Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Blogging
Buat Duit Dengan Blog Adakah Mudah Seperti Yang Disangka?
Blogging

Buat Duit Dengan Blog Adakah Mudah Seperti Yang Disangka?

sham 1 Comment

Buat Duit Dengan Blog mudah ke? Apabila terbaca kisah kejayaan seseorang blogger menjana puluhan ribu daripada blog mereka. Adakah ia semudah yang disangka? Oh..Tidak sebenarnya. Untuk mencapai tahap berkenaan minda separa sedar mereka sudah terlatih bagaimana untuk menulis sesuatu artikel.

Bukan main tulis je bro!

Sebab itulah artikel mereka tulis mudah untuk tersenarai pada muka pertama enjin carian. Bukan sedikit masa yang perlu dilaburkan untuk melatih diri ke tahap berkenaan.

Bagi saya terdapat 2 kategori blogger yang boleh kita jumpa.

Blogger Campuran

Blogger jenis ini akan menulis tentang apa sahaja. Apa yang dibuat. Dimana dia pergi, apa dia makan..apa dia masak semuanya ditulis. Mungkin apa sahaja yang dibuat pasti akan teringat untuk dijadikan sebagai artikel.

Contohnya masak asam pedas, seorang blogger hardcore ini pasti akan berfikir.. Lepas ini aku nak buat artikel tentang masak asam pedas yang sedap meletop paling sedap sekalian alam ini. Sampai tahap macam tu sekali. Tidur pun masih terfikir artikel apa yang nak ditulis. Itu cara blogger hardcore la.

Ada banyak blogger jenis ni… 😛

Blogger Spesifik

Cara kedua blogger menulis berdasarkan data dan kajian. Ini blogger yang buat duit dengan serius. Pendapatan mereka mungkin berkali ganda daripada jenis blogger pertama. Setiap artikel yang yang ditulis dirangka terlebih dahulu daripada keyword, struktur ayat, linking dan sebagaianya. Mereka ini mempunyai struktur dan gaya kerja yang tersendiri.

Mungkin traffik yang diperoleh tidak banyak berbanding daripada blogger campuran, namun pendapatan mereka lebih tinggi. Sebabnya ia disukai pengiklan. Dan mereka boleh mensasarkan katakunci tertentu yang mempunyai nilai komersil.

Anda kategori blogger mana?

Buat Duit Dengan Blog Di Malaysia

Jika anda menulis dalam bahasa Malaysia, maka cabang untuk monetize mungkin agak sempit. Jika anda menulis dalam bahasa inggeris, terdapat banyak peluang monetize untuk anda lakukan untuk blog anda. Jadi saya senaraikan beberapa cara yang mudah untuk anda monetize.

  1. Pengiklanan
    Ia satu cara yang cukup popular antaranya menerusi Google Adsense, Nuffnang, Innity, Sponsor post, link ads dan juga perkhidmatan menyewa laman web.
  2. Affiliate
    Terdapat 2 kategori program affiliate iaitu tempatan dan juga antarabangsa. Jika tempatan, pembayaran dalam MYR dan jika antarabangsa pembayaran menerusi USD. Blogger boleh buat review dan memasukkan link affiliate pada artikel mereka. Jika pelawat berkenaan membuat pembelian atau menerima tawaran, maka blogger berkenaan akan menerima komisen.

Saya tidak menulis dengan lengkap cara dan bagaimana untuk membuat duit dengan blog. Ia adalah cara yang kasar tentang bagaimana seorang blogger buat duit daripada kandungan yang mereka tulis di blog mereka.

Sesetengah blogger yang kacak dan cantik mendapat tawaran menjadi model dan berlakon. Itu kalau ada rupa lah. Kalau tiada rupa, proceed sahaja dengan menulis artikel dan kandungan blog yang menawan dan berinformasi.

Blog ini juga monetizationnya daripada jualan produk sendiri, pengiklanan dan juga affiliate. Jika anda ingin bergiat sebagai blogger. Memang tak boleh hangat-hangat taik ayam sahaja. Ia perlu konsisten. Tiada blogger yang berjaya dengan satu artikel sahaja. Saya sendiri telah menulis ribuan artikel setakat ini.

buat duit dengan blog

Memang ada masa naik dan ada masa moral down. Banyak juga cabaran kalau anda nak jadi seorang full time blogger.  Perjalanan untuk buat duit dengan blog bukan mudah. Tapi tidak mustahil walaupun anda baru sahaja bermula.

Enjin carian seperti Google seringkali mengemaskini algoritma carian mereka. Jika anda boleh memerikan mereka maklumat yang mereka perlukan. Pasti ramai pelawat yang datang ke blog anda dan anda boleh buat duit daripada mereka.

Pelawat tidak semestinya perlu membeli apa apa. Mungkin hanya menjadi unik visitor pun sudah memadainya kerana ada program pengiklanan mengunakan kaedah pembayaran berdasarkan unique visitor. Ada juga pengiklanan yang membayar dengan kaedah pay per klik seperti Google Adsense.

Kunci utama untuk buat duit dengan blog adalah pelawat atau visitor ke laman blog anda.

Artikel Berkaitan
  • Adakah Anda Terdesak?
    Adakah anda terdesak? Sebenarnya ia adalah salah satu tool untuk kita mengambil inisiatif untuk meng...
  • Iklan H12 – Buat Duit Atau Buat Dosa?
    Agak lama tak menulis di blog ini. Sebelum ini, saya ada masalah ketagihan internet. Sehari tidak on...
  • Tip Adsense: Kenapa Akaun Anda Tidak Diluluskan
    Google Adsense.... Cara paling mudah untuk anda buat USD1 pertama di internet. Serius! Namun, sejak ...
  • Baik Buruk Bekerja Dari Rumah
  • Buat Duit Amazon Secara Malas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 29
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:blog Blogging buat duit dengan blog

Related Articles

Saya baru perasan kenapa tiba tiba jumlah sucbriber blog saya …

Feedburner bermasalah ke?

Baru sahaja mengubah keyword bagi iklan ppc untuk produk clickbank. …

Rohaizad dan Kisah Blogger Tersepit

One Response

  1. cik tom

    mmg betul bukan senang nak buat duit dgn blog..tp bukanlah satu perkara yg mustahil..kena byk blaja dan berani mencuba…

    ciktom rsnya jenis blogger campuran….hehe

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2022 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Penulis Blog Upahan Untuk Blog Politik?

Saya terbaca dalam akhbar berita harian yang menyarankan SKMM memantau blog upah…

12 Sebab Anda Perlu Ada Blog

Post kali hanya sekadar mengisi masa lapang setelah pening menyiapkan ebook terb…

RM2315 Komisen Daripada Blogging

Buat Duit Dengan Blogging Saya hanya nak tulis artikel ringkas je kali ini. Baru…