Nampaknya scammer semakin kreatif. Mereka mengunakan nama GLC Malaysia yang kononnya, mereka telah menawarkan hadiah sempena hari perayaan tertentu. Terbaru mereka mensasarkan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.
Berikut adalah emel yang mereka hantar secara pukal kepada sesiapa sahaja. Anda juga mungkin menerimanya.
Telekom Malaysia Berhad
G.03B, Ground Floor, Kompleks Antarabangsa,
Jln Sultan Ismail, Off Jalan Ampang
50250 Kuala LumpurNOTIS RASMI HADIAH TELEKOM MALAYSIA
Pihak Telekom Malaysia @ Program Kemenangan yang telah diadakan pada 2nd Februari 2015
di mana alamat email anda yang disertakan beraama Tiket Kemenangan nombor 2 – 4 – 16 –
37 – 89 – 40 -85 dengan siri nombor 2268/02 telah memenangi loteri kategori hadiah
kedua khas keluarga Telekom Malaysia. Untuk menuntut hadiah kemenangan ini anda
dikehendaki menghubungi melalui e mail Bahagian Tuntutan untuk tujuan pemerosesan dan
pembayaran hadiah wang tunai kepada anda.Di sepanjang program Khas Keluarga Telekom yang telah diadakan di Ibupejabat di Kuala
Lumpur sejumlah RM270,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Tujoh Puloh Ribu) telah
dianugerahkan kepada anda oleh Telekom Malaysia Berhad kepada anda dan keluarga anda
sempena sambutsn Akan Datang Tahun Baru Cina 2015 ini.Program ini turut dibiayai bersama oleh Toyota Malaysia dan Tenaga Nasional sebagai
pakej istimewa Telekom 2015 dan anda perlu memahami bahawa e mail ini adalah 100% sah
dan diiktiraf kerana program ini kebiasaannya diadakan sekali dalam masa lima tahun.Sila hubungi agen kami untuk menuntut hadiah ini :
EN SHAFIE BIN HASSAN
Pengarah Bahagian Tuntutan
E-mail:tm.bhd.my@outlook.myUntuk tujuan pemerosesan sila hubungi agen kami dengan maklumat-maklumat
berikut :
1) Nama Penuh
2). Umur
3). Pekerjaan
4). Telefon
5). Negeri / BandarPerlu diingatkan bahawa hadiah tahun Telekom Malaysia Berhad 2015 ini adalah diberikan
khas kepada anda dan keluarga anda dan anda hendaklah membuat tunttan ini sebelum 28th
Februari 2015
Terima kasih.Puan. Nadia binti Rafik
Pengurus Eksekutif
Anugerah Telekom Malaysia
Ibupejabat telekom Malaysia
Jika anda menjawab emel berkenaan, mereka akan meminta mendepositkan sejumlah wang bagi menuntut hadiah berkenaan. Duh..
Kata hadiah, kita pula yang kena bayar…
Itulah modus operandi Nigerian Scammer di Malaysia. Mereka bekerja sama dengan warga tempatan sebagai hub memasukkan duit daripada penipuan mereka. Kebanyakannya rakyat tempatan yang terlibat adalah wanita yang menjadi kekasih mereka di sini. Sad but true..
Gadis-gadis Malaysia gemarkan awang hitam yang romantik dan “besar”.
Jika anda menerima emel sedemikian, abaikan sahaja. Jangan respon apa apa. Jangan buang masa anda, kerana anda memang tak menang apa apa. Jangan bayar apa apa. Jika sudah terbabas reply emel mereka, abaikan emel daripada mereka selepas ini.
Jangan mudah percaya sebab TM tak buat sebarang peraduan pun buat masa sekarang. Apatah lagi cabutan bertuah ke apa.

