Saya perasan iklan banner di Berita Harian semakin ke bawah. Jika dahulunya iklan banner diletakkan di sidebar artikel. Kini ia diletakkan berterabur di bawah artikel selepas iklan teks. Pengiklan membayar ratusan ringgit seminggu dengan harapan iklan banner mereka memberikan pulangan kepada mereka.
Jika susunan berterabur sebegini, pengiklan akan lari. Malah iklan teks juga sekarang ini semakin pendek dan kurang. Jika dulu, iklan teks cukup panjang. Sekarang ni dah boleh kira dengan cepat dah sebab semakin sedikit. Tengoklah kedudukan iklan banner ini:
Susunan sebegini mengambarkan Berita Harian seolah olah tidak menghargai pengiklan mereka. Kedudukan banner sebegini tidak sesuai langsung. Malah saya yakin ia tidak menarik minat untuk orang klik pada banner. Ia nampak seperti sampah yang dibuang dibawah artikel tanpa disusun rapi.
Berita harian boleh membuat satu ruangan Khas untuk banner pengiklan. Nampaknya jika begini, advertiser yang ada ini akan lari kepada Harakah Daily la jawabnya. Berita Harian juga akan jadi Berita Hairan sebab tidak menjaga kepentingan pelanggan mereka iaitu pengiklan.
Antara sumber pendapatan utama syarikat akhbar ialah menerusi iklan. Bukan daripada jualan surat khabar. Sebab itulah akhbar The Star cukup tebal. Ia adalah kerana sebahagian daripadanya ialah iklan. Ia menjadikan The Star menjadi tumpuan ramai untuk membelinya kerana beritanya dan juga menjadi tumpuan pengiklan kerana langganannya yang besar.
Saya tak tahu apa yang akan jadi kepada pengiklan Berita Hairan Harian ini. Ada dua pilihan jika BH tidak membuat sebarang perubahan terhadap kedudukan banner tersebut iaitu teruskan beriklan atau hentikan iklan dan cari laman web lain untuk pengiklanan produk.
Jika ada orang Berita Harian baca artikel ini, harap take note.
p/s: Nampaknya harga iklan teks pun dah meningkat daripada RM150 kepada RM212 seminggu. Patutlah semakin ramai orang dah menghentikan iklan mereka di Berita Harian Online.