia Best Blog 2015


Nampaknya ada pertandingan SEO berkenaan kata kunci “malaysia best blog 2015“. Saya tak pernah join mana-mana pertandingan SEO sejak terlibat dalam blogging sejak 10 tahun lepas. Saya menulis blog kerana minat dan seronok.

Orang tak komen kat blog saya tak apa.. Tapi at least orang dapat belajar daripada penulisan post-post saya sebelum ini. Ia bukan untuk menjadi malaysia best blog 2015 yang disasarkan oleh kebanyakan blogger yang suka menyertai pertandingan SEO.

Antara tujuan penganjuran pertandingan berkenaan adalah untuk menguji kemahiran blogger untuk mensasarkan katakunci carian tertentu. Tidak silap hadiah yang ditawarkan adalah berbentuk wang ringgit.

Malaysia Best Blog 2015

Setakat saya lihat ranking bagi katakunci ini sekarang sedang diungguli oleh Tuan Hasrul Hassan, seorang blogger yang sangat aktif mengemaskini blog beliau dengan pelbagai entry. Dengan status blog beliau yang berjaya memasuki ranking 100 laman web paling dilawati di Malaysia.

malaysia best blog 2015

Jadi saya yakin beliau boleh memenangi pertandingan SEO kali ini. Walau bagaimanapun cabaran sebegini sebenarnya agak menarik kerana dapat menguji kemahiran seseorang blogger untuk menguasai kata kunci atau keyword pada carian di google dan mana mana enjin carian.

Bagi saya, ia bukan sesuatu yang mudah jika ramai orang menyertai pertandingan berkenaan.

Jika tidak silap, pertandingan SEO ini bermula pada Januari lepas. Saya tak pasti bilakah ia akan berakhir. Bagi seorang blogger, ia satu perkara yang mencabar minda untuk menulis artikel yang terbaik dan optimize agar ia disukai oleh enjin carian.

Apa yang perlu anda lakukan jika ingin menguasai enjin carian bagi keyword malaysia best blog 2015?

Jika anda nak menyertai mana-mana pertandingan SEO, anda perlu tahu sedikit sebanyak tentang teknik SEO atau Search Engine Optimization. Ia adalah satu teknik yang digunakan oleh blogger dan juga marketer seperti saya untuk mendapatkan traffik secara percuma daripada enjin carian.

Antara kriteria penting di dalam entry blog anda ialah:

1. Tajuk mengandungi katakunci yang disasarkan dan dalam cabaran ini katakunci yang disasarkan ialah Malaysia Best Blog 2015.

2. Pengunaan Heading dalam post mestilah mempunyai katakunci yang disasarkan. Anda boleh guna H1, H2 dan H3 untuk heading berkenaan.

3. Pengunakan katakunci dalam artikel yang ditulis. Bagi saya, artikel berkenaan mestilah mempuyai keyword sasaran yang diulang 3,4 kali dalam artikel.

4. Panjang artikel yang seeloknya sekurang-kurangnya 1000 patah perkataan jika ingin menguatkan artikel anda dimana enjin carian. Lebih panjang lebih bagus. Bagi katakunci biasa, memadai dengan artikel sepanjang 500 patah perkataan.

5. Backlink atau link daripada laman lain kepada post yang ditulis. Bagi saya, dapat backlink daripada FB, Twitter dan juga Google plus dah cukup. Jangan terlalu agresif menambah backlink kepada post. Jika terlalu agresif, ia akan dikenalpasti oleh bot Google sebagai usaha untuk spamming. Silap hari bulan keseluruhan blog boleh hilang daripada enjin carian.

6. Internal Linking  atau link dalaman yang sistematik. Anda juga boleh linkkan post anda dengan post-post anda yang sebelum ini untuk menambahkan lagi jus atau penyedap kepada artikel anda. Selain daripada memudahkan bot atau spider enjin carian menjalankan kerja untuk menyenaraikan artikel yang menarik dan fresh, ia memudahkan anda mendapat ranking yang baik bagi katakunci yang disasarkan. Tapi jangan banyak sangat, memadai satu atau dua link kepada pos lain di blog anda.

Okay. Itu adalah antara tips SEO yang boleh saya kongsikan kepada anda jika nak menguasai enjin carian dengan katakunci pilihan anda. Sekarang anda sudah tahu, ia sebenarnya dirancang oleh webmaster atau blogger untuk menguasai katakunci tertentu.

Ia bukan sekadar menulis hentam kromo sesuka hati.

Penulisan SEO juga mempunyai teknik yang tersendiri. Kepada mereka yang berjaya dalam pertandingan SEO Malaysia Best Blog 2015. Teruskan usaha untuk memadaikan bangsa dengan penulisan anda.

Kalau anda nak sertai dan nak test power dalam teknik SEO, anda boleh join. Tiada yuran penyertaan dikenakan. Anda perlu daftarkan blog yang terlibat dan menulis entri mengikut terma yang ditetapkan oleh penganjur pertandingan SEO ini.

Habuan untuk penganjur? Mereka akan dapat trafik dan juga backlink daripada mereka yang menyeratai pertandingan ini. Saya tak join. Ini hanya sekadar perkongsian untuk mereka yang nak menulis artikel SEO untuk blog mereka.

Semoga bermanfaat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 3

  1. Helmi Aliarit February 17, 2015
  2. sham February 19, 2015
  3. Dulu Lain Sekarang Lain February 23, 2015

Leave a Reply

error: Content is protected !!