Bayangkan anda tidak pernah melangan apa apa kandungan. Tiba-tiba dikenakan caj oleh syarikat anak harom ni. Ia merupakan satu penipuan caj sms. Bukan sedikit, RM2.50 pulak tu. Ada pengguna yang dikenakan caj RM3.00.
Sudah ramai yang terkena terutamanya pengguna maxis. Anda boleh lihat betapa banyaknya aduan di laman Maxis ini:
[+] https://forum.maxis.com.my/forum_topic.asp?TOPIC_ID=24973
Apabila arahan untuk menghentikan langganan dibuat, iaitu STOP ALL dilakukan. Ini lebih mengejutkan bagaimana keselamatan sistem telco Maxis sehingga boleh diperlakukan sedemikian.
Kredit ditolak. Bila nak unsubcribe, dikatakan tidak pernah melanggan. Ini tidak adil. Saya pun mengambil keputusan untuk tengok apakah pada url berkenaan. Ada satu video.
Ia video comcast. Daripada komplen di Maxis, ramai yang dapat sms caj sebegini.
Jadi saya telah membuat Aduan Ke SKMM bersama bukti bergambar tentang hal ini. Jika anda terkena juga, buat aduan ke SKMM di
[+] http://www.complaint.cfm.org.my/
Dan emelkan bukti ke enquiries@cfm.my bersama nombor rujukan aduan di laman web CFM berkenaan.
Kemudian saya melayari laman web Jaringan Ikhtiar berkenaan. Laman webnya
Dan ianya adalah sebuah syarikat berstatus MSC!
http://productlisting.mscmalaysia.my/msc-company/jaringan-ikhtiar-sdn-bhd
Nampaknya mereka menyalah gunakan teknologi yang mereka ada untuk mendapatkan duit mudah. Yang paling saya nak marah, jawapan Maxis yang skema. Bayangkan mereka mengenakan caj RM2.50 kepada 1 juta orang, dalam masa 1 saat mereka sudah ada RM2.5 juta hasil penipuan sms sebegini.
Bagaimana mereka boleh dapat MSC Status jika buat kerja terlarang sebegini. Mengenakan caj kepada orang tidak subcribe adalah satu kesalahan.
Mereka sedang bermain api. Kalau nak kata sistem mereka kena hack, siapa nak guna perkhidmatan mereka jika tak dapat pertahankan sistem mereka. Mereka menawarkan perkhidmatan mobile billing, tapi bilkan kepada mereka yang tidak subcribe perkhidmatan mereka.
Apa yang boleh dikatakan kepada syarikat ini… Anda sedang runtuhkan syarikat anda dengan membuat satu tindakan tidak beretika. Semoga syarikat anda terkubur tidak lama lagi.
Kepada mereka yang terkena sama, buat aduan. Jangan biarkan sahaja. Nilai RM2.50 bagi seorang adalah kecil. Jika 4 juta orang, memang kenyang syarikat berkenaan.
Incoming search terms:
- jaringan ikhtiar sdn bhd
- jaringan ikhtiar
Travelog Siti
Cuba hubungi peguam dan buat apa yg patut (saman banyak-banyak). Negara kita tak ramai yg buat macam tu, sebab tu penyangak ni berani.
Amran
saya pun ada kena juga. Company je berbeza. Bila call telco, jawapan standard pihak ketiga yg caj dan telco tak ada apa2 kuasa. Tapi bila kita adukan ke skmm, boleh pulak dia kata akan pulangkan balik kredit yg dipotong tu.
Company macam ni memang banyak. Kalau tgk status company msc tu macam tak caya je. Mereka kebal dari tindakan undang2. Mungkin dah sampai masanya laporan polis, skmm, dan upah juga gangster untuk bunuh pemunya syarikat ni.
aiman
Saya pun pernah juga alami kes macam gini. Tak subscribe apa-apa, tetiba ditolak kredit. Nak unsubscribe katanya kita tak pernah melanggan.
Hati Durjana Sungguh puak puak sebegini
FAIDUL RAHHIM
itulah sistem kapitalis yang merosakkan masyarakat..
hinggakan kita sebagai pengguna terperangkap..
sabree hussin
Ini memang dah sangat-sangat melampau! Tu yang nak kena pindahkan akaun Telco dari Maxis tu.
Sejak saya port out dari Maxis, dah tak ada terima lagi sms2 mengarut macam ni
Outbound
Di zaman seperti sekarang ini jangan terlalu percaya dengan sms atau telepon dari nomor yang tidak dikenal , mudah2an pembaca bisa lebih berhati hati lagi
khairul
saya baru jer kena sekejap td..memang sebijik macam artikel saudara..jilake!!!
Muhammad kamil
Sama la .. tiba2 je masuk mesej pasal jaringan ikhtiar .. tolak rm2.50 .. padahal xlanggan apa2 pun.. ni la penipuan zaman skarang .. macam mana la parti lain boleh charge customer maxis.. mcm lahanat ..
Dayang
So apa perlu buat? Report skmm je ka? Sbb terkena jgk ni. Terus google nk solve mcm mana. Brapa kali dia ambik credit kita?
diana
Sy pun terkena juga.. macam mana nk hentikan semua ni ya?? Dan nk buat report di mana?
sham
report skmm.
sham
Kalau report Maxis, diorang just hentikan je duit tak dapat balik. Kalau report SKMM, diorang kena pulangkan balik caj yang dikenakan. Dalam kes ini, kena caj RM2.50.. SKMM arahkan mereka pulangkan balik. Diorang topupkan RM5.