PM Baru Malaysia, Dato’ Seri Najib telah mengumumkan kabinet baru beliau. Tengok tengok MECD atau Kementerian Usahawan dan Koperasi dimansuhkan. Terkejut jugak kerana dibawah MECD banyak sumbangan yang telah dilakukan untuk membantu usahawan bumiputera seperti MARA,MDEC dan sebagainya. Antara lain yang saya rasa banyak membantu meningkatkan jenama usahawan bumiputera ialah Pakej Pengiklanan MECD.(saya telah mengambil peluang tersebut).
Usahawan bumiputera masih kurang terdedah dengan penjenamaan menerusi pengiklanan. Menerusi program berkenaan, barulah ramai yang mula sedar dan mengambil bahagian untuk membeli iklan bagi meningkatkan jenama perniagaan mereka.Ketika orang mula sedar, sekarang dah dimansuh apabila perubahan pentadbiran.
Bulan Februari lepas,sempat la buat program tu kat Cyberjaya.Lepas Mecd dimansuhkan, tak tahu samada ianya masih sah atau tidak. Ini adalah kerana tiada orang yang akan menguruskan subsidi 50% iklan yang ditaja oleh MEcD setelah MECD dimansuhkan. Setiap tahun, MECD mendapat sejumlah bajet untuk diagihkan kepada badan badan dibawah MECD seperti MARA,MDEC dan sebagainya. Kini mungkin tiada lagi..
Saya rasakan PM baru perlu mengadakan kembali MECD atau satu kementerian bagi membantu golongan usahawan agar dapat terus membantu pembangunan ekonomi negara. Ini adalah kerana ekonomi negara digerakkan oleh perniagaan dan usahawan kecil dan sederhana. Jika tiada kementerian khas yang boleh memastikan perkembangan ekonomi negara, apa yang akan terjadi.
Menerusi MARA, usahawan bumiputera dibantu. Menerusi MDEC, usahawan ICT tidak kira apa bangsa dibantu untuk mengembangkan perniagaan mereka. Saya rasa MECD dan memainkan peranan mereka sebelum ini. Tetapi dalam kabinet baru, ia dimansuhkan pulak.
Kita tengok jela macamana nanti…
Kementerian baru seperti kementerian perpaduan dan pengurusan prestasi adalah tidak perlu. Tidak perlu tubuhkan satu kementerian untuk menilai prestasi. Memadai jika satu suruhanjaya dibawah Jabatan Perdana Menteri. Saya tak pasti apakah tujuan kementerian penilaian prestasi dibuat.
Begitu juga dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi yang boleh diserap ke Kementerian Pertanian dan Asas Tani kerana perladangan dan pertanian adalah sama. Kenapa tak gabungkan menjadi Kementerian Pertanian, Perladangan, Komoditi dan Asas Tani? Pada dasarnya ia adalah sama.
Takkan nak ambil hati kroni dari sabah dan serawak, lantik jadi menteri ramai ramai. Perlis langsung tiada wakil. Sepatutnya biarlah seimbang wakil dari setiap negeri. Jadi mereka ada wakil untuk berjuang dalam kabinet.
Rasanya BN akan terus hilang populariti terutamanya daripada orang Melayu. Mungkin PAS akan jadi pilihan mereka? Mungkin… tapi PAS perlu tegas dalam memperjuangkan ideologi mereka. Bukan terlalu mengikut telunjuk Pakatan Rakyat yang terlalu mengikat PAS daripada memperjuangkan ideologi mereka yang telah berpuluh tahun berjuang.
Siapa tahu PRU 13, Perlis pulak menjadi negeri pembangkan? Tidak mustahil kerana PRU 12 baru baru ni pun BN menang tipis je di Perlis. Sekarang mereka tiada wakil dalam barisan kabinet. Orang Perlis pasti tidak puas hati. Saya tertanya tanya apakah pembaharuan yang cuba dibuat oleh PM baru kita ni.
Tunggu dan lihat…

Incoming search terms:
- MECD
- www mecd org
Rizal
Saya pun “talak” faham atas rasional apa MECD dimansuhkan. kalo nak re-branding dengan nama lain tak tahula.
Itu yang mungkin berlaku, bila dah tak popular, apa yang disumbang sepanjang 50 tahun dulu, orang dah tak tengok mana dah, masa tak sama, keadaan berlainan, faktor peribadi dan tekanan isu semasa memang boleh jadikan PRU-13 akan lebih menarik dan mencabar!
ibnuothman
sebenonya orang umno ni bodoh, tak pandai politik.orang cina dah tak sokong pun masih lagi nak ambik hati diorang..orang melayu kena pijak dengan bangsa sendiri.
khalifah
ni yg tambah bencinye kat BARISAN ni
tpi benci membuta tuli x leh jugak
kena periksa apa sebab dia x wat MECD
krn MECd
MERUPAKAN spt tunjg kepada usahawan
hope beritani sampai ke PM..
