Penipuan SMS Syarikat Jaringan Ikhtiar Sdn Bhd


Bayangkan anda tidak pernah melangan apa apa kandungan. Tiba-tiba dikenakan caj oleh syarikat anak harom ni. Ia merupakan satu penipuan caj sms. Bukan sedikit, RM2.50 pulak tu. Ada pengguna yang dikenakan caj RM3.00.

jaringan_ikhtiar_scam

Sudah ramai yang terkena terutamanya pengguna maxis. Anda boleh lihat betapa banyaknya aduan di laman Maxis ini:

[+] https://forum.maxis.com.my/forum_topic.asp?TOPIC_ID=24973

Apabila arahan untuk menghentikan langganan dibuat, iaitu STOP ALL dilakukan. Ini lebih mengejutkan bagaimana keselamatan sistem telco Maxis sehingga boleh diperlakukan sedemikian.

jaringan_ikhriar_scam2

Kredit ditolak. Bila nak unsubcribe, dikatakan tidak pernah melanggan. Ini tidak adil. Saya pun mengambil keputusan untuk tengok apakah pada url berkenaan. Ada satu video.

{+}http://k.dapatbest.com/content/video/3gp/dating/How_to_Find_Out_If_His_Her_Facebook_Friends_Really.3gp

Ia video comcast. Daripada komplen di Maxis, ramai yang dapat sms caj sebegini.

Jadi saya telah membuat Aduan Ke SKMM bersama bukti bergambar tentang hal ini. Jika anda terkena juga, buat aduan ke SKMM di

[+] http://www.complaint.cfm.org.my/

Dan emelkan bukti ke enquiries@cfm.my bersama nombor rujukan aduan di laman web CFM berkenaan.

Kemudian saya melayari laman web Jaringan Ikhtiar berkenaan. Laman webnya

[+] http://ikhtiarsb.com.my/

Dan ianya adalah sebuah syarikat berstatus MSC!

http://productlisting.mscmalaysia.my/msc-company/jaringan-ikhtiar-sdn-bhd

Nampaknya mereka menyalah gunakan teknologi yang mereka ada untuk mendapatkan duit mudah. Yang paling saya nak marah, jawapan Maxis yang skema. Bayangkan mereka mengenakan caj RM2.50 kepada 1 juta orang, dalam masa 1 saat mereka sudah ada RM2.5 juta hasil penipuan sms sebegini.

Bagaimana mereka boleh dapat MSC Status jika buat kerja terlarang sebegini. Mengenakan caj kepada orang tidak subcribe adalah satu kesalahan.

Mereka sedang bermain api. Kalau nak kata sistem mereka kena hack, siapa nak guna perkhidmatan mereka jika tak dapat pertahankan sistem mereka. Mereka menawarkan perkhidmatan mobile billing, tapi bilkan kepada mereka yang tidak subcribe perkhidmatan mereka.

Apa yang boleh dikatakan kepada syarikat ini… Anda sedang runtuhkan syarikat anda dengan membuat satu tindakan tidak beretika. Semoga syarikat anda terkubur tidak lama lagi.

Kepada mereka yang terkena sama, buat aduan. Jangan biarkan sahaja. Nilai RM2.50 bagi seorang adalah kecil. Jika 4 juta orang, memang kenyang syarikat berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • jaringan ikhtiar sdn bhd
  • jaringan ikhtiar
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 12

  1. Travelog Siti February 28, 2015
  2. Amran February 28, 2015
  3. aiman February 28, 2015
  4. FAIDUL RAHHIM February 28, 2015
  5. sabree hussin March 1, 2015
  6. Outbound April 24, 2015
  7. khairul September 9, 2015
  8. Muhammad kamil September 10, 2015
  9. Dayang September 10, 2015
  10. diana September 10, 2015
  11. sham September 13, 2015
  12. sham November 5, 2015

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.