Incoming search terms:
- anugerah telekom malaysia
- peraduan tm
elly
Thanks for the info.. Mmg br dpt emel camnih….tu yg dok investigate nih…
ila
i just got it too..bongok bongok org cari duit sekarang
sue
saya banyak kali dapat email mcm ni..nasib tak reply
norfazila binti Jaffar
tq for info.. saya pon baru je dapat email mcm ni. Sapela nk bagi duit sebanyak tu dengan tiba2 kan.. Nasib la tak reply.
azrina arifin
tq for info, sy pn baru je dapat emel sama seperti ni. nasib baik tak terpengaruh untuk reply…
Saleh
saya dapat email ni, tanya cucu yg kerja telekom itu semua tipu je, mana ada cawangan telekom di komplek antarabangsa katanya
deja rams
Sya dh dpt n baca byk Kali msg ni tp sya reply sbb nk tgk apa kesudahan nye. Pastu diorg reply suh kita berhubung ngan pegawai bank Singapore. Byk plak urusan dia. Nk BG BG je la. Ingatkn suh jwb soalan ke apa ke, mcm yg maxis penah BG.
deja rams
Ni sya cnp msg yg diorg reply…
Telekom Malaysia Berhad
G.03B, Ground Floor, Kompleks Antarabangsa,
Jln Sultan Ismail,
Off Jalan Ampang 50250
Kuala Lumpur.
Kepada pemenang,
NOTIS RASMI HADIAH DARIPADA TELEKOM MALAYSIA.
Ini adalah berkaitan dengan maklumat yang menang diberikan mengenai 2016 anda keluarga Telekom Khas Hadiah Committee(LOC) Anugerah jumlah bonus MYR270, 000.00 (dua ratus dan tujuh puluh ribu Ringgit Malaysia) di mana yang diberikan kepada anda oleh TELEKOM MALAYSIA BERHAD.
Kami telah membuat rundingan dengan Singapura POSB BANK bagi mereka untuk berjaya memindahkan dana kepada anda ke akaun bank anda yang mengesahkan bahawa mereka adalah pihak bank yang selamat, boleh dipercayai dan boleh dipercayai untuk memindahkan kemenangan anda kepada anda ke akaun bank anda. Loteri ini adalah dalam rujukan Tunai dikreditkan kepada nombor Tiket: 2-4-16-37-89-40-85 dengan nombor siri 2268/02 yang dipilih alamat emel anda sebagai seorang pemenang bertuah hujung tahun Anugerah Bonus Khas keluarga Telekom.
Anda dengan ini adalah dinasihatkan untuk menghubungi POSB BANK Singapura untuk pemindahan segera jumlah bonus anda menang MYR270, 000.00 (dua ratus dan tujuh puluh ribu Ringgit Malaysia) untuk dipindahkan berjaya ke akaun bank anda kerana maklumat untuk menghubungi mereka di bawah;
Maklumat Bank untuk pemindahan wang
Encik JK Richie
Bank POSB (Singapura)
E-mel: posbnk.sg@qq.com
Nombor telefon: +6581220338
Perbankan dalam talian 24 jam,
Anda di nasihat untuk memberikan maklumat yang berikut semasa menghubungi Singapura POSB BANK dan apabila menghubungi mereka, anda akan memberi mereka juga dengan nombor Tiket anda menang: 2-4-16-37-89-40-85 dan nombor siri 2268/02 di tempat lain untuk mengenal pasti kemenangan anda.
Sila berikan maklumat berikut kepada mereka:
1 Nama Penuh:
2 Nama Pemegang Akaun:
3 Nama dan Alamat Bank:
4 Nombor Akaun
5 Nombor Telefon:
6 Tarikh Lahir:.
7 alamat Rumah:
8 Bandar / Negeri:
Nota: Apabila menghubungi mereka, Sila sahkan dari mereka berapa lama ia akan mengambil masa untuk anda menerima kemenangan anda dalam akaun bank anda dan sentiasa memberitahu kami bagaimana anda berurusan dengan POSB BANK Singapura di tempat lain untuk mengambil rekod itu.
Tahniah sekali lagi dari saya dan Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Pengelola ini keluarga 2016 Telekom Hadiah Khas Program
ENCIK.SHAFFIE BIN HASSAN
Tuntutan Pengarah Jabatan
© Telekom Malaysia.
Show more
sham
Tipu tu.. Delete je emel tu.
