Isu Keli Tahi Babi di Perak


Setelah terdedahnya isu keli hasil daripada tahi/kumbahan babi menyebabkan saya agak fobia untuk memakan ikan keli. Kalo nak beli pun hanya daripada penternak keli sendiri. Dalam surat khabar hari, ia diharam makan oleh orang Islam.

Nampak sangat penternak cina hanya mementingkan keuntungan mereka dengan menjual ikan keli yang diberi makan najis babi. Mereka berjaya menyelesaikan masalah najis babi mereka dengan menternak keli yang dikatakan sejenis ikan yang boleh makan apa sahaja. Bangkai, najis & sebagainya. Ia adalah sejenis ikan pelahap apa sahaja.

Ia nampak sangat mereka tidak sensitif dengan orang islam di Malaysia ini.Ladang babi pun semakin banyak di Malaysia malah jumlah babi lebih banyak berbanding penduduk di negeri terbabit. Itu yang terjadi di Melaka. Ladang babi diternak sesuka hati. Apabila isu penyakit babi seperti selsema babi, JE dan pelbagai lagi penyakit bawaan babi timbul, kerajaan tidak berani bertindak.

Malah di kampung majoriti Melayu beragama Islam menjadi mangsa kerakusan penternak babi ini. Mereka membuang najis babi ke dalam sungai yang dijadikan bekalan minuman di tempat berkenaan. Malah ada penternak babi ini bertindak melampau apabila mengantung kepala babi di rumah pemimpin yang menentang mereka. Kepala babi juga dibuang merata rata seperti yang terjadi di Port Dickson.

Saya takkan mandi di pantai Port Dickson kalo kesana. Jijik dengan air ladang babi yang disalurkan terus ke laut. Sesekali terjumpa serpihan badan babi yang dibuang.

Itu kes babi. Kini mereka menjual keli yang diberikan makan najis babi. Mereka tidak menjual di Perak kerana orang sudah tahu mereka menternak keli berkenaan dengan najis babi. Mereka bertindak menjual keli dengan khasiat babi di luar perak terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur.

Tak nak makan dah keli kat Selangor…kot kot keli perisa babi yang terbeli oleh peniaga makanan di sana. Kemungkinan besar keli ini dijual dengan harga yang lebih murah. Yuk… 🙁

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 5

  1. CEO Surirumah.biz June 1, 2009
  2. sheffezen June 3, 2009
  3. ibnuothman June 30, 2009
  4. ibnuothman June 30, 2009
  5. eyeman June 30, 2009

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.