Elyas@Dhiaqis
Eh..Camne lak boleh dimansuhkan lak Sham?.. confuse aku..
smartzul
Pihak kerajaan patut tanya pendapat orang ramai dulu terutama pakar2 ekonomi dan usahawan. Ni tiba2 je mansuh. Inikah kerajaan yg berjiwa rakyat? 😀
Walau ada kebaikan pun mansuh MECD ni, tapi bincanglah dulu dengan rakyat dan para usahawan. Huhu.. Sadis.
Dan walaupun agensi2 di bawah MECD masih boleh bergerak, tapi saya rasa akan haru biru lah sikit tak seperti mana semasa adanya MECD sebagai tulang belakang.
Harap sangatlah MECD diwujudkan semula. Tak payah nak buat benda yg susah2. Sakit kepala otak je. 😀
ps. Kalau Shahidan masuk PAS, pembangkang ada peluang nak menang. Hehe..
Minangkabau
Saya menyokong 100% pembuaran MECD, orang Melayu sekarang dah tak perlukan bantuan kerajaan BN, orang Melayu sekarang dah boleh berdikari. Jadi amat tepatlah tindakkan yang diambil oleh YAB Dato’ Sri Najib membubarkan MECD dan agensi dibawanya diserapkan kepada Kementerian yang berkenaan supaya tidak berlaku pertindihan tugas serta menjimatkan kos.
Usahawan Melayu yang telah berjaya semasa wujudnya Kementerian tersebut juga telah ramai menjadi kaya raya dan ramai di antara mereka berpendapat dasar kerajaan BN yang menjadikan mereka kaya raya itu sudah tidak releven lagi sebab mereka sudah kaya. Mereka pun kebanyakannya peyokong PKR & PAS menyokong pemimpin mereka agar DEB di mansuhkan demi untuk mendapat undi kaum lain.
Melayu, Melayu, tolong salah, tak tolong lagi salah.
Minangkabau
“sebenonya orang umno ni bodoh, tak pandai politik.orang cina dah tak sokong pun masih lagi nak ambik hati diorang..orang melayu kena pijak dengan bangsa sendiri” IBNUOTHMAN
ALANGKAH BODOHNYA SAUDARA
SAUDARA INI SAYA GOLONGKAN DARI SPECIS ORANG MELAYU YANG “FLAMABLE” MUDAH TERBAKAR.
ORANG SEPERTI SAUDARA INI TERGOLONG DARI ORANG YANG BERIMAN BERKAWANKAN SETAN, ORANG YANG BERAKAL TETAPI BERTUANKAN PERASAAN, ORANG YANG BERILMU BERKETUAKAN KEJAHILAN.
INSAFLAH SAUDARA, BANYAKKAN MUHASABAH DIRI, JANGAN ASYIK MELETAK SETIAP KESALAHAN ITU KEPADA ORANG LAIN.
sham
Badan badan bawah MEcd telah diserap ke kementerian lain. Harap peranan mereka akan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Walaupun ada orang melayu yang dah kaya,tapi masih ramai yang masih lagi miskin dan memerlukan bantuan dan sokongan seperti dari segi latihan dan pendedahan daripada organisasi yang terlibat.
usahawan kita masih perlukan latihan dan bimbingan tertutamanya usahawan baru. dengan adanya organisasi seperti MARA,INSKEN dan sebagainya. Ia dapat membantu usahawan baru.
alongovtx
Usahawan melayu boleh teruskan dengan SMIDEC.Pendapat saya usahawan melayu akan lebih berdaya saing dengan hanya memperolehi 50% bantuan daripada kerajaan.
SMIDEC menawarkan 50% bantuan dalam bentuk grant kan?Enterprise yang baru bermula pun boleh dapat peluang yang sama.
Zairi Zaidi
Ingatke McDonald…
ibnuothman
kepada yang berkenaan trutama minangkabau sila jawab..
sape yang hakis kekebalan raja melayu..
sape yang tarik biasiswa melayu..
sape yang tarik biasiswa jpa melayu..
sape yang ambik tanah rizab melayu pastu jual dgn hrga mahal..
apa da dibuat dengan melayu yang hisap dadah…
apa da dibuat dengan melayu yang buang bayi..
apa da dibuat dengan melayu yang merempit..
dan byk lagi yang menunjukkan UMNo kurang bela orang melayu, bukan takder tp kurang sangat.