K
ini pula yang saya dapat pada hari ini,tq all
Telekom Malaysia Berhad
Level 51, North Wing, Menara TM,
Jalan Pantai Baru, 50672,
Kuala Lumpur,
WP Kuala Lumpur,
Malaysia.
Hadiah Bonus Tahun Baru.
Pihak Telekom Malaysia @Program Kemenangan yang telah diadakan pada 9th Mac 2016 di mana alamat email anda yang disertakan beraama Tiket Kemenangan nombor 2 – 4 – 16 -37 – 89 – 40 -85 dengan siri nombor 2268/02 telah memenangi loteri kategori hadiah kedua khas keluarga Telekom Malaysia.Untuk menuntut hadiah kemenangan ini anda dikehendaki menghubungi melalui e mail Bahagian Tuntutan untuk tujuan pemerosesan dan pembayaran hadiah wang tunai kepada anda.
Di sepanjang program Khas Keluarga Telekom yang telah diadakan di Ibupejabat di Kuala Lumpur sejumlah Rm270,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Tujuh Puluh Ribu) telah dianugerahkan kepada anda oleh Telekom Malaysia Berhad kepada anda dan keluarga anda sempena sambutsn Hari Raya 2016 ini.
Program ini turut dibiayai bersama oleh Toyota Malaysia dan Tenaga Nasional sebagai pakej istimewa Telekom 2016 dan anda perlu memahami bahawa e mail ini adalah 100% sah dan diiktiraf kerana program ini kebiasaannya diadakan sekali dalam masa lima tahun.
Sila hubungi agen kami untuk menuntut hadiah ini :
EN SHAFIE BIN HASSAN
Pengarah Bahagian Tuntutan
E-mail: nadia-telekom@outlook.my
Untuk tujuan pemerosesan sila hubungi agen kami dengan maklumat-maklumat berikut :
1) Nama Penuh:
2). Umur:
3). Pekerjaan:
4). Telefon:
5). Negeri/Bandar:
Perlu diingatkan bahawa hadiah akhir tahun Telekom Malaysia Berhad 2016 ini adalah diberikan khas kepada anda dan keluarga anda dan anda hendaklah membuat tunttan ini sebelum 29th Mac 2016.
Terima kasih.
Mrs Nadia binti Rafik
Pengurus Eksekutif
Anugerah Telekom Malaysia
Ibupejabat telekom Malaysia.
Murni
Ini dihantar ke email branch syarikat saya di Singapura, agak memalukan bila nama Telekom Malaysia yang disebut.
Telekom Malaysia Berhad
Level 51, North Wing, Menara TM,
Jalan Pantai Baru, 50672,
Kuala Lumpur,
WP Kuala Lumpur,
Malaysia.
Hadiah Bonus Tahun Baru.
Telekom Malaysia @Program parti kemenangan telah diadakan pada 1 Jun 2016 di mana alamat e-mel anda dengan dibekalkan tiket nombor Victory 2 – 4 – 16 -37 – 89-40 -85 dengan nombor siri 2268/02 telah memenangi hadiah kedua kategori loteri loteri keluarga Telekom Malaysia, untuk menuntut hadiah ini anda adalah untuk menghubungi melalui e mel untuk maksud Bahagian pemprosesan tuntutan dan hadiah wang kepada anda.
Program Khas mengenai Telekom Keluarga yang diadakan di Ibu Pejabat di Kuala Lumpur, sebanyak RM270,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Tujuh Puluh Ribu) telah dianugerahkan kepada anda dan keluarga anda dengan Telekom Malaysia Berhad sempena Hari Raya 2016.
Program ini dibiayai bersama oleh Toyota Malaysia dan Tenaga Nasional sebagai satu pakej khas Telekom 2016, anda perlu memahami bahawa e-mel ini adalah 100% sah dan diiktiraf untuk program ini biasanya diadakan sekali dalam lima tahun.
