Saya pelik kenapa kerajaan salahkan blogger bila kerajaaan dihentam. Kenapa kerajaan tidak mengunakan blog untuk “counter attack”. Bukan ke kerajaan ada pengawai IT dibayar gaji? Arahkan je pengawai IT untuk membalas segala persoalan dan juga hentaman.
Ini tidak? Bila kena hentam, teruskan perangai.. OOO..I…C yang menjadi duri dalam daging kerajaan sampai hari ini. Ia berlainan dengan Pakatan Rakyat yang mengunakan sepenuhnya teknilogi hari ini seperti internet, blog dan juga sms untuk membentuk penyokong dan juga pengikut mereka.
Dunia hari ini adalah dunia tanpa sempadan. Orang tetap boleh tahu apa yang berlaku di Perlis sebagai contoh tanpa perlu ada wartawan media perdana. Blogger bertindak sebagai wartawan secara sukarela. Terus terang ia mempunyai pengaruh yang sangat besar.
Di US, Blogger dianggap sebagai salah satu media utama untuk promosi. Adakah kerajaan tidak mengambil iktibar dari kemenangan Barack Obama, iaitu Presiden US terbaru dipengaruhi oleh kumpulan blogger mereka. Malah ada blogger penyokong Obama berusia 7 Tahun!! Ya.. 7 tahun…
Budak budak pun boleh matang dan memainkan pengaruh dalam keputusan pemilihan parti politik hari ini. Politik hari ini bukan sahaja dengan berkata kata. Orang tidak lagi mempercayai kata kata pemimpin politik. Mereka ingin tahu apa orang lain tentang pemimpin yang ingin mereka undi. Ia diibarat sebagai satu testimoni yang sukar dinafikan apabila ramai orang mengiktiraf sesetengah pemimpin.
Kenapa kerajaan tidak belajar?
PRU 12 dah menunjukkan petanda pengaruh blogger. Kenapa tidak kerajaan wujudkan kumpulan blogger pro kerajaan untuk membantu kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan. Sebagai contohnya ialah konsep One Malaysia yang cuba disampaikan oleh Perdana Menteri kita.
Pada PRU 13, saya jamin pengaruh blogger akan menjadi lebih besar! Malah ia boleh menengelamkan media massa yang dikawal oleh kerajaan. Malah pemimpin juga perlu memainkan peranan aktif untuk menulis pada blog mereka sendiri. Sebagai contoh ialah bekas Perdana Menteri kita iaitu Tun Mahathir yang menulis di blog beliau (www.chedet.cc).
Blog Tun M juga mempunyai ribuan pembaca setiap hari malah ramai yang tertunggu tunggu artikel terbaru yang akan diterbitkan oleh Tun Mahathir. Malah saya sendiri sering membaca di blog Tun M untuk mengetahui pendapat beliau tentang isu semasa.
Begitu juga blog ketua pembangkang seperti DS Anuar Ibrahim, Lim Kit Siang dan sebagainya. Dengan adanya blog dan internet, penyokong mereka boleh mengetahui berita terkini pemimpin mereka dan juga pandangan mereka untuk memperkuatkan mentaliti penyokong mereka. Sebab inilah sebarang isu yang timbul, penyokong pembangkang tetap setia menyokong pemimpin mereka.
Walaupun apa yang disuap adalah satu penipuan. Mereka tetap mempercayainya. Ini lah kuasa internet dan juga blog terhadap pemikiran gologan terpelajar pada hari ini. Hanya golongan muda yang membaca di internet. Kenapa kerajaan tidak belajar?
Tak pun buat la “Menteri Blogger”… hohohoho
Tak perlu disalahkan blogger apabila mereka mengutuk kerajaan. Kerajaan perlu cermin diri, lihat apa yang silap sehingga mereka mengutuk sedemikian. Pasti ada sesuatu yang mereka tidak puas hati…
Tugas kerajaan sekarang… selidik penyebab mereka tak suka & memperbaiki kelemahan yang ada… bukannya bercakap je nak berubah sedangkan tiada perubahan yang dibuat…

sheffezen
erm kerajaan slhkan blogger sebab blogger cakap mcm tuuutt kat kerajaan. katakan kerajaan x cakap mcm tuuuut, blogger tak la di salahkan..
mungkin kerajaan tak salah rasa tak patut or tak salah untuk si blogger ni cakap mcm tu..so mcm melenting la..
tapi pasal pendapat saudara sham tentang ‘ kenapa tak kerajaan kaji balek sebab apa blogger cakap mcm tu’ saya sokong..erm bhgian ini sy sokong 100%.
kiranya ada keadilannya disitu, yela kenapa tidak orang si blogger ni bersuara kalau tidak ia rasa perlu.
zikr the jalanan sepi perantau
masyarakat sekarang dah pandai, mencari altelnatif yang lebih mudah dan senang untuk dijadikan bahan rujukan. Yela kalau tengok berita tuh, nampak sangat berat sebelah. tidak tulus. Itu sahaja….
eyeman
ehm..biasalah tu. depa nampak sebelah mata aje..