SilverBullet
sebenarnya kerajaan ni marah kn org melayu yg dah xundi mereka pada pru12 lepas..so daripada mereka terus tolong org yg x sokong mereka lebih baik dorg mansuh kan..itu jer..fikir logik jer perkara ni..xda kene mengena dgn bangsa lain lah..sebelum ni menang besar xda pulak dorg mansuh..lepas kalah truk baru nk mansuh..kalah teruk bukan sebab bangsa lain punya undi..org melayu punya undi jauh lebih tinggi dari bangsa lain so buat pa dorg nk risau pasal nk ambik hati bangsa lain..yang ye nye kerajaan sakit hati dgn org melayu yg mereka tolong selama ni..tu jer..so kalau ada org melayu yg xpuas hati dgn pemansuhan mecd ni..haa lepas ni korang tahu lah nk undi parti mana..sebab undi melayu paling tinggi dalam malaysia selama ni!!!
SilverBullet
jawapan kepada ibnuothman plak:
tentang kerosakan bangsa melayu ni sebenarnya xperlu kita persoalkan secara terbuka begini..senang jer..
undang2 yang tidak terperi seksaan nya kepada golongan melayu yg rosak2 ni sehingga dicontohi oleh melayu2 yg lain..hanya undang2 sahaja dpt menolong mereka ni..saya setuju dgn ibnu tentang kerosakan golongan ini tapi anda sepatutnya peka..”jangan buka pekung didada sendiri” melainkan anda menggunakan id melayu sedangkan anda bangsa lain yg sengaja nk menaikkan kemarahan bangsa melayu yg sememangnya dah cukup baik mahu berkongsi tanah dgn bangsa lain di negara malaysia ni..
adam_fuaad
“kalau ada pun mcm tak de je MECD tu” 2 tahun saya cuba buat pinjaman langsung tak de respond..”
ada sekali saya ke PWTC ada exhibition untuk usahawan – salah seorang pegawai Bank Negara boleh cakap kat saya “bukan senang nak senang” memang kita tahu tu tapi apakah fungsi jabatan-jabatan tersebut cakap dlm tv juta-juta/bilion-bilion. tapi apa pun tak de..
Mangsa MECD
MeCD ni nama je nak bantu usahawan tempatan… last2 xde hape pon. Yang aku nampak, banyak staff2 sendiri buat projek, buat duit poket saku. Bukan nak bantu usahawan yg luar pun. Tak nak tuduh la, tapi aku sendiri nampak apa yg diorg buat masa pelancaran GROOM BIG kat Kota Kinabalu Sabah. Staff ambil kesempatan pinjam nama orang lain @ jual nama orang, pastu hire designer-designer tempatan untuk kononnya tubuhkan satu design company supaya duit yang disalur tu untuk bantu design company “bumiputera”. Staff yg aku nak sebut ni merupakan staff-staff SIRIM yang gelojoh!!! Nampak benor belang gelojoh diorg.. sampai ada yang sanggup tinggalkan suami demi melayan nafsu gelojoh. Pui!!! Yang jadi mangsa… designer2 yang tertipu dengan janji2 lumayan depa. Hakk hakkk haaaaaaaaaakkkkk TUIHHH!! ludah kat muka depa.
shah
Mungkin kerajaan nak tunjukkan sesuatu.. dulu bila kerajaan wat sesuatu utk bumiputera dan tunjukkan hak keistimewaan bumiputera, orang marah.. orang ckp orang bumiputera ni xperlu bantuan untuk terus maju… sampaikan orang melayu sendiri ada menyokong tindakan memansuhkan hak istimewa golongan bumiputera.. lihat saja pada isu uitm yang dicadangkan oleh pakatan rakyat untuk membuka pintu kepada golongan bukan bumiputera.. berapa ramai orang melayu yang menyokong??? kita perlu fikirkan semua ini, klu dulu ini yg mereka2 ini minta, kenapa setelah mecd dimansuhkan mereka bantah
tyanna
Kini ada satu tempat untuk wholesaler and retailer buat business. GM Klang Wholesale City akan dibuka bulan October 2009. Kepada sesiapa yang ingin membuat business sendiri, terutamanya pemborong, anda boleh cuba dapatkan matlumat tentang tempat ini. Sewa untuk lotnya amat affordable, sebab itu dapatlah membantu usahawan usahawan cari makan. Rugi jika tak tanya.
sakinah
saya seorang pelajar dari institusi pengajian tinggi saya ingin meminta bantuan bahawa , saya mahukan pihak mecd memberikan bantuan bagaimana pihak tuan/puan membantu usahawan.Dan dari segi apa pihak tuan memberikan bantuan.
sham
Mecd dah mansuh. Organisasi bawah mecd sebelum ni, diletakkan dalam beberapa kementerian lain seperti MITI ,KTAK
,KPDNKK & sebagainya. Semua bergantung kerajaan.