Sila hubungi ejen-ejen kami untuk menuntut hadiah anda:
EN SHAFIE BIN HASSAN
Pengarah Tuntutan
E-mel: tmn.net.my@outlook.my
Bagi maksud tuntutan dan pemprosesan sila hubungi ejen kami dengan maklumat berikut:
1) Nama Penuh:
2). umur:
3). pekerjaan:
4). telefon:
5). Negeri / Bandar:
Perlu diingatkan bahawa hadiah akhir tahun Telekom Malaysia Berhad pada 2016 yang telah diberikan khas untuk anda dan keluarga anda perlu dituntut sebelum 29 Ogos 2016.
Terima kasih.
Puan Nadia binti Rafik
Pengurus Eksekutif
Anugerah Telekom Malaysia
ibu pejabat Telekom Malaysia.
sham
Ini emel scammer.. Mereka guna perisian email extractor untuk mengutip emel daripada sesetengah laman web dan hantar emel secara pukal dengan harapan ada yang respon dan mengena umpan mereka. Kemudian mereka kononnya akan membuat pembayaran tetapi pembayaran tersangkut dan perlu bayar kepada agen atau kastam (kononnya) untuk melepaskan duit berkenaan. Begitulah modus operandi nigerian scammer.
Hzawai
Ini lagi best kasi kita lagi percaya.
POLIS DIRAJA MALAYSIA
LAPORAN POLIS
Royal Malaysian Police.svg
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia,
50 560 Bukit Aman
Kuala Lumpur, Malaysia
Tuan / Puan
Perhatian
Ini adalah untuk memaklumkan kepada anda bahawa kami mendapati melalui pemantauan perisikan rangkaian (IMN) di sini di pejabat kami daripada Polis Diraja Malaysia, dalam talian Office Internet, bahawa anda mempunyai urus niaga yang telah meneruskan POSB Bank Singapura, kelulusan pembayaran daripada Telekom Malaysia Berhad 2016 bonus keluarga jumlah RM 270,000.00. kita telah berada dalam hubungan dengan Telekom Malaysia Berhad dan POSB Bank yang kami telah mengesahkan mereka bahawa dana anda adalah sah dan tulen.
Sekarang semua yang anda perlu lakukan adalah untuk menghubungi Pegawai Akaun POSB Bank Encik JK Richie untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana anda boleh menerima wang anda dalam akaun bank anda berjaya.Kami telah menonton pemindahan wang anda dan semua fail dan dokumen telah dimasukkan ke dalam tempat dengan POSB Bank untuk mendapatkan pemindahan dana segera kepada anda.
Sila hubungi POSB Pegawai Akaun Bank dengan maklumat di bawah;
Nama:
Nombor telefon:
Nombor akaun / Nama akaun:
Alamat:
Sebaik sahaja anda telah menghubungi Pegawai Akaun POSB Bank dengan maklumat di bawah akan memberi maklumat lanjut yang diperlukan untuk berjaya menyelesaikan pemindahan dana ke akaun bank anda.
Sila hubungi detail POSB Pegawai Akaun Bank di bawah:
Nama: En JK Richie
Alamat e-mel: jkrichie.posb@hotmail.com
transfer@thepopking.com
Nombor telefon:+6581220338
Terima kasih kerana memberi perhatian.
ikhlas
CP. Datuk Seri Mohmad Bin Salleh
(Jabatan Siasatan Jenayah)
E-mel: rmp.gov.my.cid@asia.com
Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Salma
MCMC tak ambil sebarang tindakan ke atas aktiviti ni…Walaupun banyak dah pendedahan yg diberi..kadang2 org kita ni alpa and sukakan perkara2 free mcm ni..mohon tindakan dari pihak berwajib dan pihak yang terlibat secara langsung juga..tolonglar jangan diam..terang2 mereka guna nama TELEKOM MALAYSIA, PENGARAH LAGI…saya dah dapat email ni since few year back..but still, until now pun masih juga dapat…
Nik Zailan
Setakat 12-10-2018, email mcm ni masih lg berlegar dlm email saya..Aduhai..terimakasih krn info tuan krn beritahu ia scam..
rais
aslm betul ke sekarang ade tm beri hadiah samsung s10
Rachel
Thank you for the tips… I Baru received satu emel macam ini… Sekarang dah 2019 masih guna tactic scam ni…