Bete
U/P:SilverBullet;ibnuothman;Minangkabau;
maafkan saya cuma nak tegur sikit… ni pasal Melayu ni. boleh kew orang2x Melayu jgn terlalu sensetif sangat, bila ada masalah shj terus melenting dan memberi komen secara kasar, macam.. perkataan kasar dia ‘samseng’
(khas ibnuothman) masalah orng Melayu ambi dadah tu bukan salah kerajaan tetapi lebih kepada masyarakat. kerajaan dah buat dah segala yg termampu hingga menghukum bunuh mereka yg mengedar lebih dari 500g. kerajaan bukan dipimpin oleh tuhan,, manusia juga,,kalu tukar pimpinan pun belum pasti masalah tu selesai,,
sudah la.. jangan la dkaitkan segala isu secara berbangsa2x, perpecahan akan meruntuhkan Malaysia, musuh kita sekarang adalah persepsi kita yg suka membuat konklusi secara singkat mengikut amarah. cuba fikirkan andai Allah S.W.T mentakdirkan anda bukan bangsa anda sekarang ini.
(isu MECD)saya juga terkilan perkara ini dan beharap semua ini tidak mematahkan semangat usahawan bumiputera. seandainya ini mainan politik semoga politik negara kita akhirnya bersih.
sawal
saya datang ke pejabat Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi di Putrajaya, mengajukan soalan mengenai pinjaman usahawan individu. maklum balas yang saya terima,mengatakan bahawa kementerian ini sudah berpindah ke SKM.saya pergi ke SKM,mereka memberitahu saya rujuk ke tempat negeri yang saya tinggal.saya pun ke selangor,maklum balas yang saya terima mengatakan Suruhanjaya koperasi Malaysia tidak mempunyai bantuan usahawan individu. Saya ingin bertanya di manakah saya harus pergi untuk membuat bantuan usahawan individu?.. Adakah saya harus meminjam ke along,@bukan mahu tolong…
Nurul
Susah sekarang nak menjadi usahawan. Macam-macam idea ada tapi bantuan kewangan susah sangat nak dapat. Saya pernah jumpe dengan seorang usahawan wanita, dia sendiri mengaku sekarang sangat susah untuk berniaga. Dekat akhbar tulis wang sudah disalurkan ke TEKUN, tapi dia tanya sendiri dengan orang dalam TEKUN, mereka cakap, TEKUN takde peruntukan pun. memang takde. PUNB pulak nak kene ada orang dalam baru senang. time ceramah dia dah bgtau siap-siap, ‘kalau kenal sesiapa, tulis nama serta jawatan orang berkenaan di sampul business plan’. And jika mmg betul pun ada orang dalam, setahun baru dapat. Saya tidak pernah membangkang kerajaan. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Even kedua parents saya orng kerajaan tapi prinsip mereka, nak berjaya, kene usaha sendiri.
Cuma, harap kerajaan boleh nampak masalah yang berlaku sekarang. Sekarang, org yang memang dah kaya jer senang nak berniaga. Kaya makin kaya, golongan bawah tetap susah.
Ghazali
Salam,
Baru ni dipanggil Interview oleh PUNB. Dia nak bagi pinjam tapi saya rasa dia tak tenguk kertas kerja yang d hantar pun. Tukang Interview pulak cakap dia dah berpengalaman sebagai auditor dan pertikai pula takut pinjaman dibayar gaji saya. Tak mau bagi pinjaman untuk bayar gaji. Tapi dia nak bagi 50K je. Itu pun cukup buat renovation dan peralatan pejabat. Lepas tu tanya lesen professional saya…..tengok la dulu kertas kerja saya baru panggil interview. buang masa je buat kertas kerja lepas tu tunggu sejam …interview sejam….masa saya pun berharga. setakat pengalamn 3 tahun jadi auditor tak payah la….cuba berniaga dan kalau boleh bertahan macam saya dah masuk tahun 11. lepas kan perasaan je.
sham
sabar la tuan ghazali, kadang2 yang diinterview tu pun kurang pengalaman. mungkin diorang ada kriteria tertentu kot. Mungkin jugak bajet kurang.Jadi beri skit2 kat orang yang apply.
Ghazali
TERIMA KASIH ..TUAN SHAM….RASA NAK CARI BISNES LAIN NI…KALAU ADE APE APE TIP…TOLANG TUAN EMAILKAN KAT SAYA DI mig64@streamyx.com. bisnes dari rumah leh juga saya cuba…ader streamyx kat umah pun anak anak je dok surf. Kalau ade bisnes yang power leh juga saya belajar dari tuan.